Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan


biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang
tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan
guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan
murid. 

Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater
bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan
murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia
ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran
murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan,
tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.

2.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh
guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa tertentu. 
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif. 
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-
bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. 
Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru
mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat 
komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik
yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah 
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan 
rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan 
sedang dilaksanakan.

2.1 TEKNIK IMPROVISASI


2.1.1 Pengenalan Improvisasi
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh
mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid
berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan
yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri. 
Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan
kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat
melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan.
Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap
objek, situasi dan peranan yang ditentukan.

2.1.2 Langkah-langkah Improvisasi


i. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau
gambar.
ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.
iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas.
iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk
keyakinan murid beraksi.
v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.
vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk
berimprovisasi.

2.2 TEKNIK MAIN PERANAN


2.2.1 Pengenalan Main Peranan
Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan,
sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi
sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan
kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan
interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.

Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan
tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana
peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah
diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan
tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber
tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut
keperluan.

2.2.2 Langkah-langkan Main Peranan


i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan 
ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat
dalam situasi itu dan tempoh berlakon 
iii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.
iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah
yang timbul dalam situasi . 
v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan
masalah 
vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA

2.3.1 Pengenalan Teater Bercerita

Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip
sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara,
sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan
merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh
mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita melibatkan
seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan
menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau
murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat
berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa
klasik. Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.

2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.


i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
ii. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.
iii. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita
tersebut.
v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.

2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA


2.4.1 Pengenalan Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada
peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah
satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid.
Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata,
tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi
peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam
bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan
ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa

i. Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan ahli
dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika
bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan murid
dalam banyak kumpulan.

ii. Secara Berpasangan


Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan
penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak
peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan
murid.

iii. Secara Individu


Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan
oleh guru dalam sesuatu masa tertentu. 

2.5 TEKNIK BERCERITA

2.5.1 Pengenalan Bercerita


Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa
dapat disampaikan. 
Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang
sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak
dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku
dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal
supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. 
Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia
dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya
kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh
menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan
ekspresi atau mimik muka mereka.

2.5.2 Langkah-langkah Bercerita 

i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid- 
murid.
ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain
Bahan Bantu Mengajar.
viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-
aspek bahasa yang hendak disampaikan.

3.0 TEKNIK IMPROVISASI

3.1 Pengenalan Improvisasi

Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)


melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau dengan
menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. 
Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti
improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi
yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta
mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui
improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog
dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea baru
berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan murid
mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan
terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi,
gambar, watak dan petunjuk. 

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu,
membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan
keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat
menyuburkan sahsiah murid.

3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI

3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan

Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu
aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika keadaan ini
berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. Apa yang penting
ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang
diberikan oleh guru secara spontan.

3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna

Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau keperluan
teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater,
tetapi sekadar mewujudkan idea.

3.2.3 Menyediakan saranan

Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana idea
murid dalam improvisasi.

3.2.4 Tidak perlu penonton

Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini demi
membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi dihadapan kelas,
mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid
benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai. Komen
atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas
memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka.
3.2.5 Aktiviti berkumpulan

Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan natural. Ahli
kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.

3.2.6 Bijak melayani permintaan

Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan
minat mereka untuk beraksi secara spontan.

3.3 PERANAN IMPROVISASI

3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi

Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah
daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan
kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka
dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir

3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa

Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat
membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid.
Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini
menuntut murid berdialog secara spontan. 

Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya
menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu
bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara
spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun
berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan
kemahiran berbahasa murid.

3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.

Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid.
Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli
kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.

Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan
dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara
bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur
dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan
sebagainya. 

3.3.4 Pembelajaran kolaboratif

Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif


kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan
masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling
bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk
menjadi murid kolaboratif.

3.3.5 Pengurusan masa

Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid diberikan
masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu cekap
bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang diberikan dalam
jangkamasa yang telah ditetapkan guru. 

3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri

Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing.
Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan
membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.

3.4 AKTIVITI IMPROVISASI

3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi

Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid
diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.
teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun
situasi yang sama.
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan
(patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?
contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda. Pada
waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda semua
melayaninya?

3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar

Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid


menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau
secara individu.

3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita

Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki
melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk menguji
kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.

3.4.4 Improvisasi berdasarkan objek


Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan
sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak patung, surat khabar dan
kostum.

3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak


Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang
Tuah.

3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyi


Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik
boleh diadaptasi melalui teknik ini.

3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI

Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak
mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:

3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )

Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan
peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-
kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.

Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.


Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak
patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu.

3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )

Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas
secara spontan berdasarkan kesesuaian denagn situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu
dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta
mengamati pendapat orang lain.
Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara
kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea
baru berdasarkan idea orang lain.
Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat
persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan
perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang
dihadapi.

3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )

Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan


petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga boleh menyambungkan dialog tersebut
untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti memujuk, merayu,
mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya
pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog /
soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan. 

3.5.4 Main Peranan ( Role Play )

Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan
dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan
cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.

Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan justifikasi
terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama penuh watak,
umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan
kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan. Disamping
itu murid perlu digalakkan untuk, menulis diskripsi watak, melukis potret, dan membuat
kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran murid, cerita
rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton
serta berdasarkan gambar.

3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )

Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-kanak
membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk
dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.

Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang
mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk
meneroka isu-isu baru.
Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti
menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman tersebut untuk
persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.

3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI


Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan idea;
3.6.1 Diubah
Mengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang, andai jika Tanggang tidak
derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya akan hidup bersama-sama hingga akhir
hayat. Begitu juga seperti mengubah serita Batu Belah Batu Bertangkup, Melor dan Pekan
telah mengejar ibunya hingga ke gua Batu Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat masuk
ke dalam gua tersebut, adakah mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka?
3.6.2 Dikecilkan
Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup dalam habitat serangga
seperti karya “ Honey! I Shrunk The Kids” dan “Rama-Rama” karya Syed Ali Syed Hassan.
3.6.3 Dibesarkan
Gambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia zaman dynasour.
Apakah yang akan murid lakukan untuk m,enghadapi ancaman dynasour tersebut?
3.6.4 Digantikan
Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti menggantikan watak
Sang Kancil digantikan dengan watak baru yang difikirkan lebih cerdik.
3.6.5 Disusun semula
Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang seperti cerita
Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh Betong.

3.6.6 Diterbalikkan
Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh:
i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?
ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?
iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?
3.6.7 Digabungkan
Menggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi sebuah cerita baru.

4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN 


DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 

4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


Tarikh : 1Julai 2010
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari ( 60 minit )
Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)
Tema : Cerita Teladan
Tajuk : Monyet Yang Pintar
Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.
HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang 
didengar, ditonton,dibaca atau dialami
5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi 
dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditonton 


atau dibaca

HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayatserta sebutan dan intonasi yang
baik, jelas dan teratur.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.
11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara 
umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan
gaya bahasa. 

HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasi 


dan penghayatan yang sesuai.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera 
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks. 

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;


1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya, sebutan dan intonasi
yang sesuai.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang diberikan.
Pengisian Kurikulum : 
Sistem Bahasa : 
i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,
ayat penyata
ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa
iii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah, herdik

Kemahiran Bernilai Tambah 


i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan 
Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,
ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasan
iii) Kajian Masa Depan
iv) Pembelajaran Konstruktivisme

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid


Kemahiran generik : Kemahiran Belajar
Penekanan Konsep 5P
i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis
ii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasama
iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan 
intonasi yang betul
iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa 
berserta maksud yang terdapat dalam petikan.
v) Penilaian : Mengisi borang grafik 

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :


i) Bahan Multimedia :LCD, CD
ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerja 
iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatang

Pengetahuan Perlu Ada :


i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.
ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi
(5 minit) 1. Kotak Ajaib
2. Teka-teki;
rasanya manis sedap sekali,
berkulit kuning banyak khasiat,
tumbuh subur di tepi kali,
dibuat kuih dibuat lepat. • Guru membacakan teka-teki kepada murid.
• Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut.
• Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan dengan
isi pelajaran pada hari ini. 

Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)


Langkah 1
(8 minit) Petikan cerita;
Monyet Yang Pintar
(Lampiran A) • Murid diberikan petikan.
• Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.
• Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat.
• Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.

SP:Koperatif

PP(Berpusatkan murid)

Langkah 2
(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;
1. Improvisasi Verbal 
( Verbal Improvisation )
• Sambung dialog

2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play )


• Watak binatang dalam petikan
• Murid –murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang.
• Murid dikehendaki 
berbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang tersebut.
• Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita atau menambahkan
watak dalam cerita tersebut.
• Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta murid.
PP(Berpusatkan murid)

SP:Koperatif dan Kolaboratif

KBT
-Verbal linguistik

SP:Kontek luar

Nilai: kerjasama
Langkah 3
(25 minit) Persembahan improvisasi
• Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan setiap seorang
mewakili watak binatang.
• Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam improvisasi murid
tadi.
• Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan mereka mengenai
watak dan perwatakan.
KB
(mempersembah-kan maklumat)
Langkah 4
( 7 minit) Latihan 1
Melengkapkan borang grafik (Lampiran B)
• Menulis watak dan perwatakan
• Pengayaan
- mengecam dan menulis simpulan bahasa

• Guru mengedarkan borang grafik.


• Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan yang
terdapat dalam teks dan juga dari improvisasi kumpulan.
• Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan)
Penutup
( 5 minit ) Lagu ‘pisang goreng’
(Lampiran C)

• Murid menyanyikan lagu pisang goring


• Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai
yang terdapat semasa aktiviti hari ini. KG;TMK

5.0 PENUTUP

Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan sensitiviti
mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya
mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti,
konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi.

Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk berlakon
secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di
samping dapat membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka

Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh juga
memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif
terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan
cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat segala
perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikr terlebih dahulu sebelum
mula membuat sebarang keputusan.

Anda mungkin juga menyukai