Anda di halaman 1dari 3

TEORI TEKTONIK PLAT

Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-


kepingan yang dikenali sebagai plat.
Terdapat plat benua dan plat lautan. 7 plat benua yang besar seperti Plat
Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat Amerika Selatan, Plat Eurasia, Plat Afrika,
Plat Indo-Australia dan Plat Antartika.
Manakala plat benua yang kecil seperti Plat lain.Nazca, Plat Cacos, Plat
Filipina, Plat Karibia, Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain.
Plat Lautan adalah seperti Plat Pasifik dan Plat Antartika.
Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma
panas di lapisan astenosfera. Pergerakan plat berlaku sangat perlahan
dan plat bergerak pada arah yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Plat-plat ini boleh bergerak dengan 3 cara iaitu secara pertembungan,
pencapahan atau pemisahan dan secara perselisihan.


Pertembungan, pencapahan dan perselisihan plat
a). Pertembungan plat
Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain.
Pertembungan ini melibatkan plat benua dengan plat benua; plat lautan
dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.
Apabila dua plat lautan yang bertembung, plat yang tumpat akan terjunam
ke bawah.
Di zon ini terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti Jurang
Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan Plat Psifik
dengan Plat Filipina.
Plat yang terbenam ke bawah ini akan membentuk magma setelah
mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang tinggi
di lapisan mantel.
Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan keak
bumi di dasar lautan membentuk barisan-barisan gunung berapi di dasar
laut.
Melalui proses ataman bumi, gunung berapi ini akan muncul di
permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti di
Kepulauan Jawa (Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun.
Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua, plat lautan yang lebih
tumpat akan terbenam ke bawah.
Di zon benam, plat lautan akan mencair dan membentuk magma.
Jurang lautan terbentuk di sepanjang sempadan pertembungan antara
plat lautan dengan plat benua.
Manakala di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses
mampatan ini akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang
lautan tersebut.
Jika terdapat rekahan di gunung lipat, magma akan keluar sebagai
fenomena gunung berapi. Pertembungan antara Plat Nazca dengan Plat
Amerika Selatan menghasilkan Jurang Peru-Chile dan Banjaran Andes
sebagai gunung lipat.
Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir kedua-
dua benua tersebut akan termampat dan terlipat lalu membentuk banjaran
gunung lipat.
Tidak ada plat yang terjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua
mempunyai ketumpatan yang sama.
Pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia telah
menghasilkan Sistem Pergunungan Himalaya

b). Pencapahan plat
Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama
lain.
Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak
bumi, kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan
merekah. Ini telah menyebabkan wujud satu garisan kelemahan
pada kerak bumi, magma yang panas akan mengalir keluar.
Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini, maka magma
akan mengalir keluar, menyejuk dan membeku di dasar laut
membentuk lapisan kerak bumi yang baru dan dikenali sebagai
permatang tengah lautan.
Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada di
tengah lautan Atlantik.
c). Perselisihan plat
Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis
gelinciran. Ia juga dikenali sebagai sempadan neutral.
Fenomena yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan gempa
bumi.

Anda mungkin juga menyukai