Anda di halaman 1dari 19

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 
DEFINISI

 Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan


2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid


2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI


 Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
 Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
 Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
 Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
 Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
 Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
 Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi.

II. Tatabahasa (grammer)

-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua


aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam


situasi tertentu.

IV. Kefasihan (fluency)

-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah
maksudnya.

V. Kefahaman (comprehension)

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

 Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.


 Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan
daya kreativiti murid.
 Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran
yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI
 Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.
 Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
 Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi
dan masalah.
 Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
 Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN

 Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting.
 Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu
situasi yang disediakan.
 Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-
pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang
dimainkan secara spontan.
 Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya
melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN

 Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang


merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
 Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada
peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
 Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran
 Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
 Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
 Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
 Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
 Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
 Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
 Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
 Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
 Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
 Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
 Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
 Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala
tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut
iaitu :
 merangsang interaksi verbal pelajar
 menambah kefasihan dan keyakinan
 menyediakan konteks pembelajaran
 bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
 bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK SOAL – JAWAB

 Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan
 Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk
yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
 Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.
 Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji
dan menilai apa yang diajar.
 Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid


2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

 Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar
di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.

TEKNIK BERCERITA

 Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.
 Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.
 Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.
 Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
 Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
 Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
 Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
 Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
 Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
 Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
 Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-
aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA

 Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan
induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
 Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.
 Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
 Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
 Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.
 Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar,
disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

 Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.


 Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan
yang berorientasikan masalah.
 Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
 Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat
dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan
‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
 Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar
dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
 Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah


2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas


pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran
dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan
seorang guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang
diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk
bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja
sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk
bercakap dan mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih
seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara
berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang
lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan
perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.
Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting.
Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

TEKNIK FORUM

1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk
mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia
dijalankan secara formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan
berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan
kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan
mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN

1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian
dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah
menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan
laras bahasa yang sesuai.
7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di
kalangan pelajar.
10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan
ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ
 Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British
(B.B.C).
 Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
 Tujuannya ialah :
 Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.
 Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
 Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan
secara teka-teki.
 Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
 Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,
makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
 Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
 Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.
Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan,
pemulihan dan pengukuhan.
 Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Borang Soal Selidik  ABD. SHUKOR BIN MOHD. ALI

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Masjid.

Satu Kajian  Di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor.

Borang Soal Selidik Ini Adalah Untuk Melengkapkan Kertas Projek Program Sarjana
Pendidikan

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Mei 2008

PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR


1. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai sikap dan pandangan pelajar
terhadap modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berasaskan masjid. Maklumat
yang diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam di sekolah sekolah.

2. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul serta bukan
bertujuan untuk menguji pelajar.

3. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan dianggap rahsia dan
digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

4. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D.

5. Sila tandakan dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pandangan anda yang sebenar kerana
maklumat yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian ini.

6. Atas kerjasama semua pelajar pelajar saya dahului dengan ucapan terimakasih.

BAHAGIAN A

Profil Maklumat Diri Pelajar

Sila lengkapkan ruangan ini dengan maklumat maklumat berkenaan :

A1 . Nama sekolah : ____________________________________________

A2 . Jantina : Lelaki [ ]

Perempuan [ ]

A3 . Bangsa :

Melayu [ ]

Cina [ ]

India [ ]

Lain lain (sila nyatakan)___________________________

A4 . Pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Peperiksaan Akhir Tahun

tingkatan 1 :

80-100 [ ]
60- 79 [ ]

40- 59 [ ]

0 -39 [ ]

A5 . Apakah tingkat pelajaran ibu/bapa/penjaga yang tertinggi

Bapa Ibu

Tamat Sekolah Rendah/ tidak sekolah [ ] [ ]

Tamat Tingkatan 3/SRP/PMR [ ] [ ]

Tamat Tingkatan 5/SPM [ ] [ ]

Diploma/STPM [ ] [ ]

Ijazah [ ] [ ]

A6 . Pekerjaan ibu bapa _____________________________

ARAHAN : Bagi setiap kenyataan di bahagian B, C dan D di bawah, sila tandakan


sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda sendiri tanpa
terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Dengan menggunakan skala dari 1 hingga 5 , sila
tandakan / pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda menanda pada setiap pernyataan.

Sangat Tidak Setuju


1
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju
BAHAGIAN B

Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dan Guru Pendidikan Islam
Secara Umum

Pernyataan 1 2 3 4
Bil.
B1. Saya sangat meminati matapelajaran Pendidikan Islam
B2. Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam menggalakkan saya
berfikir
B3. Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam memberi kesan
dalam kehidupan saya
B4. Matapelajaran Pendidikan Islam sepatutnya diberikan masa yang
lebih panjang lagi
B5. Saya yakin bahawa pengetahuan Pendidikan Islam dapat membantu
manusia dalam kehidupan seharian
B6. Saya sentiasa menunggu nunggu masa untuk matapelajaran
Pendidikan Islam
Bil. Pernyataan 1 2 3 4
B7. Adalah lebih menyeronokan jika Pendidikan Islam tidak diajar di
sekolah
B8. Saya sangat sukar untuk memahami konsep konsep dalam
matapelajaran Pendidikan Islam
B9. Saya dapat mengaitkan matapelajaran Pendidikan Islam yang
dipelajari dalam kehidupan seharian saya.
B10. Pengajaran Pendidikan Islam di sekolah sangat berguna kepada
saya.
B11. Matapelajaran Pendidikan Islam telah menyedarkan saya bahawa
belajar adalah satu tuntutan ibadah dalam Islam
B12. Mata pelajaran Pendidikan Islam menambah pengetahuan saya
tentang ilmu ilmu agama Islam
B13. Matapelajaran Pendidikan Islam dapat menghalang saya daripada
melakukan perkara perkara yang dilarang oleh Allah swt.
B14. Mata pelajaran Pendisikan Islam telah meningkatkan keyakinan
saya kepada Islam
B15. Mata pelajaran Pendidikan Islam membantu saya melaksanakan
ibadah dengan lebih sempurna.
B16. Mata pelajaran Pendidikan Islam tidak membantu saya
mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar
B17. Pelajar pelajar Islam TIDAK sepatutnya diwajibkan belajar mata
pelajaran Pendidikan Islam di sekolah
BAHAGIAN C

Sikap Pelajar Terhadap Pendekatan Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam Berasaskan Masjid

Pernyataan 1 2 3 4
Bil
C1. Pendidikan Islam memerlukan kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajarannya
C2. Tempat yang selesa adalah penting bagi mempelajari Pendidikan
Islam
C3. Penghayatan adalah perkara paling penting dalam Pendidikan Islam
C4. Saya merasa selesa mengikuti modul pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam berasaskan masjid
C5. Saya rasa seronok belajar dengan pendekatan modul ini
C6. Saya mendapat banyak maklumat tentang Islam dengan
menggunakan pendekatan modul ini
C7. Saya lebih faham belajar Pendidikan Ialam melalui kaedah ini
C8. Saya lebih bersemangat belajar Pendidikan Islam dengan kaedah
ini
C9. Tahap pemikiran saya meningkat semasa belajar Pendidikan Islam
melalui kaedah ini
C10. Suasana pembelajaran lebih ceria dengan menggunakan kaedah ini
C11. Saya lebih menghayati Pendidikan Islam hasil pendekatan kaedah
ini
C12. Saya mampu mengaplikasi apa yang dipelajari dari modul ini ke
dalam kehidupan harian saya
C13. Saya sentiasa terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan dalam
modul ini.
Bil. Pernyataan 1 2 3 4
C14. Mengambil bahagian di dalam aktiviti modul ini adalah lebih
menyeronokkan
C15. Saya sentiasa diberi peluang untuk membuat penilaian tentang hasil
kerja yang telah saya lakukan sendiri.
C16. Kaedah ini mampu memberi kesan positif terhadap perkembangan
akademik, sahsiah dan akhlak pelajar
C17. Saya diberi peluang untuk memberi pendapat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dalam modul ini
C18. Kaedah ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
terbuka.
C19. Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif dalam mencari
ilmu
C20. Kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam
C21. Saya merasa sangat seronok sekiranya mata pelajaran Pendidikan
Islam diadakan di luar bilik darjah
C22. Situasi sebenar dalam masjid memudahkan saya memahami isi
pengajaran Pendidikan Islam
BAHAGIAN D

Penglibatan guru dan pelajar dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam Berasaskan Masjid

Pernyataan 1 2 3
Bil
D1. Saya sentiasa bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan
masalah.
D2. Pelajar digalakkan berinteraksi sesama mereka dalam mencari maklumat
Bil. Pernyataan 1 2 3
D3. Saya suka mengambil bahagian dalam aktiviti perbincangan
D4. Saya sentiasa diberi sokongan oleh rakan dalam menyiapkan kerja kerja
dalam kumpulan
D5. Kadang kadang saya merasa bosan mendengar penerangan dari guru
D6. Guru Pendidikan Islam saya memberi lebih banyak panduan daripada
memberikan jawapan
D7. Guru Pendidikan Islam saya berjaya membangkitkan minat saya
terhadap matapelajaran Pendidikan Islam melalui modul ini.
D8. Guru Pendidikan Islam saya selalu menggalakkan saya memberi
pendapat sendiri.
D9. Guru Pendidikan Islam saya mempengaruhi pembentukan sikap saya
terhadap Pendidikan Islam
D10. Guru Pendidikan Islam saya berjaya menghidupkan suasana
pembelajaran melalui modul ini
D11. Guru Pendidikan Islam saya memberikan peluang berfikir dan
melakukan sesuatu pekerjaan dengan daya usaha saya sendiri
D12. Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah modul ini lebih banyak
melibatkan pelajar secara langsung
D13. Penglibatan guru adalah sangat berkurangan
D14. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja
D15. Guru hanya memberi idea untuk dikembangkan oleh pelajar
D16. Guru Pendidikan Islam sering mengadakan aktiviti perbincangan
kumpulan
D17. Guru sering memberi peluang kepada saya mempraktikkan cara cara
melaksanakan ibadah yang betul
D18. Saya selalu diminta oleh guru melakukan latihan, amali dan bacaan
berulangkali
D19. Guru sering mengemukakan pelbagai persoalan
 

Mereka berminat dalam mata pelajaran Seni Visual kerana guru yang mengajar.
100%

Lebih menyukai aktiviti/gerakerja berkumpulan daripada individu.


90%

Cepat merasa bosan jika sesuatu gerakerja/aktiviti mengambil masa yang terlalu lama.
80%

Berasa lapar dan dahaga menjadi faktor kurang berminat untuk belajar. Mereka tiba ke
sekolah pada awal pagi, bila tengahari mula berasa tidak selesa.
70%

Aktiviti/gerakerja perlu segera selesai tanpa perlu tangguh dan disambung semula pada hari
berikutnya, justeru kerja dilakukan tidak kemas. (cincai)
70%

Tidak suka paksaan guru yang kerap menyuruh menyiapkan tugasan/gerakerja yang diberi.
80%

Lebih berminat jika guru berbual-bual dengan mereka, terutama bercerita, mereka tahan
beberapa jam jika dibandingkan belajar walaupun satu waktu.
90%

Tidak suka mewarna atau melukis kerana menganggap tidak pandai sebaliknya suka kepada
aktiviti kraf.
80%

Suka aktiviti/gerakerja santai tanpa mematuhi disiplin ilmu mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual.
70%

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN


 

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi
pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di
dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang
mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran
melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk
dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan
landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
 

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

 Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam


diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
 Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke
mana ilmu yang dikumpulkan itu.
 Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
 Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

 Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu
mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
 Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya
terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara
lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada
pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara
yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
 Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar
yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri
daripada berkhayal semasa belajar.

 
TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
 

Suasana / Tempat Belajar

 Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya

Memilih Masa Yang Sesuai

 Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada
pelajaran.
 Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk
menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang
diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah
pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang
sesuai tidak sama antara semua individu)
 Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak
mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
 Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan
memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah
dielakkan.

Pembelajaran Di Sekolah

 Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik
untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang
maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika
berada di sekolah.

Membaca, Memahami dan Menghafal

 Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang
pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang
digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
 Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu
setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu
peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
 Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-

Mengandungi semua maklumat


penting
Bersih dan mudah dibaca
Terkumpul (di dalam fail/Buku
Khas)
Ringkas dan padat
 

Kesungguhan Belajar
 Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan
sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada
masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
 Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari
awal hinggalah ke masa peperiksaan.
 Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir
dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin
berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
 Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan.
Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan
pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
 Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk
belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.

LUPAAN DAN INGATAN

Apakah sebabnya kita sering lupa ?

Kerana Gangguan
Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput
dari ingatan.

Tumpuan Perhatian
Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat
kekal lama.

Faktor Masa
Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
 
 

INGATAN

Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-

Minat
Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.

Pilihan
Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.

Ulangan
Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan
semula atau pembacaan yang kerap.

Assasiasi
Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru

Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu
jangkamasa yang lama.

PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri

Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh


dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang
ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul
diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik
walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan
ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
 
 

UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL

Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan
penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini
boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan  nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan
mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan. Sikap seperti ini hendaklah
dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu
pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran.
Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
 
 
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN

Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-
betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR

 Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.


 Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah
diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
 Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang
sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa
untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk
belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
 Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah
memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
 Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu
bertanya.
 Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta
jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami
akan maksud dan konsepnya.
 Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah
hendak mengulangkajinya.

Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia
mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai
cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang  tidak sesuai dengan
kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda
sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.
 

SIRI TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN


Kemahiran: "Kaedah mengingat"

Proses pembelajaran memerlukan daya usaha untuk mengingati apa yang hendak
dipelajari. Topik ini akan memberikan kaedah khusus untuk memudahkan anda
mengingati apa yang telah dibaca di dalam buku teks ataupun buku rujukan. Teknik ini
dinamakan SQ3R. Ia diterangkan seperti berikut:


SURVEY
Mendapatkan gambaran awal keseluruhan topik yang hendak dipelajari
dengan membaca perenggan pertama dan juga terakhir.

QUESTION

Mengenalpasti isu atau perkara pokok yang hendak disampaikan di dalam topik tersebut.
Sebagai contoh, apakah mesej yang ingin disampaikan di dalam kisah ini?.


READ
Membaca secara proaktif dengan menghayati keseluruhan bahan yang
dibaca, perenggan demi perenggan sehingga habis topik tersebut.

RECALL

Mengingat, dan cuba terangkan kembali dengan perkataan atau ayat


sendiri tentang isi kandungan yang telah dipelajari dan difahami daripada
topik yang telah dibaca itu.


REVIEW
Membaca sekali lagi bagi memastikan apa yang telah dipelajari dan
difahami tadi terus tersimpan di dalam otak.

Anda mungkin juga menyukai