Anda di halaman 1dari 18

5.1.

2 Peraturan dan Disiplin Sekolah


PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
1.0

JADUAL KEHADIRAN KE SEKOLAH

Kehadiran ke

Waktu

sekolah
Isnin dan Selasa
Rabu

Khamis

Masa

Pagi
Pagi
Petang

6.45 pagi 1.40 petang


6.45 pagi 1.40 petang
2.15 petang 4.00 petang

Pagi
Petang

(unit beruniform)
6.45 pagi 1.40 petang
2.15 petang 3.20 petang
(kelab dan persatuan)
3.20 petang 4.45 petang

Jumaat

(sukan dan permainan)


6.45 pagi 11.55 pagi

Pagi

1.1

Kehadiran ke sekolah adalah wajib.

1.2

kehadiran diambil pada waktu pertama.

1.3

Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sokolah oleh sebab-sebab

tertentu

hendaklah membuktikan ketidakhadiran dengan mengemukakan

sijil sakit dari doktor

atau surat ibubapa/penjaga. Seseorang pelajar yang

tidak hadir ke sekolah tanpa sijil sakit dari doktor atau surat ibubapa/penjaga
akan dianggap sebagai ponteng sekolah

dan akan dikenakan tindakan.

a. Ketidakhadiran berterusan
I.
Tidak hadir 3 hari Surat Amaran 1
II.
7 hari seterusnya - Surat Amaran 2
III.
7 hari seterusnya - Surat Amaran 3
IV.
14 hari seterusnya Gantung Sekolah untuk tujuan pembuangan
b. Ketidakhadiran berkala
I.
Tidak hadir 10 hari
II.
10 hari seterusnya
III.
20 hari seterusnya
IV.
10 hari seterusnya

1.4

- Surat Amaran 1
- Surat Amaran 2
- Surat Amaran 3
- Gantung Sekolah untuk tujuan pembuangan

Semua pelajar mesti beratur di luar bilik darjah pada jam 6.55 pagi.
Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid-murid yang datang lewat.

1.5

Pelajar-pelajar yang kerap kali datang lewat akan diberi amaran bertulis:
(SPI Bil. 7/ 2003)
I.
II.
III.
IV.

1.6

Lewat 3 kali - Surat Amaran 1


3 kali berterusnya - Surat Amaran 2
3 kali berterusnya - Surat Amaran 3
3 kali berterusnya digantung persekolahan bertarikh

Sama ada berjalan kaki, berbasikal atau berkenderaan, pelajar-pelajar


dikehendaki terus masuk ke kawasan sekolah. Pelajar-pelajar ditegah
singgah sebentar atau mengunjungi mana-mana tempat di luar kawasan
sekolah.

1.7

Pelajar yang membawa kenderaan mestilah meletakkan kenderaan di luar


kawasan sekolah dan adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri jika
berlaku apa-apa yang tidak diingini.

1.8

Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kawasna sekolah atas sebab-

sebab tertentu hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengetua


atau

Penolong kanan HEM atau guru bertugas dan mengisi Buku Log Keluar

sekolah di
1.9

pejabat.

Pelajar yang pulang dalam tempoh 2 masa pertama dianggap tidak hadir

ke sekolah.
1.10

kehadiran untuk kelas PAFA dan lain-lain kelas di luar Jadual Waktu serta

kegiatan

ko-kurikulum adalah wajib. Tindakan tatatertib akan dikenakan

sekirannya pelajar melanggar peraturan ini.

2.0

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Gambar 1: contoh
potongan rambut
pelajar lelaki
2.1

Pelajar lelaki

2.1.1 Pelajar lelaki dilarang mewarnakan rambut dan berambut panjang. Sila
rujuk gambar

1.

2.1.2 Pelajar lelaki tidak dibenarkan untuk menyimpan misai, janggut atau
jambang.
2.1.3 Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek atau panjang. Jika
berlengan

panjang, lengan panjang hendaklah dikancing. Baju hendaklah

disemat/dimasukkan
2.1.4 Untuk

di dalam seluar sepanjang masa.

tujuan

pemakaian

tali

leher,

butang

kolar

baju

mestilah

dibutangkan.
2.1.5 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian lapisan luar kecuali dalam
keadaan

tertentu (dengan kebenaran).

Gambar 2: Cara pemakaian pelajar lelaki


2.1.6 Seluar

a. Seluar bagi pelajar lelaki adalah seluar panjang.


b. Seluar panjang mestilah:
I.
Tidak berbentuk bell-bottom atau slim-fit.
II.
Tidak berbentuk seperti seluar sukan track-bottom.
III.
Tidak berbentuk seperti jeans (termasuk mempunyai saku jahit di
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.
IX.
X.

bahagian luar seluar)


Ruang tali pinggang tidak melebihi lebar 1.5 inci.
Ikatan pinggang pada paras pinggang.
Tidak boleh dibuat lubang atau poket tambahan pada kaki seluar.
Bahagian bawah/kaki seluar tidak berlipat.
Lilitan kaki seluar tidak melebihi 40cm/16 inci.
Hujung kaki seluar hendaklah 1 inci melebihi paras buku lali kaki.
Tidak berfesyen.

2.1.7 Jika menggunakan tali pinggang, tali pinggang dan kepala tali pinggang
mestilah

melebihi lebar 1.5 inci dan kepala tali pinggang tidak berhias.

Hujung tali pinggang

mestilah

pinggang berwarna hitam atau olive

tidak

dibiarkan

tergantung.

Hanya

tali

green sahaja dibenarkan.

Gambar 3 dan 4 menunjukkan cara pemakaian baju pelajar perempuan

2.2

Pelajar Perempuan

2.2.1 Rambut
a. Pelajar perempuan tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Sekirannya
rambut menyentuh bahu, hendaklah diikat (tocang pig-tail atau ponytail)

b. Rambut hadapan yang melebihi garis tengah dahi perlu disemat dengan
klip. Warna pengikat rambut dan klip hendaklah berwarna hitam atau biru
tua. Warna selain yang disebut adalah ditegah sama sekali.
c. Pelajar perempuan berambut pendek adalah dilarang sama sekali meniru
fesyen rambu ala Punk/Rock atau sebagainya.
d. Pelajar tidak dibenarkan mengubah stail rambut yang asal.
e. Pelajar tidak dibenarkan mewarnakan dan keritingkan rambut.
2.2.2 Baju
a. Blaus hendaklah berwarna putih dan berlengan untuk tujuan pemakaian
tali leher, butang kolar baju mestilah dikancingkan.
b. Baju kurung hendaklah berwarna putih dan berlengan panjang. Pelajar
adalah dilarang melipat lengan panjang.
2.2.3 Skirt
a. Pinafore Tunic hendaklah menutup lutut iaitu 10cm ke bawah paras lutut
dan berwarna torquoise.
b. Kain sarung (dipakai dengan baju kurung) hendaklah sampai ke paras
buku lali kaki berwarna torquoise.
c. Skirt pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, dan imej Parlimen dan
Pembangkang hendaklah menutup lutut.
2.2.4 Tudung/ Mini telekung
Pelajar-pelajar

perempuan

juga

dibenarkan

memakai

tudung/mini

telekung, dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dan berwarna putih
(tanpa sebarang hiasan/sulaman di tepi atau di atas) berukuran sesuai dengan
pelajar-pelajar yang memakainya. Sila rujuk gambar 3.

2.3
Peraturan Pakaian Umum
2.3.1 Lencana dan tag nama

Logo
sekolah
Tag nama

Saku baju

Rajah 1: Contoh kedudukan lencana dan tag nama


Lencana dan Tag nama mestilah dijahit pada kedudukan yang telah
ditetapkan

seperti rajah di atas:

a. Lelaki : setiap baju sekolah (tag nama 1cm di atas kocek dan lencana
nama diatas tag nama)
b. Perempuan: setiap baju sekolah/Pinafore Tunic/ baju kurung. Sekirannya
memakai tudung, hendaklah dijahit pada tudung supaya boleh dilihat
dengan jelas (dijahit pada bahagian kiri baju, lencana berada 1cm di atas
tag nama)
Lencana dan tag nama yang tertanggal dan pudar mestilah diganti atau
dijahit semula dengna sempurna.

Tag

nama yang

rosak mestilah

diperbaharui melalui pihak yang dipertanggungjawabkan oleh pihak


sekolah.
2.3.2 Tali leher
Tali leher mestilah dipakai setiap hari persekolahan seperti waktu rehat
serta semua acara rasmi sekolah.
a. Lelaki:Panjang tali leher yang telah diikat hendaklah sehingga paras
pinggang dan dipakai dengna sempurna (butang kolar baju dikancing dan
tidak dilonggarkan)
b. Perempuan: bagi pelajar yang memakai Pinafore Tunic, tali leher mestilah
dipakai dengan sempurna dan disemat ke dalam Pinafore Tunic.
Bagi pelajar yang memakai skirt, panjang tali leher yang diikat mestilah
sehingga tidak melebihi paras pinggang. Tali leher yang diconteng akan
dirampas dan pelajar perlu membeli yang baru.
2.3.3 Kasut
a. Kasut mestilah diperbuat daripada bahan kanvas atau bahan sintetik
seperti poliester atau nilon berwarna putih.
b. Stokin putih melebihi 2.5cm dari paras buku lali mestilah dipakai.
c. Kasut sentiasa dipastikan bersih setiap hari, bagi kasut yang kotor
mestilah dicuci dan dikapurkan semula.
d. Kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan.
e. Pelajar mestilah mempunyai dua pasang kasut sekolah. Sekiranya tidak
mampu. Pelajar menstilah mengambil langkah memastikan sentiasa
memakai kasut ke sekolah.

2.3.4 Barang perhiasan


a. Pelajar lelaki ditegah sama sekali memakai sembarang bentuk antinganting, barangan kemas dan barangan perhiasan seperti gelang, rantai
leher cincin dan sebagainya.
b. Pelajar perempuan hanya sepasang anting-anting sahaja dan dipasang di
bawah bahagian cuping telinga. Anting-anting tersebut mestilah stud dan
berwarna keemasan atau perak. Anting-anting berhablur boleh digunakan
namun mesti sama warna.
c. Pelajar perempuan ditegah sama sekali memakai/menggunakan barangan
kemas, barangan hiasan seperti gelang tangan, rantai leher cincin dan
sebagaiannya, alat solek dan tidak dibenarkan mencabut atau mencukur
atau menipiskan bulu kening.
2.3.5 pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sewaktu masa persekolahan,
menghadiri kelas bimbingan, kelas tahanan, semasa menyertai rombongan
anjuran sekolah serta menghadiri aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah.

3.0

PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

3.1

Ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, pelajar-pelajar dimestikan

3.2

memakai baju-T sekolah dan seluar panjang sekolah.


Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas ketika menyertai kegiatan-

3.3

kegiatan luar bilik darjah.


Pelajar wajib memakai semula pakaian seragam sekolah selepas selesai

3.4

aktiviti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.


Peraturan di atas juga dipatuhi semasa bermain atau semasa mengambil
bahagian dalam acara olahraga.

4.0

HARTA BENDA SEKOLAH

4.1

pelajar-pelajar

yang

merosakkan,

menghilangkan

atau

bersuhabat

merosakkan harta benda sekolah adalah dikehendaki membayar ganti rugi


yang setimpal dengan harga barang yang dirosakkan atau dihilangkan.
Tindakan disiplin akan diambil terhadap pelajar yang didapati merosakkan
4.2

harta benda sekolah dengan sengaja.


Harta benda sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenran dari guru
kelas, guru penolong kanan atau pengetua.

4.3

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggaris, melukis atau mengotorkan

4.4

mana-mana bahagian bangunan di dalam sekolah.


Pelajr hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda

4.5

sekolah pada setiap masa.


Bilik darjah
a. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan kemas dan teratur.
b. Gambar-gambar dan rajah-rajah yang ditampal di dinding dan papan notis
bilik darjah hendaklah sesuai.
c. Ruang kaki lima (kolidor) di sebelah bilik darjah hendaklah sentiasa bersih.
d. Lampu dan kipas yang terdapat di dalam setiap bilik darjah hendaklah
sentiasa ditutup apabila tidak diperlukan.
e. Bilik darjah hendaklah dikunci setiap hari selepas waktu persekolahan.
f. Rak sudut bacaan hanya boleh diisi dengan bahan bacaan yang sesuai
sahaja.

4.6

Peraturan-peraturan bilik khas:


a. Pelajar-pelajar hendaklah membaca, memahami dan mematuhi segala
peraturan khas seperti makmal sains, bilik ekonomi rumahtangga,
perpustakaan, bengkel kemahiran hidup, stor sukan, bilik pusat sumber,
makmal komputer dan lain-lain bilik khas semasa menggunakannya.
b. Pelajar dilarang memasuki bilik-bilik khas kecuali mendapat kebenaran
daripada guru yang berkenaan.
c. Semua peralatan termasuk kerusi meja disusun kemas dan bilik dipastikan
dalam keadaan bersih dan teratur sebelum keluar.

4.7

Buku Teks Skim Pinjaman


a. Buku teks yang dipinjamkan kepada pelajar-pelajar di bawah Skim
Pinjaman Buku Tekshendaklah dijaga kebersihannya.
b. Buku-buk yang dipinjam wajib dibalut/disampulkan dengan pembalut
plastik yang nipis atau yang sesuai.
c. Pelajar diwajibkan membawa buku teks yang diperlukan berdasarkan
jadual waktu belajar. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya buku teks
tidak dibawa ketika diperlukan.
d. Buku-buku hendaklah dibawa balik dan tidak ditinggalkan di dalam
kelas/sekolah.
e. Hanya peminjam rasmi yang layak menggunakannya melainkan mendapat
f.

kebenaran daripada pihak sekolah.


Pelajar-pelajar
menconteng/mengotorkan/merosakkan/menggunting
gambar/rajah di dalam buku-buku teks tersebut.

dilarang
atau

menekap

g. Jika larangan di atas tidak dipatuhi, sekolah berhak menarik balik


pinjaman atau meminta ganti rugi.
h. Buku-buku pinjaman hendaklah

dipulangkan

pada

hujung

tahun

persekolahan. Mereka yang gagal memenuhi syarat tersebut akan


dikenakan denda dan tidak layak meminjam buku teks pada tahun
i.

berikutnya.
Pelajar-pelajar yang berhenti sekolah hendaklah memulangkan buku-buku
teks yang dipinjam kepada pihak sekolah sebelum meninggalkan sekolah.

4.8

Alat-alat sukan
a. Alat-alat sukan yang hendak digunakan mestilah mendapat kebenaran
daripada guru yang berkenaan.
b. Alat-alat sukan hendaklah digunakan dengan cermat dan berhati-hati.
Pelajar-pelajar hendaklah berwaspada apabila menggunakan alatan yang
boleh membahayakan diri dan orang lain.
c. Alat-alat sukan yang dipinjamkan kepada pelajar seperti jersi hendaklah
dijaga supaya bersih dan tidak rosak. Peralatan yang dipinjam hendaklah
dikembalikan

pada

masa

yang

ditetapkan.

Sebarang

kehilangan

hendaklah digantikan.
d. Peralatan sukan tidak boleh dibawa keluar daripada stor PJK atau kawasan
sekolah tanpa kebenaran guru yang dipertanggungjawabkan.
e. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk peralatan sukan ke dalam bilik
f.

darjah kecuali dengan kebenaran.


Pelajar dilarang bermain bola keranjang/bola sepak/bola tampar dan
sebagainya tanpa kebenaran.

4.9

Tandas
a. Kebersihan tandas hendaklah dijaga sepanjang masa dan sebarang
kerosakan perlu dilaporkan dengan segera.
b. Pelajar hanya boleh ke tandas dengan kebenaran guru sahaja.
c. Permit keluar mesti digantungkan/digunakan pada leher ketika pergi dan
balik dari tandas.
d. Tandas hendaklah digunakan dengan cara yang betul ketika membuang
air dan sentiasa menjaga kebersihannya.
e. Samapah atau sembarang benda yang tidak hancur/reput adalah dilarang
f.

sama sekali dimasukkan dalam lubang tandas atau sinki.


Pelajar yang didapati merosakkan kemudahan tandas dan menconteng

dinding tandas akan dikenakan tindakan disiplin.


g. Pelajar tidak dibenarkan mengguna tandas guru.
4.10

Kantin sekolah

a. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membeli makanan atau minuman pada


masa PdP berlangsung. Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan dan
minuman pada masa sebelum 6.55 pagi, waktu rehat dan selepas pukul
1.40 petang.
b. Semasa membeli makanan, pelajar harus beratur, tidak membuat bising,
dan bersopan santun.
c. Jangan sesekali membuang sampah, bahan-bahan pembungkus atau sisa
makanan di atas lantai kantin atau di mana-mana kawasan sekolah.
Gunakan tong sampah yang disediakan.
d. Pelajar hendaklah memasukkan pingan-mangkuk dan cawan yang telah
digunakan ke dalam tempat yang telah disediakan.
e. Pelajar-pelajar dilarang membeli makanan yang dijual di luar kawasan
sekolah.

5.0

TATATERTIB

5.1

Pelajar-pelajar sekolah adalah tertakluk kepada disiplin sekolah semasa

berada di

dalam sekolah mahupun di luar sekolah termasuk bukan hari

persekolahan.
5.2

Semasa

berada

ketenteraman dalam
5.3

di

bilik

darjah,

pelajar-pelajar

mestilah

menjaga

PdP.

Pelajar yang keluar dari bilik darjah mestilah membawa permit keluar.

Hanyaseorang pelajar sahaja dibenarkan keluar pada suatu masa.


5.4

Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon awam semasa waktu

belajar kecuali
5.5

mendapat kebenaran bertulis daripada guru bertugas.

Pelajar-pelajar yang tidak mengambil sesuatu mata pelajaran dengan

kebenaran

hendaklah berada dalam perpustakaan atau berada di dalam kelas

dengan

pengawasan guru pada waktu berkenaan.

5.6

Pada waktu rehat, pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam bilik

darjah, bilik bilik khas, dan kawasan-kawasan larangan.


bertugas dibenarkan

Hanya pelajar yang

menjalankan tugas mereka dalam bilik darjah selama

10 minit.
5.7

Pelajar-pelajar hendaklah bergerak dengan cepat apabila mendengar

loceng selepas

rehat dan beratur di luar bilik darjah.

5.8

Penggunaan bilik darjah di luar masa persekolahan mestilah mendapat

kebenaran
5.9

daripada pengetua.

Pelajar-pelajar hendaklah pada setiap masa menjaga keselamatan dan

harta benda sendiri dan orang lain. Pihak sekolah tidak akan melayan sebarang
aduan mengenai

kehilangan barang atau sebagainya atas kecuaian pelajar

sendiri. Namun, pelajar

boleh

sekirannya ada sesiapa yang


5.10

bertanya

kepada

guru

bertugas

mingguan

menjumpai barangan mereka yang hilang.

Pelajar hendaklah memberi hormat/salam kepada guru-guru sama ada di

dalam ataupun di luar kawasan sekolah.


5.11

Pelajar-pelajar

pengawas dan
5.12

hendaklah

menghormati

guru-guru,

ketua

pengawas,

ketua darjah serta mematuhi arahan mereka.

Pelajar-pelajar ditegah sama sekali melibatkan diri dalam mana-mana

kegiatan atau

persatuan sukan atau kegiatan ko-kurikulum yang mana

bukan di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran tanpa


kebenaran pengetua.
5.13

Pelajar-pelajar hendaklah menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri dan

lagu

sekolah dan menghafal senikata lagu-lagu tersebut serta wajib tahu

menyanyi semua
5.14

lagu tersebut dengan baik.

perhimpunan sekolah akan diadakan pada setiap hari isnin. Perhimpunan

juga boleh

diadakan pada bila-bila masa mengikut arahan pengetua dan

pelajar tidak dibenarkan membuat bising dalam perhimpunan.

6.0

PEPERIKSAAN

6.1

Kehadiran dalam ujian/peperiksaan adalah wajib.

6.2

Pelajar-pelajar yang tidak hadir pada hari ujian/peperiksaan diadakan

tidak dibenarkan mengambil ujian/peperiksaan kecuali mendapat kebenaran


daripada
6.3

Penolong Kanan Akademik.

Pelajar-pelajar yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk

sekalipun

dianggap melakukan kesalahan berat dan akan dikenakan tindakan:


a. Disingkir daripada mengambil peperiksaan/ujian.

b. Dilarang

meneruskan

peperiksaan/ujian

bagi

kertas-kertas

seterusnya.
c. Dibatalkan keputusan mata pelajaran tersebut.
d. Digantung persekolahan.
6.4

Pelajar mestilah menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau


ketidakjujuran dalam peperiksaan/ujian.

6.5

bagi calon peperiksaan PMR dan SPM, Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi

arahan
6.6

yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/buku kemajuan pelajar

dengan

niat untuk menipu ibu bapa atau penjaga dianggap melakukan

kesalahan yang berat.


6.7

Pelajar tidak dibenarkan meminjam sebarang peralatan menulis dari rakan

mereka ketika peperiksaan/ujian dijalankan.


6.8

Pelajar dilarang tidur semasa peperiksaan/ujian dijalankan.

7.0

TATATERTIB DI LUAR SEKOLAH

7.1

Selagi seseorang itu dianggap pelajar sekolah yang sah, apa yang ditegah

di sekolah
7.2

juga berkuatkuasa walaupun di luar sekolah mahupun di rumah.

Jika pihak sekolah mendapt kepastian sesuatu salahlaku disiplin dilakukan

di luar,

pihak sekolah berhak dan akan mengambil tindakan wajar bagi

menjamin nama baik

sekolah.

8.0

KEGIATAN KO-KURIKULUM

8.1

Kegiatan Ko-Kurikulum adalah kegiatan yang dijalankan oleh pihak sekolah


di luar masa persekolahan seperti kegiatan berpersatuan, pasukan
pakaian seragam, sukan dan sebagainya.

8.2

Pelajar diwajibkan menganggotai 3 persatuan Ko-kurikulum yakni satu

daripada

persatuan/kelab

beruniform dan satu

rekreasi

atau

akademik,

daripada sukan dan permainan.

satu

daripada

unit

8.3

Pelajar yang dipilih untuk menganggotai mana-mana persatuan hendaklah


menghadiri mesyuarat, perjumpaan atau latihan yang dijalankan oleh
persatuan/ kelab.

8.4

Untuk mencatatkan kegiatan ko-kurikulum ini dalam sijil berhenti sekolah,


pengesahan guru berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.

8.5

Pelajar tidak dibenarkan menukar persatuan/kelab kecuali mendapat


kebenaran PK Ko-kurikulum.

8.6

Pelajar hendaklah memakian pakaian baju dan seluar ko-kurikulum yang


ditetapkan semasa aktiviti ko-kurikulum dijalankan.

9.0

KEGIATAN DI LUAR SEKOLAH

9.1

Pelajar-pelajar

kelab/pertubuhan luar

tidak

dibenarkan

menjadi

anggota

sesuatu

tanpa kebenaran pengetua

10.0 KENDERAAN
10.1

Pelajar-pelajar dilarang sama sekali berbasikal dalam kawasan sekolah

untuk tujuan bermain-main.


10.2

Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan yang berenjin hendaklah

meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan sekolah. Pelajar-pelajar dilarang


membawa
10.3

kenderaan mereka ke dalam sekolah.

Kenderaan-kenderaan luar tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah

tanpa urusan.

11.0 LAWATAN DAN PELAWAT


11.1 Sesuatu lawatan di dalam/ke luar negeri yang dianjurkan oleh guru adalah
dianggap

rombongan sekolah. Peserta rombongan hendaklah terlebih

dahulu mendapat surat

kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga dan

kebenaran pengetua serta kebenaran daripada

Bahagian

guru dan murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota


11.2

Pendaftaran

Kinabalu.

Peserta rombongan hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan

oleh pihak

penganjur sepanjang masa lawatan.

11.3 Pelajar tidak dibenarkan menganjurkan lawatan sendiri.


11.4

Pelawat-pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan

pelajar sekolah

atau

sebaliknya

daripada penolong kanan atau


11.5

jika

ibubapa/penjaga

kecuali

setelah

mendapat

kebenaran

pengetua.
yang

sah

berhajat

membawa

keluar

pelajar

berkenaan kerana sesuatu sebab yang sangat mustahak, kebenaran hendaklah


dipohon terlebih dahulu
11.6

Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati mana-mana pelawat yang

masuk ke
11.7

daripada penolong kanan Hem atau pengetua

kawasan sekolah.

Pelajar-pelajar

pengetua atau

hendaklah

dengan

serta-merta

kepada

mana-mana guru sekiranya melihat orang yang disyaki

memasuki kawasan sekolah


11.8

melaporkan

dengan tujuan mencurigakan.

Para pelawat hendaklah berpakaian kemas dan sopan apabila memasuki

kawasan

sekolah.

12.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN


12.1

Setiap pelajar yang berada di kawasan sekolah pada bila-bila masa

hendaklah

mengikuti latihan kebakaran dan kecemasa dengan penuh tatatertib

serta mematuhi

arahan yang ditetapkan.

13.0 UMUM
13.1

Pelajar-pelajar adalah dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari sifat-sifat

yang ditegah oleh agama seperti sifat hasad dengki, sombong, bongkak, takbur,
bohong
13.2

dan sebagainya.

Pelajar-pelajar hendaklah mengamalkan sifat-sifat yang terpuji seperti

menghormati

orang

tua,

menghormati ibu bapa, guru


13.3

tekun,

sabar,

amanah,

merendahkan

diri,

guru dan sebagainya.

Pelajar-pelajar yang hendak menulis surat kepada badan-badan sama ada

di luar atau di dalam negeri hendaklah melalui pengetua.

13.4

Pelajar-pelajar tidak digalakkan menulis surat kepada kawan-kawan

mereka dengan

menggunakan

membuka surat-surat pelajar


13.5

alamat

sekolah.

Pihak

sekolah

berhak

yang menggunakan alamat sekolah.

Pelajar-pelajar dilarang memiliki, membeli, membaca atau mengedarkan

bahan bahan lucah. Ini adalah dianggap kesalahan yang amat berat. Mereka
yang didapati

bersalah boleh dikenakan hukuman yang berat.

13.6 Pelajar-pelajar yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badanbadan luar
13.7

hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pengetua.

Membeli/ menganjurkan loteri atau permainan yang mendatangkan

keuntungan atau

sesuatu pengagihan wang atau hadiah dengan cara beradu

nasib adalah dilarang


13.8

Semua kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar akan dicatat dalam

fail disiplin
13.9

sama sekali.

pelajar.

Dalam penilaian kelakuan, semua kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-

pelajar akan dinilai untuk menentukan kelakuan mereka secara keseluruhan.


13.10 Mana-mana kesalahan yang tidak tercatat atau disenaraikan dalam buku
ini oleh

kerana

faktor

masa

dan

keadaan

tetapi

dianggap

suatu

perlanggaran disiplin dan tatatertib sekolah, tindakan masih boleh diambil ke


atas pelajar-pelajar yang melakukannya.

Kesalahan-kesalahan

itu

akan

diumumkan dari masa ke masa.


13.11 Pelajar-pelajar dilarang membawa peralatan elektronik ke dalam kawasan
sekolah

seperti telefon bimbit, komputer, kamera, radio, cakera padat,

pendrive dan

sebagainya.

barangan tersebut akan

Jika

pelajar

didapati

membawanya,

maka

dirampas dan tidak akan dikembalikan.

13.12 Pelajar-pelajar adalah dilarang menulis artikel/ rencana/ dialog atau


memuat naik

gambar/ video atau apa-apa bahan atau sumber melalui

internet yang berniat

memburuk-burukan/ menghina/ menyindir/ menghasut

rakan-rakan pelajar, guru guru, kakitangan sekolah, pentadbir sekolah atau


mana-mana pihak yang boleh
dan kakitangan sekolah.

menjejaskan nama sekolah dan maruah pelajar

14.0 YURAN SEKOLAH


14.1

Setiap pelajar wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah

semasa mendaftar atau dalam tempoh yang ditetapkan.


14.2

Sebarang hutang-piutang yang tidak dijelaskan oleh seseorang pelajar

dalam satu satu tahun akan dibawa ke tahun berikutnya. Bayaran ini akan
dituntut apabila

pelajar-pelajar

sekolah atau keputusan

berkenaan

berkehendakkan

sijil

berhenti

peperiksaan mereka.

15.0 KESALAHAN
15.1 Kesalahan-kesalahan sederhana
i.

Ponteng kelas/kelas tambahan/perhimpunan/sembarang aktiviti rasmi

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

sekolah.
Menggunakan kata-kata lucah/menunjukkan tanda-tanda lucah.
Mengejek pelajar lain.
Pelajar lelaki dan perempuan berpasangan dengan ketara.
Berbohong/menipu/memberi keterangan palsu/tidak amanah.
Menipu atau bersuhabat melakukan sebarang perbuatan yang dianggap

vii.
viii.

meniru di dalam ujian/peperiksaan.


Membuat tattoo pada anggota badan.
Memakai barangan kemas keterlaluan/menindik telingan atau memakai
subang berlebihan pada satu cuping telinga atau mana-mana bahagian

ix.
x.
xi.
xii.

badan.
Fesyen rambut keterlaluan.
Menconteng dinding/kerusi/meja.
Tidak menghormati lagu/bendera/jata kebangsaan/negeri/sekolah.
Menyalahguna/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektronik

xiii.
xiv.

sekolah tanpa kebenaran.


Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

Hukuman
a.
b.
c.
d.

Rotan di tapak tangan tidak lebih tiga kali.


Gantung persekolahan dengan tarikh.
Dipecat dari sembarang jawatan yang dipegang.
Dan lain-lain yang difikirkan berpatutan oleh lembaga disiplin sekolah.

15.2 Kesalahan-kesalahan berat


i.

Membawa/memiliki/menyimpan/mengedar/menghisap dadah atau terbabit


dalam kegiatan dadah

ii.

Membawa/menyimpan/mengedar/membeli/menghisap bahan

iii.

tembakau/rokok atau memiliki peralatan merokok.


Membawa/menyimpan/mengedar/memiliki/meminum minuman keras atau
memasukkan ke dalam badan sebarang bahan yang

iv.

memabukkan/menyebabkan khayal.
Membawa/menggunakan alat yang menyebabkan
kecederaan/mengganggu pengajaran dan

v.
vi.

pembelajaran/peperiksaan/ujian.
Membeli/membawa/menyimpan dan bermain mercun/bahan letupan di
kawasan sekolah.
Bergaduh/bertumbuk/melakukan kekerasan dengan pelajar lain atau
melibatkan diri dalam pergaduhan dengan mana-mana pelajar sekolah

vii.

atau orang awam.


Memukul/mencederakan/mengancam/mengugut/melawan

viii.

guru/kakitangan sekolah/pengawas/murid.
Menimbulkan keadaan mengancam keselamatan pelajar-pelajar, guru-guru

ix.
x.
xi.
xii.

dan kakitangan sekolah.


Menyertai/mewujudkan kumpulan haram/kongsi gelap.
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan/perhimpunan haram/merusuh.
Menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan pergaduhan kaum.
Menghasut/menjadi batu api/mencetuskan pergaduhan dan

xiii.
xiv.
xv.
xvi.
xvii.
xviii.

seumpamanya.
Mencaci/menghina guru/pelajar.
Melakukan perjudian atau membabitkan dirir dalam pertaruhan.
Membawa peralatan perjudian di dalam kawasan sekolah.
Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada
guru/pengetua.
Mengganggu/menjejaskan pengetua/guru yang menjalankan tugas.
Melawan guru/bersikap biadap/kurang ajar pada guru dan kakitangan

xix.

sekolah.
Ingkar arahan/melawan teguran guru/kakitangan sekolah/pengawas/ketua

xx.
xxi.
xxii.

kelas.
Memeras ugut/membuli/mendera pengawas/pelajar.
Memaksa seorang pelajar lain melakukan sesuatu yang tidak senonoh.
Membawa orang luar masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak

xxiii.

sekolah.
Terlibat dalam pelacuran/hubungan seks/hubungan luar

xxiv.
xxv.
xxvi.

tabii/kahwin/hamil.
Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
Menjadi bohsia/bohjan/pondan.
Pelajar berdua-duaan di tempat sunyi berkelakuan sumbang/melakukan

xxvii.

hubungan yang dicurigai di dalam atau di luar kawasan sekolah.


Mencabul kehormatan/melakukan sebarang perbuatan tidak senonoh

xxviii.

terhadap pelajar lain.


Mengintai guru/pelajar perempuan/lelaki.

xxix.
xxx.
xxxi.
xxxii.
xxxiii.
xxxiv.
xxxv.

Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.


Ponteng sekolah/ko-kurikulum.
Meniru/memalsukan tandatangan pengetua/guru-guru/ibubapa/penjaga.
Merompak/mencuri/bersuhabat mencuri.
Memecah masuk/merobohkan kawasan larangan.
Vandalisme/memecahkan pintu, kerusi, meja, papan, kenyataan/
merosakkan harta benda sekolah/guru.
Merosakkan bahan-bahan bacaan perpustakaan/peralatan bengkel/

xxxvi.

makmal.
Menganjur/membabitkan diri dalam upacara kebudayaan/pertandingan

xxxvii.

ratu cantik tanpa kebenaran JPN/pihak sekolah.


Menganjur/membabitkan diri dalam kebudayaan yang bertentangan

xxxviii.

dengan masyarakat Malaysia.


Menulis/mengeluarkan kenyataan media yang mencemarkan/menjatuhkan

xxxix.
xl.

maruah orang lain.


Menyahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
Mencetak/menerbit/mempamer/mengedar/menyimpan

xli.
xlii.
xliii.
xliv.

rencana/majalah/bahan multimedia yang terlarang.


Membeli/membawa/memiliki /menjual/menonton atau mengedar bahan
lucah.
Menulis/melukis/melakukan perbuatan lucah.
Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan dalam kategori ini.

Hukuman
a. Rotan di punggung dengan dilapik pakian tidak lebih tiga kali.
b. Digantung persekolahan dengan tarikh/tanpa tarikh.
c. Menahan sijil berhenti sekolah, surat akuan dan keputusan peperiksaan
lembaga peperiksaan Malaysia.
d. Dibawa pengetahuan polis.
e. Membayar ganti rugi kerosakan.
f. Lain-lain yang difikirkan berpatutan oleh lembaga disiplin.

Anda mungkin juga menyukai