Anda di halaman 1dari 2

Sumbangan sungai Klias dari segi ekonomi:

1.0 Perikanan
Menurut Jamal Othman (1998) terdapat jenis dua ekonomi utama yang dijalankan oleh
penduduk tempatan di sekitar Sungai Klias iaitu perikanan dan pertanian. Sektor perikanan
merupakan salah satu sumber utama pendapatan penduduk kampung di kawasan Sungai
Klias. Hal ini demikian kerana pelbagai jenis hidupan akuatik menetap dalam Sungai Klias
contohnya, udang, udang galah, ikan-ikan, kerang, dan ketam. Terdapat beberapa kampung
yang berhampiran dengan Sungai Klias antaranya ialah Kampung Sungai Klias, Kampung
Kekuro, Kampung Layung, Kampung Laba, dan Kampung Nukahan dan Kampung Klias Kecil.
Penduduk kampung biasanya hanya akan menjalankan aktiviti perikanan pada bulan
Januari sehingga bulan Jun kerana merupakan bulan yang sesuai untuk menangkap ikan.
Akan tetapi apabila sampai ke bulan Julai sehingga bulan December penduduk kampung
adalah tidak digalakkan untuk menjalankan aktiviti perikanan kerana masa tersebut
merupakan musim hujan terutamanya bulan Oktober sehingga bulan December yang
mempunyai cuaca buruk (Suriani Suratman, 1998). Kebiasaannya, penduduk kampung akan
menjalankan aktiviti perikanan enam hari seminggu sekirannya cuaca adalah baik. Maka
dengan itu, kita boleh katakan bahawa keberangkalian para penduduk kampung menjalan
aktiviti perikanan adalah lebih kurang 20 kali dalam sebulan sekirannya cuaca baik manakala
sekirannya cuaca kurang baik maka penduduk kampung hanya akan menjalankan aktiviti
perikanan lebih kurang 10 kali sahaj dalam sebulan. Hal ini menyebabkan penduduk
kampung hanya memperolehi hasil dapatan yang sedikit dan terpaksa bergantung kepada
hasil pendapatan yang mereka perolehi pada bulan sebelumnya. Kebanyakkan para
penduduk mempunyai perahu ataupun bot mereka yang sendiri agar memudahkan mereka
menjalankan aktiviti penangkapan hidupan sungai. Terdapat beberapa alat yang digunakan
oleh mereka untuk menangkap hasil sungai seperti pukat, jala, alat pancing dan bubu
(perangkap).

2.0 pertanian
Selain sektor perikanan sektor pertanian juga merupakan salah satu sumber ekonomi bagi
penduduk setempat di sungai Klias. Kebanyakan penduduk tempatan adalah berkerja
sebagai penoleh getah, mendapatkan hasil dan memproses sagu, dan sebagai nelayan.
Walaupun kebanyakkan mereka merupakan golongan penoleh getah namun terdapat juga
mereka yang mengabungkan pekerjaan tersebut. Sebagai contoh, penduduk kampung pada
awal pagi akan pergi menoleh getah lalu menjalankan aktiviti perikanan pada sebelah
petang. Bagi penduduk kampung yang mempunyai ladang getah, keberangkalian keluasan
tanah tanaman getah adalah lebih kurang 5-10 hektar dan aktiviti menoleh getah dilakukan
oleh ahli keluarga.
Selain daripada menoleh getah, penduduk kampung juga menlakukan aktiviti mendapatkan
hasil sagu. Sagu dikatakan boleh dijumpai di sekitar sungai Klias dan lebih kurang 30%
orang yang menjalankan aktiviti menuai sagu dua hingga tiga hari sebulan. Sagu akan
diproses menjadi tepung dan dijualnya ke Kuala Penyu menggunakan kenderaan mereka
sendiri. Setiap perumahan yang menjalankan aktiviti sedemikian dikatakan dapat
menghasilkan lebih kurang 5-10 bungkus tepung yang seberat 50 KG.

Anda mungkin juga menyukai