Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK PENGAJARAN

TEKNIK BERCERITA
DISEDIAKAN OLEH:
ONG SHUH FUNG (BMMB Amb. JUN 2011)

Teknik Bercerita

Teknik Bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada


murid.
Teknik ini pernah digunakan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu
pengajaran kepada anak-anak mereka.
Ia acap kali digunakan oleh guru dalam proses pengajaran mereka.
Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping
menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.
Sungguhpun teknik ini selalu digunakan bagi pengajaran sekolah rendah, ia juga
sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid di sekolah menengah terutama sekali
dalam mata pelajaran sastera.
Seseorang guru itu harus ingat bahawa objektif pengajaran itu adalah penting.
Janganlah sampai disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran menjadi
kabur.

Kelebihan Teknik Bercerita


1. Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar.
2. Melatih murid untuk menguasai kemahiran lisan
3. Memupuk nilai murni kepada murid seperti yang terkandung dalam cerita.
4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.
5. Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara
menulis bagi aktiviti selanjutnya.
6. Melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta dalam aktiviti
susulan.
7. Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan
mereka.
8. Menambahkan bahan pembelajaran untuk murid menulis karangan.

Kelemahan Teknik Bercerita


1. Cerita hendaklah bersesuaian dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman
murid
2. Guru harus menghafaz isi-isi penting dalam cerita itu sebelum sesi bercerita.
3. Memerlukan bahan yang banyak dan menarik seperti kad-kad perkataan, gambar
dan sebagainya
4. Murid hendaklah bersedia dan bersifat aktif sebelum sesi bercerita
5. Guru hendaklah sentiasa bergerak dan menunjukkan aksi semasa bercerita.
6. Suara guru hendaklah lantang dan mempunyai kemahiran variasi rangsangan
untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-watak dan
suasana cerita itu.
7. Murid tidak mudah memahami ayat dan maksud cerita
8. Murid yang pasif dan lemah tidak dapat melahirkan pendapat

Contoh Teknik Bercerita

Anda mungkin juga menyukai