Anda di halaman 1dari 10

BAB 1

KONSEP DAN DEFINISI LEMBANGAN SALIRAN

1.1

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pada akhir pengajaran ini pelajar dapat:
a) Memahami dengan jelas definisi lembangan saliran.
b) Mengenal pasti fungsi bagi lembangan saliran.
c) Menyatakan kepentingan lembangan saliran sebagai sistem kegunaan
manusia.

1.2

PENGENALAN

Air merupakan bahan asas kepada kejadian semua benda hidup. Sebagai
asas pembentukan kejadian, manusia mengandungi 70% air manakala bahan
organik memerlukan air antara 60 70%. Sebagai suatu keperluan untuk
semua benda-benda hidup yang terdapat di alam semesta ini, air merupakan
suatu elemen yang seiringan dengan perkembangan tamadun manusia
kerana pembangunan dan perkembangan masyarakat manusia sangat
berkait rapat dengan peredaran dan ketersampaian air kepada mereka. Ahli
sains percaya bahawa manusia silam pada satu ketika dahulu adalah
semiaquatic kerana kecenderungannya untuk tinggal berhampiran dengan
air. Hal ini terbukti apabila banyak tamadun lama yang terkenal dijumpai di
sepanjang sungai. Contohnya, Tamadun Sumerian terbentuk di sepanjang
Sungai Tigris (Euphrates), Tamadun Egypt di sepanjang Sungai Nil, Tamadun
Indus-India di sepanjang Sungai Indus (India), Tamadun China di sepanjang
Sungai Huang Ho iaitu Yellow River (China) dan sebagainya.
Air merupakan satu sumber (resources) yang menjadi perhatian ahli
geografi. Dalam konteks umum, kajian air merujuk kepada istilah hidrologi
yang memberi fokus kepada kajian ke atas kewujudan/taburan, ciri-ciri dan
pergerakan air di dalam atau di antara komponen-komponen fizikal dan
biologi dalam alam sekitar. Taburan air yang unik mengikut ruang dan masa
disebabkan oleh satu proses alam sekitar yang dikenali sebagai kitaran
hidrologi. Enjin raksaksa ini berperanan mengerakkan air dalam bentuk
kitaran tanpa henti daripada lautan ke atmosfera, ke tumbuhan dan
permukaan daratan, ke dalam tanih, ke dalam alur-alur atau reservoir dan
balik semula ke lautan. Pergerakan-pergerakan ini dapat menghubung dan
1

memindahkan bahan dan tenaga kepada semua komponen-komponen alam


sekitar (bumi) agar ia menjadi satu sistem yang hidup dan dinamik. Interaksi
yang tidak pernah putus antara semua komponen alam sekitar dijalankan
melalui proses-proses penting seperti kerpasan, sejatan dan perpeluhan,
susupan dan larian permukaan.
1.3

KONSEP LEMBANGAN SALIRAN

Secara umumnya permukaan bumi tinggi dan rendah adalah wujud kesan
daripada proses tektonik, lipatan dan juga gelinciran. Permukaan tinggi dan
rendah

tersebut

pula

akan

membentuk

jaringan

lurah-lurah

yang

menghubungkan kawasan tinggi dengan kawasan rendah. Justeru itu,


jaringan lurah tersebut akan membentuk alur-alur sungai dinamik yang
dinamakan sebagai kawasan lembangan saliran. Oleh itu lembangan saliran
ditakrifkan sebagai lingkungan kawasan yang menyediakan pergerakan air
disebabkan oleh tarikan graviti.
Banyak istilah yangg berbeza digunakan bagi menggambarkan lembangan
saliran, antaranya seperti berikut:
Istilah
river basin, drainage
basin
watershed
catchment

Keterangan
Merujuk kepada sistem pengawalan sungai
Merujuk kepada usaha-usaha pengurusan
sumber air
Merujuk kepada mana-mana titik dalam suatu
landskap
di
mana
landskap
tersebut
menyediakan air ke point melalui aliran
lateral di atas permukaan dan bawah
permukaan

Selain daripada itu, definisi lembangan saliran juga ditinjau melalui 3


pendekatan utama iaitu :
Pendekatan Ruang Hidrologi
Watershed/ Drainnage Basin point terendah dalam sesuatu kawasan
lembangan
River Basin

keseluruhan kawasan yang menyediakan larian air untuk

menampung

keseluruhan

aliran

sungai

utama

dan

cawangannya.
2

Pendekatan Sistem Bekalan Air


Kawasan Tadahan (Catchment Area) kawasan yang diairi oleh hujan,
disempadani sistem bukit dan diakhiri
oleh loji rawatan air.
Pendekatan Ekologi
Suatu sempadan sistem hidrologi di daratan yang dalamnnya wujud benda
hidup yang saling bergantung sehingga mewujudkan suatu komuniti.
1.4

KAEDAH PENJELASAN KONSEP LEMBANGAN SALIRAN


1.4.1 Lembangan Topografi
Permukaan air yang menyediakan air larian di mana legeh (ridge)
menjadi unit pemisah atau sempadan kawasan.
1.4.2 Lembangan Sebenar
Merujuk

kepada

pergerakan

air

yang

sama

seperti

lembangan

topografi namun ianya mengambil kira komponen batuan telap air


bawah tanah yang menjadi pemisah kepada pergerakan air ke point
terendah.
Bagi lembangan sebenar, penentuan sempadan bergantung
kepada dari lokasi atau point mana air yang diterima oleh sesuatu
outlet.
Keadaan pertama
Apabila semua air hujan yg jatuh ke permukaan akan disusupkan.
Dalam kes ini, penentuan sempadan bergantung kepada ciri-ciri
keterlapan sesuatu tanih, sudut tegak batuan dan paras water table
kawasan tersebut.
Keadaan kedua

Merujuk kepada lapisan permukaan daratan tersumbat dan susupan


tidak berlaku. Dalam kes ini, kesemua air yg turun akan mengalir
secara

larian

permukaan.

Dalam

konteks

ini

juga,

sempadan

lembangan merujuk kepada sempadan topografi

Keadaan ketiga
Merujuk kepada keadaan hujan lebat di mana proses susupan dan
larian permukaan berlaku serentak. Dalam keadaan ini persempadanan
keadaan pertama & kedua perlu digunakan serentak. Air yg mengalir di
permukaan dan masuk ke outlet, sempadannya pula merujuk kepada
sempadan topografi .
Manakala air yg mengalir di permukaan & menyusup ke dalam
tanih bergerak akan bergerak mengikut batuan tidak telap air
(sempadan berdasarkan bahan tidak telap air digunakan).
Dari segi skala keluasan, pembahagian sesuaatu lembangan saliran dilakukan
berdasarkan order atau tertib sesuatu sungai. Pentertiban sungai ini merujuk
kepada proses pemberian pangkat atau nombor bagi setiap segmen sungai
yang berjaring dengan segmen-segmen yang lain. Antara sarjana yg terlibat
dalam pembangunan pentertiban sungai seperti Gravelius (1914), Horton
(1945), Strahler (1952), Shreve
Namun

daripada

(1957), Scheidegger (1965) & Lewin (1970)

banyak

pentertiban,

pentertiban

Strahler

yg

diubahsuai daripada Horton secara meluas digunakan hingga ke hari ini.


Menurut kaedah ini, semua segmen yang tidak mempunyai cabang di
atasnya, diberikan pangkat 1. Pemangkatan yang seterusnya iaitu manamana segmen bertemu dan mempunyai nilai pangkat atau tertib yang sama,
segmen seterusnya hendaklah ditambah 1.
Bagi segmen yang tidak yang bertemu dgn segmen yg tidak sama nilai
tertibnya, segmen seterusnya hendaklah dikekalkan nilai tertib tertinggi di
antara dua segmen sebelumnya.
Pengkelasan Sistem Lembangan Saliran (Meybeck)

Bil
1
2
3
4
5
6

1.5

Kelas Sungai
Sangat besar
(very large
rivers)
Sungai besar
(large rivers)
Sungai
(rivers)
Sungai kecil
(small rivers)
Sungai-sungai
kecil (streams)
Sungai-sungai
kecil
(small streams)
Anak sungaisungai kecil
(Brooks)

Purata Aliran
(ms)

Keluasan
(Km)

Kedalaman
[N (m)]

Terti
b

>10,000

>106,000

>1500

>10

800-1500

7-11

200-800

6-9

1000-10,000
100-1000

100,000106,000
10,000100,000

10-100

1000-10,000

40-200

4-7

1-10

100-1000

8-40

3-6

0.1-1

10-100

1-8

2-5

<0.1

<10

<1

1-3

CIRI CIRI LEMBANGAN SALIRAN

Proses pembentukan lembangan saliran adalah hasil daripada bagaimana


ciri-ciri lembangan saliran yang terdiri daripada Morfometri (Relief), Guna
Tanah dan Jenis batuan/ Tanih merubah kemasukan air dan bahang.
1.5.1 Ciri-Ciri Morfometri / Relief
a. Keluasan kawasan dan tertib lembangan saliran
b. Kepadatan Jaringan Saliran
c. Bentuk lembangan dan jaringan
d. Kecerunan lembangan dan alur
e. Panjang lembangan dan alur
1.5.2 Ciri-Ciri Batuan atau Tanih
Kadar keliatan tanih adalah berkadar terus dengan kadar keporosan
tanih.
Batuan / Jenis Tanih
Tanah Liat
Kelodak
Pasir
Kelikir
Pasir dan Kelikir
Batu Pasir
Syal

Keporosan (%)
45 - 55
40 - 50
35 - 40
30 - 40
20 - 35
10 - 20
1 - 10
5

Batu Kapur

1 - 10

1.5.3 Ciri-Ciri Guna Tanah (Land Cover)


Guna tanah (landskap budaya dan semulajadi) terbahagi kepada
beberapa jenis iaitu hutan, pertanian, perbandaran, pembalakan dan
perindustrian. Ciri-ciri ini akan menentukan beberapa proses Hidrologi
seperti Intersepsi, Larian permukaan dan infiltrasi.
Sebagai contohnya, kadar intersepsi Hutan adalah sebanyak 36 %
dan kadar intersepsi yang berlaku di kawasan ladang getah dan kelapa
sawit pula masing-masing ialah 26 % dan 17.2 %.
1.6

FUNGSI LEMBANGAN SALIRAN


1.6.1 Pengumpulan Atau Tadahan
Secara umumnya,lembangan saliran merupakan kawasan tadahan
air hujan yang pertama sebelum air tersebut menjadi air larian
permukaan. Terdapat dua isu yang biasanya berlaku secara logik.
Isu pertama adalah melibatkan kerpasan yang berlaku mampu
disimpan oleh keseluruhan lembangan. Manakala isu kedua pula
melibatkan kerpasan yang mengakibatkan banjir di satu kawasan kecil
di mana-mana bahagian lembangan saliran iaitu di bahagian hulu,hilir
atau tengah. Hal ini kerana faktor yang mepengaruhi air larian
permukaan adalah taburan hujan.
1.6.2 Fungsi Penyimpanan
Secara naturalnya,penyimpanan merupakan fungsi utama dalam
lembangan saliran. Penyimpanan berlaku setelah berlakunya proses
pengumpulan dan sebelum berlakunya luahan air. Sesetengah ciri-ciri
peyimpanan yang kompleks telah memainkan peranan yang penting
untuk bertindak balas dan berinteraksi antara satu sama lain denga
fungsi-fungsi yang lain.

Beberapa perkara tentang aliran air bawah tanah terutamanya


mengenai

aliran

kedua

bawah

tanah

yang

dipanggil

sebagai

lembangan saliran kecil di dalam tanah. Aliran bawah tanah ini


mempunyai ciri yang bertentangan dengan graviti dan kelajuan luahan
air. Pertentangan penyimpanan ini termasuklah ciri-ciri penyimpanan,
sekatan aliran keluar air dan tempoh masa kepekatan serta perkara
yang berlaku antara dua ciri di atas secara serentak.
Pertamanya adalah melihat kepada kekuatan pegangan air
bawah tanah sebagai penentu kestabilan penahan air dan pengekalan
kawasan

penyimpanan

yang

berperanan

sebagai

tempat

untuk

mengekalkan sumber kepada aliran sungai. Kedua pula adalah melihat


kepada sekatan secara fizikal kepada laluan keluar lembangan saliran
seperti kolam,tasik atau tanah lembap serta kederasan air sungai yang
di akibatkan oleh faktor-faktor seperti puing atau batu tongkol yang
berkedudukan berselerak menyebabkan aliran sungai yang tidak
menentu. Tempoh masa kepekatan adalah melibatkan tindak balas
aliran keluar air dengan suhu dimana ia akan berlaku secara berulang
mengikut musim dan ia berlaku dengan pantas mengikut bekuan air
bawah tanah.
1.6.3 Fungsi Luahan
Fungsi ini adalah yang terakhir selepas fungsi pengumpulan dan
penyimpanan air. Tindak balas yang berlaku pada proses penyimpanan
dan pengumpulan juga sedikit sebanyak telah memberi tindak balas
kepada proses luahan ini dan ia menjadi lebih kompleks kepada
hidrograf tahunan.
Hidrograf

merupakan

catatan

untuk

aliran

sungai.

Ia

menunjukkan carta yg boleh mengenalpasti aliran air pada lebihan


masa yang menggambarkan tindak balas antara sistem penerimaan
proses pemendapan dengan ciri-ciri biofizikal dalam sistem hidrologi.
Daripada proses pengumpulan dan penyimpanan dalam lembangan
dan saliran tasik,kolam dan tanah lembap, kestabilan luahan air
perlulah seimbang. Faktor yang dapat mengekalkan keseimbagan
tanah adalah permukaan dan subpermukaan, kedudukan kawasan

yang berhampiran kawasan pengumpulan atau luahan air & tindak


balas antara kedua-dua faktor di atas.
1.6.4 Medium Tindak Balas Kimia
Air adalah medium utama dalam kebanyakan tindakbalas kimia yang
berlaku. Tindakbalas juga termasuk pergerakan bahan pencemar dan
nutrient yang tidak dikehendaki yang terdapat di dalam persekitaran
akuatik. Molekul semulajadi air berupaya untuk mengubah tahap
keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan,
hakisan serta proses-proses lain, melarutkan gas dan mineral serta
menyebarkannya

dan

seterusnya

menyediakan

tempat

untuk

penggabungan semula, menguatkan dan menyokong hidupan.


1.6.5 Habitat
Hampir semua benda hidup di muka bumi akan tertumpu di kawasan
yg mudah untuk mendapatkan bekalan air. Terdapat satu teori yang
popular mengatakan bahawa banyak organisma hidup di muka bumi
didapati di dalam persekitaran yang berair (Morgan 1972 dlm Peter
1996).

Sejak

dari

dulu,

perkembangan

populasi

manusia

kebanyakkannya berlaku di persekitaran pinggir pantai yang mana di


kawasan ini pelarut universal (air) membantu pergerakan nutrien dan
menyedia pelbagai bentuk habitat yang selamat untuk menyokong dan
melengkapkan kehidupan manusia yang sangat kompleks ini.
Gangguan manusia ke atas fungsi ekologi ini mempengaruhi ciri
ciri fizikal dan biologi dan ianya sering menjadi punca kepada
kerosakan ekosistem, serta flora dan fauna yang tinggal di dalamnya.
Contohnya

hujan

asid,

penipisan

ozon,

pemanasan

global,

penyahutanan, pencemaran bekalan air bersih, sedimentasi dan


pengurangan populasi spesies ikan dan hidupan liar lain adalah
disebabkan oleh kelemahan dalam pengurusan atau kesan langsung
daripada proses kimia yang berlaku dalam sesebuah lembangan.
1.7

LEMBANGAN SALIRAN SEBAGAI SISTEM KEGUNAAN MANUSIA

Selain menjadi sistem fizikal, Lembangan Saliran juga berperanan sebagai


sistem kegunaan manusia. Keperluan dan kehendak manusia yang semakin
8

meningkat menyebabkan permintaan terhadap sumber daripada lembangan


saliran turut meningkat. Sistem kegunaan manusia meliputi semua aktiviti
sosial dan ekonomi sama ada sebagai memenuhi keperluan atau untuk
mendapatkan keuntungan.
Terdapat empat proses penting di dalam sistem kegunaan manusia
iaitu persepsi, membuat keputusan, merancang dan tindakan. Persepsi
seseorang individu bergantung kepada tahap pengetahuannya terhadap alam
sekitar dan pada kebiasaannya, sesuatu keputusan dibuat berdasarkan
persepsi tersebut. Jika seseorang individu mendapati berlaku kepincangan
tindakan yang sewajarnya diambil bagi menangani kepincangan tersebut
akan dirancang. Antara kepentingan yang di perlukan oleh manusia ialah :

Kesiha
tan
Perlomb
ongan
Perhut
anan
Hidup
an liar
Perdag
angan
Pengan
gkutan

1.7

Rekre
asi

Kepenti
ngan
Lemban
gan
Saliran

Sumbe
r
tenag
a

Perika
nan
Petemp
aatan
Perind
ustria
n
Agriku
ltur
Pendid
ikan

SOALAN TUTORIAL

d) Huraikan definisi lembangan saliran.


e) Jelaskan fungsi bagi lembangan saliran.
f) Nyatakan kepentingan lembangan saliran sebagai sistem kegunaan
manusia.
9

1.8

RUJUKAN

Black. P.E. 1996. Watershed Hydrology. (2nd edition). Michigan: Ann Arbor
Press Inc.
DeBarry. Paul A. 2004. Watersheds: processes, Assessment and Management.
New Jersey: John Wiley & Sons Inc.
Dingman S. Lawrence. 1994. Physical Hydrological. New York: Macmillan
Publishing Company.
Elizabeth K. Berner, Robert A. Berner. 1987. The Global water Cycle:
Geochemistry and Environment. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Gregory, KJ, Walling DE. 1973. Drainage Basin Form and Process: A
Geomorphological Approach. Norwich: Edward Arnold.
Haliza Abdul Rahman. 2007. Satu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai
di Malaysia. Persidangan Geografi. 8 9 September 2007. Tanjung
Malim: UPSI
Jamaluddin Md. Jahi. 2000. Considering Social And Economic Aspects in
Integrated River Basin Management system. National Conference On
Sustainable River Basin Management in Malaysia. 13 - 14 November
2000. Bangi : UKM
M. Svenden (ed). 2005. Irrigation and river Basin Management: Options For
Governance and Institutions. Cambridge: CABI Publishing.
Mostafa M. Soliman et al. 1997. Environmental Hydrogeology. New York:
Lewis Publishers
Nordin Sakke. 2008. Memahami Proses- Gerakbalas Lembangan Saliran
Dalam Konteks Kajian Hidrologi dan Sumber Air. Kota Kinabalu: UMS
Wan Ruslan Ismail. 1994. Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

10

Anda mungkin juga menyukai