Anda di halaman 1dari 55

HGR 3033 | KAEDAH KUANTITATIF DALAM GEOGRAFI

TAJUK TUGASAN :
PERSEPSI PELAJAR DARI PELBAGAI PERINGKAT PENDIDIKAN
TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SUBJEK
GEOGRAFI.

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NO. MATRIK


1 D20192091274
2 D20192091277
3 D20192091287
4 D20192091288
5 D20192091299

SEMESTER : SEMESTER 2 SESI 2019/2020

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN A

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. MAZDI BIN MARZUKI

TARIKH HANTAR : 2 JANUARI 2021


ii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat kami
menyiapkan tugasan berkumpulan Kaedah Kuantitatif dalam Geografi, kod subjek HGR 3033
ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan
setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Profesor
Madya Dr. Mazdi Bin Marzuki kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat
serta meluangkan masa dalam menjalankan tugasan ini dan sentiasa berusaha bagi
memastikan segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan kami yang banyak memberi
kerjasama yang erat sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka mungkin
tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Kami juga telah banyak mempelajari ilmu
baharu dalam menyiapkan tugasan berkumpulan ini.

Akhir kata, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Kerjasama
anda amat kami hargai.
iii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang digunakan oleh guru bagi menarik minat pelajar yang mengambil subjek geografi
ini di peringkat sekolah hingga ke universiti. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk
meninjau persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) subjek geografi di sekolah hingga universiti dan mengenal pasti
cadangan penambahbaikan kaedah PdP subjek geografi yang lebih efektif. Kaedah kajian
yang digunakan ialah kajian tinjauan yang melibatkan pendekatan kaedah kuantitatif.
Pendekatan kuantitatif yang diguna pakai oleh pengkaji untuk mengumpul data adalah
melalui soal selidik. Seramai 109 orang pelajar dipilih melalui kaedah persampelan
kebarangkalian atau rawak untuk dijadikan sebagai responden soal selidik. Dapatan utama
bagi kajian ini adalah pengkaji dapat mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang digunakan oleh guru bagi menarik minat pelajar yang mengambil subjek geografi
ini di peringkat sekolah hingga ke universiti ialah kuiz pendek misalnya melalui laman
Quizizz, Kahoot dan sebagainya diberikan selepas proses PdP bagi memudahkan pelajar
mengingat kembali hasil pembelajaran. Kesimpulannya, pengkaji berharap penggunaan
pelbagai keadah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat ditingkatkan lagi dalam subjek
Geografi.
iv

ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKA SURAT


PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH vii

BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Matlamat kajian 2
1.2 Objektif kajian 3
1.3 Persoalan kajian 3
1.4 Skop dan batasan kajian 4
1.5 Kepentingan kajian 4
1.6 Hipotesis kajian 5

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR


2.0 Pengenalan 7
2.1 Penggunaan kaedah yang melibatkan sesi perbincangan dan soal
jawab dalam kumpulan 7
2.2 Pembelajaran secara simulasi dan demonstrasi untuk menggalakkan
interaksi dua hala 8
2.3 Topik-topik berkaitan proses di bawah subjek Geografi mudah
difahami dengan menggunakan kaedah PdP secara syarahan dan
pengagihan nota 8
2.4 Kaedah PdP berasaskan projek perlu ditambah baik bagi mempercepat
penguasaan pelajar melalui pemerhatian dan pengumpulan maklumat
berkaitan Geografi 9
2.5 Pelaksanaan kaedah tayangan video yang lebih menarik dan mudah
diingati untuk topik melibatkan proses dalam Geografi 10
v

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN


3.0 Pengenalan 11
3.1 Reka bentuk kajian 11
3.2 Populasi dan persampelan kajian 13
3.3 Instrumen kajian 13
3.4 Data dan sumber data kajian 15
3.4.1 Data primer 16
3.4.2 Data sekunder 16
3.5 Penganalisis data 17
3.6 Rumusan 18

BAB 4 DAPATAN KAJIAN


4.0 Pengenalan 19
4.1 Maklumat demografi responden 19
4.2 Persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Geografi di sekolah
hingga universiti 22
4.3 Cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) subjek Geografi yang lebih efektif 25
4.4 Taburan min (purata) dan sisihan piawai terhadap penyataan tentang
persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Geografi di sekolah
hingga university 27
4.5 Taburan min (purata) dan varians terhadap penyataan tentang cadangan
penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek
Geografi yang lebih efektif 29
4.6 Pengujian hipotesis 32

BAB 5 KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 37
5.1 Rumusan 37
5.2 Cadangan 37
RUJUKAN 38
LAMPIRAN 43
vi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Hipotesis kajian dan jenis analisis statistik yang akan digunakan 6
4.1 Demografi Responden 22
4.2 Persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Geografi di sekolah
hingga universiti 24
4.3 Cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) subjek Geografi yang lebih efektif 26
4.4 Taburan min (purata) dan sisihan piawai terhadap penyataan tentang
persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran subjek Geografi di sekolah hingga
universiti 28
4.5 Taburan min (purata) dan varians terhadap penyataan tentang
cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) subjek Geografi yang lebih efektif 30
4.6 Kekuatan hubungan korelasi 32
4.7 Dapatan daripada ujian korelasi 32
4.8 Dapatan daripada ujian korelasi 33
4.9 Dapatan daripada ujian Khi-Kuasa Dua 34
4.10 Dapatan daripada ujian Khi-Kuasa Dua 35
4.11 Dapatan daripada ujian regresi 36
vii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Bilangan responden berdasarkan jantina 19


4.2 Bilangan responden berdasarkan umur 20
4.3 Bilangan responden berdasarkan peringkat pendidikan 21
4.4 Bilangan responden berdasarkan bangsa 21
1

BAB 1
PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek geografi merupakan salah satu kajian
pendidikan geografi yang dilaksanakan bagi meninjau persepsi pelajar dari pelbagai peringkat
pendidikan. Pendidikan geografi khususnya geografi di sekolah Malaysia mengalami
perubahan demi perubahan selaras dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.
Perkembangan ini berkait rapat dengan konteks sosio budaya Malaysia dan falsafah yang
mendasarinya. Dalam konteks disiplin geografi, perubahan dan perkembangan yang berlaku
adalah terikat kepada laluan masyarakat pasca kolonial yang mewarisi korpus ilmu kolonial
dan cuba membentuk korpus ilmunya sendiri (Hadi, 1985).
Perubahan dan perkembangan dalam disiplin geografi turut memberi kesan kepada
pendidikan geografi. Perubahan dalam pendidikan geografi telah berlaku dari segi status
dalam kurikulum pendidikan negara dan juga dari kandungan. Perubahan-perubahan ini
memerlukan guru yang kompeten serta komitmen semua pihak bagi menangani isu-isu yang
timbul. Artikel ini ditulis berkaitan dengan sejarah ringkas perkembangan geografi dalam
kurikulum sekolah rendah dan menengah, pendidikan geografi semasa dan diikuti dengan
isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan geografi di Malaysia dengan mengambil kira
perkembangan geografi di peringkat global.
Pengajaran dan pemebelajaran (PdP) ialah sesuatu tugasan atau aktiviti yang diusahakan
bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa salah satu daripada elemen tersebut pengajaran tidak
akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah
dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses
belajar (Nawi, 2011). Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang secara relatifnya
kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit. Pengajaran boleh ditambah
baik secara berterusan menerusi penyelidikan, pengembangan ilmu, pemantapan kemahiran
dan rujukan kepada amalan profesional yang berkaitan. Pengajaran juga merangkumi proses
mereka bentuk kurikulum, penyampaian kurikulum dan sistem penilaian pelajar. Dalam
proses pengajaran, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan seperti pengajaran
berpusatkan murid, guru, hasil, proses dan nilai (Nawi, 2011). Secara ringkasnya, komponen
asas yang membentuk sesuatu proses pengajaran seharusnya mengandungi ciri-ciri berikut
iaitu guru, pelajar atau murid, kandungan, kaedah, tujuan, hasil dan penilaian.
2

Sekolah merupakan sebuah tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
berlangsung. Asas pemilihan kaedah yang betul dan tepat seperti yang ditegaskan oleh (Radzi,
2001) adalah mengikut kesesuaian tujuan pendidikan yang ingin dicapai dalam sesuatu
bidang pelajaran, tahap perkembangan, kematangan serta kecerdasan para pelajar.
Kepelbagaian metodologi dan kaedah bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dengan
situasi dan keupayaan pelajar merupakan seni pengajaran guru cemerlang. Menurut
pengalaman mengajar guru cemerlang biasanya mampu meningkatkan kemahiran pemilihan
pengkaedahan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Skop pembelajaran
sangat luas meliputi domain kognitif, efektif dan psikomotor. Pembelajaran boleh berlaku
pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja. Pembelajaran memerlukan kaedah dan proses
dari yang paling mudah sehinggalah kepada yang paling kompleks. Pembelajaran boleh
berlaku tanpa melalui proses pengajaran formal begitu juga maksud di sebalik pengajaran
yang tidak semestinya menghasilkan pembelajaran.
Namun, lazimnya pengajaran yang baik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Dalam situasi tertentu, terdapat pembelajaran yang tetap memerlukan proses pengajaran.
Justeru, terdapat kemungkinan di mana pembelajaran yang berlaku tidak memenuhi syarat
dan gagal mencapai kehendak sebenar pentakrifan pendidikan. Secara ringkasnya, komponen
asas yang mesti dipenuhi untuk menghasilkan pembelajaran ialah pelajar, perkara yang
dipelajari (Nawi, 2011). Jasmi et.al (2012) berpendapat bahawa terdapat dua prinsip utama
dalam memilih strategi atau kaedah PdP iaitu kebanyakan strategi atau kaedah pembelajaran
perlu dirancang. Perancangan pembelajaran yang tidak cukup mengakibatkan pengajaran
tersebut tidak berpandu kepada objektif pembelajaran yang nanti akan membazirkan masa
pembelajaran pelajar atau mengakibatkan pengajaran lebih berpusatkan kepada teks atau guru
sebagai sumber pengajaran.

1.1 Matlamat Kajian

Mata pelajaran Geografi merupakan mata pelajaran yang kini merupakan pilihan subjek
elektif yang tidak melibatkan seluruh aliran kelas pelajar di sekolah untuk mempelajarinya.
Keadaan inilah yang menyebabkan penyelidik berminat untuk mengkaji kaedah pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang digunakan oleh guru bagi menarik minat pelajar yang
mengambil subjek geografi ini di peringkat sekolah hingga ke universiti. Pengkaji ingin
mengenal pasti media pengajaran yang digunakan dan faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Geografi di sekolah.
3

Pengkaji juga ingin mengetahui cadangan balas pelajar mengenai menambah baik
penggunaan kaedah yang berbeza dalam pengajaran mata pelajaran Geografi. Kajian ini dapat
menambah baik penggunaan kaedah yang berbagai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru-guru di sekolah.

1.2 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengenal pasti sejauh manakah kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam pendidikan geografi mampu menarik minat pelajar untuk mendalaminya.
Oleh itu, kajian ini melibatkan tinjauan data menggunakan borang soal selidik bagi menilai
kaedah yang berkesan dan diminati oleh pelajar dalam bilik darjah semasa proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Geografi di peringkat sekolah hingga universiti.

Objektif kajian adalah:


1. Meninjau persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek geografi di sekolah hingga universiti.
2. Mengenal pasti cadangan penambahbaikan kaedah PdP subjek geografi yang lebih
efektif.

1.3 Persoalan kajian

Kajian ini menunjukan kepada tiga persoalan berikut:


1. Apakah medium pengajaran yang digunakan oleh guru-guru mata pelajaran Geografi di
sekolah?
2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai dalam pengajaran mata pelajaran Geografi di sekolah?
3. Apakah cadangan balas responden mengenai penambahbaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan pelbagai medium bagi pembelajaran mata pelajaran
Geografi?
4

1.4 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini adalah tertumpu kepada usaha mendapatkan data dan maklumat tentang tinjauan
persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) subjek geografi di sekolah hingga peringkat universiti.

1.5 Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini diharap dapat memberi data tentang penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru mata pelajaran Geografi di sekolah.
Penggunaan dan keberkesanan media pengajaran serta penambahbaikan dalam penggunaan
media pengajaran dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Geografi di sekolah. Melalui
kajian ini, pihak pentadbir atau pengurusan dapat mengenal pasti media pengajaran yang
pelbagai digunakan oleh guru-guru mata pelajaran Geografi. Kajian ini mengenal pasti dari
segi pandangan pelajar terhadap pelbagai kaedah pengajaran dan peranan pentadbiran
terhadap media pengajaran yang terdapat di sekolah. Sekiranya kajian ini dapat dibuktikan
dengan jelas penggunaan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru Geografi maka
penambahbaikan dalam penggunaan media tersebut boleh dicadangkan. Oleh itu, pihak yang
terlibat seperti Pusat Sumber, Pentadbiran Sekolah dan seterusnya Kementerian Pelajaran
seharusnya mencari jalan untuk menggalakkannya supaya matlamat Pendidikan Negara
tercapai. Hasil kajian ini dapat menghasilkan maklumat yang berguna untuk dijadikan garis
panduan awal kepada pegawai di peringkat kementerian, jabatan dan pejabat pelajaran
bagi menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, hasil kajian ini juga
diharapkan dapat merangsang dan menggalakkan para pendidik untuk mengambil usaha
positif ke arah mempertingkatkan lagi penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
perkembangan pendidikan di negara ini.
5

1.6 Hipotesis Kajian

(1) Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dan penyataan bahawa
kaedah PdP yang biasa mudah mendapatkan perhatian daripada pelajar.
H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dan penyataan bahawa kaedah PdP
yang biasa mudah mendapatkan perhatian daripada pelajar.

(2) Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina responden mengenai
penggunaan kaedah perbincangan dengan ahli kumpulan untuk membantu pelajar menjana
idea dan bertukar ilmu pengetahuan Geografi.
H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara jantina responden mengenai penggunaan
kaedah perbincangan dengan ahli kumpulan untuk membantu pelajar menjana idea dan
bertukar ilmu pengetahuan Geografi.

(3) Ho : Tidak terdapat hubungan antara umur responden mengenai kaedah PdP yang biasa
menggalakkan penglibatan pelajar dalam sesi perbincangan atau soal jawab.
H1: Terdapat hubungan antara umur responden mengenai kaedah PdP yang biasa
menggalakkan penglibatan pelajar dalam sesi perbincangan atau soal jawab.

(4) Ho : Tidak terdapat perbezaan antara peringkat pengajian responden mengenai kaedah
simulasi wajar diaplikasikan untuk menarik minat dan tumpuan pelajar dalam kelas Geografi.
H1: Terdapat perbezaan antara peringkat pengajian responden mengenai kaedah simulasi
wajar diaplikasikan untuk menarik minat dan tumpuan pelajar dalam kelas Geografi.

(5) Ho : Tidak terdapat perbezaan antara jantina mengenai kaedah PdP melalui kaedah
syarahan dan pengagihan nota sahaja memudahkan pelajar membuat ringkasan tentang hasil
pembelajaran subjek geografi .
H1: Terdapat perbezaan antara jantina mengenai kaedah PdP melalui kaedah syarahan dan
pengagihan nota sahaja memudahkan pelajar membuat ringkasan tentang hasil pembelajaran
subjek geografi .
6

Jadual 1.1 Hipotesis kajian dan jenis analisis statistik yang akan digunakan

Hipotesis Analisis statistik

(1) Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina


dan penyataan bahawa kaedah PdP yang biasa mudah Korelasi
mendapatkan perhatian daripada pelajar.

(2) Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina


responden mengenai penggunaan kaedah perbincangan dengan Khi-kuasa dua
ahli kumpulan untuk membantu pelajar menjana idea dan
bertukar ilmu pengetahuan Geografi.

(3) Ho: Tidak terdapat hubungan antara umur responden


mengenai kaedah PdP yang biasa menggalakkan penglibatan Korelasi
pelajar dalam sesi perbincangan atau soal jawab.

(4) Ho: Tidak terdapat perbezaan antara peringkat pengajian


responden mengenai kaedah simulasi wajar diaplikasikan untuk Khi-kuasa dua
menarik minat dan tumpuan pelajar dalam kelas Geografi.

(5) Ho: Tidak terdapat perbezaan antara jantina mengenai kaedah


PdP melalui kaedah syarahan dan pengagihan nota sahaja Regresi
memudahkan pelajar membuat ringkasan tentang hasil
pembelajaran subjek geografi .
7

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan

Keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan guru menggunakan kemahiran


mengajar yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran pelajar. Seharusnya
aktiviti-aktiviti pengajaran adalah semata-mata ditumpukan untuk merangsang pelajar belajar.
Oleh itu, menurut (Amiruddin et. al 2015) pengajaran mempunyai dua fungsi yang utama
iaitu merangsang pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Namun
begitu, perkara yang penting ialah tindakan guru sewaktu proses pengajaran mewujudkan
pengajaran yang jelas dan boleh diterima oleh pelajar serta membolehkan motivasi sebagai
rangsangan untuk menimbulkan minat pelajar dan menggerakkan mereka untuk terus belajar.
Oleh itu, dalam bab ini membincangkan dengan lebih lanjut mengenai kaedah pengajaran
dan pembelajaran untuk mewujudkan proses pengajaran yang berkesan. Kaedah pengajaran
yang pelbagai dapat memberi panduan kepada perancang pengajaran yang lebih sempurna
dan guru-guru juga dapat membentuk reka bentuk pengajaran yang sempurna.
Selain itu, bab ini membincangkan mengenai dapatan kajian lepas mengenai tinjauan
persepsi pelajar tentang kaeddah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan geografi. Segala teori-teori dan model serta kajian-kajian lepas yang diperolehi
akan digunakan sebagai sokongan dalam kajian ini.

2.1 Penggunaan Kaedah Yang Melibatkan Sesi Perbincangan Dan Soal Jawab Dalam
Kumpulan

Menurut (Yahaya, 1985) pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah untuk


menggalakkan pelajar belajar antara satu sama lain. Kumpulan pembelajaran koperatif
digunakan untuk mengajar topik tertentu (kumpulan pembelajaran koperatif formal), untuk
memastikan proses maklumat kognitif secara aktif semasa pengajaran dan juga untuk
menyediakan penguasaan jangka panjang dalam kemajuan akademik. Pengajaran koperatif
ialah suasana pengajaran yang mana pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar
terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan, penyelesaian masalah, melukis dan banyak lagi.
Kaedah yang digunakan dalam pengajaran berpusatkan pelajar ialah pembelajaran kendiri,
pengarahan kendiri, kaedah dapatan, penyelesaian masalah, perbincangan dalam kumpulan,
inkuiri, penemuan dan pembelajaran koperatif.
8

2.2 Pembelajaran Secara Simulasi Dan Demonstrasi Untuk Menggalakkan Interaksi


Dua Hala

Merujuk kepada pandangan Alias et,al (2016), penggunaan visual di dalam pengajaran dan
pembelajaran sebenarnya mampu meningkatkan pemahaman pelajar sekali gus menyokong
kepada pengekalan maklumat menerusi penggunaan media visual, bahan bantu mengajar,
model dan sebagainya. Merujuk kepada kajian-kajian yang lepas pengaplikasian visual dalam
sesebuah sistem pembelajaran subjek geografi dapat membantu pelajar untuk belajar dengan
lebih jelas lagi dan seterusnya mampu meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kefahaman
dan kemahiran di samping secara tidak langsung mampu mempertingkatkan tahap literasi
visual mereka di mana pelajar dapat menginterpretasikan gambaran tersebut kepada dunia
sebenar. Penggunaan imej visual sebagai sumber bahan dalam pembelajaran dan pengajaran
telah menunjukkan peningkatan seiring dengan penyebarannya melalui pelbagai format
media sama ada berbentuk digital menerusi web dan multimedia ataupun melalui format lain
seperti bahan cetakan. Justeru itu, penggunaan visual diaplikasikan dalam sistem
pembelajaran yang akan dibangunkan seperti mana yang dicadangkan dapat
mempertingkatkan tahap literasi visual pelajar.

2.3 Topik-Topik Berkaitan Proses Di Bawah Subjek Geografi Mudah Difahami Dengan
Menggunakan Kaedah Pdp Secara Syarahan Dan Pengagihan Nota

Media adalah kata jamak daripada kata `medium’ yang boleh membawa erti ‘antara’. Hal ini
bermakna media boleh memainkan peranan sebagai perantaraan bagi pengirim dan penerima
iaitu proses menukar pesan dan informasi. Media yang berperanan sebagai perantaraan ini
boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu bahan bercetak dan bahan bukan cetak.
Media cetak merupakan bahan-bahan informasi yang dicetak di atas kertas seperti buku
teks, buku kerja, buku rujukan, majalah, risalah, surat akhbar, nota-nota, prosiding seminar,
surat-surat berita dan juga laporan tahunan. Bahan-bahan tersebut dicetak bertujuan untuk
memberikan instruksi atau panduan, menyampaikan maklumat dan mempertingkatkan
tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak.
Media berbentuk bukan cetak adalah kumpulan bahan pengajaran yang kedua yang boleh
diklasifikasikan pada jenis perkakasan dan jenis perisian. Bahan jenis perkakasan seperti
kamera, kamera video, perakam audio, radio, TV, Komputer, Projektor Filem, Projektor OHP,
9

Projektor Slaid, Projektor LCD dan Projektor Legap. Bahan jenis perisian seperti filem, kaset
audio, TV, slaid, perisian komputer, mikrofis dan mikrofilem.

2.4 Kaedah PdP Berasaskan Projek Perlu Ditambah Baik Bagi Mempercepat
Penguasaan Pelajar Melalui Pemerhatian Dan Pengumpulan Maklumat Berkaitan
Geografi

Pentaksiran kini tidak lagi terikat kepada peperiksaan atau ujian kertas dan pensil. Guru
Geografi perlu memahami konsep dan prinsip pentaksiran untuk pembelajaran. Terdapat 10
prinsip yang diutarakan iaitu pentaksiran adalah sebahagian daripada perancangan efektif,
berfokus kepada cara pelajar belajar, menjadi pusat kepada praktis bilik darjah, kunci kepada
kemahiran profesional, sensitif dan konstruktif, menggalakkan motivasi, menggalakkan
kefahaman matlamat dan kriteria, membantu pelajar bagaimana meningkatkan kefahaman,
membina kapasiti penilaian kendiri dan mengenal pasti keseluruhan pencapaian pendidikan.
Pentaksiran bukan sahaja untuk mengukur pencapaian pelajar malah untuk membantu
proses pembelajaran. Guru Geografi perlu memberi perhatian kepada proses pembelajaran
dan pencapaian pelajar, bukannya kepada menyediakan pelajar untuk menjawab soalan
peperiksaan atau bersedia untuk peperiksaan. Pentaksiran harus memberi peluang kepada
pelajar untuk membangunkan kemahiran utama dan memahami dunia. Pentaksiran sepatutnya
menekankan pentaksiran formatif walaupun dalam realitinya sering berbentuk sumatif.
Pentaksiran formatif perlu memfokus kepada membantu pelajar memperoleh dan
membangunkan keupayaan geografi pelajar (Mutalib et.al 2011).
Keunikan kandungan Geografi tercalar kerana terlalu menyediakan pelajar kepada
peperiksaan. Guru perlu mengelak penekanan pengajaran kepada ujian pelajar dan latih tubi
sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Konsep pentaksiran formatif dan pentaksiran
untuk pembelajaran perlu difahami dan dihayati oleh guru. Pentaksiran formatif perlu
bermula dari peringkat perancangan pengajaran, aktiviti dalam bilik darjah dan mentaksir
kerja pelajar. Maklumat tentang pencapaian pelajar digunakan oleh guru dan pelajar untuk
meningkatkan pembelajaran pelajar. Guru dan pelajar sedar apa yang harus dilakukan
seterusnya.
10

2.5 Pelaksanaan Kaedah Tayangan Video Yang Lebih Menarik Dan Mudah Diingati
Untuk Topik Melibatkan Proses Dalam Geografi

Perancangan yang baik khususnya yang melibatkan penyediaan peralatan dan ICT tidak dapat
dilaksanakan jika sekolah belum dilengkapi dengan kemudahan asas yang berkaitan seperti
bilik darjah yang sesuai, kemudahan komputer yang mencukupi serta kemudahan untuk
mengakses internet. Pengenalan kepada pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris telah menyaksikan bahawa peruntukan yang besar (komputer dan
LCD serta perisiannya) untuk kemudahan menggunakan ICT dalam kalangan guru-guru
Sains dan Matematik. Guru Geografi tidak mendapat kemudahan tersebut. Justeru, adalah
diharapkan semua mata pelajaran dan guru diberikan kemudahan yang sama bagi menjamin
kualiti yang sama.
Dengan adanya aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment,
VLE) sebagai permulaan kepada penyediaan pendidikan abad ke-21 berteraskan penggunaan
sumber dan ICT, semua sekolah perlu mempunyai kemudahan yang mencukupi. Ini bagi
membolehkan semua guru termasuk guru Geografi menjalankan pengajaran dan
pembelajaran seperti yang dihasratkan. Hal ini memberi kesan kepada kualiti pengajaran dan
pembelajaran geografi. Justeru, adalah lebih baik jika guru Geografi bersedia dengan
peralatan sendiri tanpa menunggu atau mengharapkan penyediaan oleh pihak sekolah atau
kerajaan.
11

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Metodologi kajian adalah elemen penting dalam melaksanakan sesuatu kajian di mana ia
melibatkan cara, kaedah atau pendekatan yang dipilih atau digunakan bagi mencapai objektif
serta matlamat kajian. Menurut definisi yang dikemukakan dalam LibGuides University of
the Witwatersrand (2020), metodologi kajian merupakan prosedur atau teknik saintifik untuk
mengenal pasti, memilih, proses dan analisis maklumat berkenaan topik tertentu. Bahagian
metodologi kajian membolehkan pembaca yang lain untuk menilai kesahihan dan
kebolehpercayaan keseluruhan kajian tersebut. Di samping itu, dengan adanya metodologi
kajian, proses melaksanakan kajian dapat dijalankan secara sistematik. Metodologi kajian
turut melibatkan persoalan seperti apakah data atau maklumat yang hendak diperoleh, dari
mana sumber untuk mendapatkan data atau persampelan, bagaimana untuk mengumpul data
dan bagaimana untuk membuat analisis (Jansen & Warren, 2020). Ringkasnya, ia
membolehkan pengkaji membuat perancangan teratur terhadap strategi-strategi yang
diperlukan dalam kajian.
Dalam bab ini, metodologi kajian yang telah diaplikasikan oleh pengkaji dalam kajian
berkenaan Persepsi Pelajar dari Pelbagai Peringkat Pendidikan terhadap Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) Subjek Geografi akan dibincangkan secara terperinci. Antara
kandungan yang akan disentuh dalam bab ini adalah berkenaan reka bentuk kajian, populasi
dan persampelan kajian, instrumen kajian, data dan sumber data serta penganalisisan data
yang telah digunakan.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merujuk kepada strategi yang dipilih bagi menyatukan komponen kajian
yang berbeza dengan cara atau kaedah yang logik bagi memastikan bukti atau maklumat yang
diperoleh dapat membantu menjawab persoalan kajian (Sacred Heart University Library,
2020). Pendapat tokoh iaitu Leedy (1997) yang diungkapkan dalam sebuah penulisan oleh
University of Pretoria, reka bentuk kajian didefinisikan sebagai sebuah perancangan yang
menyediakan rangka kerja dalam pengumpulan data. Reka bentuk kajian dan kaedah kajian
adalah dua perkara yang berbeza di mana reka bentuk kajian merupakan perancangan untuk
membantu menjawab persoalan kajian manakala kaedah kajian adalah strategi atau cara yang
12

digunakan untuk melaksanakan perancangan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat


perkaitan antara kedua-dua elemen ini, iaitu reka bentuk kajian yang baik mempengaruhi
kualiti data yang diperoleh untuk mencari jawapan persoalan kajian (Carol M, 2018). Dengan
kata lain, ia memberi gambaran tentang rangka kerja, perancangan mahupun strategi yang
membantu menentukan prosedur kajian. Antara aspek reka bentuk kajian adalah pendekatan
yang digunakan, kaedah persampelan, cara mengumpul data serta teknik penganalisisan data
(Hanif Ihsan, 2018).
Reka bentuk kajian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah kajian tinjauan yang
melibatkan pendekatan kaedah kuantitatif. Pendekatan kuantitatif adalah kaedah penyelidikan
yang menggunakan angka atau nombor untuk mempersembahkan data (Kowalczyk, 2016).
Pendekatan kuantitatif bersifat lebih saintifik, berstruktur serta memiliki data yang konsisten
(Daniel Stockemer, 2019). Kajian tinjauan dijalankan dengan mendapatkan data dalam suatu
tempoh masa tertentu sahaja (Juhazreen & Madihah, 2010). Oleh itu, pendekatan kuantitatif
yang diguna pakai oleh pengkaji untuk mengumpul data adalah melalui soal selidik. Reka
bentuk kajian tinjauan sesuai digunakan untuk mengkaji persepsi sampel daripada populasi
yang telah dikenalpasti terhadap sesuatu isu, bertepatan dengan tajuk kajian ini iaitu Persepsi
Pelajar dari Pelbagai Peringkat Pendidikan terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) Subjek Geografi. Kajian tinjauan dijalankan dengan mendapatkan data dalam suatu
tempoh masa tertentu sahaja (Juhazreen & Madihah, 2010). Data-data yang diperoleh
daripada sampel tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan ujian Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS) untuk menentukan frekuensi, peratus, min, varians dan sisihan
piawai. Selain itu, analisis korelasi, ujian Khi Kuasa Dua dan regresi turut dibuat ke atas data
dan pembolehubah.
Pendekatan kualitatif juga diaplikasikan dalam pelaksanaan kajian ini. Penyelidikan
kualitatif digunakan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut atau menyokong hasil kajian
yang diperoleh melalui penyelidikan kuantitatif (Crossman, 2020). Penyelidikan kualitatif
bersifat subjektif dan menggunakan cara pengumpulan data yang tidak melibatkan apa-apa
pengukuran saintifik seperti penyelidikan kuantitatif, kerana datanya dipersembahkan melalui
huraian dalam bentuk teks untuk pemahaman secara mendalam terhadap sesuatu fenomena
yang dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dengan membuat
analisis terhadap bahan bertulis atau juga dikenali sebagai analisis dokumen. Data-data
kualitatif ini berbentuk deskriptif iaitu berupa tulisan tentang apa-apa isu yang berkaitan
dengan tajuk kajian. Analisis dokumen dijalankan oleh pengkaji bagi mendapatkan fakta atau
bukti yang boleh menyokong pernyataan atau data yang diperoleh daripada soal selidik.
13

3.2 Populasi Dan Persampelan Kajian

Populasi merujuk kepada kumpulan besar individu atau objek yang memiliki kriteria sama
serta menjadi fokus utama dalam sesebuah kajian. Populasi kajian juga didefinisikan sebagai
satu set individu atau peserta yang merupakan kumpulan sasaran dalam kajian (Avwokeni,
2006, dirujuk oleh Japheth). Persampelan kajian pula adalah sebahagian daripada populasi
atau wakil kepada populasi yang besar tersebut. Persampelan merupakan proses pemilihan
sekumpulan kecil individu daripada populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian
(Trochim, 2020). Oleh sebab saiz populasi kajian adalah terlalu besar, pengkaji hendaklah
mengaplikasikan teknik persampelan sesuai (Krieger, 2012). Persampelan membolehkan
pemerolehan maklumat daripada sebahagian daripada kumpulan yang besar dilakukan di
samping memastikan kajian dijalankan secara efektif.
Dalam kajian ini, keseluruhan populasi adalah “target population” di mana populasi
tersebut memiliki ciri-ciri yang bertepatan dengan keperluan dan tujuan khusus kajian atau
sebagai asas generalisasi (Fraenkel & Wallen, 2006). Seperti dalam kajian ini, populasi terdiri
daripada pelajar pelbagai peringkat pendidikan iaitu sekolah menengah, pra universiti atau
Tingkatan Enam dan universiti yang sedang mengambil subjek Geografi dalam pembelajaran
mereka.
Daripada populasi tersebut, seramai 109 orang pelajar dipilih melalui kaedah
persampelan kebarangkalian atau rawak untuk dijadikan sebagai responden soal selidik.
Persampelan rawak sememangnya lazim digunakan dalam penyelidikan kuantitatif. Kaedah
ini melibatkan pemilihan subjek sampel yang memiliki semua ciri-ciri yang terdapat dalam
populasi kajian bertepatan dengan keperluan kajian.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian secara ringkasnya diperihalkan sebagai alat pengukur yang diwujudkan
untuk memperoleh data berkenaan topik kajian (Des Moines University Library, 2020). Ia
juga boleh didefinisikan sebagai soalan-soalan atau kenyataan-kenyataan yang dibentuk khas
untuk memperoleh maklumat kajian. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian
ini adalah berbentuk soal selidik.
Soal selidik merupakan set soalan atau juga disebut sebagai item yang dibina kemudian
dikumpul dalam bentuk tulisan (McLeod, 2018). Ia adalah alat yang digunakan secara khusus
bertujuan mengumpul maklumat daripada responden yang bertepatan dengan objektif kajian.
Soalan-soalan atau item yang dikemukakan perlu dijawab dengan jawapan yang biasanya
14

dalam bentuk nilai angka agar mudah dianalisis. Soal selidik merupakan instrumen kajian
yang menjadi data primer utama dalam penyelidikan kuantitatif. Ia mudah dilaksanakan
kerana tidak melibatkan kos yang banyak dan masa yang panjang, kecuali jika saiz sampel
adalah sangat besar. Selain itu, soal selidik amat berguna dalam proses pengumpulan data
yang banyak. Instrumen kajian ini juga amat sesuai untuk membuat tinjauan terhadap
persepsi sampel terhadap sesuatu isu. Ia boleh diedarkan kepada responden secara bersemuka,
atas talian mahupun emel.
Pengkaji dalam kajian ini telah menggunakan soal selidik yang bersifat tertutup atau
berstruktur. Di samping itu, soal selidik jenis ini dikatakan bersifat tertutup kerana responden
tidak dapat menyatakan pendapat masing-masing dalam soal selidik yang disediakan.
Responden hanya dapat memilih jawapan yang telah ditentukan sahaja atau berbentuk aneka
pilihan.
Soal selidik dalam kajian Persepsi Pelajar dari Pelbagai Peringkat Pendidikan terhadap
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Subjek Geografi ini telah dihasilkan melalui
“Google Form” yang dapat diakses secara atas talian. Borang soal selidik tersebut dihasilkan
dengan berpandukan kepada objektif kajian yang telah ditetapkan. Ia diedarkan kepada 109
orang responden kajian melalui aplikasi media sosial Whatsapp, Facebook dan Telegram. Hal
ini dikatakan demikian kerana situasi pandemik Covid-19 yang sedang berlaku telah
mengehadkan perjumpaan secara bersemuka untuk mengedar borang soal selidik bercetak.
Borang soal selidik kajian ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

i. Bahagian A - Demografi responden.


ii. Bahagian B - Persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Geografi di sekolah hingga
universiti.
iii. Bahagian C - Cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) subjek Geografi yang lebih efektif.

Terdapat 4 item dalam bahagian A iaitu jantina responden, umur, peringkat pendidikan
dan bangsa. Manakala pada bahagian B, terdapat 6 item dan 8 item dalam bahagian C.
Skala pengukuran yang digunakan dalam borang soal selidik yang berbentuk tertutup ini
ialah Skala Likert 5 mata. Ia digunakan untuk menjawab soalan atau item yang melibatkan
tahap persetujuan berperingkat, iaitu 1= Sangat tidak setuju, 2= Tidak setuju, 3= Tidak pasti,
15

4= Setuju dan 5= Sangat setuju. Skala pengukuran ini digunakan oleh responden untuk
menjawab soal selidik pada bahagian B dan C.
Selain daripada itu, dalam bahagian A, ia melibatkan data nominal seperti jantina dan
bangsa, serta data ordinal seperti umur dan peringkat pendidikan. Bahagian demografi
responden ini membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci di samping menambah
maklumat berkenaan latar belakang responden dalam kajian ini.

3.4 Data Dan Sumber Data Kajian

Data dan statistik merupakan istilah yang mempunyai maksud yang berbeza di mana data
merupakan sejenis maklumat yang direkod dan digunakan untuk tujuan analisis. Ia adalah
maklumat mentah yang digunakan untuk menghasilkan statistik, manakala statistik adalah
hasil analisis data (Dewitt Wallace Library, 2019). Data juga ditafsirkan sebagai kumpulan
teks, fakta atau angka yang tidak mempunyai makna, oleh itu ia hendaklah diproses kepada
set atau konteks yang dapat menyampaikan maklumat. Dalam kajian ini, data-data yang
diperoleh dapat dibahagi kepada dua jenis iaitu data kuantitatif dan kualitatif.
Secara ringkasnya, data kuantitatif ialah data yang dapat dikira, diukur dan ditunjukkan
menggunakan angka atau bersifat statistikal serta berstruktur. Leah Davidson (2019)
menyatakan bahawa data kuantitatif digunakan oleh penyelidik atau penganalisis untuk
mencari jawapan yang melibatkan kuantitif, frekuensi atau kekerapan, nilai dan saiz. Data
kuantitatif juga boleh diertikan sebagai hasil penyelidikan sistematik dengan mengumpulkan
data yang dapat diukur, diuji secara statistik atau pengiraan matematik. Data kuantitatif lebih
mudah diukur dan dikaji berbanding kualitatif kerana ia melibatkan nilai angka. Antara
kelebihan data kuantitatif adalah ia dapat diukur secara objektif dan fenomena yang dikaji
juga dapat dijelaskan dengan lebih tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana data kuantitatif
diperoleh melalui process yang sistematik seperti melalui soal selidik.
Data kualitatif pula tidak bersifat statistikal dan berstruktur serta dinyatakan dalam
bentuk teks. Ia memerihalkan konsep, pemikiran dan pengalaman. Data jenis ini digunakan
untuk mencipta teori, tafsiran, hipotesis dan kefahaman mendalam (Pickell, 2019).
Dalam kajian ini, kesemua jenis data tersebut diperoleh daripada dua sumber data yang
utama iaitu data primer dan data sekunder.
16

3.4.1 Data Primer

Data primer bermaksud data yang dikumpul oleh pengkaji sendiri secara langsung daripada
sumber pertama. Dengan kata lain, ia merupakan data yang diperoleh daripada sumber
sebenar yang dipilih berdasarkan keperluan kajian (Glen, 2018). Data primer juga dianggap
sebagai bahan kajian asli yang membantu pengkaji memperoleh gambaran jelas tentang isu
yang dikaji. Menurut Kabir (2016), data primer juga diertikan sebagai sumber data yang tidak
diubah oleh sesiapa, menjadikan ia lebih dipercayai, sahih dan objektif. Data primer dalam
kajian yang dijalankan ini adalah daripada:

i. Borang soal selidik


Set soalan berdasarkan objektif kajian iaitu meninjau persepsi pelajar dari pelbagai
peringkat pendidikan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek geografi
di sekolah hingga universiti serta mengenal pasti cadangan penambahbaikan kaedah PdP
subjek geografi yang lebih efektif yang diedarkan kepada 109 orang sampel kajian atau
responden. Sampel kajian tersebut merupakan sebahagian daripada populasi kajian yang
terdiri daripada pelajar pelbagai peringkat pendidikan dari sekolah menengah hingga
universiti yang sedang belajar subjek Geografi di sekolah atau sebagai bidang pengajian. Soal
selidik yang dihasilkan adalah bersifat tertutup, di mana Skala Likert 5 mata telah digunakan
untuk mengkaji tahap persetujuan responden terhadap item soal selidik yang disediakan.
Hasil daripada soal selidik ini, data kuantitatif telah dapat dikumpul.

3.4.2 Data Sekunder

Data sekunder merupakan data atau maklumat sedia ada yang sudah dikumpul oleh
penyelidik sebelumnya. Data sekunder adalah data yang dihasilkan oleh penyelidik selepas
melalui data primer dan kemudian menjadikannya sebagai sumber umum kepada penyelidik
lain. Sumber data ini adalah lebih mudah didapati berbanding data primer dan boleh
digunakan untuk menggantikan data primer bergantung kepada keperluan kajian (Huff, 2015).
Selain daripada itu, ia juga diguna pakai untuk menyokong maklumat yang diperoleh melalui
data primer.
Dalam kajian ini, data sekunder diperoleh melalui analisis dokumen dan pelbagai sumber
internet yang boleh dipercayai seperti e-book, jurnal, surat khabar atas talian dan blog. Antara
contoh e-book yang dijadikan sebagai sumber data kualitatif ialah Quantitative Methods for
the Social Sciences: A Practical Introduction with Examples in SPSS and Stata oleh Daniel
17

Stockemer. Pemerolehan data sekunder ini juga dikenali sebagai kajian perpustakaan.
Pengkaji telah pun membuat pengenalpastian terperinci terhadap data sekunder yang relevan
untuk digunakan.

3.5 Penganalisisan Data

Penganalisisan data adalah proses menyusun data untuk mendapatkan kesimpulan atau hasil
yang boleh membantu mencapai objektif kajian. Selanjutnya, penganalisisan data turut
mengaplikasikan teknik statistik atau logikal secara sistematik untuk menerangkan dan
menilai data-data yang diperoleh. Dengan kata lain, ia juga boleh diertikan sebagai proses
yang bergantung kepada beberapa kaedah dan teknik seperti pengiraan untuk mengkaji data
mentah. Selain itu, ia juga dikatakan melibatkan pemanipulasian sepeti mengatur, memilih,
menggabung dan menjadual. Setelah penganalisisan data dibuat, pengkaji mampu
menghasilkan gambaran terperinci tentang tajuk kajian dalam bentuk statistik, menghasilkan
penemuan dan rumusan tentang isu berkaitan kajian serta memberi gambaran awal terhadap
jalan penyelesaian permasalahan kajian.
Dalam kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ini, data-data yang diperoleh daripada
soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) versi 25.0. Perisian SPSS merupakan pakej statistik paling popular yang paling lazim
digunakan untuk memproses atau menganalisis data yang sangat kompleks dengan arahan
yang mudah dan jelas. Di samping itu, perisian ini mampu menampung penganalisisan data
yang banyak dengan cekap.
Bentuk analisis data yang telah digunakan oleh pengkaji adalah analisis statistik
deskriptif. Statistik deskriptif adalah statistik yang digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri
variabel serta menghasilkan kesimpulan tentang data numerikal (Chua Yan Piaw, 2014).
Dalam analisis statistik deskriptif ini, frekuensi atau bilangan dan peratusan digunakan untuk
memerihalkan latar belakang 109 orang responden kajian iaitu dari segi jantina, umur,
peringkat pendidikan dan bangsa. Bagi soal selidik bahagian B dan C juga telah dianalisis
menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi peratusan, min, sisihan piawai dan
varians.
Selain daripada itu, statistik inferensi turut diguna pakai dalam penganalisisan data kajian
ini untuk menguji hipotesis kajian yang telah dibina. Statistik inferensi digunakan untuk
membuat generalisasi keputusan kajian yang diperoleh daripada sampel dan populasi kajian.
Ia membolehkan pengkaji menghuraikan perhubungan antara variabel. Ia juga digunakan
18

untuk menjelaskan ciri-ciri sampel yang dipilih dari populasi. Hipotesi kajian ini diuji dengan
menggunakan analisis korelasi yang menyatakan ciri-ciri subjek kajian melalui penjelasan
hubungan antara variabel bersandar dan bebas. Terdapat 8 jenis ujian korelasi yang wujud,
tetapi dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan ujian korelasi Pearson r yang
membantu menunjukkan hubungan antara variabel menggunakan skala selang dan nisbah.
Seterusnya, pengkaji juga telah memilih ujian Khi-Kuasa Dua yang digunakan untuk
menguji suatu parameter dalam populasi dan data kajian haruslah bertabur secara normal.
Ujian Khi-Kuasa Dua sering digunakan dalam penyelidikan sains sosial dan terbahagi kepada
dua jenis iaitu ujian Khi-Kuasa Dua untuk kebagusan dan ujian Khi-Kuasa Dua untuk
kebebasan. Akhir sekali, hipotesis kajian yang dibina juga telah diuji menggunakan analisis
regresi seperti yang akan ditunjukkan pada bahagian dapatan kajian.

3.6 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini telah memberi penerangan terperinci berkenaan reka bentuk,
populasi dan persampelan, instrumen, data dan sumber data serta penganalisisan data yang
digunakan. Penerangan dalam bab ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran berkenaan
bagaimana kajian ini akan dilaksanakan mengikut prosedur atau langkah yang telah
dirancang. Dengan ini, diharapkan kajian yang dijalankan dapat mencapai objektif kajian
yang telah digariskan.
19

BAB 4
DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

Dalam bab ini membincangkan tentang analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang
diperoleh adalah berkaitan dengan maklumat demografi responden, persepsi pelajar dari
pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek Geografi
di sekolah hingga universiti dan juga cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran subjek Geografi yang lebih efektif.

4.1 Maklumat Demografi Responden

Jadual 4.1 menunjukkan maklumat bilangan demografi responden yang terbahagi kepada
empat iaitu jantina, umur, peringkat pendidikan dan bangsa. Berdasarkan Rajah 4.1, kajian
mendapati bahawa majoriti responden perempuan melebihi bilangan responden lelaki
daripada jumlah 109 responden yang telah diisi. Seramai 90 responden perempuan bersamaan
82.6% manakala seramai 19 responden lelaki bersamaan 17.4%.

Rajah 4.1: Bilangan responden berdasarkan jantina


Dari segi umur responden pula menunjukkan bahawa kumpulan umur 19 hingga 21
tahun mempunyai bilangan responden yang paling tinggi iaitu 61.5% bersamaan dengan 67
responden. Seterusnya, kumpulan umur 16 hingga 18 tahun mencatatkan sebanyak 29.4%
20

iaitu bersamaan dengan 32 responden dan kumpulan umur 22 tahun ke atas adalah sebanyak
7.3% bersamaan dengan 8 responden. Kumpulan umur 13 hingga 15 tahun merupakan
bilangan responden yang paling sedikit iaitu hanya sebanyak 1.8% bersamaan dengan 2
responden.

Rajah 4.2: Bilangan responden berdasarkan umur

Berdasarkan peringkat pendidikan responden, data menunjukkan bahawa peringkat


sekolah menengah mempunyai bilangan responden yang paling sedikit iaitu hanya sebanyak
25 responden bersamaan dengan 22.9% yang mempunyai taraf pendidikan di peringkat
sekolah menengah. Selain itu, seramai 29 responden bersamaan dengan 26.6% daripada 109
responden adalah dari peringkat pra-universiti. Peringkat universiti pula mempunyai bilangan
responden yang tertinggi iaitu seramai 55 responden bersamaan dengan 50.5%.
21

Rajah 4.3: Bilangan responden berdasarkan peringkat pendidikan

Akhirnya dari segi bangsa pula, data menunjukkan bahawa bilangan responden dari
kategori bumiputera Sabah/Sarawak adalah paling tinggi iaitu seramai 63 responden
bersamaan dengan 57.8%. Seterusnya, bangsa Melayu mempunyai bilangan responden
seramai 27 orang bersamaan dengan 24.8%. Ini diikuti oleh responden berbangsa Cina iaitu
16 orang (14.7%). Responden berbangsa India pula mempunyai 2 responden bersamaan
dengan 1.8% sahaja. Bilangan responden dari kategori lain-lain adalah paling sedikit iaitu
hanya terdapat 1 orang bersamaan dengan 0.9%.

Rajah 4.4: Bilangan responden berdasarkan bangsa


22

Jadual 4.1 : Demografi Responden


Demografi Responden Bilangan Peratus (%)
Jantina
Lelaki 19 17.4
Perempuan 90 82.6

Umur
13-15 2 1.8
16-18 32 29.4
19-21 67 61.5
22 dan keatas 8 7.3

Peringkat pendidikan
Sekolah Menengah 25 22.9
Pra-Universiti 29 26.6
Universiti 55 50.5

Bangsa
Melayu 27 24.8
Cina 16 14.7
India 2 1.8
Bumiputera Sabah/Sarawak 63 57.8
Lain-lain 1 0.9
Sumber : Hasil Kajian 2020.

4.2 Persepsi Pelajar Dari Pelbagai Peringkat Pendidikan Terhadap Kaedah Pengajaran
Dan Pembelajaran Subjek Geografi Di Sekolah Hingga Universiti

Dalam bahagian ini, pengkaji telah menjalankan kajian berkaitan dengan persepsi pelajar
dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek
Geografi di sekolah hingga universiti. Terdapat enam persepsi telah dinyatakan dalam soal
selidik.
Berdasarkan Jadual 4.2, taburan skor responden terhadap penyataan tentang topik-topik
berkaitan teori di bawah subjek Geografi mudah difahami dengan menggunakan kaedah PdP
yang biasa sahaja telah mencatatkan paling ramai skor sangat setuju iaitu sebanyak 26.6%
manakala 4.6% responden sangat tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Majoriti
responden bersetuju dengan penyataan ini iaitu sebanyak 37.6% akan tetapi 11.9% responden
tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Keputusan menunjukkan kebanyakan responden
sangat setuju dengan penyataan ini kerana topik-topik berkaitan teori di bawah subjek
Geografi hanya fakta yang memerlukan para pelajar untuk membaca dan memahami sahaja
23

berbanding topik-topik yang berkaitan dengan proses yang memerlukan kaedah PdP seperti
tayangan video dan perbincangan.
Selain itu, bagi penyataan tentang kaedah PdP yang biasa menggalakkan penglibatan
pelajar dalam sesi perbincangan atau soal jawab telah mencatatkan sebanyak 40.4% bersetuju
dengan penyataan tersebut. Ini menunjukkan bahawa ramai responden memilih skala setuju
terhadap persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran subjek Geografi di sekolah hingga universiti dengan menggunakan kaedah PdP
yang biasa bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam sesi perbincangan atau soal jawab.
Hal ini kerana apabila guru atau pensyarah mengajar di dalam kelas dan para pelajar perlu
mendengar serta bertanyakan soalan terhadap topik yang kurang difahami semasa PdP sedang
dijalankan yang lebih mudah bagi para pelajar untuk sesi soal jawab dengan guru. Teknik ini
sering digunakan kerana ia mudah dilaksanakan dan boleh mewujudkan interaksi antara guru
atau pensyarah dengan pelajar secara berkesan. Ia juga dilaksanakan dengan cara pensyarah
mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi
tindak balas yang sewajarnya (Cotton, 1989). Seramai 13.8% menyatakan tidak setuju dan
tidak pasti dengan penyataan ini dan 25.7% sangat setuju.
Seterusnya, kaedah PdP melalui kaedah syarahan dan pengagihan nota sahaja
memudahkan pelajar membuat ringkasan tentang hasil pembelajaran subjek Geografi telah
menunjukkan seramai 18.3% responden tidak bersetuju dan majoriti responden bersetuju
dengan penyataan ini iaitu sebanyak 33%. Akan tetapi, seramai 21.1% responden menyatakan
sangat setuju dan tidak pasti akan penyataan ini. Hal ini menunjukkan bahawa responden
bersetuju jika kaedah syarahan dan pengagihan nota dapat memudahkan pelajar membuat
ringkasan tentang hasil pembelajaran subjek Geografi kerana kaedah ini akan memudahkan
para pelajar untuk belajar secara kendiri semasa di rumah dan sebaliknya dengan
mengulangkaji semula nota-nota yang diberikan oleh guru atau pensyarah mereka. Teknik
syarahan merupakan teknik utama yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam penyampaian
ajarannya (Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, 2007).
Berdasarkan data yang diperoleh, bagi penyataan kaedah PdP yang biasa mudah untuk
mendapatkan perhatian daripada pelajar menunjukkan taburan skor tertinggi dengan
peratusan sebanyak 7.3% sangat tidak setuju manakala 33.9% responden bersetuju dengan
penyataan tersebut. Seramai 22% responden menyatakan tidak pasti, 11% responden tidak
setuju dan 25.7% sangat setuju terhadap penyataan tersebut. Hal ini telah menunjukkan
majoriti responden bersetuju dengan kaedah PdP yang biasa mudah untuk mendapatkan
24

perhatian daripada pelajar kerana berlakunya interaksi dua hala antara para pelajar dengan
guru di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Jadual 4.2: Persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah pengajaran
dan pembelajaran subjek Geografi di sekolah hingga universiti
Bil Penyataan N STS TS TP S SS
(%) (%) (%) (%) (%)
1 Kaedah PdP yang biasa dilaksanakan
bagi subjek Geografi adalah efektif. 109 4.6 10.1 26.6 36.7 22
(Kaedah syarahan-guru / pensyarah
mengajar dan pelajar mendengar)
2 Kaedah PdP yang biasa mudah untuk
mendapatkan perhatian daripada 109 7.3 11 22 33.9 25.7
pelajar.
3 Kaedah PdP yang biasa menggalakkan
penglibatan pelajar dalam sesi 109 6.4 13.8 13.8 40.4 25.7
perbincangan atau soal jawab.
4 Topik-topik berkaitan teori di bawah
subjek Geografi mudah difahami 109 4.6 11.9 19.3 37.6 26.6
dengan menggunakan kaedah PdP
yang biasa sahaja.
5 Topik-topik berkaitan proses di bawah
subjek Geografi mudah difahami 109 5.5 9.2 23.9 36.7 24.8
dengan menggunakan kaedah PdP
secara syarahan dan pengagihan nota.
6 Kaedah PdP melalui kaedah syarahan
dan pengagihan nota sahaja
memudahkan pelajar membuat 109 6.4 18.3 21.1 33 21.1
ringkasan tentang hasil pembelajaran
subjek Geografi.
Sumber : Hasil Kajian 2020.
25

4.3 Cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek


Geografi yang lebih efektif

Dalam bahagian ini pula, kajian berkaitan dengan cadangan penambahbaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Geografi yang lebih efektif telah dijalankan.
Terdapat lapan cadangan telah dinyatakan dalam soal selidik untuk dikaji.
Berdasarkan Jadual 4.3, taburan skor responden terhadap penyataan tentang kuiz pendek
misalnya melalui laman Quizizz, Kahoot dan sebagainya diberikan selepas proses PdP bagi
memudahkan pelajar mengingat kembali hasil pembelajaran telah mencatatkan skor sangat
setuju yang paling tinggi iaitu sebanyak 53.2% manakala 3.7% responden sangat tidak
bersetuju dengan penyataan tersebut. Majoriti responden bersetuju dengan penyataan ini iaitu
sebanyak 32.1% akan tetapi 1.8% responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Dengan menggunakan kaedah kuiz, pelajar dapat mengingat kembali dan melakukan ulang
kaji tentang topik-topik yang pernah diajar oleh guru atau pensyarah mereka. Menurut
Harlina, Zubaidah dan Ainee Ahmad (2017), penggunaan aplikasi Kahoot ini merupakan satu
pembelajaran interaktif yang menekankan pedagogi dengan melibatkan hubungan antara
pemikiran aktif pelajar dengan kandungan pelajaran yang menekankan perhatian, pengekalan
dan tujuan pelajar belajar.
Seterusnya, bagi penyataan tentang kaedah PdP secara simulasi wajar dilaksanakan
untuk menggalakkan interaksi dua hala (lakonan/role play/gambaran situasi) pula telah
mencatatkan skor setuju yang paling tinggi iaitu sebanyak 45.9% responden bersetuju dengan
penyataan tersebut. Pada masa yang sama, penyataan ini juga telah mencatatkan skor tidak
setuju yang paling tinggi iaitu 6.4%. Sebanyak 30.3% responden yang berasa sangat setuju
dan juga sebanyak 3.7% responden yang berasa sangat tidak setuju terhadap penyataan ini.
Melalui kaedah PdP secara simulasi, pelajar akan lebih memahami dan mengingati topik
yang dipelajari kerana bagi melakukan sesuatu simulasi, pelajar perlu memahami sesuatu
topik dengan lebih mendalam.
Berdasarkan data yang diperoleh, bagi penyataan pelaksanaan kaedah tayangan video
yang lebih menarik dan mudah diingati untuk topik melibatkan proses dalam Geografi telah
mencatatkan skor sangat tidak setuju yang paling tinggi iaitu sebanyak 7.3% manakala
terdapat 48.6% responden sangat bersetuju dengan penyataan tersebut. Di samping itu,
majoriti responden bersetuju dengan penyataan ini iaitu sebanyak 29.4% akan tetapi 0.9%
responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Berdasarkan kepada Berk (2009) dan
Jamalludin & Zaidatun (2003), pendidik telah mengenal pasti tentang kehebatan pengajaran
26

berasaskan video mampu untuk menarik minat, meningkatkan motivasi dan pengalaman
belajar.

Jadual 4.3: Cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek
Geografi yang lebih efektif.
Bil Penyataan N STS TS TP S SS
(%) (%) (%) (%) (%)
1 Kaedah PdP dalam subjek Geografi wajar
diperbanyakkan khususnya dalam topik 109 4.6 2.8 11.9 43.1 37.6
berkaitan konsep dan proses.
2 Pelaksanaan kaedah tayangan video yang lebih
menarik mudah diingati untuk topik 109 7.3 0.9 13.8 29.4 48.6
melibatkan proses dalam Geografi.
3 Penggunaan kaedah perbincangan dengan ahli
kumpulan untuk membantu pelajar menjana 109 4.6 3.7 10.1 36.7 45.0
idea dan bertukar ilmu pengetahuan Geografi.
4 Kaedah PdP secara simulasi wajar
dilaksanakan untuk menggalakkan interaksi 109 3.7 6.4 13.8 45.9 30.3
dua hala (Lakonan/role play/gambaran
situasi).
5 Kaedah simulasi wajar diaplikasikan untuk
menarik minat dan tumpuan pelajar dalam 109 3.7 3.7 15.6 42.2 34.9
kelas Geografi.
6 Kaedah demonstrasi perlu diaplikasikan bagi
menambah baik kemahiran pelajar misalnya 109 3.7 1.8 10.1 39.4 45.0
dalam penghasilan peta topografi.
7 Kaedah PdP berasaskan projek perlu ditambah
baik bagi mempercepat penguasaan pelajar
melalui pemerhatian dan pengumpulan 109 2.8 2.8 13.8 45.0 35.8
maklumat berkaitan Geografi.
8 Kuiz pendek misalnya melalui laman Quizizz,
Kahoot dan sebagainya diberikan selepas 109 3.7 1.8 9.2 32.1 53.2
proses PdP bagi memudahkan pelajar
mengingat kembali hasil pembelajaran.

Sumber: Hasil Kajian 2020


27

4.4 Taburan Min (Purata) Dan Sisihan Piawai Terhadap Penyataan Tentang Persepsi
Pelajar Dari Pelbagai Peringkat Pendidikan Terhadap Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran Subjek Geografi Di Sekolah Hingga Universiti

Jadual 4.4 menunjukkan taburan min (purata) dan sisihan piawai terhadap penyataan tentang
persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran subjek Geografi di sekolah hingga universiti. Penyataan topik-topik berkaitan
teori di bawah subjek Geografi mudah difahami dengan menggunakan kaedah PdP yang biasa
sahaja mencatatkan min sebanyak 3.6972 dan sisihan piawai 1.12632. Penyataan ini
menunjukkan bahawa persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran subjek Geografi di sekolah hingga universiti sangat bersetuju
dengan penyataan yang menyatakan bahawa topik berkaitan teori di bawah subjek Geografi
mudah difahami dengan menggunakan kaedah PdP yang biasa sahaja. Penyataan ini
mencapai tanggapan pengkaji kerana pengkaji beranggapan bahawa responden tahu bahawa
topik yang berkaitan teori di bawah subjek Geografi merupakan fakta atau definisi yang perlu
dibaca dan difahami oleh para pelajar dan hanya boleh menggunakan kaedah PdP yang biasa
sahaja untuk memahami teori tersebut.
Selain itu, penyataan kaedah PdP yang biasa menggalakkan penglibatan pelajar dalam
sesi perbincangan atau soal jawab telah mencatatkan min sebanyak 3.6514 dan sisihan piawai
1.18927. Penyataan ini menunjukkan bahawa pelajar bersetuju dan mengetahui bahawa
kaedah PdP yang biasa menggalakkan penglibatan pelajar dalam sesi perbincangan dan soal
jawab di dalam kelas. Sesi perbincangan atau soal jawab akan lebih efektif dan berkesan jika
kaedah yang biasa iaitu guru atau pensyarah mengajar dan pelajar mendengar di dalam kelas
dijalankan kerana berlakunya interaksi secara dua hala antara pelajar dan guru atau pensyarah
tersebut.
Seterusnya, penyataan mengenai kaedah PdP yang biasa dilaksanakan bagi subjek
Geografi adalah efektif iaitu kaedah syarahan dimana guru atau pensyarah mengajar dan
pelajar mendengar mencatatkan min sebanyak 3.6147 dan sisihan piawai 1.07934. Penyataan
ini menunjukkan bahawa responden tidak pasti akan penyataan ini kerana tidak mengetahui
dan juga tidak memahami maksud penyataan tersebut.
Di samping itu, penyataan tentang kaedah PdP melalui kaedah syarahan dan pengagihan
nota sahaja memudahkan para pelajar membuat ringkasan tentang hasil pembelajaran subjek
Geografi mencatatkan min sebanyak 3.6606 dan sisihan piawai 1.11571. Penyataan ini
menunjukkan bahawa responden tidak bersetuju dengan penyataan ini kerana tidak
28

berlakunya perbincangan dengan rakan-rakan di dalam kelas serta para pelajar tidak akan
membuat pembacaan berkaitan dengan topik di bawah subjek Geografi tersebut jika hanya
memberikan nota tanpa memberi latihan yang sepatutnya.
Akhir sekali, penyataan yang menyatakan bahawa kaedah PdP yang biasa mudah untuk
mendapatkan perhatian daripada pelajar mencatatkan min sebanyak 3.5963 dan sisihan
piawai 1.19505. Responden sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut kerana mereka
mengetahui dan mempunyai pengalaman sebagai pelajar Geografi bahawa kaedah PdP yang
biasa tidak mudah untuk mendapatkan perhatian daripada pelajar dan sebaliknya
memudahkan para pelajar mengantuk di dalam kelas jika kaedah yang biasa sahaja
digunakan.

Jadual 4.4: Taburan min (purata) dan sisihan piawai terhadap penyataan tentang persepsi
pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran
subjek Geografi di sekolah hingga universiti.

Bil Penyataan Min Sisihan


Piawai
1 Kaedah PdP yang biasa dilaksanakan bagi subjek
Geografi adalah efektif. (Kaedah syarahan-guru / 3.6147 1.07934
pensyarah mengajar dan pelajar mendengar)
2 Kaedah PdP yang biasa mudah untuk mendapatkan 3.5963 1.19505
perhatian daripada pelajar.
3 Kaedah PdP yang biasa menggalakkan penglibatan 3.6514 1.18927
pelajar dalam sesi perbincangan atau soal jawab.
4 Topik-topik berkaitan teori di bawah subjek 3.6972 1.12632
Geografi mudah difahami dengan menggunakan
kaedah PdP yang biasa sahaja.
5 Topik-topik berkaitan proses di bawah subjek 3.6606 1.11571
Geografi mudah difahami dengan menggunakan
kaedah PdP secara syarahan dan pengagihan nota.
6 Kaedah PdP melalui kaedah syarahan dan 3.4404 1.19746
pengagihan nota sahaja memudahkan pelajar
membuat ringkasan tentang hasil pembelajaran
subjek Geografi.
Sumber: Hasil Kajian 2020
29

4.5 Taburan Min (Purata) Dan Varians Terhadap Penyataan Tentang Cadangan
Penambahbaikan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Subjek Geografi Yang
Lebih Efektif

Jadual 4.5 menunjukkan taburan min (purata) dan varians terhadap penyataan tentang
cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Geografi
yang lebih efektif. Penyataan yang menyatakan bahawa kuiz pendek misalnya melalui laman
‘Quizizz’, ‘Kahoot!’ dan sebagainya diberikan selepas proses PdP bagi memudahkan
pelajar mengingat kembali hasil pembelajaran mencatatkan min sebanyak 4.2936 dan
varians sebanyak 0.95005. Pernyataan ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa
melalui kuiz, pelajar dapat mengingat kembali atau mengulang kaji tentang topik-topik yang
pernah diajar dengan lebih mudah. Penyataan ini mencapai tanggapan bahawa teknik kuiz
merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan. Menurut
pensyarah kanan Fakulti Pengurusan & Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM),
Mohamad Naqiuddin Md Mansor (2020), semenjak aplikasi Kahoot! dilancarkan, ini telah
dimainkan oleh 3.2 bilion pemain iaitu lebih daripada 200 negara. Sehingga kini, Kahoot!
memiliki lebih daripada 60 juta permainan yang dicipta untuk pelbagai topik dan subjek
dalam pelbagai bahasa. Hal ini menunjukkan bahawa betapa ramai orang yang menggunakan
aplikasi kuiz ini bagi tujuan PdP.
Seterusnya, penyataan mengenai kaedah demonstrasi perlu diaplikasikan bagi
menambah baik kemahiran pelajar, misalnya dalam penghasilan peta topografi mencatatkan
min sebanyak 4.2018 dan varians sebanyak 0.92185. Penyataan ini menunjukkan bahawa
responden bersetuju bahawa pelajar memerlukan guru untuk mendemonstrasikan. Contohnya,
cara melukis sesuatu peta topografi bagi memahami prosedur melukis sebuah peta topografi
dengan tepat dan kemas. Kebanyakan responden berpendapat bahawa kaedah demonstrasi
dapat meningkatkan kemahiran pelajar kerana pelajar boleh belajar sesuatu kemahiran
langkah demi langkah dengan adanya bantuan dari guru mereka.
Selain itu, penyataan mengenai penggunaan kaedah perbincangan dengan ahli kumpulan
untuk membantu pelajar menjana idea dan bertukar ilmu pengetahuan Geografi
mencatatkan min sebanyak 4.1376 dan varians sebanyak 1.10126. Penyataan ini juga
menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal ini dikatakan
demikian kerana menurut Killen (1947), perbincangan merupakan proses berinteraksi secara
bersemuka di mana pelajar dapat bertukar-tukar idea, membincangkan atau menyelesaikan
sesuatu masalah, menjawab persoalan, mengukuh serta meningkatkan kefahaman pelajar.
30

Bukan itu sahaja, kaedah perbincangan juga menggalakkan perkembangan mental pelajar
supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan pandangan secara sistematik dan tepat.
Melalui perbincangan, pelajar akan dapat menjana idea yang baharu setelah menerima
pandangan yang berbeza dari ahli kumpulan mereka.
Di samping itu, penyataan bahawa pelaksanaan kaedah tayangan video yang lebih
menarik dan mudah diingati untuk topik melibatkan proses dalam Geografi mencatatkan
bacaan min sebanyak 4.1101 dan varians sebanyak 1.32110. Pembelajaran berasaskan video
sebagai ‘technology enhance learning‘ (TEL) yang paling berkesan sebagai sumber
pembelajaran dalam pembelajaran atas talian (Yousef, Chatti & Schroeder, 2014). Melalui
kaedah tayangan video, pelajar lebih mudah untuk melihat dan mengimaginasi sesuatu proses
sama ada yang boleh dilihat dengan mata atau tidak, misalnya proses pembentukan awan.
Akhir sekali, penyataan kaedah PdP secara simulasi wajar dilaksanakan untuk
menggalakkan interaksi dua hala (Lakonan/role play/gambaran situasi) mencatatkan min
sebanyak 3.9266 dan varians sebanyak 1.03160. Hal ini menunjukkan bahawa responden
tidak begitu pasti terhadap penyataan ini kerana tidak begitu memahami akan penyataan ini.
Responden tidak pasti sama ada kaedah secara simulasi dapat menggalakkan interaksi dua
hala dan membantu dalam proses PdP.

Jadual 4.5: Taburan min (purata) dan varians terhadap penyataan tentang cadangan
penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Geografi yang lebih
efektif.
Bil Penyataan Min Varians
1 Kaedah PdP dalam subjek Geografi wajar
diperbanyakkan khususnya dalam topik berkaitan 4.0642 1.02362
konsep dan proses.
2 Pelaksanaan kaedah tayangan video yang lebih
menarik dan mudah diingati untuk topik 4.1101 1.32110
melibatkan proses dalam Geografi.
3 Penggunaan kaedah perbincangan dengan ahli
kumpulan untuk membantu pelajar menjana idea 4.1376 1.10126
dan bertukar ilmu pengetahuan Geografi.
4 Kaedah PdP secara simulasi wajar dilaksanakan
untuk menggalakkan interaksi dua hala 3.9266 1.03160
(Lakonan/role play/gambaran situasi).
5 Kaedah simulasi wajar diaplikasikan untuk
menarik minat dan tumpuan pelajar dalam kelas 4.0092 0.99066
Geografi.
6 Kaedah demonstrasi perlu diaplikasikan bagi
menambah baik kemahiran pelajar misalnya 4.2018 0.92185
dalam penghasilan peta topografi.
31

7 Kaedah PdP berasaskan projek perlu ditambah


baik bagi mempercepat penguasaan pelajar 4.0826 0.85423
melalui pemerhatian dan pengumpulan maklumat
berkaitan Geografi.
8 Kuiz pendek misalnya melalui laman Quizizz,
Kahoot dan sebagainya diberikan selepas proses 4.2936 0.95005
PdP bagi memudahkan pelajar mengingat kembali
hasil pembelajaran.
Sumber: Hasil Kajian 2020
32

4.6 Pengujian Hipotesis

a) Pengujian hipotesis menggunakan analisis korelasi


Korelasi adalah teknik statistik yang digunakan untuk menguji terdapat atau tidak terdapat
hubungan dari dua variabel atau lebih. Ujian korelasi ini juga digunakan untuk membuat
perbandingan dan mengenal pasti pola-pola serta hubungan di antara dua pemboleh ubah
dalam kajian.

1) �0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dan penyataan bahawa kaedah
PdP yang biasa mudah untuk mendapatkan perhatian daripada pelajar.

Jadual 4.6: Kekuatan hubungan korelasi


Saiz pekali korelasi Keteguhan korelasi
.91 hingga 1.00 - .91 hingga -1.00 Sangat kuat
.71 hingga .90 atau -.71 hingga -.90 Kuat
.51 hingga .70 atau -.51 hingga -.70 Sederhana
.31 hingga .50 atau -.31 hingga -.50 Lemah
.01 hingga .30 atau -.01 hingga -.30 Sangat lemah
.00 Tiada korelasi

Jadual 4.7: Dapatan daripada ujian korelasi


Correlations

Jantina responden Persepsi2


Jantina responden Pearson Correlation 1 -.075
Sig. (2-tailed) .441
N 109 109
Persepsi2 Pearson Correlation -.075 1
Sig. (2-tailed) .441
N
109 109

Ujian korelasi dijalankan bagi menentukan hubungan antara jantina dengan penyataan
tentang kaedah PdP yang biasa mudah untuk mendapatkan perhatian daripada pelajar.
Hubungan antara dua pemboleh ubah ini tidak signifikan dengan nilai Korelasi Person r(109)
= -.075, p = .441. Oleh itu, hipotesis nul yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan
33

yang signifikan antara jantina dengan penyataan tentang kaedah PdP yang biasa mudah untuk
mendapatkan perhatian daripada pelajar diterima.

2) �0 : Tidak terdapat hubungan antara umur responden mengenai kaedah PdP yang biasa
menggalakkan penglibatan pelajar dalam sesi perbincangan atau soal jawab.

Jadual 4.8: Dapatan daripada ujian korelasi


Correlations

Umur responden Persepsi3


Umur responden Pearson Correlation 1 .079
Sig. (2-tailed) .414
N 109 109
Persepsi3 Pearson Correlation .079 1
Sig. (2-tailed) .414
N
109 109

Ujian korelasi dijalankan bagi menentukan hubungan antara jantina dengan penyataan
mengenai kaedah PdP yang biasa menggalakkan penglibatan pelajar dalam sesi perbincangan
atau soal jawab. Hubungan antara dua pemboleh ubah ini tidak signifikan dengan nilai
Korelasi Person r(109) = .079, p = .414. Oleh itu, hipotesis nul yang menyatakan bahawa
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dengan penyataan mengenai kaedah
PdP yang biasa menggalakkan penglibatan pelajar dalam sesi perbincangan atau soal jawab
diterima.

b) Pengujian hipotesis menggunakan Khi-Kuasa Dua


Ujian Khi-Kuasa Dua ialah satu ujian bukan parametrik yang dijalankan dengan tujuan
tertentu dalam menguji hipotesis perbezaan kadar dan melihat pengaruh atau hubungan antara
variabel (pemboleh ubah) dalam sesebuah kajian ataupun aplikasi kehidupan. Secara
umumnya, ujian Khi-Kuasa Dua ini digunakan untuk

a) Menguji darjah kebagusan iaitu mencari beza kadar sesuatu data yang dikumpul.
34

b) Menguji darjah kebebasan iaitu menguji perkaitan atau perhubungan antara pemboleh
ubah.

1) �0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina responden mengenai


penggunaan kaedah perbincangan dengan ahli kumpulan untuk membantu pelajar menjana
idea dan bertukar ilmu pengetahuan Geografi.

Jadual 4.9: Dapatan daripada ujian Khi-Kuasa Dua

Chi-Square Tests

Asymptotic
Significance
Value df (2-sided)
Pearson Chi-Square
5.149a 4 .272
Likelihood Ratio 7.359 4 .118
Linear-by-Linear Association .009 1 .926
N of Valid Cases 109
a. 5 cells (50.0%) have expected count less than 5. The minimum expected count
is .70.

Ujian khi-kuasa dua dijalankan bagi menentukan hubungan antara jantina dan penyataan
mengenai penggunaan kaedah perbincangan dengan ahli kumpulan untuk membantu pelajar
menjana idea dan bertukar ilmu pengetahuan Geografi. Hubungan antara dua pemboleh ubah
ini tidak signifikan dengan nilai X2 (4, N = 109) = 5.149, p = .272. Oleh itu, hipotesis nul
yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dan
penyataan mengenai penggunaan kaedah perbincangan dengan ahli kumpulan untuk
membantu pelajar menjana idea dan bertukar ilmu pengetahuan Geografi diterima.
35

2) �0 : Tidak terdapat perbezaan antara peringkat pendidikan responden mengenai kaedah


simulasi wajar diaplikasikan untuk menarik minat dan tumpuan pelajar dalam kelas Geografi.

Jadual 4.10: Dapatan daripada ujian Khi-Kuasa Dua

Chi-Square Tests

Asymptotic
Significance
Value df (2-sided)
Pearson Chi-Square 9.708a 8 .286
Likelihood Ratio 11.513 8 .174
Linear-by-Linear Association .104 1 .747
N of Valid Cases 109
a. 8 cells (53.3%) have expected count less than 5. The minimum expected count
is .92.

Ujian khi-kuasa dua dijalankan bagi menentukan hubungan antara jantina dan penyataan
mengenai kaedah simulasi wajar diaplikasikan untuk menarik minat dan tumpuan pelajar
dalam kelas Geografi. Keputusan ujian Khi-Kuasa Dua di atas, iaitu, X2 (4, N = 109) = 9.708,
p = .286 menunjukkan bahawa hubungan antara dua pemboleh ubah ini tidak signifikan. Oleh
itu, hipotesis nul yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
jantina dan penyataan mengenai kaedah simulasi wajar diaplikasikan untuk menarik minat
dan tumpuan pelajar dalam kelas Geografi diterima.

c) Pengujian hipotesis menggunakan analisis regresi.


Regresi merupakan salah satu kaedah yang dapat digunakan sebagai alat statistik inferensi
untuk menentukan pengaruh sebuah variabel bebas terhadap variabel terikat. Menurut
Gujarati (2009), ujian regresi merupakan kajian terhadap kebergantungan satu variabel
terhadap variabel yang lain. Levin dan Rubin (1998), regresi digunakan untuk menentukan
sifat-sifat dan kekuatan hubungan antara dua variabel

1) �0 : Tidak terdapat perbezaan antara jantina mengenai kaedah PdP melalui kaedah
syarahan dan pengagihan nota sahaja memudahkan pelajar membuat ringkasan tentang hasil
pembelajaran subjek Geografi.
36

Jadual 4.11: Dapatan daripada ujian regresi.

Coefficientsa

Unstandardized Standardized
Coefficients Coefficients

Model B Std. Error Beta t Sig.


1 (Constant)
3.863 .565 6.839 .000
Jantina
-.232 .303 -.074 -.765 .446
responden
a. Dependent Variable: Persepsi6

Ujian regresi dijalankan bagi menentukan hubungan antara jantina dan penyataan bahawa
kaedah PdP melalui kaedah syarahan dan pengagihan nota sahaja memudahkan pelajar
membuat ringkasan tentang hasil pembelajaran subjek Geografi. Hubungan antara dua
pemboleh ubah ini tidak signifikan dengan nilai p = .446. Oleh itu, Hipotesis nul yang
menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dan penyataan
bahawa kaedah PdP melalui kaedah syarahan dan pengagihan nota sahaja memudahkan
pelajar membuat ringkasan tentang hasil pembelajaran subjek Geografi diterima.
37

BAB 5
KESIMPULAN

5.0 Pengenalan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan geografi sangat penting bagi menarik
minat pelajar yang mengambil subjek geografi dari peringkat sekolah hingga ke universiti
untuk mendalami subjek geografi. Dengan ini, keputusan bagi subjek geografi dapat
ditingkatkan. Guru-guru di sekolah juga mampu menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan untuk mengajar pelajar.

5.1 Rumusan

Oleh demikian, hasil kajian ini dapat menghasilkan maklumat yang berguna untuk dijadikan
garis panduan awal kepada pegawai di peringkat kementerian, jabatan dan pejabat pelajaran
bagi menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini juga
diharapkan dapat merangsang dan menggalakkan para pendidik untuk mengambil usaha
positif ke arah mempertingkatkan lagi penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
perkembangan pendidikan di negara ini.

5.2 Cadangan

Cadangan bagi penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Geografi
yang lebih efektif adalah dengan menggunakan kaedah kuiz supaya pelajar dapat mengingat
kembali dan melakukan ulang kaji tentang topik-topik yang pernah diajar oleh guru atau
pensyarah mereka. Seterusnya, melalui kaedah PdP secara simulasi, pelajar akan lebih
memahami dan mengingati topik yang dipelajari kerana bagi melakukan sesuatu simulasi,
pelajar perlu memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam. Akhir sekali, pengajaran
berasaskan video mampu untuk menarik minat, meningkatkan motivasi dan pengalaman
belajar.
38

RUJUKAN

Alias, Sharif, Baharuddin, Hamzah, & Zahari. (2016). Penerokaan kesan


PENGAJARAN Dan PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN visual IMEJ
DALAM KALANGAN PELAJAR CACAT PENDENGARAN. UKM e-Journal
System. https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/14744

Amiruddin, Ghani, Hassan, & Rahman. (2015, October 13). Aplikasi


E-pEmbElajaran untuk proses pembelajaran Dan pengajaran Bahasa:
Fungsi Dan kelebihan.
ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/306378767_APLIK
ASI_E-PEMBELAJARAN_UNTUK_PROSES_PEMBELAJARAN_DAN_P
ENGAJARAN_BAHASA_FUNGSI_DAN_KELEBIHAN

Berk, R.A. (2009). Multimedia teaching with video clips: TV, movies, YouTube, and
mtvU in the college classroom. International Journal of Technology in
Teaching and Learning. 5(1), pp. 1-21

Carol M. (2018). Research Methods Guide: Research Design & Method. Newman
Library, Virginia Tech.
https://guides.lib.vt.edu/researchmethods/design-method

Chua Yan Piaw. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi Ketiga. Mc Graw Hill
Education.

Crossman, A. (2019, June 13). Pros and Cons of Secondary Data Analysis. Thought
Co. https://www.thoughtco.com/secondary-data-analysis-3026536

Davidson, L. (2019, June 18). Quantitative Data: A Comprehensive Overview.


Springboard Blog. https://www.springboard.com/blog/quantitative-data/

Des Moines University Library. (2020). What Are Research Instruments.


Lib.Dmu.Edu. https://lib.dmu.edu/db/cinahl/instruments

Dewitt Wallace Library. (2015). What is Research Data?: Data and Statistics.
Macalester.Edu.
https://libguides.macalester.edu/c.php?g=527786&p=3608657#:~:text=data%
20are%20individual%20pieces%20of,analysis%20%2D%20its%20interpretati
on%20and%20presentation.&text=Often%20these%20types%20of%20statisti
cs,to%20a s%20'statistical%20data'

Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (2006). How to design and evaluate research in
education. New York: McGraw Hill.

Glen, S. (2018). Primary Data & Secondary Data: Definition & Example.
StatisticsHowTo.com: Elementary Statistics for the rest of us!
https://www.statisticshowto.com/primary-data-secondary/
39

Hadi. (1985). Menyusuri Kembali "The Nature Of Geography". Membina


kerelevanan Baru Menerusi Transdisiplinari. MyJurnal - Citation and
Infometrics
Division. https://www.myjurnal.my/filebank/published_article/30541/21.PDF

Hanif Ihsan. (2018). Penyelidikan. Academia.Edu.


https://www.academia.edu/7259358/Penyelidikan

Harlina binti Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad (2017). Pembelajaran
Interaktif Berasaskan Apli kasi Kahoot dalam Pengajaran Abad Ke-21. Buku
Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke21. Institut Pendidikan Aminuddin
Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Huff, H. (2015). Sources of Data. Managementstudyguide.com.


https://www.managementstudyguide.com/sources_of_data.htm

Jansen, D. Warren, K. (2020, Jun). What is Research Methodology? A


Plain-Languange Explanation and Definition. Gradcoach.
https://gradcoach.com/what-is-research-methodology/

Japheth, A. (2014). A Comprehensive Guide to Research Methodology(Part 1): Tips


For Sampling and Sample Techniques. ResearchClue.com.
https://nairaproject.com/blog/step-by-step-to-research-methodology.html

Jasmi, Talip, & Ilias. (2012). STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PEN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DIDIKAN ISLAM BERPUSATKAN
PELAJAR
BERPUSATKANPELAJAR. https://eprints.utm.my/id/eprint/39980/1/Kamarul
AzmiJasmi2012_StrategiP%26PPendidikanIslamBerpusatkan.pdf

Juhazreen Junaidi & Madihah Jailani. (2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi


Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia
Institutional Repository. https://core.ac.uk/reader/11786180

Kabir, S. M. (2016). METHODS OF DATA COLLECTION. Research Gate.


https://www.researchgate.net/publication/325846997_METHODS_OF_DATA
_C OLLECTION

Krieger, N. (2012). Who and What Is a “Population”? Historical Debates, Current


Controversies, and Implications for Understanding “Population Health” and
Rectifying Health Inequities. The Milbank Quarterly: A multidisciplinary
journal of population Health and Health Policy, 90 (4), 634–681

McLeod, S. (2018). Questionnaire: Definition, Examples, Design and Types. Simply


Psychology. https://www.simplypsychology.org/questionnaires.html
40

Mohamad. (2020). FUNGSI APLIKASI QUIZIZZ KE ARAH MEMPERKASAKAN


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN. Alhijrah Online.
https://alhijrahnews.com/aplikasi-quizizz-ke-arah-memperkasakan-pembelaja
ran-dalam-talian/

Mutalib & Ahmad. (2011). Amalan Guru Geografi dalam Memberi Maklum Balas
PentaksiranFormatif.www.ukm.my. https://www.ukm.my/jurfpend/volume%
2036(2)/Amalan%20Guru%20Geografi%20dalam%20Memberi%20Maklum
%20Balas%20Pentaksiran%20Formatif.pdf

Nawi. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsepkonsep


Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Welcome to UMK
Repository UMK
Repository. https://umkeprints.umk.edu.my/111/1/P%26P%20Penelitian%20s
emula%20menurut%20GIIM.pdf

Pickell, D. (2019). Qualitative vs Quantitative Data – What’s the Difference?


G2.com.https://learn.g2.com/qualitative-vs-quantitativedata#:~:text=What%20
is%20the%20difference%20between,based%20on%20traits%20and%20chara
cteristics.

Sacred Heart University Library. (2020). Organizing Academic Research Papers:


Types of Research Designs. SacredHeart.Edu.
https://library.sacredheart.edu/c.php?g=29803&p=185902

Stockemer, D. (2019). Quantitative Methods for the Social Sciences: A Practical


Introduction with Examples in SPSS and Stata. Springer International
Publishing. https://doi.org/10.1007/978-3-319-99118-4

Trochim, W. M. K. (2020). Research Methods Knowledge Base. Conjoint.ly.


https://conjointly.com/kb/sampling-in-research/

University of Pretoria. (n.d.). Chapter 4: Research Design and Methodology.


https://repository.up.ac.za/bitstream/handle/2263/24016/04chapter4.pdf?sequ
%20ence=5

University of the Witwatersrand. (2020, 21 September). What is Research


Methodology. LibGuides.
https://libguides.wits.ac.za/c.php?g=693518&p=4914913#:~:text=Research%
20methodology%20is%20the%20specific,study's%20overall%20validity%20a
nd%20reliability

Yousef, A. M. F., Chatti, M. A., & Schroeder, U. (2014). The state of video-based
learning: A review and future perspectives. Int. J. Adv. Life Sci, 6(3/4),
122-135.
41

LAMPIRAN

Jadual Rangka Kerja

Bil Perkara Masa


(Minggu)
1  Tajuk umum telah diberikan oleh pensyarah. Minggu 1

 Perbincangan dalam kumpulan bagi tajuk kajian ilmiah.

 Membuat bacaan mengenai tajuk kajian.

2  Membuat perbincangan dengan pensyarah berkenaan Minggu 2


kajian ilmiah.

 Mengemukakan beberapa tajuk cadangan kajian ilmiah.

 Mendapat persetujuan tentang tajuk kajian.

 Menyiapkan rangka kertas cadangan kajian.

3  Membuat perbincangan dengan pensyarah untuk Minggu 3


mendapatkan komen tentang kertas cadangan.

 Mengemukakan proposal kajian ilmiah kepada pensyarah.

 Menyediakan instrumen soal selidik.

 Menjalankan soal selidik secara atas talian kepada


kumpulan sasaran.

4  Mengumpul soal selidik. Minggu 4

 Mencari maklumat bahagian tinjauan literatur.

 Menulis permasalahan kajian yang dikaji.

 Menyiapkan bab satu.

5  Menganalisis data. Minggu 5

 Menyiapkan bab dua.

6  Menyiapkan bab tiga. Minggu 6


42

7  Menyiapkan bab empat. Minggu 7

8  Menyiapkan bab lima. Minggu 8

 Menyemak senarai rujukan.

9  Melakukan semakan terakhir. Minggu 9

10  Menghantar tesis di tapak tugasan dalam My Guru. Minggu 10


43

Persepsi Pelajar dari Pelbagai


Peringkat Pendidikan terhadap
Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran(PdP) Subjek
Geografi .
Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian
iaitu: a) Demografi responden
b) Persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan terhadap
kaedah PdP subjek Geografi di sekolah hingga universiti.
c) Cadangan penambahbaikan kaedah PdP subjek Geografi yang
lebih efektif.* Required

Arahan: Sila tandakan pada ruangan yang berkenaan.


a) Demografi responden

1. Jantina *

Check all that apply.

Lelaki
Perempuan

2. Umur *

Check all that apply.

13-15
16-18
19-21
22 tahun dan ke atas

3. Peringkat pendidikan * Mark only one oval.


44

Sekolah Menengah

Pra Universiti

Universiti

4. Bangsa *

Mark only one oval.

Melayu

Cina

India

Bumiputra Sabah/Sarawak

Lain-lain

Arahan: Jawab
berdasarkan skala
berikut:
b) Persepsi pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan 1- Sangat tidak
setuju
terhadap kaedah PdP subjek Geografi di sekolah hingga
2- Tidak setuju
universiti. 3- Tidak pasti
4- Setuju
5- Sangat setuju

1. Kaedah PdP yang biasa dilaksanakan bagi subjek Geografi

adalah efektif. (kaedah syarahan- guru/pensyarah mengajar

pelajar dan pelajar mendengar) * Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju
45

2. Kaedah PdP yang biasa mudah untuk mendapatkan perhatian


daripada pelajar.
*

Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju

3. Kaedah PdP yang biasa menggalakkan penglibatan pelajar dalam

sesi perbincangan atau soal jawab. * Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju
4. Topik-topik berkaitan teori di bawah subjek Geografi mudah

difahami dengan menggunakan kaedah PdP yang biasa sahaja. *


Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju

5. Topik-topik berkaitan proses di bawah subjek Geografi mudah

difahami dengan menggunakan kaedah PdP secara syarahan dan

pengagihan nota. (Contoh: proses pembentukan awan) * Mark only


one oval.

1 2 3 4 5
46

Sangat tidak setuju Sangat setuju

6. Kaedah PdP melalui kaedah syarahan dan pengagihan nota


sahaja memudahkan pelajar membuat ringkasan tentang hasil
pembelajaran subjek Geografi. *

Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju

Arahan: Jawab
berdasarkan skala
berikut:
c) Cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan 1- Sangat tidak setuju
2- Tidak setuju
pembelajaran(PdP) subjek Geografi yang lebih efektif. 3- Tidak pasti
4- Setuju
5- Sangat setuju

1. Kaedah PdP dalam subjek Geografi wajar diperbanyakkan

khususnya dalam topik berkaitan konsep dan proses. * Mark only


one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju

2. Pelaksanaan kaedah tayangan video yang lebih menarik dan

Sangat tidak setuju Sangat setuju


47

mudah diingati untuk topik melibatkan proses dalam Geografi *


Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju

3. Penggunaan kaedah perbincangan dengan ahli kumpulan untuk

membantu pelajar menjana idea dan bertukar ilmu pengetahuan

Geografi. * Mark only one oval.

1 2 3 4 5
4. Kaedah PdP secara simulasi wajar dilaksanakan untuk

menggalakkan interaksi dua hala. (Lakonan/role play/gambaran

situasi) * Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju

5. Kaedah simulasi wajar diaplikasikan untuk menarik minat dan

tumpuan pelajar dalam kelas Geografi. * Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju
48

6. Kaedah demonstrasi perlu diaplikasikan bagi menambah baik

kemahiran pelajar, misalnya dalam penghasilan peta topografi. *


Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju
7. Kaedah PdP berasaskan projek perlu ditambah baik bagi
mempercepat penguasaan pelajar melalui pemerhatian dan
pengumpulan maklumat berkaitan Geografi. *

Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju

8. Kuiz pendek misalnya melalui laman Quizizz, Kahoot dan

sebagainya diberikan selepas proses PdP bagi memudahkan

pelajar mengingat kembali hasil pembelajaran. Mark only one oval.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Sangat setuju

This content is neither created nor endorsed by Google.

Forms

Anda mungkin juga menyukai