Anda di halaman 1dari 1

Konsep kitaran hidrologi

Kitaran air yang melibatkan fasa perubahan air yang berterusan samada dalam bentuk cecair – gas - pepejal.
Kitaran hidrologi merujuk kepada kewujudan, pergerakan, dan pertukaran air yang berterusan dalam pelbagai
bentuk seperti cecair, pepejal dan wap dalam pelbagai ruang sama ada ruang hidrosfera, biosfera, atmosfera,
litosfera, dan termasuk di bawah permukaan bumi.

Perubahan fasa air mestilah melibatkan tenaga haba


 Fasa Gas ke Pepejal ( haba dibebaskan), Pepejal ke Gas ( haba diserap ).
 Fasa Gas ke Cecair ( haba dibebaskan ), Cecair ke Gas ( haba diserap ) cth. Air ke Stim
 Fasa Cecair ke Pepejal ( haba dibebaskan ), Pepejal ke Cecair ( haba diserap )

Gambar rajah fasa proses perubahan air

Proses Kitaran Hidrologi


i.Proses Mendatar

 Larian Air Permukaan :Baki air hujan yang mengalir dipermukaan bumi
setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan
digunakan oleh tumbuhan.
 Aliran Air Bawah Tanah :Resapan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan menyusup menerusi
liang-liang pori tanih. Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan air yang
menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub-permukaan, susupan dan pergerakan air
secara mendatar dalam sistem akuifer.
 Alir Lintang Atmosfera :Merujuk proses penyejukan alir lintang, proses ini berlaku apabila udara yang
bersempadanan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan yang panas ke kawasan yang sejuk.
Sekiranya udara itu disejukan sehingga ke takat suhu embun maka akan membentuk kabus alir lintang dan
awan jenis stratus yang rendah.

ii. Proses Menegak

 Sejatan :Proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Apabilan tekanan wap pada
permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai tahap beku.
 Sejatpeluhan :Perpeluhan melibatkan pembebasan wap-wap air ke atmosfera tetapi berlaku menerusi
liang-liang stoma daun kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan
tekanan udara dalam atmosfera. -
 Kerpasan: Hujan, salji dan embun. Bila bintik-bintik air atau ais di udara turun ke bumi.
 Aliran batang :Aliran batang merujuk kepada kehilangan air yang berlaku pada tumbuhan. Air hujan yang
jatuh pada tumbuhan sebahagiannya akan hilang melalui serapan oleh batang-batang pokok.
 Resapan :susupan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan menyusup menerusi
liang-liang pori tanah.

Anda mungkin juga menyukai