Anda di halaman 1dari 45

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.0

PENGENALAN

Mata Pelajaran Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia
negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan
sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, pelajar dapat memahami keadaan
masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan
mewujudkan semangat perpaduan dan semangat antara rakyat di negara Malaysia. Mata
Pelajaran Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai
rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.
Pada tahun 2013, kementerian pendidikan Malaysia (KPM) telah mewajibkan mata
pelajaran sejarah menjadi salah satu subjek yang wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) selain daripada Bahasa Melayu. Malah pada tahun hadapan, KPM turut menyatakan
bahawa mata pelajaran sejarah harus diterap seawal tahun empat untuk meningkatkan
kesedaran tentang nilai patriotik bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mencintai Tanah Air
sendiri. Pelaksanaan tersebut merupakan cabaran yang amat besar kepada para guru
sejarah dalam pengajaran mereka untuk memastikan pelajar menghayati dan menghargai
sejarah di samping memastikan mereka

lulus dalam peperiksaan. Maka dengan itu,

pengajaran guru seharusnya bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan


mengabungkan unsur-unsur teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat
mencapai hasrat KPM.

1.1

LATAR BELAKANG KAJIAN

Di Malaysia, penggunaan buku teks dalam pengajaran dengan pembelajaran merupakan


fenomena yang biasa di sekolah. Guru sejarah yang mengajar sejarah awal manusia
terhadap pelajar tingkatan empat biasanya hanya menggunakan buku teks sebagai sumber
pengajaran dan pengajaran tradisional sedemikian menyebabkan pelajar kurang berminat
terhadap mata pelajaran sejarah. Tambahan, pengajaran yang berpusatkan guru
menyebabkan komunikasi sehala yang tidak melibatkan pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Oleh kerana itu, Rohaila et al. (2003) telah menyifatkan bahawa proses
pembelajaran adalah sesuatu proses yang kompleks yang melibatkan dua pihak, pelajar dan
persekitaran yang sesuai dengan tahap pemahaman pelajar. Maka dengan itu, pengajaran
tradisional yang menggunakan kaedah Chalk and Talk dan bergantungan dengan buku
teks tidak mampu lagi menarik minat pelajar.
Selain itu, penggunaan media elektronik menjadi trend remaja turut menyebabkan
perubahan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Pada hari ini, pelajar
telah dilabelkan sebagai digital Natives yang dikatakan terlalu terikat ataupun tergantung
dengan teknologi (Prensky, 2006). Mereka dilahirkan pada zaman peredaran teknologi di
mana sejak lahir lagi hidup mereka terikat dengan teknologi. Hal ini dapat dilihat apabila
perbualan seharian mereka tidak lari daripada perkara yang berkaitan dengan komputer,
permainan video, internet dan sebagainya. Berk (2009) menyokong kenyataan tersebut dan
mengatakan bahawa sekiranya kita memerhati para pelajar,kita akan mendapati bahawa
terdapat wayar yang disambungkan ke pemain MP3, Ipods, komputer riba, iphones
ataupun telefon pintar mereka.
Di samping itu, tema tamadun awal manusia adalah salah satu tema yang
mempunyai skop pembelajaran yang luas dan sukar difahami. Hal ini demikian kerana,
sejarah tamadun awal manusia adalah lebih bersifat abstrak dan memerlukan pembacaan
yang banyak untuk memahami isi kandungan tersebut. Pelajar tidak dapat menggunakan
pancaindaranya untuk merasai fenomena, keadaan, ataupun situasi yang dinyatakan dalam
buku teks sehingga mereka tidak bermotivasi untuk mempelajarinya. Sehubungan dengan
itu, maka ramai pelajar tidak dapat memahami tema tersebut dengan baik sehingga prestasi
peperiksaan mereka turut terjejas.

Maka dengan itu, guru seharusnya mengambil inisiatif dan kreativiti untuk membuat
pembaharuan

dalam

pengajaran

dengan

menambah

unsur-unsur

teknologi

dalam

pengajaran sejarah agar dapat menarik minat pelajar di samping memastikan diri tidak
ketinggalan zaman. Justeru, penggunaan video dikatakan merupakan salah satu pilihan
yang mampu meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan video boleh dikatakan bermula semasa perang dunia kedua. Pada masa
tersebut video merupakan alat bantuan latihan bagi para askar (Hovland et al, 1949).
Perkembangan penggunaan video telah berlaku dengan pesat di seluruh dunia malah
terdapat banyak kajian yang berasaskan penggunaan video telah dijalankan. Ramai pengkaji
telah mengesahkan bahawa penggunaan video membawa pelbagai faedah, antarannya ialah
meningkatkan pembelajaran (Warren, 1991) dan meningkatkan kefahamanan tentang
bahan yang ditunjukkan (Hales & Shaw, 1995). Menurut Rozinah (2005), video merupakan
elemen yang penting dalam multimedia kerana ianya dapat menambah dan memberi impak
terhadap aplikasi multimedia. Beliau menambah lagi bahawa penggunaan video adalah
bersifat dinamik dan realistik berbanding dengan elemen-elemen lain kerana ianya
mengabungkan pelbagai elemen seperti teks, grafik dan audio yang menjadi satu medium
penyampaian maklumat secara terus dan mampu memberi gambaran ataupun situasi
sebenar yang tidak dapat dilihat dalam buku teks. Maka dengan itu, penggunaan video
adalah salah satu pilihan yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran sejarah.

1.2

PENYATAAN MASALAH

Sejak zaman silam, sejarah merupakan salah satu bidang kajian ahli sejarahwan. Menurut
Anuar Ahmad (1998), mata pelajaran sejarah telah menjadi teras dalam sistem pendidikan
negara kita malah hampir semua negara di dunia menekankan pendidikan sejarah kepada
rakyatnya. Tema tujuh dalam mata pelajaran sejarah tingkatan empat, iaitu sejarah awal
manusia menceritakan tentang proses evolusi sejarah manusia sejak zaman awal tahun
tamadun dan perkembangannya serta kemunculan kepercayaan, ajaran, dan agama yang
merupakan ciri penting dalam perkembangan tamadun manusia. (Huraian sukatan Pelajaran,
3

2014). Tema tersebut bukan sahaja semata-mata mempelajari peristiwa lampau tetapi lebih
kepada penerapan unsur-unsur moral dan perasaan cinta akan negara dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pengajaran dengan pembelajaran yang bersifat tradisional, pelajar hanya
mendengar input daripada guru dan tidak wujud komunikasi dua hala dalam bilik darjah.
Malah, ramai pelajar juga berpendapat bahawa sejarah merupakan mata pelajaran yang
membosankan dan telah menjadi satu norma bagi semua pelajar tingkatan di Malaysia. Hal
ini merumitkan lagi pengajaran guru dalam mata pelajaran sejarah kerana sekiranya tidak
mempunyai perubahan maka pengajaran dan pembelajaran tersebut tidak berkesan. Oleh
itu, guru sejarah perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu
mereka kerana kaedah pengajaran seperti kaedah Chalk and Talk sudah tidak releven lagi
buat masa kini (Mahasan Mahmood, 2003).
Selain daripada teknik pengajaran guru, kebanyakan pelajar juga berpendapat
bahawa mata pelajaran sejarah amat membosankan dan hanya memerlukan penghafalan
sehingga mereka kehilangan minat untuk memperlajari sekaligus menjejaskan prestasi
mereka. Tambahan pula penggunaan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru
dan penggunaan buku teks hanya akan melemahkan semangat pelajar untuk menuntut ilmu
dalam mata pelajaran sejarah dan sememangnya tidak mampu lagi menimbulkan minat
pelajar. Sekirannya pengajaran guru tersebut berterusan, maka pelajar hanya akan lebih
ingin mengelakkan diri daripada mempelajarinya (Mohd Anuar, 2000).
Sehubungan dengan itu, guru sejarah haruslah bijak dalam memilih kaedah
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar,
merangsang pembelajaran dan menyeronokkan. Pengajaran dengan pembelajaran sejarah
yang menggunakan video dapat menghidupkan persekitaran pembelajaran dengan
membolehkan contoh sebenar dipersembahkan supaya dapat memberikan kerangka
kontekstual yang penting dalam pembelajaran. Penggunaan video dalam proses pengajaran
dengan pembelajaran dapat merangsang minda kreatif pelajar dan membebaskan mereka
daripada kongkongan pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru. Justeru, terdapatnya
kewajaran pengaplikasian video dalam pengajaran guru.
Sekiranya guru mengaplikasikan video dalam pengajaran sudah tentunya dapat
menimbulkan perasaan seronok dan ingin tahu pelajar untuk mempelajarinya ataupun
mengetahui cerita selanjutnya. Maka dengan itu, secara tidak langsung pengaplikasian video

dapat menjana perasaan minat dan memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari
sejarah tersebut dan sekaligus meningkatkan prestasi mereka.

1.3

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini menyelidik pengaplikasian video dalam mata pelajran sejarah tingkatan empat
khususnya dalam tema tujuh iaitu sejarah awal tamadun manusia. Penggunaan video
sebagai medium pengajaran adalah ingin melihat sama ada pelajar tingkatan empat akan
tertarik sehingga menimbulkan minat mereka dan memberi motivasi kepada mereka untuk
mempelajari sejarah tamadun awal manusia serta sekaligus meningkatkan pencapaian
prestasi mereka dalam mata pelajaran sejarah.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengetahui dan mengenal pasti sama ada penggunaan
video dapat meningkatkan prestasi pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran sejarah.
Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:
I.

Mengenal pasti keberkesanan aplikasi video dalam pengajaran sejarah tamadun awal
manusia berdasarkan ujian pra-pasca yang dilaksanakan.

II.

Mengenal pasti motivasi pelajar tingkatan empat dalam meningkatkan prestasi


pelajaran sejarah tamadun awal manusia .

III.

Mengenal pasti tahap prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah tamadun awal
manusia berdasarkan ujian intervensi yang dijalankan.

1.5

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan penyataan masalah yang telah dinyatakan sebelum ini, terdapat beberapa
persoalan kajian yang telah timbul, antaranya ialah:
I.

Apakah keberkesanan aplikasi video dalam pengajaran sejarah tamadun awal


manusia?

II.

Adakah motivasi pelajar dapat meningkatkan prestasi pelajaran sejarah yang


bertemakan tamadun awal manusia?

III.

Adakah tahap prestasi pelajar meningkat selepas penggunaan video dalam


pengajaran sejarah tamdun awal manusia?

1.6

HIPOTESIS

Hipotesis awal telah dibangunkan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan video dalam
meningkatkan prestasi pelajar tingkatan empat berdasarkan tema sejarah awal manusia.
Hipotesis awal menunjukkan bahawa:
H01

Tidak terdapat perbezaan aplikasi video dalam meningkatkan prestasi pelajar


tingkatan empat.

H02

Tidak terdapat perbezaan aplikasi video dalam pengajaran sejarah bertemakan


tamadun awal manusia.

1.7

KEPENTINGAN KAJIAN

1.7.1 Guru

Pengajaran yang menggunakan video merupakan pilihan terbaik untuk mengajar pelajar
sedemikian berbanding dengan pengajaran tradisional yang amat bergantung dengan
penerangan guru (Heimann & Pittenger, 2000). Penggunaan video semasa proses
pembelajaran dan pengajaran tidak hanya memberi pilihan kepada pelajar sahaja sebaliknya
ianya sangat membantu guru untuk mengajar dengan cara yang mudah untuk menarik
perhatian pelajar. Guru tidak perlu risau untuk menerangkan konsep-konsep abstrak kerana
video boleh menyelesaikannya. Gambar yang menarik, teks yang pelbagai saiz dan warna
yang menarik dengan mudah boleh menarik minat pelajar dan sekaligus mampu
meningkatkan motivasi mereka untuk mempelajari topik-topik yang sukar dan abstrak
seperti sejarah awal tamadun manusia. Mine, Mehmet & Tugba (2011) turut menyuarakan
pendapat yang sama dan menyarankan bahawa penggunaan bahan pengajaran yang
menyeronokkan sangat perlu kerana ianya akan mengelakkan prejudis pelajar terhadap
mata pelajaran yang dianggap sukar.
Hasil kajian ini juga membolehkan guru mengenal pasti bahan pembelajaran yang
manakah paling berkesan untuk meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi pelajar bagi
mata pelajaran sejarah. Secara tidak langsung, guru dapat menyesuaikan bahan pengajaran
bagi topik-topik tertentu dengan kehendak pelajar. Sekiranya benar penggunaan video
dapat memberi kesan positif terhadap pencapaian, meningkatkan minat dan motivasi pelajar.
Maka dengan itu, saya percaya bahawa penggunaan video turut mampu meningkatkan
prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah yang bertemakan sejarah awal tamadun
manusia.

1.7.2 Pelajar

Kajian ini sangat penting untuk dijalankan kerana pelajar mempunyai alternatif untuk
mempelajari sejarah menggunakan bahan yang pelbagai. Jika sebelum ini pembelajaran dan

pengajaran guru kerap kali menggunakan buku teks yang hanya memaparkan gambar ajah
dan teks yang pegun sahaja, maka penggunaan video yang mengabungkan verbal dan
bukan verbal akan menjadikan bahan pengajaran lebih bermakna kepada pelajar (Swan,
1996-1997). Pelajar tidak hanya mendengar penjelasan guru malah mereka boleh meneroka
(explore) video secara mendalam untuk memahami sesuatu peristiwa dalam sejarah
tamadun awal manusia. Suasana pembelajaran di dalam bilik darjah juga akan menjadi
seronok, ceria, dan aktif serta meningkatkan minat dalam kalangan pelajar melalui
penggunaan video (Levin, 1998). Hal ini amat penting terutamanya terhadap pelajar visual
yang amat bergantung dengan deria penglihatan.
Selain itu, pelajar juga dapat memupuk pelbagai nilai moral seperti cinta akan
negara dan mengambil iktibar ataupun pengajaran yang terdapat dalam sejarah tersebut.
Apabila pelajar memahami sesuatu peristiwa dalam sejarah, maka mereka akan berfikir dan
mengambil iktibar yang terdapat dalam sejarah tersebut. Sebagai contoh, dalam sejarah
pembangunan sebuah tamadun, pelajar dapat mempelajari pelbagai nilai moral seperti
kerjasama, tidak berputus asa, dan lain-lain. Pelajar juga boleh mendapat nasihat ataupun
pengajaran seperti perbalahan dan konflik merupakan faktor kemusnahan sesebuah
tamadun maka kita haruslah mengelakkan diri daripada mengulang sejarah sedemikian.
Maka dengan itu, pelajar dapat memupuk pelbagai nilai dan menjadi insan yang memberi
manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

1.7.3 Sekolah

Pengajaran sejarah yang bekesan akan membawa kepada pencapaian prestasi yang tinggi.
Pencapaian prestasi pelajar yang tinggi akan mengharumkan nama sekolah sekaligus
mempromosikan sekolah tersebut. Sekolah yang mempunyai pencapaian prestasi yang
tinggi akan dihormati dan dikenali ramai orang.

1.7.4 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

PPD juga dapat mencapai hasrat KPM yang ingin meningkatkan kesedaran tentang nilai
patriotik bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mencintai Tanah Air sendiri apabila
pengajaran sejarah berkesan dalam bilik darjah. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai
nilai murni yang akhirnya memupuk mereka menjadi insan yang berguna.

1.8

BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, terdapat beberapa batasan kajian antaranya ialah skop kajian. Kajian ini
mengkaji mata pelajaran sejarah dalam tema tujuh iaitu sejarah awal manusia dan hanya
berfokus kepada pelajar tingkatan empat. Selain itu, kemudahan seperti komputer, projektor,
dan LCD yang berkurangan ataupun tidak dipunyai di sekolah juga akan melimitkan
penggunaan video dalam pembelajaran. Di samping itu, masa untuk pengajaran juga
merupakan satu batasan kerana video yang hendak ditayang tidak boleh melebihi 15 minit
ataupun lebih lama kerana perkara tersebut akan mengganggu proses pembelajaran dan
pengajaran kerana guru tidak mempunyai masa secukupnya untuk mengajar. Penggunaan
video yang bersesuai dengan tajuk turut sukar dicari.

1.9

DEFINISI OPERATIONAL

1.9.1 Aplikasi Video

Menurut Levin (1998), beliau mengatakan bahawa penggunaan video bukan sahaja
membenarkan pelajar mendengar penjelasan guru malah mereka boleh meneroka (explore)
video secara mendalam untuk memahami sesuatu peristiwa dalam sejarah tamadun awal
9

manusia. Suasana pembelajaran di dalam bilik darjah juga akan menjadi seronok, ceria dan
aktif serta meningkatkan minat dalam kalangan pelajar melalui penggunaan video. Menurut
Rozinah (2005), video adalah bersifat dinamik dan realistik berbanding dengan penggunaan
elemen-elemen lain. Hal ini demikian kerana video mengabungkan pelbagai elemen seperti
teks, grafik, dan audio yang menjadi satu medium penyampaian maklumat secara terus dan
mampu memberi gambaran ataupun situasi sebenar yang tidak dapat dilihat dalam buku
teks. Hal ini turut dipersetujui oleh Tileston (2004) yang mengatakan semua paparan video
menggunakan kombinasi multimedia yang terdiri daripada teks, audio, grafik, dan animasi
untuk menyampaikan maklumat dalam pelbagai cara. Manakala Sherin (2004) pula
mengatakan bahawa penggunaan video membenarkan seseorang memasuki dunia bilik
darjah tanpa perlu berada dalam posisi pengajaran ataupun pembelajaran pada masa
tersebut. Paparan video perlu menggunakan perkakasan elektornik atau media digital
seperti televisyen, komputer riba, dan projektor untuk menayangkan video dan layar putih
sebagai

skrin. Walau bagaimanapun, Lefevre (2004) mengingatkan kita, "Video bukan

kurikulum.... video agak medium yang boleh berkembang menjadi sumber dan digunakan
dalam cara-cara tertentu untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Beliau menambahkan
lagi bahawa video membolehkan pengajaran guru menjadi lebih berkesan yang kadang-kala
tidak dapat dicapai oleh medium yang lain. Oleh itu, video mempunyai potensi dan boleh
menjadi pemangkin yang kuat untuk perubahan dan peningkatan minat dan motivasi pelajar.
Selain itu, salah satu kekuatan terbesar televisyen dan video adalah keupayaan untuk
berkomunikasi dengan penonton pada emosi dan kognitif (Cruse, 2006). Oleh disebabkan
itu, video yang dikatakan mempunyai keupayaan untuk mencapai emosi penonton dan boleh
mempunyai kesan positif yang kuat di kedua-dua motivasi dan pembelajaran afektif. Malah
bukan sahaja komponen pembelajaran penting kepada mereka sendiri, tetapi mereka juga
boleh memainkan peranan penting dalam mewujudkan keadaan di mana pembelajaran
kognitif lebih besar boleh berlaku. Berdasarkan pandangan di atas tokoh-tokoh tersebut
setuju bahawa pengaplikasian video dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Oleh
itu, secara kesimpulannya, saya menyimpulkan bahawa video merupakan sebahagian
daripada komponen teknologi pendidikan. Ianya memaparkan gambar-gambar yang
bergerak seperti peristiwa-peristiwa tertentu, cerita, dokumentari dan sebagainya untuk
menarik minat dan motivasi pelajar di samping memberikan pengajaran yang lebih berkesan.

10

1.9.2 Mata Pelajaran Sejarah

Sejarah ialah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
yang wajib dipelajari oleh semua pelajar tingkatan secara berterusan selama lima tahun.
Mata Pelajaran Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia
negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan wargadunia (Huraian Sukatan
Pelajaran, 2014). Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah
negara luar yang berkaitan, pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta
hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan
dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Mata Pelajaran Sejarah juga dapat mewujudkan
ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan
persefahaman antarabangsa.

1.9.3 Tamadun Awal Manusia

Tema ini memaparkan kemunculan tamadun awal dunia sebagai proses evolusi sejarah
manusia sejak zaman awal tamadun sehingga ke zaman peningkatan tamadun. Tamadun
awal manusia bermasud peradaban manusia sejak pada permulaan. Tamadun awal yang
dimaksudkan dalam buku sejarah mempunyai empat tamadun iaitu tamadun Mesopotamia,
tamadun China, Tamadun India dan Tamadun Mesir. Kesemua tamadun tersebut
mempunyai pelbagai aspek yang sama seperti penempatan kekal, kehidupan organisasi,
sistem pemerintahan dan lain-lain. Selain itu, kita turut meninjau kemunculan agama dan
ajaran yang merupakan salah satu ciri penting dalam perkembangan tamadun manusia
(Huraian Sukatan Pelajaran, 2014). Di Asia Tenggara, perbincangan tertumpu kepada
kemunculan kerajaan-kerajaan awal dan pengaruh agama Hindu dan agama Buddha
terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran serta kesenian dan kesusasteraan.

11

1.10

KERANGKA KONSEPTUAL

Gambar Rajah 1: Kerangka Konseptual

Aplikasi Video
Dalam

MOTIVASI

Tamadun Awal
Manusia

Pencapaian
Prestasi Pelajar

Pengajaran
Sejarah

Peningkatan

Minat
Suka
Ingin
Gemar

Tingkatan
Empat

Kajian ini mempunyai dua pembolehubah iaitu satu pembolehubah bebas (IV) dan satu lagi
pembolehubah bersandar (DV). Pembolehubah bebas (IV) adalah aplikasi video dalam
pengajaran mata pelajaran sejarah. Manakala pembolehubah bersandar (DV) pula adalah
peningkatan prestasi pelajar. IV mengkaji keberkesanan pengaplikasian video dalam bilik
darjah manakala pembolehubah bersandar (DV) pula melihat peningkatan motivasi sehingga
mampu meningkatkan prestasi pelajar.

12

1.11

KESIMPULAN

Tuntasnya, bab ini membincangkan tunjang kajian secara asas atau mukadimah kepada
pelaksanaan kajian berkaitan dengan penggunaan video untuk meningkatkan prestasi
pelajar tingkatan empat dalam pengajaran sejarah yang bertemakan tamadun awal manusia.
Bab ini juga menjelaskan latar belakang, penyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian,
kepentingan kajian, dan juga batasan kajian yang akan dihadapi semasa penyelidikan
berlangsung. Pengkaji turut menjelaskan istilah-istilah yang digunakan agar tidak berlakunya
salah tafsir terhadap beberapa perkataan dalam tajuk penyelidikan ini.

13

BAB 2
SOROTAN LITERATUR

2.0

PENGENALAN

Teknologi pendidikan boleh ditafsirkan dalam pelbagai sudut bergantung kepada jenis media
yang digunakan oleh guru. Sungguhpun begitu, Duffy & Mcdonald (2008) mendefinisikan
teknologi pendidikan sebagai apa sahaja media yang digunakan untuk pengajaran guru.
Media yang dimaksudkan adalah seperti model, bahan audio, video, bahan digital dan
komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik
darjah. Ini bermakna, semua sumber pengajaran yang membantu proses pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar boleh dianggap sebagai teknologi. Walau bagaimanapun, fokus
utama kajian ini adalah berasaskan penggunaan video sebagai medium pengajaran guru
terhadap para pelajar.
Dalam bab satu, saya telah menjelaskan latar belakang, penyataan masalah, objektif
kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, dan juga batasan kajian yang akan dihadapi
semasa penyelidikan berlangsung. Maka dengan itu, dalam bab ini, saya akan menerangkan
tentang teori-teori dan model-model yang akan saya gunakan untuk dijadikan sebagai
panduan dalam kajian tersebut. Dalam bab ini juga saya akan menerangkan tentang
definisi-definisi konsep yang terdapat dalam kajian ini dan teori serta model yang akan
digunakan dalam kajian ini. Saya turut mengambil contoh-contoh kajian lepas yang telah
dijalankan oleh orang lain sama ada di dalam negara ataupun di luar negara untuk
mengulaskan keberkesaan pengaplikasian video dalam bilik darjah.

14

2.1

TEORI

2.1.1 Teori Kognitif Dalam Pembelajaran Multimedia (Cognitive Theory Of


Multimedia Learning)

Teori sains kognitif merupakan kajian yang menkaji otak secara semula jadi dan cara otak
belajar. Istilah kognitif membawa maksud tanggapan ataupun pengetahuan. Sainstis
kognitif cuba memahami cara pemprosesan mental seperti tanggapan, pemikiran,
mengingati, memahami bahasa dan terpenting iaitu mempelajari (Stillings et al., 1995).
Maka dengan mengkaji kognitif otak, para sainstis boleh lebih memahami cara otak
berfungsi dan yang terpenting adalah mencari cara untuk meningkatkan potensi manusia
melalui pengajaran teknologi (Sorden, 2005). Para sainstis kognitif berkata bahawa
pembelajaran berlangsung berdasarkan kepada keberkesanan sistem kognitif pelajar.
Terdapat tiga pemprosesan kognitif iaitu proses memilih untuk masuk bahan yang berkaitan,
proses menyusun dan mengatur bahan yang masuk ke dalam perwakilan mental yang
koheren dan terakhir ialah proses mengintegrasikan, iaitu bahan akan datang dengan
pengetahuan yang sedia ada dari memori jangka panjang. Maka dengan itu wujudnya teori
Cognitive Theory Of Multimedia Learning. Cognitive Theory Of Multimedia Learning
ataupun singkatannya CTML merupakan teori yang dipopularkan oleh Richard E. Mayer dan
para pengkaji kognitif yang menyokong bahawa penggunaan multimedia dapat membantu
pembelajaran minda manusia. Menurut Mayer dalam prinsip multimedia, manusia akan
mempelajari dengan lebih baik melalui gabungan penerangan dan gambar berbanding
dengan penerangan semata-mata (Mayer, 2005). Mayer (2005) mengatakan lagi bahawa
ayat boleh disebut atau ditulis dan gambar pula boleh diambil daripada pelbagai bentuk
seperti ilustrasi, foto, animasi ataupun video untuk memaksimunkan pembelajaran yang
berkesan. Kewujudan Teori Mayer tersebut adalah berasaskan daripada teori-teori lain
seperti Swellers cognitive load theory, Pavios dual-coding theory, dan Baddeleys working

memory model. Dalam teori ini, Mayer amat menfokuskan dalam saluran auditori dan verbal
serta visual. Berikut merupakan model kepada teori Mayer:

15

Gambar rajah 2.0: Model Mayer

Sumber: Doolittle (2002)


Berdasarkan gambar rajah tersebut, Model Mayer dibina berdasarkan tiga andaian utama
iaitu:
I.

Pengalaman ataupun infomasi visual dan auditori adalah diproses melalui saluran
yang berasingan dan berbeza.

II.

Setiap

saluran

pemprosesan

maklumat

hanya

terhad

kepada

memproses

pengalaman ataupun maklumat yang tersendiri.


III.

Pemprosesan pengalaman ataupun infomasi dalam saluran adalah satu proses


kognitif yang aktif dan direka untuk membina perwakilan mental yang koheren.
Dengan merujuk kepada gambar rajah di atas CTML adalah model yang merangkumi

tiga buah stor memori yang dikenali sebagai ingatan deria, ingatan kerja dan ingatan jangka
panjang. Sweller (2005) mendefinisikan ingatan deria sebagai struktur kognitif yang
membolehkan kita untuk melihat maklumat baru, ingatan bekerja sebagai struktur kognitif di
mana kita tengah memproses maklumat, dan memori jangka panjang sebagai struktur
kognitif yang menyimpan pangkalan pengetahuan kami. Kami hanya sedar maklumat dalam
memori jangka panjang apabila memori tersebut telah dipindahkan ke ingatan kerja. Mayer
mengulas bahawa terdapat dua saluran yang menyalurkan kepada ingatan jangka panjang
iaitu saluran verbal dan saluran visual. Saluran verbal adalah melalui perkataan ataupun
ayat yang dikatakan oleh guru disalurkan ke ingatan deria iaitu telinga lalu maklumat
tersebut diproses dalam ingatan kerja. Manakala saluran visual turut mengalami keadaan
16

yang lebih kurang sama iaitu gambar dilihat oleh mata (ingatan deria) lalu disalurkan
kepada ingatan kerja untuk diproseskan. Secara kesimpulannya, kita dapat menglihat
bahawa setiap saluran mempunyai fungsinya yang tersendiri namun pada akhirnya tetap
akan menjadi pengetahuan dalam ingatan jangka masa panjang. Menurut Mayer lagi, model
ini bertindak aktif menerusi lima langkah berikut:
Memilih perkataan yang berkaitan untuk diproses dalam ingatan kerja lisan (verbal

I.

working memory).
Memilih gambar yang berkaitan untuk diproses dalam ingatan kerja visual (Visual

II.

working memory).
III.

Mengorganisasikan perkataan yang berkaitan kepada model mental verbal.

IV.

Mengorganisasikan gambar yang berkaitan kepada model mental visual.

V.

Mengintegrasikan perwakilan lisan dan visual serta pengetahuan sebelum (prior


knowledge).

Secara ringkasnya, saya simpulkan bahawa teori

tersebut menggunakan dua

pancaindera, iaitu penglihatan dan pendengaran sebagai medium kepada pelaksanaan teori
tersebut.

Pengaplikasian

video

menggunakan

gambar

bergerak

dan

sememangnya melibatkan pancaindera penglihatan dan pendengaran amat

audio

yang

bersesuaian

dengan teori tersebut. Sebagai contoh, apabila pelajar melihat video maka saluran visual
akan berlangsung, dalam masa yang sama saluran verbal turut berlangsung kerana terdapat
audio yang dikeluarkan daripada video tersebut. Gabungan kedua-dua saluran tersebut akan
mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dan sekaligus menjadi ingatan jangka masa panjang.

17

2.2

MODEL

2.2.1 Model ASSURE


Gambar Rajah 2.1: Model ASSURE

Analyze Learners (Menganalisis Pelajar)

State Objectives (Menyatakan Objektif)

Select Method, Media, Materials (Memilih kaedah, Media Dan Bahan)

Utilize Media And Materials (Menggunakan Media Dan Bahan)

Require Learner Participation (Memerlukan Penglibatan Pelajar)

Evaluate And Revise (Melakukan Penilaian Dan Pengubahsuaian)

Sumber: Jamalludin dan Zaidatun (2003)


Gambar rajah 2.1 menunjukkan model ASSURE yang diperkenalkan oleh Heinich, Molenda
dan Russel pada tahun 1989. Menurut mereka, model ini adalah model yang diubah melalui
model ADDIE dan telah membuat penambahbaikan daripada model tersebut. Model ini
mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar agar pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah tersebut berkesan (Heinich, Molenda & Russell, 1991). Mereka mengatakan
bahawa Model ASSURE dibangunkan atas beberapa sebab yang dinyatakan di bawah:
I.

Satu prosedur bimbingan untuk merancang dan melaksanakan penggunaan


teknologi dan media dalam proses pengajaran dengan pembelajaran.

II.

Penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) yang lebih sistematik.

III.

Model yang boleh digunakan oleh semua para pembentang.

IV.

Satu perancangan yang membantu guru mengorganisasikan prosedur perlaksanaan.

Pelaksanaan model ASSURE amat penting bagi guru yang tidak mempunyai pengalaman
dalam menggunakan teknologi atau media sebagai bahan bantu mengajar. Seperti yang kita
dapat lihat, model ASSURE mengandungi enam langkah dalam perancangan penggunaan
teknologi atau media dalam pengajaran. Langkah-langkah terssebut adalah:

18

A. Menganalisis pelajar (Analyze Learners)

Sebagai permulaan, guru harus menganalisis pelajar dengan dalam bilik darjah. Perkara
yang guru seharusnya menganalisis adalah bilangan pelajar dalam bilik darjah, jantina, taraf
ekonomi, kebolehan,kemahiran, budaya, agama dan lain-lain. Semua infomasi tersebut
boleh diperolehi apabila guru menjalankan sesi Ice Breaking. Selain daripada perkaraperkara yang bersifat luaran, guru juga harus menanya soalan tentang pengetahuan sedia
ada pelajar. Sebagai contoh, guru boleh menanya pelajar tentang maksud tamadun ataupun
apakah pelajar faham berkenaan dengan sejarah awal manusia. Soalan-soalan sedemikian
sudah dapat menilai tahap pengetahuan sedia ada pelajar dan berdasarkan maklumat yang
sedia ada guru dapat menentukan perkara yang perlu diajar. Selain itu, guru juga harus
mengenal pasti stail pembelajaran pelajar. Sekirannya ramai dalam kalangan mereka adalah
lebih gemar pembelajaran yang berfokuskan visual maka pengaplikasian video dalam bilik
darjah adalah pilihan terbaik oleh guru untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar. maka
dengan itu, guru boleh lebih mengenali pelajarnya dan membina strategi ataupun kaedah
yang bersesuaian dengan mereka berdasarkan hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

B. Menyatakan objektif (State Objectives)

Langkah kedua ialah guru menyatakan objektif pembelajaran kepada pelajar agar pelajar
memahami perkara yang mereka perlu mencapai. Objektif pembelajaran harusnya seiring
dengan kandungan Huraian Sukatan Pelajaran kerana objektif tersebut seharusnya dicapai
oleh pelajar. Menurut Heinich, Molenda, Russell, & Smaldino (2001), mereka mengatakan
bahawa terdapat penulisan objektif pengajaran yang berkesan melibatkan empat bahagian
iaitu ABCD objektif pengajaran. Berikut merupakan reka bentuk ABCD objektif pengajaran:

19

Gambar rajah 2.2

Model ABCD

BEHAVIOUR

AUDIENCE

CONDITION

DEGREE

Sumber: Heinich, Molenda, Russell, & Smaldino (2001)

I.

Audience (pendengar)

Merujuk kepada pelajar yang ingin dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Biasanya ditulis
sebagai pelajar dapat
II.

Behaviour (tingkah laku)

Merujuk kepada tingkah laku yang berjaya dilakukan oleh pelajar contohnya, menyelesaikan,
membandingbezakan, menghuraikan, menjelaskan dan lain-lain. Tingkah laku tersebut
seharusnya dapat dinilai dan elakkan penggunaan ayat seperti memahami, menghargai dan
mengetahui kerana sukar dinilai.
III.

Condition (syarat)

Merujuk kepada bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dengan pembelajaran.
Contohnya sekirannya guru menggunakan video dalam pengajarannya maka harus
dinyatakan dalam objektif pembelajaran.
IV.

Degree (tahap pencapaian)

Merujuk kepada tahap pencapaian yang telah dicapai oleh pelajar. Kebiasaannya tahap
pencapaian ditulis dalam bentuk peratusan ataupun bilangan.

20

Berikut adalah satu contoh yang menunjukkan penulisan objektif pengajaran yang berkesan:
Gambar rajah 2.3: Contoh penulisan objektif pengajaran yang berkesan
Audience

Behaviour

Degree

(Pelajar dapat) (menerangkan) (3 daripada 4 konsep tamadun awal manusia)


(berdasarkan video pengajaran yang ditayangkan oleh guru.)

Condition

Sumber: Heinich, Molenda, Russell, & Smaldino (2001)

C. Memilih kaedah, Media Dan Bahan (Select Method, Media, Materials)

Langkah ketiga adalah memilih beberapa kaedah atau strategi pengajaran yang sesuai
dengan isi kandungan pelajaran anda. Langkah ini juga merupakan langkah yang
menghubungkan pelajar dengan objektif yang ingin dicapai. Kaedah, media dan bahan yang
dipilih seharusnya memenuhi beberapa criteria tersebut seperti:
I.

Memenuhi kehendak pelajar.

II.

Dipilih secara objektif.

III.

Memberi motivasi dan minat kepada pelajar.

IV.

Mesti bersesuaian dengan tajuk yang hendak diajar.

V.

Berupaya untuk mencapai hasil pembelajaran.

Sekirannya kesemua tersebut boleh dicapai, maka kaedah, media, dan bahan yang
digunakan berfungsi.

21

D. Menggunakan Media Dan Bahan (Utilize Media and Materials)

Semasa melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan


media pengajaran yang sesuai supaya membantu pelajar memahami isi kandungan
pelajaran disamping menarik minat untuk belajar. Untuk mencapai objektif pengajaran
dengan berkesan maka guru seharusnya:
I.
Guru

Percubaan penggunaan bahan


seharusnya

mencuba

penggunaan

media

ataupun

bahan tersebut

sebelum

dipersembahkan kepada pelajar. Hal ini demikian kerana guru perlu memastikan bahan
media dan bahan tersebut berfungsi dengan baik agar tidak membazirkan masa dalam bilik
darjah untuk menyelesaikan masalah tersebut dan juga memastikan hasil pembelajaran
adalah dicapai oleh pelajar.
II.

Sediakan bahan

Guru harus memastikan bahawa bahan-bahan tersebut disediakan sebelum bermula


mengajar dan seharusnya melakukan pemeriksaan terakhir untuk memastikan bahawa
tiadanya kerosakan ataupun kekurangan bahan tersebut.
III.

Sediakan persekitaran atau tempat

Persediaan tempat lebih awal akan melancarkan pengajaran. Contoh, sekiranya pengajaran
dan pembelajaran akan dilakukan di makmal sains, guru perlu bersedia dengan peralatan
yang lengkap dan berfungsi dengan baik. Biasanya peralatan teknologi pendidikan
ditempatkan di sebuah bilik khas seperti bilik tayang atau pusat sumber sekolah. Guru perlu
mempastikan persekitaran dan tempat untuk melakukan pengajaran telah ditempah dan
peralatan yang terdapat dalam bilik tersebut berfungsi dengan sempurna.
IV.

Sediakan pelajar

Guru perlu memberikan maklumat mengenai isi kandungan pengajaran sebelum pengajaran
tersebut dilakukan. Maklumat yang penting adalah seperti latar belakang, istilah penting,
vokabulari, objektif dan rasional.

22

V.

Persembahan

Guru perlu dapat mengawal tumpuan perhatian pelajar dan berkeupayaan untuk mengubah
perhatian melalui beberapa kaedah seperti pergerakan badan, kedudukan badan,
menjadikan suasana sentiasa ceria, mewujudkan unsur kecindan (humour), dan mengawal
tumpuan pelajar misalnya tumpuan mata (eye contact).

E. Memerlukan Penglibatan Pelajar (Require Learner Participation)

Pembelajaran tidak akan berlaku jika tidak ada penglibatan ataupun tindak balas daripada
pelajar. Aktiviti yang diberikan kepada pelajar semasa sesi pengajaran dijalankan dapat
menghasilkan tindak balas. Guru juga perlu bertindak balas terhadap tindak balas pelajar
seperti memberikan kata pujian, rangsangan dan dorongan serta pengukuhan. Memberikan
latihan dan aktiviti yang lebih mencabar juga merupakan rangsangan kepada pelajar. Guru
juga harus fikirkan rangsangan yang dapat dihasilkan oleh pelajar dari media yang akan di
hasilkan. Sekirannya wujudnya perubahan tingkah laku (behaviour) maka pengajaran
tersebut adalah berkesan. Contohnya ciri-ciri fizikal dalam video seperti warna, bentuk, reka
bentuk, penghurufan dan ketahanan dapat merangsang tindak balas pelajar semasa media
digunakan.

F. Melakukan Penilaian Dan Pengubahsuaian (Evaluate And Revise)

Apabila guru telah selesai mengajar, perkara yang seharusnya dilakukan oleh guru adalah
menilai sama ada hasil pembelajaran telah dicapai oleh pelajar ataupun tidak maka refleksi
perlu dibuat oleh guru. Dalam refleksi guru seharusnya mengandungi pencapaian hasil
pembelajaran, kelebihan dan kelemahan pelajar dan guru, serta pengubahsuaian
pengajaran. Sekirannya pelajar telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan maka
boleh dikatakan kaedah, media dan bahan yang digunakan oleh guru tersebut adalah
berkesan kerana memenuhi kehendak pelajar dan mampu memberi motivasi kepada mereka.
Sekirannya perkara sebalik yang berlaku, maka guru hendaklah menilai semula kaedah,

23

media dan bahan yang digunakan dan melakukan pengubahsuaian agar pada kelas yang
akan datang guru dapat memberi pengajaran yang lebih baik kepada pelajar.
Secara kesimpulannya, model ini digunakan untuk menganalisis minat pelajar
terhadap video yang akan digunakan. Berdasarkan data yang diperolehi, saya boleh
menentukan bahawa tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan video dalam bilik
darjah, penggunaan jenis video dalam bilik darjah dan menentukan kepanjangan video yang
akan digunakan. Selain itu, berdasarkan model ASSURE juga, saya boleh menentukan aras
kemampuan pelajar dan membina soalan berdasarkan kemampuan mereka dengan merujuk
kepada huraian sukatan pelajaran.

2.3

KAJIAN LEPAS

Sejak bermulanya kewujudan video di dunia ini, terdapat ramai pengkaji yang mengkaji
pengaplikasian video dalam pelbagai sektor dan bidang untuk memanfaatkan penggunaan
video tersebut. Pada abad ke-21 ini, bidang pendidikan juga menerima impak pengaplikasi
video dalam bilik darjah. Ramai tokoh sama ada daripada luar ataupun dalam Negara telah
menjalankan kajian berkaitan dengan penggunaan video dan keberkesanannya dalam bilik
darjah.

2.3.1 Kajian Luar Negara

Penggunaan video dalam bidang pendidikan sememangnya bukan sesuatu yang baru tetapi
telah lama dipratikkan oleh guru-guru di luar negara. Oleh kerana terdapatnya kesan positif
dalam kalangan pelajar maka hal ini mewujudkan perasaan ingin tahu pengkaji untuk
mengkajinya. Bransford et al. (1990) mengakui bahawa penggunaan video dalam
pengajaran memudahkan pelajar untuk mengingat dan mengaplikasi isi pelajaran. Beliau
telah menjalankan kajian video bagi subjek matematik yang selalu dianggap sebagai subjek
yang sukar. Dapatan kajian beliau membuktikan bahawa penggunaan video telah
memudahkan pelajar mengaplikasi isi pelajaran matematik dengan baik. Logiknya,
24

penerokaan isi pelajaran menerusi video akan memberi pengalaman belajar yang lebih baik
berbanding buku teks. Penyelidik berpendapat sedemikian kerana video menggabungkan
semua elemen audio visual dan grafik yang hidup dan mudah dibayangkan.

Maka,

penyelidik menyarankan bahawa penggunaan video dalam pembelajaran dan pengajaran


perlu dipraktikkan.
Menurut Hee & Scott (2005) pula dalam kajian mereka yang bertajuk The Effect of

Context-Based Video Instruction on Learning and Motivation in Online Courses di Universiti


Illinois telah menunjukkan kesan positif dalam pengaplikasian video dalam bilik darjah.
Berdasarkan kajian tersebut, mereka menjangkakan bahawa penggunaan video boleh
meningkatkan pencapaian pelajar. Saiz sampel yang beliau gunakan bagi kumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan masing-masing seramai 30 orang. Sepanjang kajian tersebut
dijalankan, pelajar dalam kumpulan rawatan telah diberi pengajaran dengan aplikasi video
manakala pelajar dalam kumpulan kawalan pula diberi pengajaran dengan buku teks dan
penerangan guru. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan rawatan
menunjukkan peningkatan pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan
kawalan dengan nilai p< .05. Hal ini telah membuktikan bahawa pengaplikasi video dalam
bilik darjah sememangnya dapat meningkatkan pencapaian prestasi pelajar.
Selain daripada kajian yang dikemukakan oleh Hee & Scott, satu lagi kajian yang
telah dikemukakan daripada Umetsu (2011) dalam kajiannya yang bertajuk Using video as

teaching strategy di Universiti Hawaii. beliau telah melakukan satu pra ujian dan pasca
ujian terhadap pelajarnya tentang penggunaan dan berkongsi video dalam kuliah
berdasarkan Skala Likert. Pra ujian menunjukkan bahawa 62% orang sangat setuju atau
setuju dengan kaedah tersebut manakala 25% orang kurang pasti dan hanya 12% orang
sangat tidak setuju ataupun tidak setuju. Walau bagaimanapun, pasca ujian menunjukkan
peningkatan positif yang signifikan. Pasca ujian menunjukkan bahawa 88% orang sangat
setuju atau setuju dengan kaedah tersebut dan hanya 12% orang sahaja kurang pasti
manakala tiada seorang pun yang merasa penggunaan video dalam pengajaran tidak
membawa faedah. Hal ini turut disokong oleh Young (2008) yang menyatakan bahawa
dengan pemerhatian, penglihatan, dan pembelajaran pengetahuan pelajar akan terus
berkembang.
Kajian yang dijalankan oleh Bravo (2011) dalam bukunya yang bertajuk Video as a

new teaching tool to increase students motivation turut menunjukkan kesan positif dalam
pengaplikasian video dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan

25

bahawa objektif utama kajian tersebut adalah untuk menerokai keberkesanan penggunaan
video dalam membantu meningkatkan motivasi pelajar. Dalam kajian tersebut, sampel
kajian terdiri daripada 12 orang pensyarah dan 487 orang pelajar dalam tiga bidang
kejuruteraan iaitu kejuruteraan mekanikal, industri dan pengurusan, dan aeronautik di
School Of Industrial And Aeronautical Engineering Of Terrassa (ETSEIAT). Hasil kajian
beliau menunjukkan terdapatnya kesan positif terhadap motivasi pelajar. Seorang pelajar
menjelaskan bahawa video sangat menyeronokkan dan menolong saya mempelajari konsep
teknikal yang sukar difahami tanpa bantuan grafik. Seorang pensyarah yang ditemu ramah
dalam kajian tersebut turut menyatakan bahawa sekiranya sekeping gambar bernilai seribu
perkataan maka satu video benilai seribu gambar. Oleh itu, beliau menyimpulkan bahawa
pengaplikasian video dalam bilik darjah membolehkan pensyarah membuat penerangan
dengan lebih jelas berbanding dengan penggunaan verbal ataupun penulisan semata-mata.
Walau bagaimanapun, bukan semua kajian yang menunjukkan pengaplikasian video
akan memberi kesan yang positif terhdap guru ataupun pelajar. Misalnya dalam kajian yang
dijalankan oleh Clark (1983) tentang pembelajaran kognitif dan teknologi media
menunjukkan bahawa pengaplikasian video dalam bilik darjah tidak menunjukkan kesan
positif yang spesifik berbanding dengan penggunaan media yang lain. Malah pengaplikasian
video tersebut tidak menunjukkan kelebihanya penggunaannya berbanding dengan buku
teks ataupun bahan bantu mengajar yang lain. Beliau mengulas bahawa keberkesanan
sesuatu pengajaran bergantung kepada strategi pengajaran dan cara penyampaiannya.
Dalam kata yang lain, guru yang menggunakan strategi pengajaran dan cara penyampaian
yang betul akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tanpa mengira
sama ada bahan bantu mengajar tersebut adalah video, kuliah, ataupun penggunaan CDROM. Namun sedemikian, beliau turut menyokong bahawa sekirannya dilihat daripada sudut
afektif dan motivasi, pelajar sememangnya terpengaruh dan dalam sesetengah situasi
mampu menimbulkan minat dan motivasi mereka untuk mempelajarinya.

2.3.2 Kajian Dalam Negara

Dalam Negara kita, terdapat beberapa pengkaji yang mengkaji implikasi penggunaan
multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kebanyakkan mereka
tidak mengkaji secara langsung tentang keberkesanan video terhadap pengajaran guru
26

dalam mata pelajaran sejarah, namun terdapat juga beberapa kajian yang berkaitan dengan
tajuk yang dibincangkan ini. Salah satu adalah kajian yang telah dijalankan oleh Tiong et al.
(2007) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Kursus

Lukisan Pelan II. Di politeknik Kuching Sarawak. Beliau menggunakan video sebagai bahan
bantu mengajar dan mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya
lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui kajian ini, beliau menyatakan bahawa terdapat
beberapa implikasi positif yang dapat dilihat melalui penggunaan video seperti pembelajaran
secara fleksibel, penguasaan teknik yang lebih menyeluruh, perkongsian teknik yang lebih
pantas, dan pengurusan masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisien.
Selain itu, Wan dan Kamaruzaman (2009) dalam jurnal mereka yang bertajuk Using

Multimedia In Teaching Islamic Studies turut mengkaji penggunaan multimedia dalam


pengajaran Islam. Mereka telah menggunakan pelbagai alat multimedia seperti slaid power

point, video, peta minda dan internet supaya proses pengajaran dan pembelajaran bagi
pendidikan Islam menyeronokkan. Hasil kajian menunjukkan kesan positif dan para pelajar
lebih aktif dalam bilik darjah. Sejurus itu, penggunaan multimedia seperti video
sememangnya dapat menarik perhatian pelajar dan meningkatkan minat mereka.
Di samping itu, Mohamad & Ariegusrini (2009) pula menyatakan video boleh
menolong guru meningkatkan mutu pengajaran dan menjadikan pengajaran lebih menarik.
Menurut pengkaji tersebut, banyak filem yang bercorak pendidikan telah disediakan oleh
penerbit-penerbit sama ada dalam ataupun luar negara. Oleh itu, banyak filem yang
bercorak rencana telah dikeluarkan oleh pusat-pusat sumber dalam berbagai-bagai bidang
seperti bidang sejarah. Filem-filem ini boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu
mengajar agar boleh menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan keinginan pelajar
untuk memahami sejarah dengan lebih terperinci. Umpamanya, suatu gambar yang
diterapkan di dalam buku adalah kurang kesannya jika dibandingkan dengan gambar sama
yang dipancarkan ke atas layar. Kesannya adalah lebih baik daripada penerangan sematamata tanpa bantuan alat mengajar.
Noraziela dan Nor Azira (2010) dalam kajian mereka telah menguji tentang
keberkesanan penggunaan Video dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertajuk
Proses Rawatan Air. Video ini telah dihasilkan bagi membantu pensyarah untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Hasil dapatan kajian
mereka menunjukkan sebanyak 60.5% pelajar bersetuju bahawa penggunaan Video dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ini menambah minat dan motivasi pelajar, manakala

27

64% pelajar bersetuju bahan multimedia ini membantu mereka memahami sesuatu topik
dengan lebih mendalam kerana semua isi penting terkandung di dalamnya. Purata peratus
mengatakan bahawa bahan multimedia ini sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar
(BBM) yang berkesan pada masa akan datang adalah 57%, manakala peratus pelajar yang
menyatakan video memberi impak adalah 65.1%.
Menurut Mohamad Amin Embi (2011), video boleh menjadi satu alat pendidikan dan
motivasi yang amat berpengaruh. Namun, sebahagian besar kekuatannya bukan terletak
pada video itu sendiri tetapi pada cara video itu digunakan. Video itu sendiri bukanlah satu
sasaran atau kesudahan tetapi merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan
matlamat pembelajaran. Video juga dapat menghilangkan rasa bosan pelajar untuk
mempelajari sejarah yang dahulunya hanya menggunakan buku teks. Di dalam proses
pembelajaran sejarah, semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan
pembelajaran itu. Dengan penggunaan video yang pelbagai seperti animasi, filem, dan
dokumentari menambahkan lagi keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
mengenai sejarah kepada pelajar. Jikalau pelajar kurang memahami fakta dan bahan
sejarah yang tertentu video itu boleh diulang semula. Selain itu, video akan dapat
menunjukkan perkembangan secara berterusan akan bahan dan fakta yang disampaikan
oleh guru berbanding dengan slaid dan filem jalur. Berikut merupakan panduan yang
dikemukakan oleh beliau tentang pengaplikasi video dalam bilik darjah:

28

Gambar rajah 2.4: Panduan Penggunaan Video


Bil.

Perkara

Huraian

1.

SEGMEN

Benarkan pelajar anda menonton video dalam beberapa segmen


pendek.

2.

NOTA

Video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan nota.


Ambil nota semasa tontonan pertama, kemudian putar semula dan
ulang tayang untuk membuat semakan nota. Ini boleh dilakukan
secara individu atau berkumpulan sebagai satu perbincangan kelas
/ sesi sumbangsaran.

3.

JEDA

Gunakan butan jeda (pause) untuk menghentikan video anda


seketika agar pelajar boleh meramal perkara yang akan berlaku
atau mengingat semula perkara yang telah berlaku.

4.

TANPA SUARA

Bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan


ceritakan. Teknik ini sangat sesuai untuk penyenaraian langkah
langkah sesuatu proses.

5.
6.

TANPA

Gunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang

GAMBAR

ditayangkan. Bandingkan ramalan dengan video sebenar.

PRATONTON

Setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya


dengan objektif pelajaran dan hasil pembelajaran pelajar.

7.

GABUNGAN

Video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara


menambahkan komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti boleh
dilakukan sebelum menonton; untuk mengatur pentas, membuat
semakan, menyediakan maklumat latar belakang; mengenal pasti
perbendaharaan kata baharu, atau memperkenalkan topik. Aktiviti
boleh

dilakukan

selepas

menonton

untuk

memperkukuh,

mengaplikasikan atau memperluas maklumat yang disampaikan


oleh program. Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu
pengenalan atau pendorong kepada aktiviti amali yang bakal
dilakukan.
Sumber: Mohamad Amin Embi (2011)
Maka dengan itu, kami dapat melihat bahawa terdapat ramai pengkaji tempatan
yang telah mengetahui tentang kebaikan penggunaan video dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, aplikasi video dalam bilik darjah sememangnya merupakan pilihan

29

yang bijak oleh para guru untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk
mempelajari mata pelajaran sejarah.

2.4

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Pendekatan pembelajaran dan pengajaran menggunakan video perlu


selaras dengan situasi dan matlamat pembelajaran. Bagi pengajaran yang memerlukan
huraian konsep abstrak, penceritaan peristiwa dan proses perjalanan sesuatu perkara
penggunaan video adalah amat sesuai digunakan kerana mampu menggambarkan keadaan
tersebut dan membina kefahaman pelajar. Gabungan komponen multimedia seperti audio
visual, teks dan warna di dalam video turut menarik perhatian pelajar. Situasi ini memberi
kelebihan kepada pembangunan video sejarah tamadun awal manusia untuk meningkatkan
pencapaian, minat dan motivasi pelajar. Oleh itu, hipotesis penyelidik berkaitan penggunaan
video dapat meningkatkan minat, motivasi, dan pencapaian pelajar berbanding dengan
penggunaan buku teks nampaknya relevan dan akan dibuktikan dalam dapatan kajian ini.

30

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.0

PENGENALAN

Bab ini akan menjelaskan dan membincangkan tentang reka bentuk kajian, pembolehubah
kajian, respoden yang dipilih sebagai sampel, instrument kajian yang diguna pakai dan
kaedah pengumpulan serta penganalisisan data. Perkara-perkara tersebut akan dijadikan
asas dan panduan dalam menjalankan kajian agar tidak menyimpang dari objektif kajian
serta dapat mencari penyelesaian bagi permasalahan kajian sebagaimana digariskan dalan
bab 1.

3.1

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan pra-eksperimen perbandingan satu kumpulan


yang menggunakan reka bentuk ujian pra-pasca dan tinjuan. Menurut Khalid Johari (2004)
kajian eksperimen merupakan suatu rancangan penyelidikan yang dijalankan untuk
menentukan atau mengukur kesan sesuatu olahan. Dalam kajian ini, saya ingin mengkaji
tentang keberkesanan aplikasi video dalam peningkatan prestasi pelajar tingkatan empat
dalam mata pelajaran sejarah. Walaupun kebanyakkan kajian eksperimen menggunakan
dua kumpulan yang berbeza iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan untuk menilai
keberkesanan perkara yang dikaji namun dalam kajian saya, saya hanya menumpukan
kepada satu kumpulan sahaja. Hal ini demikian kerana, saya tidak ingin berlaku ketidak
seimbang dalam kajian saya. Sekirannya saya menggunakan dua kumpulan maka perkara
yang perlu dipertimbangkan adalah perbezaan dua kumpulan tersebut dari segi jantina,
pencapaian prestasi, sosioekonomi, dan bangsa. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian akan
terjejas ataupun dipengaruhi oleh faktor lain dan hal ini merumitkan kajian saya. Selain itu,
31

dengan menumpukan kepada satu kumpulan pelajar sahaja maka dapatan kajian adalah
lebih menonjolkan berdasarkan ujian pra-pasca.
Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan baik dan sistematik, terdapat beberapa
langkah yang perlu dijalankan untuk memastikan bahawa kajian ini berjalan dengan lancar.
Sebagai permulaan, saya yang sebagai pengkaji dikehendaki meminta kebenaran daripada
pihak sekolah untuk menjalankan kajian ini dan dalam masa yang sama penerangan tentang
kajian tersebut haruslah diterangkan kepada pengetua dan pelajar yang berkenaan agar
mereka pun memahami tujuan kajian tersebut. Langkah kedua adalah mengedarkan soal
selidik kepada responden. Tujuan saya mengedarkan soal selidik adalah untuk meninjua dan
mengetahui tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan persepsi mereka
terhadap aplikasi video dalam bilik darjah. Selepas itu, soal selidik akan dikumpul semula
dan dianalisiskan.
Langkah ketiga adalah pengujian pra ujian. Item-item pra ujian dibentuk
berdasarkan soal selidik yang telah dianalisis dan huraian sukatan pelajaran. Data-data yang
telah diperolehi akan disimpan untuk tujuan penilaian dan akan dibuat perbandingkan
dengan ujian pasca. Dalam beberapa bulan tersebut, ujian intervensi turut akan dijalankan
untuk mengukuhkan lagi hasil dapatan kajian tersebut. langkah keempat adalah
menjalankan ujian pasca dan langkah terakhir adalah menganalisis data-data yang
diperolehi untuk mendapatkan dapatan kajian.

3.2

POPULASI DAN PERSAMPELAN KAJIAN

Menurut Khalid Johari (2004), populasi merupakan objek cerapan yang mempunyai ciri atau
sifat yang sama, yang boleh diukur. Populasi diperlukan dalam penyelidikan kerana padanya
berlaku interaksi antara dua atau lebih pembolehubah yang memerlukan perhatian atau
penyelesaian yang disebut sebagai masalah kajian. Manakala persampelan pula merujuk
kepada sejumlah individu ataupun objek dalam populasi (Khalid Johari, 2004). Oleh itu,
dalam kajian ini, populasi adalah merujuk kepada pelajar tingkatan empat yang mengambil
mata pelajaran sejarah dan persampelan kajian merujuk kepada jumlah pelajar tingkatan
empat dalam sebuah bilik darjah yang akan dijadikan sebagai responden ataupun kumpulan

32

kajian. Cara pengambilan persampelan adalah jenis persampelan tidak rawak secara
berkelompok.

3.3

LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian saya adalah Sekolah Menengah Shan Tao yang terletak di kawasan Likas, Kota
Kinabalu.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN

Cates (1990) mendefinisikan instrumen kajian atau alat pengukuran sebagai alat yang
digunakan untuk mengumpul data kajian berkatan responden. Tujuan kajian ini
adalah untuk melihat minat pelajar dalam mata pelajaran sejarah dan tahap penerimaan
aplikasi video dalam pengajaran. Menurut Mohd Najib (2003) Instrumen berbentuk soal
selidik mudah untuk ditadbir setelah dibina dengan baik disamping data mudah diproses dan
dianalisis. Secara umum pula, soal selidik digunakan sebagai alat ukur dalam suatu
penyelidikan untuk mendaptkan maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, kesahan,
perasaan dan kehendak.
Instrumen kajian yang dijalankan mermpunyai dua bahagian iaitu bahagian A dan
Bahagian B. Bahagian A dalam soal selidik merupakan soalan-soalan berkaitan dengan
demografi responden seperti jantina, kaum, dan keputusan pencapaian dalam mata
pelajaran sejarah. Bagi Bahagian B, terdapat 15 soalan yang akan dikemukakan kepada
pelajar berkenaan. Soalan-soalan tersebut menjurus kepada pembolehubah bebas yang
berkaitan dengan aplikasi video dalam bilik darjah dan minat pelajar. Pembinaan soalan
dalam Bahagian B adalah berdasarkan skala Likert. Menurut Rensis Likert (1932), indeks
seharusnya dibina dengan menambahkan item-item yang berkaitan dengan sesuatu konsep.

33

Maka dengan itu wujudnya Skala Likert yang dibina oleh beliau. Jadual di bawah
menunjukkan Skala Likert yang akan digunakan dalam kajian ini:
Jadual 3.1: Skala Likert
SKALA

ARAS

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

Sumber: Allen, Elaine dan Seaman (2007)


Berdasarkan Skala Likert tersebut, pelajar hanya perlu memilih salah satu nilai dalam setiap
soalan berdasarkan pendapat masing-masing.

3.5

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN KAJIAN

3.5.1 Kesahan Item

Kesahan ditakrifkan sebagai nilai korelasi diantara pengukuran dan nilai sebenar sesuatu
pemboleh ubah. Jika pengukuran yang dibuat tepat pada nilai sebenar sesuatu, nilai
korelasinya adalah tinggi dan penyelidikan tersebut mempunyai kesahan yang tinggi (Chua
Yan Piaw, 2006).

3.5.2 Kebolehpercayaan Item

Kebolehpercayaan merupakan darjah ketepatan bagi ukuran yang dibuat oleh sesuatu
instrumen kajian bagi pendapat Ranjit Kumar (1999). Sesuatu instrumen kajian dikatakan

34

boleh dipercayai jika pengukuran berulang kali yang dibuat dibawah situasi yang tetap
masih memberi keputusan yang sama.
Seterusnya bagi menentukan kebolehpercayaan item soal selidik terhadap responden
tinggi atau rendah, pengkaji mengunakan kaedah Internal Consistency (Prosedur Cronbach
Alpha). Ujian Cronbachs Alpha dijalankan bagi menentukan ketekalan dalaman (Churchill,
1997). Kaedah ini mengandaikan bahawa setiap item diangap sebagai satu ujian yang
setara dan semua korelasi Antara item yang diukur adalah sama. Seandainya nilai r
menunjukkan nilai yang tinggi, maka instrumen yang digunakan adalah tinggi nilai
kebolehpercayaan (Ary, Jacob dan Razavieeh, 1996).
Berdasarkan Nunnely (1998) menyatakan skala alpha mestilah melebihi 0.7 dan
skala kurang dari nilai itu tidak akan dicatat. Pandangan ini disokong oleh Crowl (1993) yang
menjelaskan bahawa nilai alpha yang lebih daripada 0.9 adalah amat baik, lebih daripada
0.7 boleh diterima dan nilai dibawah 0.7 tidak boleh digunakan kerana boleh dipertikai.
Kebolehpercayaan merujuk kepada konsisten keputusan dalam soal selidik dilakukan,
dengan ini dapat memberi pemahaman lebih jelas hubungan data tersebut.

Jadual 3.2: Klasfikasi Kekuatan Korelasi


NILAI ALPHA

KEKUATAN

0.000-0.200

Sangat Lemah

0.200-0.400

Lemah

0.400-0.700

Sederhana

0.700-0.900

Tinggi

0.900-1.000

Sangat Tinggi

Sumber: Nunnely (1998)

3.6

KAJIAN RINTIS

Kajian rintis merujuk kepada skala kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai
persedian untuk kajian yang lebih besar atau utama. Tujuan utama kajian rintis adalah
35

untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen (Mohd Najib, 2003). Kajian
rintis juga merupakan pra-kajian untuk mencuba instrument kajian khusus. Kelebihan kajian
rintis adalah dapat membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang item-item yang
tidak tepat atau gagal sepertimana dijelaskan oleh Baker (1994).

3.7

ANALISIS KAJIAN RINTIS (ITEM SOAL SELIDIK)

Pemprosesan data melibatkan beberapa langkah iaitu menyimpan data, memberi kod,
mengasingkan data, membuat pengiraan dan menganalisis data (Cates, 1983). Semua
borang soal selidik yang mengandungi jawapan telah dikumpulkan dan direkodkan.
Penyemakan ke atas soal selidik telah dilakukan bagi memastikan setiap jawapan adalah
lengkap dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Struktur data dalam kajian ini adalah
berbentuk senarai dan datanya adalah berbentuk kuantitatif yang melibatkan latar belakang
responden dan minat responden dalam mata pelajar sejarah serta pandangan mereka
terhadap aplikasi video dalam pengajaran.

3.8

PROSEDUR KAJIAN

Stacey (2003) mendefiniskan prosedur kajian sebagai suatu langkah yang dilakukan oleh
seseorang pengkaji bagi menyempurnakan kajianya di mana prosedur yang dilakukannya
hendaklah diperincikan mengikut urutan atau langkah. Justeru itu, dalam kajian ini,
prosedur yang dilakukan oleh penyelidik bagi menyiapkan kajian ini telah mengambil masa 3
bulan. Berikut adalah prosedur kajian yang akan dijalankan oleh saya.

36

Gambar rajah 3.3: Prosedur kajian

Langkah 1: Mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan


kajian

Langkah 2: Menyediakan set borang soal selidik

Langkah 3: Mengedarkan borang soal selidik kepada para pelajar

Langkah 4: Mengutip data yang diperolehi

Langkah 5: Menganalisis data

Langkah 6: Menulis laporan kajian

Langkah 7: Menghantar tugasan kajian

37

3.9

KESIMPULAN

Bab ini menerangkan secara terperinci tentang kaedah kajian yang dilakukan oleh pengkaji.
Beberapa aspek penting seperti reka bentuk kajian, lokasi, sampel kajian dan instrument
kajian telah dibincangkan dalam bab ini. Hasil daripada kaedah yang dipilih, pengkaji
berharap dapat melihat keberkesanan aplikasi video terhadap peningkatkan prestasi pelajar
tingkatan empat dalam mata pelajaran sejarah tamadun awal manusia. Hasil dapatan kajian
akan dianalisis pada bab yang seterusnya.

38

RUJUKAN:

Allen, Elaine dan Seaman. 2007. Likert Scales and Data Analyses. MA: Allyn and Bacon.
Anuar Ahmad. 1998. Kaedah Pengajaran Koperatif Bagi Pengajaran Sejarah. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ary, Jacob, Razavieeh. 1996. Introduction to Research in Education (5th Edition). Worth: Holt,
Renehart and Winston Inc.
Baker. 1994. Doing Social Research (2nd Edition). New York: Mc Graw-Hill Inc.
Berk, R. A. 2009. Multimedia Teaching With Video Clips: TV, Movies, Youtube, And Mtvu In
The College Classroom. International Journal Of Technology In Teaching And

Learning. 5(1): 121.


Bransford, J. D., Sherwood R. S., Hasselbring, T. S., Kinzer C. K., and Williams, S. M. 1990.

Anchored Instruction: Why we need it and how technology can help. NJ: Erlbaum.
Bravo, E. 2011. Video as a new teaching tool to increase student motivation. Amman: IEEE.
Cates. 1990. Teaching for a Better World: Global Issue in Language Education. Journal: The

Language Teacher. 14(5): 41-53.


Chrurchill, G. A. 1979. A Paradigm for Developing Better Measures of Marketing Constructs.

Journal: Marketing Research. 16(1): 64-73.


Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Clark, R. E. 1983. Reconsidering research on learning from media. Review of Educational

Research. 53(4): 445-460.


Crowl, dan Thomas, K. 1993. Fundamentals of Educational Research. Madinson, WIs: Brown
and Benchmark.
Cruse, E. 2006.Using Educational Video in the Classroom: Theory, Research and Practice.
USA: Library Video Company.
Doolittle, P. E. 2002. Multimedia Learning: Empirical Results and Practical Applications.
Blacksburg: Virginia Tech.

39

Hales, L. W. & Shaw, I. S. 1995. The Effect Of Videos On Student Thinking About The

Holocaust In World War II. Paper presented at the Annual Meeting of theAmerican
Educational Research Association.
Hee, J. C. dan Scott, D. J. 2005. The Effect of Context-Based Video Instruction on

Learning and Motivation in Online Courses,


http://edwebsfiles.ed.uiuc.edu/hre/online/research/video.pdf.
Heimann, B. A. & Pittenger, K. K. S. 2000. Incorporating Video As A Teaching Strategy In
Interpersonal Communication. Developments in Business Simulation & Experiential

Learning. 27: 11-14.


Heinich, R., Molenda, M. and Russell, J. D. 1991. Instructional Media and Technologies of

instruction (4th edition). New York: MacMillan Publisher Ltd.


Heinich, R., Molenda M., Russell J. D., Smaldino S. 2001. Instructional Media and

Technologies for Learning (7th Edition). Englewood Cliffs: Prentice Hall.


Hovland, C. I., Lumsdaine, A. A. & Sheffield, F. D. 1949. Experiments On Mass

Communication. NJ: Princeton University Press.


Huraian sukatan pelajaran. 2014. Sejarah Tingkatan Empat. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. Pahang: PTS.
Khalid Johari. 2004. Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep Dan Prosedur.Selangor:
PEARSON Prentice Hall.
LeFevre, D. M. 2004. Designing for teacher learning: Video-based curriculum design. UK:
Elsevier.
Likert, R. 1932. A Technique For The Measurement Of Attitudes. New York:Columbia
University Press.
Levin, A. M. 1998. Marketing Goes To The Movies: An Experiential Classroom Exercise To
Stimulate Awareness And Interest In Product Placement As A Marketing Strategy
Developments in Business Simulation and Experiential Learning. Journal: Marketing

Research. 25: 1-2.

40

Mahasan Mahmood. 2003. Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. Kuala Lumpur: SMK
Yaacob Latif.
Mayer, R. E. 2005. The Cambridge handbook of multimedia learning. New York: Cambridge
University Press.
Mine, A., Mehmet, B. & Tugba, Y. 2011. The Effect of Using Computer Animation and

Activities

About

Teaching

Patterns

in

Primary

Methematics.

http://www.tojet.net/articles/v10i3/10331.pdf
Mohamed Amin Embi. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran & Pembelajaran . Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Anuar Bin Ibrahim. 2000. Kajian Terhadap Kurikulum Dan Sukatan Pelajaran

Sejarah KBSM. Pulau pinang: Universiti Sains Malaysia.


Mohamad Johdi Bin Salleh & Ariegusrini Bte Agus. 2009.Transformasi Pengajaran Sejarah
Berasaskan Multimedia. International Islamic University Malaysia (IIUM): institusi
pendidikan.
Mohd Najib. 2003. Reka Bentuk Tinjauan Soal selidik Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Azis Nik Pa. 2003. Penggunaan Teori Dan Kerangka Teori Dalam Penyelidikan Pendidikan
Matematik. Jurnal Masalah Pendidikan. 26: 29-61.
Normah Dali. 2012. Kesan Penggunaan Video Dan Buku Teks Terhadap Pencapaian, Minat
Dan Motivasi Pelajar Dalam Topik Putaran Dan Peredaran Bumi.Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Noraziela bt Mokhtar dan Nor Azira bt Abdul Rahman. 2010. Kajian Keberkesanan

Penggunaan Video P & P Bertajuk Proses Rawatan Air bagi Pelajar Semester Sesi
Disember 2010 di Politeknik Port Dickson. Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik
Port Dickson.
Nunnely. 1998. Handbook in Research and Evaluation. San Diego: Edits Publisher.
Prensky, M. 2006. Dont bother me momIm learning. St. Paul. MN: Paragon House.
Ranjit Kumar. 1999. Research Methodology: A Step by Step guide for Beginners (2nd Edition).
London: Sage Publication Ltd.
41

Rohaila Yusof, Norasmah Othman & Faridah Karim. 2005. Strategi Pembelajaran Berasaskan
Model Kolb Dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan. 89(1): 117-137.
Rozinah

Jamaludin.

2005.

Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan

Publications And Distributors Sdn Bhd.


Sorden, S. D. 2005. A cognitive approach to instructional design for multimedia learning.

Information Science Journal. 8: 263-279.


Stacey. 2003. Strategic management and organizational dynamics: The challenge of

complexity. Harlow: FT/Prentice Hall.


Stillings, N. A., Weisler, S. E., Chase, C. H., Feinstein, M. H., Garfield, J. L., & Rissland, E. L.
1995.Cognitive science: An introduction (2nd edition). MA: MIT Press.
Swan, K. 1996-1997. Exploring the role of video in enhancing learning from hypermedia. Journal of Educational Technology Systems. 25: 179-188.
Sweller, J. 2005. Implications of cognitive load theory for multimedia learning. New York:
Cambridge University Press.
Tileston, D. W. 2004. What Every Teacher Should Know About Media and

Technology.

California: Corwin Press.


Tiong Hua Sang, Pang Siow Juen dan Lim Che Chien. 2009. Pengajaran Dan Pembelajaran

Bagi Kursus C2341 Lukisan Pelan II Menerusi Persembahan Video (LTVP). Jabatan
Kejuruteraan Awam: Politeknik Kuching Sarawak.
Wan Noor Hazlina Wan Jusoh dan Kamaruzaman Jusoff. 2009. Using Multimedia In Teaching
Islamic Studies. Journal Media and Communication Studies. 1(5): 86-94.
Warren, R. 1991. Integrating curricula, teachers, and instructional video. Paper presented
at the Annual Meeting of the speech communication association.
Umetsu, J. 2011. Using Video as teaching strategy. USA: University of Hawaii.
Young, J. 2008. YouTube professors: Scholars as online video stars. Education Digest. 73(9):
14-16.

42

BAHAGIAN A

Arahan: sila tanda ( / ) dalam petak yang berkenaan.

1. Jantina :

2. Kaum :

Lelaki

Perempuan

Melayu
Cina
India
Lain-lain

3. Keputusan peperiksaan yang lalu :

A (80-100)
B (60-74)
C (50-59)
D (40-49)
E (0-39)

43

BAHAGIAN B

Arahan: sila tanda ( / ) dalam petak yang berkenaan.

STS = Sangat Tidak Setuju

TS = Tidak Setuju

TP = Tidak Pasti

S = Setuju

SS = Sangat Setuju

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

Soalan
Saya suka terhadap mata pelajaran
sejarah.
Saya berminat mempelajari tema
tamadun awal manusia.
Pengajaran sejarah menggunakan buku
teks amat membosankan.
Mata
pelajaran
sejarah
amat
membosankan.
Fakta dan konsep sejarah sukar
difahami oleh saya sekirannya hanya
membaca buku.
Penerangan menggunakan buku teks
telah cukup memadai.
Adakah anda akan lebih bermotivasi
untuk mempelajari sejarah sekiranya
menggunakan video dalam pengajaran.
Saya ingin mata pelajaran sejarah
diajar menggunakan video
Pembelajaran
menggunakan
video
memudahkan saya memahami fakta
ataupun konsep sejarah
Adakah anda berminat sekirannya
animasi sejarah digunakan dalam
pengajaran.
Saya suka menonton filem-filem
sejarah.
Saya berminat
mempelajari sejarah
tamadun awal manusia sekiranya video
digunakan dalam pengajaran.
Saya berminat
mempelajari sejarah
sekiranya buku teks digunakan dalam
pengajaran.
Video boleh menerangkan sesuatu
peristiwa dengan lebih jelas berbanding
dengan pembacaan buku teks.

STS

TS

TP

SS

44

15.

Saya dapat memahami tema tamadun


awal manusia dengan lebih baik selepas
menggunakan video.

Sumber: Normah Dali (2012) (diubahsuai)

45

Anda mungkin juga menyukai