Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1:

Permuafakatan:
Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing dalam situasi
menang-menang. Sikap bertolak ansur dan mementingkan pencapaian matlamat serta
perpaduan pasukan menjadi keutamaan. Di samping itu konflik juga menggalakkan
seseorang itu memikirkan punca sesuatu masalah dengan lebih mendalam, meningkatkan
motivasi untuk menyelesaikan masalah dan memahami emosi serta tingkah laku diri sendiri
dan orang lain dalam usaha mewujudkan satu penyesuaian atau perseimbangan. Kesan
negatifnya pula, konflik yang berlaku juga boleh menghasilkan kesan negatif. Boleh
menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh
menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Contohnya, cik jennifer dan pn.
Jamaliah berkerjasama, berbincang dan membuat keputusan untuk mengabungkan keduadua startegi tersebut atau mengubahsuai strategi tersebut ataupun menwujudkan strategi
baru agar mewujudkan situasi menang-menang.
Kompromi:
Strategi kompromi pula menggunakan teknik arbitrasi rundingan dan tawar menawar.
Strategi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik daripada penyelesaian
yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan kepentingan masing-masing
untuk menerima faedah bersama yang telah dipersetujui. Ini bermakna berlaku situasi
menang- menang. Kebiasaannya teknik ini melalui proses penyelesaian dengan melibatkan
orang ketiga yang bertindak sebagai mediator yang menjadi kepercayaan kedua-dua pihak.
Sebagai contoh kedua-dua mereka meminta pengetua untuk memutuskan kaedah yagn
terbaik sekirannya gagal menyelesaikan masalah bersama-sama.
Mengalah:
Isu-isu konflik dipendamkan atau tidak diendahkan buat sementara waktu untuk
mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang berlaku. Ahli kumpulan cuba
mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan yang rendah dankeinginan
untuk mencapai matlamat adalah rendah. Adakalanya isu-isu konflik sengaja diketengahkan
oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu. Contohnya, cik jennifer bertindak
mengalah dan menerima strategi yang dikemukakan oleh puan jamaliah bagi mengelakkan
sebarang konflik dengan ketua bidang tersebut.
Persaingan:
digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan ia mewujudkan situasi menang-kalah
kerana kedua-dua pihak yang berkonflik bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing.
Keadaan ini berlaku dalam kumpulan yang kurang mementingkan perpaduan dan lebih
mengutamakan pencapaian matlamat yang ditetapkan. Teknik ini juga digunakan untuk
menjaga status, membuat keputusan dengan cepat, memudahkan situasi dan memuaskan
kehendak semula jadi manusia apabila kedua-dua pihak enggan untuk bertolak ansur serta
berbincang secara terbuka. Contohnya: cik Jenifer bertindak mempertahankan strateginya

dan tidak ingin langsung menerima padangan puan jamaliah kerana berasa idea dia tersebut
adalah yang terbaik

b. konsep functional adalah konflik yagn membawa kebaikan, manfaat ataupun faedah
kepada sesuatu kelompok manusia manakala dyfunctional adalah sebaliknya iaitu membawa
kepada perbalahan, perpecahan dan pergaduhan yagn tidak menyelesaikan masalah yagn
dihadapi. Dalam situasi di atas jenis penyelesaian konflik yang functional adalah
permuafakatan dan kompromi. Hal ini demikian kerana kedua-dua pihak membuat
keputusan untuk berbincang masalah dengan terbuka dan membuat keputusan secara
bersama. Manakala dyfuntional pula adalah mengalah dan persaingan. Persaingan
menyebabkan perhubungan antara cik jennifer dan puan jamaliah semakin reggang
manakala mengalah pula kemungkinan menyebabkan terlepasnya strategi yagn benar2
menolong pelajar. Sebagai contoh, strategi yang dikeluarkan oleh cik jennifer kemungkinan
adalah lebih baik kerana dia lebih memahami sikap dan keadaan pelajar berbanding dengan
puan jamaliah, namun sekirannya pun jamaliah tetap tegas dengan pendiriannya maka cik
jennifer pula mengalah akibatnya adalah perlaksanaan strategi yang kurang sesuai dengan
para pelajar tersebut. Hal ini tidak menyelesaikan masalah.

Tiga proses lewin(1951)


Unfreezing
Berlaku kerana wujudnya masalah spt motivasi pekerja menurun, produktiviti syarikat yang
lemah dan lain-lain. Maka perlunya wujudkan satu strategi ataupun perubahan baru untuk
menangani masalah tersebut. Sekirannya strategi telah diwujudkan maka haruslah
memotivasikan pekerja untuk bersedia berubah.
perubahan
mengerakkan sistem ke arah keseimbangan yagn baru. Memujuk pekerj untuk setuju akan
perubahan status quo yang sedia kerana tidak membawa keuntungan, megalakkan mereka
melihat maslah dari presepktif yang baru dan berkerjasama. Menyokong dan memimpin
pekerja.
Refeezing
Diperlukan supaya peubahan tersebut boleh dikekalkan dan menstabilkan keseimbangan
tersebut agar pekerja tidak berubah ke keadaaan sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai