Anda di halaman 1dari 15

HGF3073 Kaji Iklim

Tajuk Tugasan:

Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kewujudan Penyakit

No. Matrik : D20192091274


Kumpulan Kuliah : B
Semester : 2
Nama Pensyarah : Encik Mohamad Ihsan Bin Muhamad Ismail
Tarikh Hantar : 30 November 2020
Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 1-2

2.0 Dapatan kajian

2.0.1 Kajian terdahulu 3-5

2.0.2 Kajian terkini 5-7

3.0 Perbandingan antara negara Malaysia dengan luar negara 8-10

4.0 Kesimpulan 10

5.0 Rujukan 11-13


1.0 Pengenalan

Panel antara kerajaan mengenai perubahan iklim (Intergovernmental Panel on Climate Change-
IPCC) menyatakan dalam laporan Summary for Policy Makers (2014) bahawa "perubahan iklim
akan mempengaruhi kesihatan manusia, terutama dengan menambah buruk masalah kesihatan
yang sudah ada" dan juga bahawa "sepanjang abad ke-21, perubahan iklim dijangka dapat
menyebabkan peningkatan penyakit di banyak wilayah terutamanya di negara-negara
membangun yang berpendapatan rendah,”. Perubahan cuaca yang melampau juga mempengaruhi
kewujudan penyakit. Perubahan cuaca dikatakan kesan daripada perubahan iklim (Patz et al,
2000). Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) juga, perubahan iklim dan cuaca dijangka
akan mengakibatkan kira-kira 250,000 kematian setahun antara tahun 2030 dan 2050. Akibat
pertambahan penyakit yang dipengaruhi oleh cuaca dan iklim, lebih banyak pengkajian semula
telah dilaksanakan oleh saintis untuk mengenal pasti hubungan antara cuaca dan iklim dengan
kewujudan penyakit.

Pengaruh cuaca dan iklim sering dikaitkan dengan impaknya terhadap persekitaran
fizikal. Walau bagaimanapun, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, misalnya peningkatan
suhu, taburan hujan tidak menentu yang kemudiannya membawa kepada pelbagai bencana alam
seperti puting beliung, kebakaran hutan, kemarau, gelombang haba dan banjir, semakin banyak
bukti atau kajian yang membuktikan bahawa impak perubahan cuaca dan iklim terhadap
kesihatan manusia semakin meningkat (Gupta, 2017). Impak daripada perubahan cuaca dan
iklim ke atas kesihatan manusia boleh diklasifikasikan kepada impak langsung atau tidak
langsung (Health Impacts from Weather and Climate, 2018). Misalnya, penyakit yang
disebabkan haba dari suhu musim panas adalah antara contoh penyakit disebabkan impak
langsung. Faktor cuaca dan iklim juga diketahui sebagai medium penyebaran penyakit berjangkit
misalnya melalui air banjir dan vektor atau pengangkutan bahan kimia ke persekitaran (Boxall et
al., 2010). Contohnya, impak tidak langsung seperti peningkatan suhu mengakibatkan
pertambahan nyamuk Aedes yang menyebabkan penularan penyakit demam denggi, malaria dan
chikungunya.

Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang berlaku pada bahagian atmosfera dan
sentiasa berubah bergantung pada masa serta kawasan. Cuaca tertentu seperti musim panas atau
musim sejuk, ribut petir dan musim tengkujuh berlaku dalam jangka masa pendek iaitu selama

1
beberapa hari atau minggu serta sukar diramal. Cuaca juga akan berubah dalam masa beberapa
minit atau jam. Keadaan cuaca ditentukan dengan melihat kepada beberapa komponen
meteorologi seperti suhu, arah dan kelajuan angin, kerpasan, kelembapan, tekanan udara dan
sinaran matahari (Freie Universität Berlin, 2020). Menurut Philip M Polgreen dan Evelyn L
Polgreen (2018), keadaan cuaca seperti hujan berlanjutan, banjir, kelembapan dan gelombang
haba direkodkan sebagai antara penyebab wujudnya penyakit sama ada penyakit berjangkit atau
tidak berjangkit. Perubahan cuaca dianggap sebagai satu cabaran kepada sistem imun dalam
badan manusia (Piedmont Healthcare, 2020). Tubuh badan manusia yang sudah terbiasa dengan
jenis cuaca tertentu akan mengalami kesukaran mengadaptasi keadaan cuaca yang berlainan.
Oleh itu, ia boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit. Contohnya, masalah pernafasan,
resdung dan sakit tekak kronik akibat udara berdebu, asma dan bronkitis akibat udara sejuk,
alahan bermusim dan selsema.

Iklim pula didefinisikan sebagai keadaan cuaca yang terdapat di sesuatu tempat dalam
jangka masa yang panjang iaitu mengambil masa selama 30 tahun atau lebih. Setiap bahagian
atau kawasan yang berbeza di muka bumi ini mempunyai jenis iklim yang berlainan (National
Geographic, 2017). Misalnya, zon sejuk mengalami iklim Tundra seperti kutub utara dan selatan,
zon sejuk sederhana pula mengalami iklim Siberia seperti di kawasan Siberia, Rusia. Di zon
panas pula, terdapat tiga jenis iklim yang wujud, iaitu iklim Khatulistiwa seperti di Malaysia dan
Singapura, seterusnya iklim gurun panas seperti di Arab Saudi, Iraq dan Oman, manakala iklim
monsun tropika pula dialami oleh negara India, Myanmar dan Thailand. Jenis iklim di setiap zon
dikenal pasti dengan melihat kepada keadaan cuaca sepanjang tahun, contohnya seperti kawasan
yang sejuk sepanjang tahun, jelas sekali mengalami iklim sejuk. Pertambahan gas rumah hijau
iaitu karbon dioksi, metana dan klorofluorokarbon(CFC), pelepasan asap kilang, penebangan
hutan secara besar-besaran dan pemanasan global membawa kepada perubahan iklim. Perubahan
iklim yang merangkumi peningkatan suhu dunia telah meningkatkan risiko peningkatan kes
penyakit yang disebabkan oleh perubahan cuaca dan suhu yang ekstrem (Centres for Disease
Control and Prevention, 2020). Perubahan iklim mempengaruhi kesihatan manusia melalui dua
cara iaitu menambah masalah kesihatan yang sedia ada atau mewujudkan penyakit baru yang
tidak pernah dijangka atau belum pernah berlaku di kawasan tertentu (Climate and Health
Assesment, 2014).

2
Pada bahagian seterusnya akan membincangkan lebih lanjut berkenaan pengaruh cuaca
dan iklim terhadap kewujudan penyakit dengan sokongan beberapa kajian terdahulu dan terkini.

2.0 Dapatan Kajian

Beberapa kajian telah dilaksanakan terutamanya oleh golongan saintis berkenaan


pengaruh cuaca dan iklim terhadap kewujudan pelbagai jenis penyakit di negara-negara seluruh
dunia. Dalam bahagian ini dapatan kajian daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan
dibahagi kepada dua bahagian iaitu dapatan kajian terdahulu dan terkini bagi meneliti sejauh
mana sesuatu penyakit boleh dipengaruhi oleh sebarang perubahan cuaca serta iklim.

2.0.1 Kajian terdahulu

Antara jenis penyakit yang berpotensi mengalami peningkatan akibat cuaca dan iklim adalah
penyakit berjangkit. Berikut merupakan contoh dapatan kajian berkenaan perubahan iklim dan
penyakit berjangkit yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) dalam jurnal
“Climate change and human health: Risks and Responses” pada tahun 2003. Selama berabad-
abad, manusia memang sudah menyedari bahawa keadaan iklim mempengaruhi penyakit
berjangkit. Contohnya, pada tahun 1878, semasa El Niño melanda selatan Amerika Syarikat,
wabak penyakit demam kuning berjangkit yang sangat serius telah berlaku. Ia merupakan
penyakit bawaan nyamuk spesies Aedes Aegypti yang telah meragut nyawa 20,000 orang ketika
itu. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengklasifikasikan penyakit berjangkit kepada dua jenis
iaitu dari manusia ke manusia melalui titisan air liur dan hingus atau sentuhan dan dari vektor
serta persekitaran fizikal iaitu air serta tanah ke manusia. Penyakit yang merebak melalui vektor
atau air dan tanah dikatakan lebih mudah dipengaruhi oleh persekitaran luaran berbanding
penyakit yang disebarkan oleh virus atau bakteria dan manusia. Antara unsur iklim yang terlibat
dalam mempengaruhi penyebaran penyakit berjangkit adalah suhu, kerpasan dan kelembapan.
Pengkaji juga mendapati bahawa terdapat beberapa penyakit berjangkit yang bersifat musiman,
bererti bilangan kes pada musim-musim tertentu adalah lebih tinggi. Antaranya, wabak kolera di
Bangladesh berlaku ketika musim monsun, penyakit cirit-birit berjangkit(campylobacter) di Peru
ketika musim bunga, malaria dan denggi pula pada musim tengkujuh dan Meningitis pada musim
kering di Sub-Sahara Afrika.

3
Berdasarkan dapatan kajian, vektor pembawa penyakit hidup dan membiak dalam jangka
masa tertentu bergantung kepada keadaan iklim dan unsurnya. Jadual berikut menunjukkan
kesan cuaca dan iklim ke atas penyakit bawaan vektor seperti nyamuk.

Jadual 1: Kesan cuaca dan iklim, ke atas penyakit bawaan vektor

Unsur-unsur Kesan perubahan unsur cuaca dan iklim terhadap vektor


cuaca dan iklim
Suhu - Jangka hayat sesetengah spesies vektor meningkat di kawasan bersuhu
tinggi.
- Suhu juga mempengaruhi tempoh masa penularan penyakit.
- Perubahan suhu menyebabkan perubahan kadar pertumbuhan populasi
vektor.
- Vektor mengalami perubahan dalam corak pemakanan.
Kerpasan - Hujan yang banyak meningkatkan habitat larva vektor dan saiz populasi.
- Hujan berlebihan akan menghapuskan habitat vektor akibat banjir. Oleh
itu, vektor akan membiak di rumah dan meningkatkan pendedahan
manusia kepada vektor pembawa penyakit.
- Hujan yang sedikit menyebabkan paras air sungai rendah kemudian
wujudnya takungan atau lopak yang meningkatkan pembiakan vektor.
Kelembapan - Kelembapan yang tinggi meningkatkan jangka hayat vektor, manakala
kelembapan rendah mengurangkan jangka hayat vektor.
Sumber: Diubahsuai daripada Patz, J. A et al. (2003). Climate change and infectious
diseases. Climate change and human health: risks and responses, 2, 103-32.

Jelaslah di sini bahawa, penyakit bawaan vektor seperti malaria berisiko lebih cepat menular
ketika cuaca sejuk atau lembap. Ia dapat disimpulkan bahawa faktor suhu dan kerpasan memberi
kesan kepada tahap penularan penyakit bawaan vektor. Manakala kelembapan menentukan
habitat dan jangka hayat vektor.

Hubungan antara cuaca dan iklim dengan penyakit yang tersebar melalui air juga
diketengahkan oleh pengkaji dalam kajian ini. Pendedahan manusia kepada air tercemar seperti

4
air minuman, air di taman rekreasi, taman tema dan sebagainya atau makanan turut membawa
kepada timbulnya masalah penyakit berjangkit. Air tercemar berkemungkinan disebabkan
pembuangan sisa kumbahan dan faktor cuaca seperti hujan asid. Seperti yang dinyatakan di atas,
suhu lazimnya mempengaruhi pertumbuhan dan jangka hayat vektor, manakala corak kerpasan
mempengaruhi pengangkutan dan penyebaran agen pembawa penyakit iaitu patogen.

Jadual 2: Hubungan antara cuaca dan iklim dengan jenis air pembawa penyakit

Kumpula Agen patogen Jenis air Pengaruh cuaca Pengaruh cuaca


n patogen pembawa secara tidak secara langsung
penyakit langsung
Virus Enteric virus Air bawah Hujan Pembiakan patogen
(virus hepatitis tanah meningkatkan meningkat pada suhu
A) pengangkutan virus dan sinaran matahari
dari najis dan air yang rendah
sisa kumbahan
Bakteria Vibrio (vibrio Air di tempat Pertumbuhan Kemasinan dan suhu
kolera) rekreasi dan plankton mempengaruhi
jangkitan pertumbuhan plankton
luka
Protozoa Enteric protozoa Air di tempat Hujan Suhu mempengaruhi
(cyclospora, rekreasi dan meningkatkan pembiakan dan
crytosporidium) air minuman pengangkutan virus jangkitan kuman
dari najis dan air Cyclospora
sisa kumbahan
Sumber: Diubahsuai daripada Patz, J. A et al. (2003). Climate change and infectious
diseases. Climate change and human health: risks and responses, 2, 103-32.

Secara ringkasnya peningkatan suhu akan memanjangkan musim penyebaran penyakit


bawaan air. Manakala hujan lebat meningkatkan kebarangkalian pengaliran najis dan bahan
pencemar dalam air. Apabila cuaca kering pula, kekurangan sumber air bersih berlaku di negara
sedang membangun yang akan menyebabkan cirit-birit berjangkit.

2.0.2 Kajian terkini

5
Cuaca dan iklim bukan sahaja menyebabkan wujudnya penyakit seperti malaria, kolera, denggi
dan sebagainya, tetapi ia juga boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi pelbagai jenis
penyakit kulit. Penyakit kulit berlaku kerana ia merupakan bahagian badan manusia yang paling
terdedah kepada persekitaran serta sangat sensitif kepada perubahan iklim dan cuaca. Misalnya,
penyakit psoriasis dan atopic dermatitis yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Kajian
berikut merupakan kajian memfokuskan kepada kesan perubahan iklim kepada penyakit kulit.
Pemanasan global dan perubahan corak kerpasan pula menggalakkan penyakit kulit bawaan
vektor atau bakteria dan Fungi. Kajian berikut merupakan kajian memfokuskan kepada kesan
perubahan iklim kepada penyakit kulit. Ia adalah kajian oleh Balato et al dari Jabatan
Dermatologi, University of Naples Federico II pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam jurnal
Expert Reviews.

Jadual 3: Contoh-contoh pengaruh cuaca dan iklim kepada kulit

Faktor cuaca dan iklim Kesan kepada kulit


Pemanasan global, perubahan kerpasan Pelbagai penyakit kulit berjangkit
(Leishmaniasis, Borreliosis dan lain-lain)
Pemanasan global, perubahan tahap Pertambahan jangkitan kuman dan Fungi pada
kelembapan kulit
Perubahan iklim dunia(kelembapan dan suhu) Penyakit kulit kronik (psoriasis, atopic
dermatitis)
Fenomena El Niño Pertambahan penyakit leishmaniasis, denggi,
Rickettsia
Hujan, banjir, peningkatan suhu Penyakit bawaan air(cyanobacteria)
Cuaca ekstrem Jangkitan pada kulit dan tisu kulit, scabies,
urtikaria dan leismaniasis
Penipisan lapisan ozon, kelembapan relatif, Peningkatan kes kanser kulit
suhu dan litupan awan
Sumber: Diubahsuai daripada Balato, N. et al. (2014). Effects of climate changes on skin
diseases. Expert Review of Anti-infective Therapy. 12(2), 171-181.
10.1586/14787210.2014.875855

Umumnya hujan lebat dan kejadian banjir meningkatkan kebarangkalian seseorang


menghidap penyakit kulit yang dibawa oleh air. Hal ini dikatakan demikian kerana air banjir
telah tercemar dengan kuman seperti E.coli daripada najis, cyanobacteria, sisa toksik, air sampah

6
dan sebagainya. Kesannya, seseorang itu mungkin akan mengalami gatal-gatal pada kulit seperti
dermatitis dan Mycobacteria.

Penipisan lapisan ozon pula menyebabkan wujudnya penyakit kanser kulit. Hal ini
disebabkan oleh pendedahan kulit kepada sinaran ultra ungu(UV) daripada matahari. Penipisan
lapisan ozon serta kurang litupan awan mengakibatkan sebahagian sinaran UV tersebut
menembusi ruang atmosfera. Pendedahan terus tanpa perlindungan kepada dua jenis sinar UV
iaitu UVA dan UVB akan merosakkan DNA dalam sel kulit, kemudian mengakibatkan
kecacatan genetik, mutasi dan kanser kulit. Sinar UVB yang mengakibatkan “sunburn”
dibuktikan sebagai punca utama munculnya Melanoma iaitu antara jeni kanser kulit yang paling
bahaya (Skin Cancer Foundation, 2020). Sinar UV membahayakan kulit kerana ia menembusi
bahagian luar struktur kulit.

Fenomena El Niño dan cuaca ekstrem iaitu terlampau panas dan kering mengakibatkan
kulit menjadi kering dan kemerah-merahan atau ruam. Ia juga meningkatkan peluang kepada
bakteria dan virus membiak. Hal ini dikatakan demikian kerana patogen mudah membiak ketika
cuaca panas. Kelembapan yang rendah turut menyebabkan wujud gejala yang sama di mana kulit
berasa gatal akibat terlalu kering terutamanya ketika musim sejuk. Hal ini kerana segala
kelembapan yang ada pada kulit telah berkurang, oleh itu menimbulkan ketidakselesaan pada
kulit. Antara contoh selain daripada contoh pada jadual di atas, ekzema juga salah satu jenis
penyakit kulit menjadi kering dan kegatalan. Pada tahap kelembapan yang tinggi ketika cuaca
panas pula menyebabkan seseorang itu kuat berpeluh kemudian bakteria mudah membiak pada
badan. Oleh itu, tahap kelembapan yang neutral lebih selamat kepada kulit.

Melalui contoh kajian terkini tersebut, boleh disimpulkan bahawa faktor cuaca dan iklim
berbeza mendorong kepada jenis penyakit kulit yang berlainan. Antara penyakit yang dinyatakan
dalam Jadual 3 bersifat musiman seperti dermatitis, scabie dan psoriasis, di mana ia menjadi
teruk ketika musim atau cuaca tertentu.

7
3.0 Perbandingan antara negara Malaysia dengan luar negara

Umum mengetahui bahawa Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu cuaca tahunannya
adalah panas dan lembap sepanjang tahun. Manakala purata suhu harian adalah antara 21˚C
hingga 32˚C. Malaysia juga mengalami kadar kelembapan dan hujan yang tinggi. Hujan tahunan
di Malaysia adalah kira-kira 2500 hingga 3000 mm. Bulan November, Disember dan Januari
dikatakan menerima jumlah hujan terbanyak. Antara jenis penyakit yang biasa dikaitkan dengan
pengaruh cuaca dan iklim Malaysia ialah penyakit denggi. Denggi sememangnya dikenali
sebagai penyakit yang mudah dipengaruhi oleh perubahan cuaca dan iklim. Ia merupakan
penyakit bawaan nyamuk Aedes yang kemudiannya menjangkit manusia. Virus denggi(DENV
1-4) menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk tersebut. Keadaan cuaca dan iklim Malaysia
dikatakan sebagai persekitaran paling kondusif untuk pembiakan nyamuk Aedes dan penularan
denggi. Kes denggi di Malaysia tidak dinafikan mengalami peningkatan dari tahun ke tahun.
Sehinga 23 Jun 2020, kes denggi di Malaysia adalah sebanyak 131,000 kes, iaitu antara yang
tertinggi selepas Vietnam dan Filipina (World Health Organization, 2020). Selain daripada faktor
manusia, ramai pengkaji yang percaya bahawa iklim juga memainkan peranan dalam penyebaran
jangkitan denggi (Paul, Bryan & Tham, 2015). Beberapa kajian yang telah dilaksanakan banyak
menunjukkan bahawa hujan atau kerpasan dan kelembapan adalah faktor cuaca dan iklim utama
yang menyumbang kepada peningkatan kes denggi di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat sendiri
melalui jumlah hujan tahunan yang banyak. Semakin kerap dan banyak intensiti hujan, semakin
banyak tempat pembiakan nyamuk wujud, misalnya takungan air hujan pada lopak, air banjir dan
sungai. Manakala, purata kelembapan udara Malaysia yang tinggi sehingga mencecah 80% telah
meningkatkan keaktifan nyamuk Aedes bergerak, jangka hayat dan tumbesaran telur nyamuk
Aedes.

Jika dibandingkan dengan negara seperti Korea Selatan, kes denggi adalah lebih rendah.
Keadaan ini berlaku kerana negara tersebut mengalami iklim sederhana dan mempunyai empat
musim. Musim sejuk di negara tersebut lazimnya bertahan dalam tempoh masa yang lama,
sangat sejuk dan kering. Oleh itu, nyamuk Aedes sukar membiak. Tambahan pula, kebanyakan
kes denggi di Korea merupakan kes import dari negara lain (Jeong, Y. E et al, 2016). Nyamuk
Aedes dipercayai paling banyak di negara beriklim tropika dan sub tropika di mana suhu musim
sejuk tidak kurang daripada 10˚C. Nyamuk Aedes tidak dapat hidup dalam cuaca musim sejuk.

8
Misalnya di Seoul, Korea Selatan, min suhu pada bulan Januari adalah -5˚C hingga -2.5˚C, di
mana suhu tersebut adalah terlalu rendah. Purata suhu tahunan bagi Korea Selatan adalah 11.9 ˚C
dan anggaran purata hujan sebanyak 1373 mm (South Korea Climate, 2020). Tahap kelembapan
udara pada musim sejuk juga adalah sangat rendah, bermakna ia sangat kering dan tidak sesuai
menjadi habitat nyamuk Aedes kerana nyamuk Aedes kurang aktif di tempat yang rendah dari
segi kelembapan.

Di samping itu, perbandingan antara negara Malaysia dengan negara lain berkenaan
pengaruh cuaca dan iklim terhadap kewujudan penyakit juga dapat dilihat melalui wabak
penyakit Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini. Menurut kajian kesan
pengaruh cuaca terhadap pandemik Covid-19 (Bukhari, Q et al, 2020), 85% daripada kes
jangkitan sehingga 1 Mei 2020 berlaku di negara atau kawasan yang memiliki suhu antara 3˚C
hingga 17˚C serta kelembapan 1 hingga 9 g/m³. Antara negara tersebut ialah Itali, Perancis dan
Jerman yang mempunyai corak cuaca yang hampir serupa dengan kawasan “hotspot” Covid-19
iaitu Hubei dan Hunan. Di Hubei, purata suhu tahunan adalah 15˚C dan mempunyai musim
panas dan sejuk, Kelembapan relatif juga adalah rendah ketika musim sejuk. Iklim di Hubei
mempunyai purata hujan antara 300 hingga 700 mm (Hubei Climate, 2013). Ketika musim sejuk,
sesiapa sahaja akan mudah jatuh sakit iaitu demam, selsema dan batuk, ini menunjukkan
persamaan konsep dengan penularan Covid-19 di negara yang beriklim sejuk Virus dikatakan
mampu hidup dan membiak seterusnya disebarkan dengan mudah dalam cuaca sejuk dan
kelembapan udara kering.

Berbeza dengan negara-negara yang mengalami suhu kira-kira 35˚C dan kelembapan >9
g/m³ seperti Malaysia, Thailand dan lain-lain negara Asia Tenggara mempunyai bilangan kes
Covid-19 yang lebih rendah atau kadar jangkitannya perlahan. Penularan virus sememangnya
dipercayai lebih rendah di negara-negara yang mempunyai unsur suhu dan kelembapan tinggi.
Ini dapat dibuktikan melalui kajian makmal yang telah dibuat pada virus korona (Pitt, S, 2020).
Di negara-negara beriklim tropika, tidak bermakna Covid-19 tidak merebak tetapi pada kadar
yang lebih perlahan berbanding negara lain seperti Eropah. Sesetengah saintis menganggap
penyakit Covid-19 bersifat musiman disebabkan oleh penyebarannya dipengaruhui oleh cuaca
dan iklim. Walau bagaimanapun, keadaan pada masa kini di mana beberapa negara Asia
Tenggara mencatatkan kes jangkitan yang tinggi walaupun tidak mengalami musim sejuk, saintis

9
beranggapan bahawa pengaruh cuaca dan iklim masih tidak sepenuhnya memberi kesan kepada
penularan wabak penyakit ini, tetapi sifat manusia yang tidak mematuhi Standard Operation
Procedure(SOP) yang telah ditetapkan.

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, antara unsur cuaca dan iklim utama yang mempengaruhi
kewujudan penyakit adalah suhu, kelembapan dan kerpasan. Secara ringkasnya, perbezaan suhu
di sesebuah kawasan berkait dengan bagaimana vektor seperti nyamuk dan patogen seperti
bakteria serta virus menjadi aktif mencari perumah. Kelembapan pula adalah indikator kepada di
mana vektor atau patogen itu sesuai membiak dan bertahan, misalnya, kelembapan yang tinggi
adalah yang paling kondusif untuk pembawa penyakit tersebut mewujudkan habitatnya.
Manakala kerpasan pula menjadi agen penyebar penyakit sama ada melalui air bawah tanah, air
sungai tercemar atau air banjir akibat hujan lebat tanpa henti. Hal ini kerana telur atau larva
vektor dan pelbagai jenis patogen berbahaya lazimnya membiak dalam takungan air. Perubahan
cuaca dan iklim yang ekstrem saban tahun amat membimbangkan kerana ia berpotensi
mendorong kepada wujudnya penyakit baru yang mungkin lebih bahaya dan sukar diatasi. Oleh
itu, sebagai manusia yang bertanggungjawab hendaklah menjaga bumi dengan baik dengan
mengurangkan penebangan hutan besar-besaran, mengehadkan penggunaan peralatan yang
membebaskan klorofluorokarbon(CFC) dan sebagainya. Hal ini demikian kerana aktiviti-aktiviti
tersebutlah yang membawa kepada perubahan cuaca dan iklim secara global.

Dapatlah disimpulkan bahawa, cuaca dan iklim mempunyai perkaitan dengan kewujudan
pelbagai jenis penyakit yang berlainan.

10
5.0 Rujukan

Balato, N et al. (2014). Effects of climate changes on skin diseases. Expert Review of Anti-
infective Therapy. 12(2), 171-181. 10.1586/14787210.2014.875855

Balbus, J. et al. (2016). Ch. 1: Introduction: Climate Change and Human Health: The Impacts of
Climate Change on Human Health in the United States. A Scientific Assessment. U.S.
Global Change Research Program, Washington, DC, 25–42.
http://dx.doi.org/10.7930/J0VX0DFW

Boxall et al. (2010). Impacts of climate change on indirect human exposure to pathogens and
chemicals from agriculture. Ciência & Saúde Coletiva, 15(3), 743–756.
https://doi.org/10.1590/s1413-81232010000300017

Bukhari, Q et al. (2020). Effects of weather on coronavirus pandemic. International journal of


environmental research and public health, 17(15), 5399.

Centres for Disease Control and Prevention. (2020). Climate Change and Public Health - Health
Effects - Temperature Extremes.
https://www.cdc.gov/climateandhealth/effects/temperature_extremes.htm

Department of Health. (2018). Health Impacts from Weather and Climate. Health New York
Government. https://www.health.ny.gov/environmental/weather/impacts.htm

Freie Universität Berlin. (2020). Definition of weather and climate. Geo.Fu-Berlin.


https://www.geo.fu-berlin.de/en/v/iwm-network/learning_content/environmental-
background/basics_climategeography/definitions/index.html

‌Gupta, M. (2017, 8 Ogos). Climate change: Direct and indirect impacts on health. The European
Sting - Critical News & Insights. https://europeansting.com/2017/08/08/climate-change-
direct-and-indirect-impacts-on-health/

Hubei Climate. (2013). Hubei.Gov.Cn.


http://en.hubei.gov.cn/hubei_info/climate/201305/t20130521_449918.shtml

11
‌Jeong, Y. E et al (2016). Comparison of the epidemiological aspects of imported dengue cases
between Korea and Japan, 2006–2010. Osong public health and research
perspectives, 7(1), 71-74.

Kementerian Alam Sekitar dan Air. (2020). Iklim Malaysia. Laman Web Rasmi Jabatan
Meteorologi Malaysia. https://www.met.gov.my/pendidikan/iklim/iklimmalaysia

National Geographic Society. (2017, September 26). All About Climate. National Geographic
Society. https://www.nationalgeographic.org/article/all-about-climate/

Patz, J A., Engelberg, D., & Last, J. (2000). The Effects of Changing Weather on Public Health.
Annual Review of Public Health, 27, 271-307.
https://doi.org/10.1146/annurev.publhealth.21.1.271

Patz, J. A et al. (2003). Climate change and infectious diseases. Climate change and human
health: risks and responses, 2, 103-32.

‌Paul, Bryan & Tham (2015). Interrelation between Climate and Dengue in Malaysia. Health.
7(6), 672-678. 10.4236/health.2015.76080

‌Piedmont Healthcare. (2020). A Sudden Change in Weather Affects Your Health. Piedmont.org.
https://www.piedmont.org/living-better/can-a-sudden-change-in-the-weather-affect-your-
health

Pitt, S. (2020, 29 Oktober). Does coronavirus spread more easily in cold temperatures? Here’s
what we know. The Conversation. https://theconversation.com/does-coronavirus-spread-
more-easily-in-cold-temperatures-heres-what-we-know-148465

Polgreen, P. M., Polgreen, E.L. (2018, 15 Mac). Infectious Diseases, Weather and Climate.
Clinical Infectious Diseases, 66(6), 815-817. https://doi.org/10.1093/cid/cix1105

Skin Cancer Foundation. (2019). UV Radiation & Your Skin: The Facts. The Risks. How They
Affect You. Skincancer.org. https://www.skincancer.org/risk-factors/uv-radiation/

12
Summary for Policymakers. (2014).
https://www.ipcc.ch/site/assets/uploads/2018/02/ipcc_wg3_ar5_summary-for-
policymakers.pdf

World Health Organization: WHO. (2018, Februari). Climate change and health. Who.Int; World
Health Organization. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/climate-change-
and-health

‌World Health Organization: WHO. (2020, 24 Jun). Dengue and severe dengue. Who.Int; World
Health Organization: WHO. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/dengue-
and-severe-dengue

13

Anda mungkin juga menyukai