Anda di halaman 1dari 23

BAB 1

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN


SEJARAH TINGKATAN SATU KE ATAS PENCAPAIAN PELAJAR. SATU KAJIAN
DILAKUKAN.
Pengenalan
Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ( Falsafah Pendidikan
Negara )
Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran teras kepada semua pelajar sekolah
menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ).Melalui pelaksanaan
ini, ianya telah mengubah kedudukan mata pelajaran Sejarah dalam pembelajaran harian.
Sejarah wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima. Penekanan tentang kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks pendidikan
negara merupakan satu usaha positif dalam usaha mengikis sikap pelajar terhadap mata
pelajaran ini. Mata pelajaran ini juga telah dirangka dan diselaraskan dengan hasrat dan
Falsafah Pendidikan Negara ( Omar 1992 ).
Mata pelajaran Sejarah mempunyai pelbagai idea yang abstrak serta pelbagai konsep
yang adakalanya sukar difahami. Melalui konsep, ianya penting dalam mencorakkan daya
pemikiran dan membentuk daya intelektual pelajar. Pelajar tidak akan memahami sesuatu
konsep sekiranya tidak mengetahui makna atau maksud tertentu sesuatu perkataan. Fakta
mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang
membentuk, membina dan mengembangkan sesuatu konsep ( Abd Rahim 2000). Oleh kerana
pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu elemen penting dalam proses berfikir,
penekanan terhadap teknik pengajaran yang boleh membantu pelajar dalam menguasai
sesuatu konsep dalam mata pelajaran Sejarah adalah wajar dilakukan. Oleh itu, penggunaan
peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah satu teknik yang sesuai.

Orientasi pendidikan Sejarah peringkat sekolah menengah bertujuan memberikan


pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran sejarah negara. Pemahaman ilmu membawa
maksud pemerolehan fakta dan penguasaan idea idea serta kaedah sejarah. Kandungan
kurikulum Sejarah dianggap sebagai satu kumpulan maklumat dan juga sebagai satu
pendekatan ilmu. Sejarah juga dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang mempunyai cara
tersendiri untuk meninjau dan memberikan makna kepada pengalaman masa silam.
( Kementerian Pendidikan Malaysia 1990, halaman 3 )

Melalui penggunaan peta minda ianya secara tidak langsung akan dapat membantu
pelajar lebih fokus,mampu membuat intepretasi dan memahami dengan lebih mudah topik
yang dipelajari. Selain itu, penggunaan peta minda yang menarik dan beraneka warna juga
akan menarik minat pelajar dan tidak merasakan bahawa Sejarah ialah satu mata pelajaran
yang membosankan. Dalam proses P&P, ianya dapat memudahkan pemikiran pelajar melalui
pengukuhkan daya ingatan terhadap sesuatu peristiwa, mengingati fakta fakta penting dan
sejurus pelajar akan mampu untuk membuat huraian dengan lebih baik dan tepat.
Oleh yang demikian, penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah akan dapat
mengubah persepsi pelajar terhadap kurikulum ini. Secara tidak langsung teknik ini akan
memberikan kesan positif terhadap mata pelajaran ini. Mata pelajaran Sejarah akan lebih
diminati dan pengajaran akan mudah difahami, pembelajaran lebih berkesan dan akhirnya
dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini. Justeru itu, kajian ini
dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan peta minda dalam pengajaran
Sejarah dapat meningkatkan prestasi pelajar tingkatan satu.

1.0

Latar Belakang Kajian


Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang wajib kepada semua

pelajar tingkatan satu hingga lima. Kurikulum Sejarah Tingkatan Satu ini telah dirancang agar
pelajar mengetahui sejarah sejarah awal negara. Melalui kurikulum ini juga, pihak
Kementerian Pelajaran mengharapkan agar pelajar dapat mengrekonstruksi peristiwa
peristiwa yang telah berlaku. Melaluinya pelajar dapat memberikan gambaran tentang sesuatu
peristiwa yang berlaku pada masa lalu dengan mengumpul dan menggabungjalinkan
maklumat tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui sejarah awal tentang zaman pra

sejarah sehinggalah munculnya era modenisasi. Di sini, pelajar dapat membuat perbandingan
mengenai kehidupan sekarang berbanding dengan dahulu kala.
Namun, terdapat segelintir pelajar yang tidak

berminat dengan mata pelajaran

ini.Selain itu terdapat juga pelajar yang mempunyai persepsi negatif terhadap mata pelajaran
Sejarah. Pada pandangan mereka, Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang amat
membosankan.Sejarah telah dilihat sebagai satu mata pelajaran yang sukar untuk difahami. Ini
kerana mata pelajaran Sejarah mempunyai pelbagai idea yang abstrak serta pelbagai konsep
dan fakta yang perlu difahami. Tanpa pemahaman yang menyeluruh, pelajar tidak akan dapat
membuat huraian yang tepat.Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang terlatih, guru
mestilah mempunyai kemahiran dan mengetahui teknik ataupun pendekatan yang sesuai bagi
menangani golongan pelajar yang mempunyai masalah demikian. Guru perlu memastikan apa
yang hendak disampaikan kepada pelajar mencapai objektif.

1.2

Pernyataan Masalah
Walaupun mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib kepada semua

pelajar sekolah menengah, namun terdapat juga segilintir pelajar yang tidak berminat dengan
mata pelajaran ini. Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) telah mengubah mata pelajaran
Sejarah sebagai satu kurikulum wajib kepada pelajar sekolah menengah agar ianya dapat
mengubah persepsi negatif pelajar terhadap mata pelajaran ini. Pada pandangan mereka mata
pelajaran ini sangat membosankan dan paling kritikal mereka menganggap Sejarah terlalu
sukar untuk difahami. Ini kerana mata pelajaran sejarah mempunyai pelbagai fakta untuk
diingati dan difahami. Sejarah juga dilihat sebagai mata pelajaran yang memerlukan pelajar
menghafal. Oleh yang demikian hal ini menimbulkan kesukaran kepada segelintir pelajar.
Memandangkan terlalu banyak fakta dan konsep yang perlu dihafal pelajar
menghadapi kesukaran untuk menghuraikan kembali fakta fakta tersebut. Kegagalan
mengingat kembali fakta fakta tersebut akan menyukarkan pelajar untuk menjawab soalan
esei. Ini menyebabkan mereka hanya menghurai fakta yang mereka fikirkan logik. Senario ini
juga bertepatan dengan kenyataan Noh & Schmann 1997, kebanyakan pelajar sukar untuk
memahami konsep,tetapi mempunyai kefahaman secara intuitif. Berdasarkan maklumat
daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003, secara keseluruhan pelajar masih lemah dalam
menyusun jalin konsep dan fakta secara sistematik. Kelemahaman ini berpunca daripada

ketidakfahaman pelajar tentang fakta dan juga konsep konsep yang wujud dalam mata
pelajaran Sejarah.

1.3

Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda

dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan satu dalam pembelajaran Sejarah.


Kurikulum Sejarah selain berfungsi sebagai mata pelajaran wajib kepada semua pelajar
sekolah menengah, ianya juga telah dirancang agar pelajar dapat mengenal asal usul dan
jati diri. Namun, terdapat juga pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran ini dan
menganggap ianya terlalu sukar untuk dikuasai dan difahami. Oleh itu, proses pembelajaran
dan pengajaran Sejarah menggunakan peta minda diharapkan dapat meningatkan pencapaian
pelajar. Menurut Tony Buzan, penggunaan peta minda mampu menghubungkan sel sel otak
terutamanya dalam kalangan pelajar.
Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat perbezaan dari segi
pencapaian antara pelajar yang diajar menggunakan peta minda dan pelajar yang diajar
menggunakan kaedah tradisional. Pembelajaran Sejarah memerlukan pemahaman tentang
konsep dan fakta. Justeru itu, penggunaan peta minda merupakan satu teknik yang secara
langsung akan membantu pelajar dalam peningkatkan pemahaman dan proses mengingat
kembali. Hal ini selaras dengan pendapat Abd Rahim ( 2000 ) mengenai peta minda yang
dilihat sebagai agen dalam membantu mengukuhkan daya ingatan, mengingati fakta-fakta
penting dan akhirnya dapat menghurainya dengan baik.
Melalui penggunaan peta minda ianya memberi ruang dan peluang kepada pelajar.
Penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah merupakan satu teknik
yang baik bagi tujuan kefahaman antara konsep dan fakta. Menurut Enzio dan rakan
rakannya (1996) peta konsep dapat memberikan maklumat tentang apa yang pelajar tahu
dengan memaparkan apa yang ada dalam minda mereka.pelajar akan mengorganisasi struktur
kognitif selepas aktiviti pembelajaran. Ini akan membantu pelajar dalam mengingat kembali
apa yang telah mereka pelajari.

1.4 Persoalan Kajian


4

Berdasarkan kepada objektif kajian persoalan persoalan kajian adalah seperti


berikut:
a) Adakah penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah tingkatan satu dapat
meningkatkan pencapaian pelajar?
b) Adakah terdapat perbezaan dari segi peningkatan pencapaian antara pelajar yang
diajar menggunakan peta minda dan pelajar yang diajar tidak menggunakan peta
minda.

1.5

Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah menengah di daerah Kepala Batas Pulau

Pinang. Ianya melibatkan 70 orang pelajar tingkatan satu yang mempunyai persamaan dari
segi latar belakang pendidikan. Memandangkan kajian ini hanya dilakukan di daerah Pulau
Pinang dan melibatkan sampel hanya daripada pelajar tingkatan satu ianya tidak dapat
digeneralisasikan ke seluruh negeri dan juga kepada semua pelajar dari tingkatan yang
berlainan.

1.6

Kepentingan Kajian
Dalam mempelajari kurikulum Sejarah ianya menuntut kefahaman dan daya ingatan

yang jitu terhadap konsep serta fakta fakta penting. Kegagalan pelajar dalam memahaminya
akan menimbulkan kesukaran untuk membuat hubung kait dan menggabungjalin setiap fakta
dengan peristiwa peristiwa penting. Menurut Mat Jamaludin 2002, penggunaan peta minda
mampu membantu pelajar dalam proses menghubungkait setiap pengalaman pembelajaran
lampau.
Justeru itu, kepentingan penyelidikan ini adalah untuk melihat sama ada adakah
terdapat keberkesanan penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah tingkatan satu
terhadap pencapaian pelajar. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat adakah
terdapat perbezaan dari segi pencapaian antara pelajar yang diajar mengggunakan peta minda
dengan yang diajar menggunakan kaedah tradisonal. Oleh yang demikian, pengkaji
mengharapkan penggunaan peta minda dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian
pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran Sejarah.

1.7

Definisi Istilah
1. Peta Minda

- Rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat,


idea atau huraian.
- Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas

sehelai

kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea


lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan
menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan
sebagainya.
2. Sejarah

- Asal-usul,salasilah,perkara yang benar-benar berlaku.

3. Abstrak

- Sifat kebendaan yang tidak dapat dirasa atau dilihat.

4. Konsep

- Pengertian am,idea yang mendasari sesuatu.

5. Intuitif

- Berasaskan kesedaran dan pemahaman oleh gerak hati.

6. Ujian pra

- ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan


7.

Ujian pasca - ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan

8. Ujian rintis

- ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak

terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.


9. Kumpulan rawatan - ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan menggunakan
kaedah peta minda.
10. Kumpulan kawalan

- ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah konvensional

1.8 Penutup
Melalui penggunaan peta minda, secara tidak langsung dapat membantu pelajar dalam
menggabung pemahaman baru dan lama dengan cara membuat gambaran melalui lakaran.
Lakaran tersebut merupakan hasil pembelajaran yang telah mereka perolehi. Dengan
meringkaskan segala huraian,fakta dan konsep Sejarah yang kebiasaannya padat ianya akan
membantu pelajar untuk lebih mengingati isi pelajaran. Penggunaan peta minda juga akan
membantu

pelajar

mengingat

kembali

pelajaran

lampau

tanpa

perlu

banyak

menghafal.Dengan ini, secara tidak langsung penggunaan peta minda akan dapat membantu
dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
6

BAB 2
SOROTAN KAJIAN

Pendahuluan
7

Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan secara terperinci mengenai definisi konsep peta
minda,teori teori yang berkaitan dan juga hasil dapatan dari kajian lampau.

2.0

Peta Minda

Peta minda merupakan bahan grafik yang mewakili simbol pemikiran dan pengetahuan
individu terhadap sesuatu pengalaman mahupun maklumat yang telah diperolehi. Ia juga
merupakan sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat,idea,tugasan mahupun
huraian yang padat. Peta minda juga boleh diklasifikasikan sebagai satu pembinaan item item yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama
dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat
kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya.Dalam proses pembelajaran,
penggunaan peta minda dapat mengorganisasi pengetahuan dan membantu mengukuhkan lagi
kefahaman.Kaedah ini juga dapat membantu pelajar dalam menjana kembali pengetahuan
lampau dan membantu dalam menghubungkait setiap satu fakta berkenaan dengan sesuatu
tajuk pembelajaran. Peta minda juga turut berfungsi sebagai sebagai satu cara untuk melihat
pemikiran dan juga daya pemikiran seseorang.Witkin,et al (1971) telah mentakrifkan peta
minda sebagai satu gaya kognitif yang berfungsi secara kendiri yang ditunjukkan oleh
seseorang individu dalam aktiviti-aktiviti persepsi dan intelek.
Messick (1976 ),sikap,kecenderungan atau strategi tabiat yang stabil akan menentukan
gaya

kebiasaan

seseorang

menganggap,mengingat,berfikir

dan

menyelesaikan

masalah.Melalui alat bantuan kognitif, ianya akan dapat membantu kefahaman lama dan baru
saling berinteraksi menjadi satu proses yang bermakna.Dalam aspek kognitif, penggunaan
peta minda mengandungi beberapa siri transformasi psikologi di mana seseorang yang
menerima maklumat melalui proses pembelajaran akan menerima, mengkod,mengingat
kembali dan menyatakan informasi berhubung dengan lokasi serta ciri ciri berkaitan dengan
fenomena pembelajaran yang dialami di sekitar mereka.Oleh yang demikian kaedah
penggunaan peta minda adalah merupakan satu proses untuk mengingat kembali maklumat
yang telah diberikan oleh guru dan maklumat itu akan diproses kembali oleh pelajar melalui
catatan nota yang berkesan. Antara perkara yang akan ditulis hanyalah fakta-fakta penting
terhadap sesuatu pembelajaran.Konsep pemetaan ini merupakan satu gambaran ataupun
persepsi pelajar yang merupakan kefahaman dari hasil pembelajaran dan bukannya hanya
mengeluarkan kembali fakta fakta yang dihafal. Fakta yang dihafal sebenarnya tidak
8

menggambarkan kefahaman seseorang. Semasa membina peta minda, maklumat penting yang
akan disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat
menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses
maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka
panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota
dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu
gambaran mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati

2.1

Ciri Ciri Peta Minda yang Berkesan

Pelbagai penyelidikan telah dilakukan untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran
yang berkesan terhadap pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang
kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak
sesuai lagi pada zaman yang serba maju seperti hari ini.Seorang kanak-kanak yang masih
kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan
pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui
interpretasi yang dibuat di bahagian otak.Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan
jelas sekiranya diransang oleh pancaindera. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang
haruslah melalui strategi yang berkesan agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat
diproses oleh otak dengan lebih mudah. Secara saintifik elemen yang mampu merangsangkan
fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut melalui pancaindera
mata. Menurut Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui
pemetaan minda seseorang itu dapat belajar lebih daripada pembelajaran secara
deduktif.Selain itu, beliau dalam bukunya juga turut menyatakan beberapa slogan mengenai
konsep peta minda. Antaranya ialah learn more, remember more, use less paper, invest
lessS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu
pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu
banyak kertas serta tenaga.
2.20

Teks yang Berkesan


Peta Minda yang berkesan mempunyai ciri ciri seperti mempunyai teks yang ringkas

dan mudah difahami serta saiz yang bersesuaian.Peta minda yang digunakan mestilah
memaparkan kaedah penulisan yang berkesan. Keberkesanan ini dapat dilihat melalui saiz tulisan
9

yang bersesuai dan juga ditulis dengan jelas, tepat dan ringkas. Berdasarkan paparan pada imej,

warna, frasa serta garisan anak panah yang sesuai akan membantu murid-murid untuk
menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan rasa bosan semasa pembelajaran.
Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat
yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak
berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda
merupakan penggunaan kata kunci.Kata kunci ini selalunya dihasilkan dalam bentuk
gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk
pola.
2.21

Bahan Grafik

Bahan grafik yang terdapat dalam peta minda mestilah merupakan satu jaringan yang
memudahkan pemahaman bagi sesuatu tajuk.Dari segi gambarajah pula,ianya melambangkan
kepadatan sesuatu isi dalam teks

yang membantu mengukuhkan daya ingatan serta

mencerdaskan minda.Ini kerana gambar mahupun gambar rajah merupakan salah satu media
yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks.Melalui ilustrasi juga juga
dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan
kreatif. Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah
memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan
sesuatu yang bermakna. Melalui bahan grafik juga dapat memberikan pelbagai interpretasi
yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.
2.22

Lakaran Simbol Pada Peta Minda

Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu
bulatan dan diikuti dengan beberapa anak panah yang melambangkan perkaitan antara tajuk.
Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan
idea ini.
2.3

Penggunaan Peta Minda dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan kaedah peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
kaedah yang membantu

pelajar dalam mengingati apa yang telah diajar oleh guru.

Penggunaan peta minda juga dalam pembelajaran akan membantu pelajar dalam
meningkatkan pemahaman pelajar. Ini kerana, Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang
10

menuntut pelajar mengkaitkan segala fakta dan juga konsep konsep yang ada dan perlu
difahami. Enzio etal,1996, Novak 1990,penggunaan peta minda sebagai alat pengajaran akan
mendatangkan kesan yang positif dalam pembelajaran. Penggunaan peta minda merupakan
satu strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Penggunaan peta minda dapat menarik minat pelajar disamping dapat meningkatkan
kefahaman pelajar terutamanya pelajar yang berpencapaian rendah. Dengan menggalakkan
pelajar melukis peta minda bukan sahaja mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif tetapi
juga dapat melatih mereka melaksanakan sesuatu tugasan secara terancang dan teratur. Di
samping itu, aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara kumpulan dan dapat
menajamkan ingatan mereka dalam mengingati sesuatu fakta. Mereka juga dapat bantu
membantu antara satu sama lain.Menurut Mok Soon Sang, seorang guru merupakan jentera
penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, guru haruslah bertindak
sebagai seorang pendidik yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan telah terlatih dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan.Justeru itu, guru yang terlatih haruskah mempunyai
pendekatan dalam membantu pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan
Proses ini dapat disempurnakan melalui pembinaan peta minda dalam p&p.Abu
Hasan,2003, peta minda dapat membantu pelajar dalam mengimbas kembali apa yang telah
dipelajari,mengolah kata kunci yang akan digunakan dalam proses pembelajaran serta
merancang pembelajaran mereka dengan lebih mudah dan berkesan. Menurut Enzio dan
rakan-rakannya(1996),peta minda dapat memberikan maklumat tentang apa yang pelajar tahu
dengan memaparkan konsep yang ada dalam minda mereka.Konsep konsep ini terdiri
daripada bagaimana pelajar mengorganisasikan struktur kognitif mereka selepas selesainya
satu sesi pembelajaran.Fenomena ini akan mengukuhkan lagi ingatan pelajar terhadap input
pembelajaran mereka.

2.4

Kepentingan Penggunaan Peta Minda Dalam Proses Pengajaran dan


Pembelajaran
Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi

pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan


memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis
dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini. Mengikut teori
11

perkembangan kognitif Piaget ( Piaget & Inheder, 1969 ) perkembangan corak pemikiran
dari peringkat bayi ke dewasa merupakan satu proses aktif dan melibatkan interaksi individu
dan persekitarannya. Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat
memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui
mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.
Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan
pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.Oleh itu dalam proses
pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang
diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.
2.5

Kesan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Penggunaan peta minda dalam pembelajaran akan mewujudkan situasi latihan dalam pasukan.
Peta minda digunakan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar
secara kaloboratif dan koperatif. Seterusnya ialah percambahan idea melaluilakaran yang
dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti
seseorang individu ke arah pencetusan idea.Melaluinya pelajar dapat membina idea serta
membuat hubung kait antara fakta yang terlibat. Sejurus itu, potensi individu dapat
dikembangan melalui lakaran lakaran grafik.Di sini, pelajar akan memgembangkan
maklumat yang telah mereka perolehi ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pelajar juga akan didedahkan dengan kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca
terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu
lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang
analitikal.
2.6

Hasil Dapatan Kajian Lampau

Berpandukan kepada hasil dapat kajian yang telah dijalankan oleh Hasmalina Hamzah dan
Hazwin Dalila Harris dalam kajian mereka mengenai Meningkatkan Pemahaman dan Suasana
Pembelajaran Bagi Subjek Biologi Tingkatan Empat Menggunakan Kaedah Peta Minda
Secara Berkumpulan. Hasil kajian mendapati melalui penggunaan peta minda secara
berkumpulan telah membantu dalam meningkatkan prestasi pelajar tingkatan empat dalam
mata pelajaran Biologi. Sebelum kajian ini dilakukan pengkaji telah mencuba pelbagai
pendekatan dalam mengatasi masalah dalam pembelajaran Biologi. Melalui penggunaan peta
minda secara berkumpulan telah menimbulkan minat pelajar selain dapat membantu pelajar
12

dalam menghubungkait aspek dan juga konsep dalam Biologi.Lakaran kefahaman pelajar
dalam bentuk grafik membuatkan ianya lebih berguna kerana struktur pengetahuan menjadi
eksplisit dan kesalahan konsep yang dilakukan oleh pelajar lebih mudah dikesan. Beberapa
kajian lepas yang lain juga mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam sesuatu
mata pelajaran (Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al 2004, dan Sim
Ah Hock et. al 1997).
Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani
Malik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu.
Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam
peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia
yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan
bagi memudahkan beliau dalan mengulangkaji dan juga mengingat kembali pelajaran lampau.
Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh
Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas
dan mengelakkan pengulangan perkataan. Penggunaan peta minda pembelajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Seterusnya ialah
dapatan oleh Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta
minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut
melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan
kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak
26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga
meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C
menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian
pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata
pelajaran matematik adalah berkesan.Menurut Abd Fatah Hassan (1994), antaranya
mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara
pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep
baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan
kreativiti. Selain itu, Sarina Mohd Nor dalam tesisnya yang bertajuk Kesan Penggunaan Peta
Minda Dalam Karangan Respons Terbuka Terhadap Pencapaian Pelajar Tingkatan Satu
mendapati bahawa melalui penerapan penggunaan peta minda, telah membantu pelajar dalam
mengembangkan idea dari aspek penulisan karangan. Setelah diberikan pendedahan tentang
13

penggunaan peta minda, pelajar mula terlibat secara aktif sewaktu sesi pembelajaran.Hal ini
telah membuktikan bahawa melalui peta minda dapat membantu pelajar dalam menjana idea
idea yang baru di samping tidak mengetepikan pengatahuan sedia ada.
Mind mapping is a whole brains technique using visual images and other graphic devices
to from impession (Bubble DePorter.Quartem Learning )
Peta minda merupakan satu alat pengurusan yang berguna dalam menghasilkan kesepaduan
dan perhubungan terutamanya dalam menghubungkait rangka isi sesuatu penulisan. Kebaikan
peta minda antaranya ialah dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk yang lain secara
ringkas, tersusun antara isi dan idea utama, tajukndengan tajuk yang lain secara tersusun dan
jelas. Pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih menyeluruh dan menjimatkan
masa bagi mengolah sesuatu idea dan penyusunan maklumat dapat dilakukan dengan lebih
teratur ( Abd Rashid Omar 1999).
Lakaran kefahaman pelajar dalam bentuk grafik menjadikan ianya lebih bermakna dan
berguna kerana pelajar telah berjaya mempamerkan struktur pengetahuan dan pemahaman
dalam bentuk yang lebih eksplisit.Melalui persembahan grafik, pelajar mampu untuk
mengaitkan satu maklumat dengan maklumat yang lain dan memudahkan asilimasi berlaku.
Oleh kerana lakaran grafik merupakan struktur pengetahuan yang jelas, pelajar akan dapat
menghuraikan pengalaman dan pengetahuan mereka dengan lebih jelas dan tepat.

2.7

Teori Teori Berkaitan Dengan Peta Minda


Kajian ini telah dijalankan berlandaskan beberapa teori. Menurut Ausebel (1963)

dalam Woolfol (1994), teori pembelajaran bermaksud satu idea pembelajaran bermakna.
Dalam teori ini,maklumat dalam bentuk idea,dan hubungan antara idea idea tersebut diambil
bersama. Pembelajaran secara menghafal tidak dianggap sebagai satu proses pembelajaran
bermakna kerana bahan yang dipelajari tidak mempunyai hubungan expositori untuk
menunjukkan bermakna lebih baik daripada pembelajaran persepsi. Selain daripada buktibukti kejayaan penggunaan peta minda terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang
sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat kepada proses
pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel, dan Teori
Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat, dalam
proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur
14

(2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala

pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.


Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang
berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola,
menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk
membolehkan dia menghubungkait pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah
dihadapi. Ausebel (1963) dalam Ee Ah Meng (2005) menyatakan segala maklumat yang
dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif
yang sedia ada. Struktur kognitif ini merupakan pengetahuan sedia ada yang terdiri daripada
fakta,konsep dan generelisasi pernah dipelajari oleh para pelajar.Ausebel menekankan bahawa
maklumat yang dipelajari secara bermakna lebih berkesan berbanding dengan maklumat yang
dipelajari secara hafalan.Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Novak (1993) yang
menyatakan bahawa pelajar yang menghafal maklumat hanya boleh menyimpan maklumat itu
untuk satu jangka masa yang pendek. Ini kerana seorang pelajar yang pintar hanya mampu
mengingati 7 perkara sahaja berdasarkan maklumat yang diperolehi.
Teori pembelajaran konstruktivisme pula menekankan

pembinaan pengetahuan

pelajar. Dalam teori ini, pelajar dapat membina kefahaman mereka sendiri dalam satu topik
yang dipelajari berbanding dengan mendapatkan kefahaman dipindahkan kepada mereka
melalui sumber sumber lain ( Eggen dan Kaunchak 2004).Dalam teori ini, ianya
memberikan penekanan kepada pelajar supaya aktif mengaitkan pengetahua baru dengan
pengetahuan sedia ada dalam minda mereka dan mengaplikasikan pengalaman sedia ada yang
mereka fahami kepada pelbagai situasi ( Shahabuddin Hashim & Rozahini Yaakub 2004 ).
Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang
boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah
(2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi
maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani
Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka,
mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat
sesuatu persembahan.
Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti
seseorang.Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat
daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee
15

Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan
memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang
menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya. Peta minda
adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di
tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea
utama.Menurut Mintzes,Wandersee dan Novak ( 1997 ), teori ini perolehan makna sebagai
teori

yang

merangkumi

teori

pembelajaran

dan

epistimologi

dalam

pembinaan

pengetahuan.Novak telah melihat manusia sebagai individu yang mempunyai satu simbol
bahasa yang telah direncam untuk membina makna baru dengan membuat perkaitan antara
konsep yang sedia ada dalam minda mereka.
Konstruktivisme manusia telah melihat bagaimana pengetahuan sebagai satu prodik
yang dibina oeh individu dan bersifat idiosyncratic dan juga dinamik. Pengetahuan ini
seharusnya mempunyai makna sepunya tentang konsep santifik dan semasa menghasilkan
produk. Hal ini menutut guru bertindak sebagai perunding dalam usaha mencapau
matlamat.Penghasilan pembelajaran ini adalah bertepatan dengan prinsip yang tela diutarakan
oleh Ausebel ( 1963) dan Vygotsky ( 1962 ). Novak juga turut menyarankan bahawa terdapat
beberapa strategi yang berpotensi dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
mereka.`Walaubagaimana pun, terdapat juga beberapa pendapat oleh Novak yang telah
menyarankan beberapa strategi

seperti pengelolaan awal, teknik konfrontasi dan juga

pebentukkan dari segi analogi.( Mat Jamaludin 2002) Teori pembelajaran kognitif telah
menekankan bagaimana individu mengekalkan maklumat dalam ikatan mereka dalam
jangkamasa yang panjang. Jika individu boleh menggunakan ingatan jangka masa yang
panjang.Ianya dapat membina satu rangkaian pengetahuan yang boleh menghubungkan yang
antara konsep dan pemahaman pelajar. Pada peringkat ini, ingatan ini akan dikenali sebagai
ingatan sensori. Menurut Lefrancois ( 2000) dan Mat Jamaluddin ( 2000 ) rangsangan perlu
kepada deria untuk menentukan sama ada pelajar tersebut memberi tumpuan terhadap apa
yang dibincangkan. Maklumat yang diterima oleh ingatan ini berada dalam bentuk objek
objek dan juga peristiwa di sekitarnya. Keupayaan ini merupakan ingatan yang tidak terhad
kepada bilangan maklumat yang disimpan sekiranya pemprosesan tidak berlaku dengan
segara dan maklumat tersebut akan dilupakan dengan cepat ( Lechey & Harris 1997 ).
2.9

16

Kesimpulan

Penggunaan peta minda sebagai satu teknik pengajaran dalam mata pelajaran Sejarah
sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan satu. Penggunaannya
merupakan satu proses refleksi kepada pelajar pada setiap akhir sesi pengajaran selain dari
dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini. Justeru itu,para guru haruslah
memberikan

pendedahan

kepada

pelajar

mengenai

teknik

penggunaan

peta

minda.Penggunaannya bukan sekadar meningkatkan prestasi tetapi menjadi pemangkin


kepada keberhasilan pelajar yang kreatif dan kritis.Selain itu, berlandaskan kepada literatur
dan kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap
pencapaian pelajar.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan
Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah
tingkatan satu. Dalam bab ini, pengkaji akan menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan.
17

Selain itu, pengkaji juga akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel
kajian, instrument kajian, kesahan dan kebolehpercayaan dan juga tatacara pengumpulan data.
3.0

Reka bentuk Kajian

Kajian ini dilakukan berasaskan kuasi eksperimen untuk melihat adakah penggunaan peta
minda dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Penyelidikan eksperimen
merupakan satu-satunya jenis penyelidikan yang boleh menentukan hubungan berbentuk
sebab dan akibat ( Gall,Gall,& Brog,2003:Gay 1996 ). Untuk mendapatkan data, kajian ini
akan menggunakan kaedah kuantitatif .Kajian ini melibatkan dua kumpulan pelajar tingkatan
satu di sebuah sekolah menengah. Kumpulan pertama disebut sebagai kumpulan rawatan
manakala kumpulan kedua sebagai kumpulan kawalan.Kedua dua kumpulan ini akan
diberikan ujian pra sebelum kajian dijalankan. Soalan bagi ujian pra mengandungi 50 soalan
objektif diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu a,b,c dan d.Manakala ujian pasca akan
diadakan pada minggu pertama selepas berakhirnya kajian. Jangka masa yang diperlukan
dianggarkan selama sebulan dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua dua
kumpulan ini.
Untuk menjalankan kajian ini, dua buah kelas telah dipilih di mana kumpulan rawatan
akan menerima pembelajaran menggunakan peta minda manakala kumpulan kawalan akan
diajar secara konvesional. Menurut Azizi Yahaya et.al (2007), kumpulan rawatan biasanya
menerima atau mengalami satu layanan baru yang sedang dalam kajian, sementara kumpulan
kawalan menerima layanan yang berbeza ataupun dikekalkan dalam bentuk biasa.Ujian pra
dan pasca akan diberikan sebelum dan selepas kajian dilakukan.Pemilihan sampel tidak
dilakukan secara rawak dan pengkaji telah mengenal pasti sampel bagi kedua dua kumpulan
mempunyai kebolehan yang sama dari segi pencapaian akademik.
Dalam kajian ini dua pemboleh ubah akan dikaji iaitu pemboleh ubah bersandar dan
pemboleh ubah bebas. Pemboleh ubah bersandar ialah pencapaian pelajar dalam mata pelajran
Sejarah yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pemboleh ubah tak
bersandar ialah kaedah pengajaran dengan menggunakan peta minda dan kaedah
konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang
dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak bersandar, manakala kesan tingkah laku
manipulasi merupakan pemboleh ubah bersandar iaitu sesuatu yang ingin diukur. Selain itu,
terdapat juga pemboleh ubah-pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang
mungkin mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara
18

kumpulan, jangka masa kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubahpemboleh ubah tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan
sampel yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap pencapaian
yang hampir sama. Selain itu, min ujian pra untuk kedua-dua kumpulan akan dianalisis
melalui ujian-t untuk melihat bahawa tiada wujud perbezaan yang signifikan dari segi
kebolehan atau pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah sebelum kajian dijalankan.Ujian
keseragaman varians akan dijalankan untuk menentukan homogen kumpulan.

3.1

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini ialah melibatkan 300 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah
menengah di daerah Kepala Batas Pulau Pinang.Semua murid telah mengikuti mata pelajaran
Sejarah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan Kementerian Pelajaran
Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas tingkatan satu secara
bertujuan bagi maksud kajian ini sebagai sampel. Sampel terdiri daripada 70 orang pelajar
yang hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 35 orang
dikelompokkan ke dalam kumpulan rawatan, manakala 35 orang lagi dikelompokkan sebagai
kumpulan kawalan.

3.2

Instrument Kajian

Instrument kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah satu set soalan objektif mata
pelajaran Sejarah tingkatan satu untuk kegunaan ketika ujian pra dan ujian pasca dijalankan.
Soalan ujian ini mengandungi 50 soalan objektif yang merangkumi 3 tajuk utama iaitu
Sejarah dan Kita, Zaman Pra Sejarah dan juga Kerajaan Awal di Asia Tenggara. Kesemua
item ujian telah dibina sendiri berdasarkan Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu.
Bagi menentukan kesahan kandungan soalan, pengkaji telah membina item-item
dalam alat kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi
Bloom. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada
beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah Tingkatan Satu bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan

19

guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang
kurang sesuai.
3.3

Prosedur Pelaksanaan Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Kepala Batas Pulau Pinang
yang melibatkan 70 orang sampel kajian. Sampel kajian ini akan dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.Sebelum pengkaji menjalankan
kajian, kedua dua kumpulan ini akan menduduki ujian pra. Ujian tersebut akan dikendalikan
sendiri oleh pengkaji.Pengkaji juga akan menyemak sendiri skor yang diperolehi oleh sampel
bagi kedua-dua kumpulan.Dalam hal ini, pengkaji turut bertindak sebagai tenaga pengajar
bagi kedua-dua kumpulan sampel. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan
pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan.Kumpulan
kawalan

diajar

menggunakan

kaedah

konvensional

sementara

kumpulan

rawatan

menggunakan kaedah peta minda. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam
masa empat minggu. Pada hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama
dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpul untuk dianalisis.

3.4

Penganalisan Data

Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan
menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science, SPSS Windows Release
14.0. Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan ujian-t dan ujian-F. Ujian-t
digunakan untuk melihat perbezaan min pencapaian, manakala ujian-F digunakan untuk
melihat keseragaman varians bagi setiap kumpulan.

3.5

Rumusan

Kajian yang akan dijalankan ini adalah berbentuk kuasi eksperimen dan menggunakan kaedah
kuantitatif yang melibatkan dua kumpulan sampel, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah
menengah di Kepala Batas Pulau Pinang.Kajian ini bertujuan untuk melihat adakah
penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah Tingkatan Satu dapat meningkatkan
pencapaian pelajar. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut dikumpulkan dan dianalisiskan
20

dengan menggunakan ujian-t dan ujian-F. Hasil daripada penganalisaan statistik ke atas data
yang diperolehi akan memberikan pengkaji keputusan samada proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu
berkesan atau tidak dalam meningkatkan pencapaian pelajar.

Rujukan
Abdul Rahim Abd. Rashid.2000.Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd Rashid Omar ( 1999 ).Pancaminda Edisi Kedua.Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Perak 1995
Abedah Ismail & Noraini Hassan.2004. Meningkatkan kemahiran mencari maklumat mengikut peta
konsep. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004.

Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.Kuala
Lumpur.Universiti Teknologi Mara.
Ahmad Nizar. 1997. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer bagi mata pelajaran dalam operasi asas matematik murid-murid
tahun 5 Sek. Keb. Jabi dari aspek minat dan pencapaian.

21

Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya


http://www.islam.gov.my/e-rujukan 15.08.2010

ingatan

penting

Semasa

Belajar.

Al Tabliq bt Ali,(2006),Asma Ishak,(2005),Rusilah Jais.Pendekatan Pengajaran Berbantukan Peta


Konsep
Ausebel dalam Ee Ah Meng (2005)Jurnal Pendidikan
Enzio et al,1996,Novak 1990
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):35
Dhilip Mukerjea (1996).SuperBrain
Eggen dan Kauchak( 2004)
Hasmalina Hamzah dan Hazwin Dalila Haris.Kajian Tindakan.Penggunaan Peta Minda Secara
Berkumpulan Bagi Meningkatkan Pencapaian Pelajar dalam Biology
Kementerian Pelajaran Malaysia 1990.Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lembaga Peperiksaan Malaysia.2003
Mat Jamaludin Jamrin.2002.Keberkesanan Penggunaan
Pendidikan.Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

peta

minda.Disertasi

Sarjana

http://aapps.emoe.gov.my/jpnperak/kajian 2005 (30.01.2007)


http://essaycapital.com/biology.essay.htm
http://www.uwaxlax.edu/biology/com
Noraini Idris.Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
Novak. J.D 1990.Concept Maping. A useful tool for science education. Jurnal of Research in Science
Teaching.27(10):937-949.
Sarina Mohd Nor.Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Satu
Dalam Karangan Respons Terbuka.Jurnal Pendidikan.
Trowbrid & Wan Dersee (1988),Noak & Govin (1988),Kinchin,et,al,2005
Tony Buzan et.al (1960 )
Wahidin,Kamisah Osman & T.Subahan Mohd Meerah.2004 Penggunaan Peta Konsep dalam
meningkatkan prestasi pelajar.Jurnal Pendidikan 29,125,144
Woolfolk,A.E.1994.Educational psychology.5 ed.Boston:Allyn and Bacon
Zaenab,A.E.1994.Penggunaan pembelajaran.Penyelidikan Tindakan di Sekolah Rendah.Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

22

23

Anda mungkin juga menyukai