Anda di halaman 1dari 11

PELAKSANAAN KURIKULUM SEJARAH MENENGAH RENDAH DI MALAYSIA SATU PENILAIAN

Ahamad bin Rahim. PhD. Sidek bin Said. PhD. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 22000 Besut, Terengganu. rosaha09@gmail.com ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah di sekolahsekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP oleh D. Stufflebeam et.al. (2007) yang melibatkan dimensi input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 147 orang guru dan 1441 orang pelajar. Kajian ini mengguna instrumen soal selidik bagi menilai dimensi input, proses dan produk. Statistik yang diguna dalam kajian ini melibatkan skor min, sisihan lazim, Ujian-t dan Regressi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan pandangan guru terhadap konstruk pengetahuan pedagogi, kemudahan prasarana, perancangan pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran aktif berada di tahap sederhana. Skor min pemantauan kurikulum pula berada di tahap rendah. Bagi pandangan pelajar, ke semua konstruk yang diukur memperlihatkan nilai min di tahap yang sederhana bagi dimensi input, proses dan produk. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan perspektif guru terhadap pengetahuan pedagogi guru dan kemudahan prasarana berdasarkan opsyen mata pelajaran. Dari aspek pelaksanaan kurikulum, pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum, dapatan menunjukkan wujud perbezaan berdasarkan lokasi sekolah. Analisis regresi stepwise menunjukkan pengetahuan pedagogi menyumbang sebanyak 30% dan kemudahan prasarana 7.3% kepada keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah. Implikasi kajian ini adalah untuk mencapai keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah guru perlulah melaksana pembelajaran aktif dalam bilik darjah. Program latihan guru Sejarah perlu dipertingkatkan lagi dan konsep retraining perlu diberi penekanan. Bahan bantu mengajar untuk guru-guru sejarah juga perlu diperbanyakkan. Kata Kunci : pengetahuan pedagogi, kemudahan prasarana, perancangan pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran aktif, produk, kurikulum sejarah.

Pendahuluan Pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah sering menjadi perbincangan dikalangan ahli akademik dan masyarakat. Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah dianggap masih bersifat konservatif, tradisional, tidak aktif dan gagal mewujudkan suasana attractive dalam pengajaran dan pembelajaran hingga memberi implikasi dan pengaruh negatif kepada pelajar. Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah yang digariskan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Justeru itu pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah memerlukan satu bentuk transformasi dan inovasi yang baru seiring dengan perubahan dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Kajian Rohana Zubir (1987) mendapati ramai pelajar memberi respons tidak berminat kerana Sejarah di anggap the dead of curriculum. Khoo Kay Kim seorang tokoh Sejarah tanahair dalam Berita Minggu 26 Mac 1995 turut menjelaskan kelonggaran dan kerapuhan metodologi dan gaya

pengajaran guru menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap proses pembelajaran dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus pada tahun 2013 di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa. Tambahan pula penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas mengkaji kurikulum Sejarah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menampakkan keseriusan pihak kerajaan dalam memartabatkan pelaksanan kurikulum Sejarah dalam sistem pendidikan arus perdana di negara ini. Langkah ini dilihat dapat memberi nafas baru kepada subjek ini agar terus berdaya saing dalam konteks membina warganegara yang mempunyai semangat setia negara dan jati diri yang tinggi. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru Sejarah perlulah lebih kreatif semasa merancang pengajarannya. Pengajaran guru mestilah sesuai dengan keupayaan dan kebolehan pelajar. Guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam proses P&Pnya. Pendekatan guru menyampaikan maklumat secara total perlu dihapuskan. Pendekatan kepada corak tradisional dan chalk and talk sudah tidak relevan dengan kehendak pelajar hari ini. Pelajar lebih berminat jika turut dilibatkan sama dalam P&P guru. Ini akan memberi impak yang lebih berkesan ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri. Pembelajaran akan berlaku apabila apa yang diajar itu memberi makna kepada pelajar (Caine & Caine 1994). Ini terbukti dalam kajian yang dilakukan oleh Jin & Cortazzi (1998) mendapati pelajar-pelajar Inggeris menyatakan ciri-ciri guru yang baik adalah mereka yang boleh meningkatkan minat pelajar, menerangkan sesuatu dengan jelas, menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan dan memberi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Justeru itu kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah di sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah dengan menekankan kepada matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia negara, jati diri sebagai warganegara Malaysia, dapat memahami keadaan masyarakat dan negara, mempunyai semangat perpaduan dan kekitaan dan mempunyai ingatan terhadap peristiwa Sejarah negara (KPM, 2002). Perkembangan Kurikulum Sejarah Di Malaysia Perkembangan kurikulum Sejarah di Tanah Melayu telah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi seperti yang ditegaskan oleh Philip Loh, (1975) dalam Aini Hassan (2008). Namun perkembangan kurikulum Sejarah di zaman pra kemerdekaan agak perlahan dan kurang diberi perhatian. Kurikulum Sejarah ketika ini dianggap sebagai mata pelajaran tambahan. Perkembangan kurikulum sejarah pada peringkat awalnya kurang mendapat smabutan. Apa yang jelas kurikulum Sejarah yang diajar ketika itu hanya bertujuan supaya pelajar dapat memahami budaya melayu melalui pengalaman kesusasteraan khususnya berbentuk hikayat seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah (Khoo Kay Kim 1992). Malahan pihak British tidak pernah menekankan kurikulum Sejarah tempatan. Wujud rasa kebimbangan tentang kedudukan politik dan ekonomi mereka akan tergugat (Suffean Husin 1996). Hanya pada tahun 1930an barulah mata pelajaran Sejarah diajar di sekolah-sekolah aliran Melayu. dan ketka ini lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti membaca dan menghafal fakta-fakta yang terdapat dalam buku teks Sejarah sahaja. Walau bagaimanapun selepas Perang Dunia ke 2, kurikulum Sejarah mulai mengalami perubahan. Namun masih lagi terikat menurut persepsi barat. Ini turut ditegaskan oleh Abdul Razaq dan Ramli (2007) yang menjelaskan kurikulum Sejarah ketika itu lebih banyak

menceritakan latar belakang masyarakat Eropah atau pun Sejarah negara England itu sendiri. Apa yang jelas perkembangan kurikulum sejarah ketika itu tidak menggambarkan matlamat nasional yang jelas. Kurikulum sejarah yang diguna ketika ini dilihat berbeza-beza mengikut aliran sekolah vernakular ketika itu. Ini turut diperakui oleh Norrizan (2003) yang menjelaskan kurikulum Sejarah ketika itu mencerminkan kepentingan dan propaganda penjajah yang sangat berkesan. Kelemahan pelaksanaan kurikulum Sejarah ketika itu turut diperakui oleh Aini Hassan (2008). Di sekitar tahun 1950an, perbincangan kurikulum Sejarah mula mendapat perhatian dalam kalangan sejarawan tempatan. Wujud desakan agar kurikulum Sejarah ditulis dari kaca mata tempatan. Wujud ketidakpuasan hati mereka terhadap kandungan kurikulum Sejarah yang banyak dilihat dari perspektif barat. Berikutannya satu perbincangan telah dilakukan untuk melihat semula kurikulum Sejarah di sekitar 1970an. Beberapa kongres dan forum dilaksanakan seperti Seminar Sejarah Malaysia 1 dan II pada tahun 1973 dan 1974 (Siti Zainun Mat 1988). Hasilnya lahir cadangan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan kurikulum Sejarah yang lebih bersifat Malaysian Centric. Pada pertengahan tahun 1986 mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib dan dijadikan sebagai salah satu subjek teras dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kini, perkembangan kurikulum Sejarah terus menarik untuk diperbincangkan. Kurikulum Sejarah terus mendapat perhatian daripada pihak berwajib. Ini berikutan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan Sejarah sebagai subjek WAJIB lulus pada tahun 2013 di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan subjek teras untuk sekolah rendah mulai 2012. Perkembangan ini dilihat telah meletakkan status mata pelajaran ini setara dengan mata pelajaran teras yang lain. Langkah proaktif pihak KPM yang mewujudkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah di sekolah menengah dilihat kena pada waktunya. Ini memastikan kurikulum yang digubal benar-benar memberi impak kepada pemahaman dan penghayatan Sejarah secara lebih menyeluruh dalam kalangan pelajar. Tujuan dan Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah (SMR) Tingkatan 2 di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan Model Penilaian Stufflebeam et. al. (2007). Dalam kajian ini pengkaji hanya memfokuskan sebahagian daripada dimensi model ini iaitu dimensi input, dimensi proses dan dimensi produk. Perspektif guru akan membincangkan dimensi input dan proses manakala dimensi pelajar pula akan melihat dari dimensi input, proses dan produk. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Menurut Kerlinger (1986), Fraenkel & Wallen (2006), kaedah tinjauan adalah sesuai unutk mengukur perspektif (pandangan) responden terhadap sesuatu isu atau topik, pencapaian matlamat sesuatu program serta sikap dan tingkah laku responden. Selain itu kaedah tinjauan juga merupakan satu kaedah yang dapat mengumpul data asli dengan cepat dan melibatkan responden yang ramai (Babbie 2007). Kajian ini menggunakan sebahagian daripada model CIPP oleh Stufflebeam & Shinkfield (2007) iaitu dari dimensi penilaian input, proses dan produk. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi dari kajian-kajian lepas berdasarkan sorotan kajian. Instrumen kajian ini ditadbir oleh pengkaji sendiri. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 1441 orang pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 147 orang guru sejarah. Sampel kajian ini dipilih dari empat buah zon iaitu zon utara, zon tengah, zon selatan dan zon timur. Kajian ini menggunakan

instrumen soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpul data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi berdasarkan persoalan kajian. Data dari soal selidik juga diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 17.0. Statistik deskriptif yang diguna dalam kajian ini melibatkan nilai min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan statistik ujian-t dan regressi pelbagai. Perbincangan Dapatan Kajian Tahap Perpsektif Guru Terhadap Konstruk Input dan Proses Jadual 1 di bawah menunjukkan dapatan tahap perspektif guru terhadap konstruk input dan proses yang diukur dalam kajian ini. Analisis yang dijalankan mendapat ke semua konstruk yang diukur berada di tahap sederhana berdasarkan nilai min keselurhan 3.20 dan sisihan piawai .364. Secara perincinya konstruk pengetahuan pedagogi guru menunjukkan nilai min 3.21 dan sisihan piawai .415, kemudahan prasarana menunjukkan nilai min 3.01 dan sisihan piawai .384, proses pengajaran dan pembelajaran dengan nilai min 3.34 dan sisihan piawai .446 dan proses pembelajaran aktif dengan nilai min 3.28 dan sisihan piawai .348. Hanya konstruk pemantauan kurikulum menunjukkan nilai min di tahap yang rendah dengan nilai min 2.64 dan sisihan piawai .284. Dapatan ini memberi makna bahawa kesemua konstruk yang secara terperinci mengikut pernyataan-pernyataan tersebut masih mempunyai kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki lagi. Manakala konstruk pemantauan kurikulum yang menunjukkan nilai min yang rendah memberi gambaran tentang kelemahan amalan pemantauan terhadap pelaksanaan kurikulum sejarah dalam bilik darjah oleh pihak pentadbir. Ini agak bertentangan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 yang menjelaskana menjadi tanggungjawab pengetua untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah melalui penyeliaan dan pemantauan dalam bilik darjah. Ini turut ditegaskan oleh Namara (1988) dan Glass (1998). Dapatan kajian ini juga dilihat konsisten dengan kajian oleh Hallinger & Murphy (1987) dan Mohd Suhaimi et.al. (2008). Jadual 1 : Tahap Perpsektif Guru Terhadap Konstruk Input dan Proses _______________________________________________________________________ Bil. Konstruk Yang Diukur Nilai Min Ssihan Piawai Interpretasi _______________________________________________________________________ 1. Pengetahuan Pedagogi Guru 3.21 .425 Sederhana 2. Kemudahan Prasarana 3.01 .384 Sederhana 3. Pengajaran dan Pembelajaran 3.34 .446 Sederhana 4. Pembelajaran Aktif 3.28 .348 Sederhana 5. Pemantauan Kurikulum 2.68 .284 Sederhana ____________________________________________________________________________ Keseluruhan 3.20 .364 Sederhana ______________________________________________________________________ Tahap Perpsektif Pelajar Terhadap Konstruk Proses dan Produk. Jadual 2 di bawah menunjukkan tahap perspektif pelajar terhadap konstruk proses dan produk. Terdapat 6 konstruk yang diukur dari perspektif pelajar. Kesemua konstruk yang diukur menunjukkan tahap nilai min yang sederhana. Jadual 2 : Tahap Perpsektif Pelajar Terhadap Konstruk Proses dan Produk.

_______________________________________________________________________ Bil. Konstruk Yang Diukur Nilai Min Ssihan Piawai Interpretasi _______________________________________________________________________ 1. Pembelajaran Aktif 3.11 .102 Sederhana 2. Semangat Setia Negara 3.27 .731 Sederhana 3. Jati Diri Sebagai Warganegara Malaysia 3.21 .720 Sederhana 4. Semangat Perpaduan dan Kekitaan 3.25 .771 Sederhana 5. Memahami Keadaan Masyarakat dan Negara 3.07 .654 Sederhana 6. Ingatan Terhadap Peristiwa Sejarah 2.99 .713 Sederhana __________________________________________________________________________ Berdasarkan jadual 2 di atas tahap nilai min bagi konstruk pembelajatan aktif ialah 3.11 dan sisihan piawai .102. Ini menunjukkan proses pembelajaran aktif yang dilaksana oleh guru dalam bilik darjah masih di tahap sederhana dan kurang memuaskan. Bagi dimensi produk yang diukur dari perspektif pelajar, dapatan menunjukkan kesemua konstruk yang diukur (enam konstruk) berada di tahap sederhana sahaja. Jika dianalisis secara terperinci, dapatan menunjukkan konstruk semangat setia negara menunjukkan nilai min yang paling tinggi dengan nilai min 3.27 dan sisihan piawai .731. Manakala konstruk ingatan terhadap peristiwa sejarah pula menunjukkan nilai min yang paling rendah dengan nilai min 2.99 dan sisihan piawai .713. Lain-lain konstruk yang diukur turut menunjukkan nilia min di tahap yang sederhana dengan konstruk jati diri sebagai warganegara Malaysia (nilai min 3.21 dan sisihan piawai .720), semangat perpaduan dan kekitaan (nilai min 3.25 dan sisihan piawai .771) dan memahami keadaan masyarakat dan Negara (nilai min 3.07 dan sisihan piawai .713). Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan masih wujud kekurangan dalam mencapai matlamat produk dari perspektif pelajar. Dapatan kajian ini dilihat bertentangan dengan pandangan Manzo (2004), Mirkovic et.al. (2004) dan Ben Amos (1997) yang menegaskan kepentingan komponen produk ini ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia Negara dan perasaan bangga terhadap negara. Perbezaan Perspektif Guru terhadap Kandungan Buku Teks, Pengetahuan Pedagogi Guru dan Kemudahan Prasarana Berdasarkan Opsyen Jadual 3 menunjukkan dapatan ujian-t bagi melihat perbezaan perspektif guru dari aspek input terhadap pengetahuan pedagogi guru dan kemudahan prasarana berdasarkan opsyen guru. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan perspektif guru terhadap pengetahuan pedagogi (perbezaan min = .296, t= 4.87 dan sig.=.000<.05). Guru opsyen Sejarah memberikan nilai min pengetahuan pedagogi lebih tinggi atau lebih baik berbanding dengan guru bukan Sejarah. Namun demikian tidak wujud perbezaaan dari segi kemudahan prasarana (t=-.403 dan sig.=.688>.05) di antara guru sejarah dan guru bukan sejarah.

Jadual 3 Ujian-t tak bersandar perbezaan pengetahuan pedagogi dan kemudahan prasarana menurut guru berdasarkan opsyen guru Pembolehubah bersandar Kumpulan Opsyen N Skor Min Perbez aan min t DK Sig.

Pengetahuan Pedagogi Kemudahan Prasarana

Sejarah Bukan Sejarah Sejarah Bukan Sejarah

91 56 91 56

4.06 3.76 3.29 3.34

.296

4.87

145

.000

-.042

-.403

145

.688

Perbezaan Perspektif Guru Pelaksanaan Kurikulum, Proses Pembelajaran Aktif dan Pemantauan Kurikulum Berdasarkan Lokasi Sekolah Jadual 4 menunjukkan dapatan ujian-t bagi melihat perbezaan perspektif guru dari aspek proses terhadap pelaksanaan kurikulum, pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum berdasarkan lokasi sekolah. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan perspektif guru bandar dan luar bandar terhadap pelaksanaan kurikulum (t= .022 dan sig.=.983>.05), pembelajaran aktif (t=-.173 dan sig.=.863>.05) dan pemantauan kurikulum (t=.320 dan sig.=.750>.05). Dapatan ini bermakna bahawa guru bandar dan luar bandar mempuyai persepsi yang sama terhadap pelaksanaan kurikulum, pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum. Jadual 4 Ujian-t tak bersandar perbezaan persepsi guru ke atas pelaksanaan kurikulum, proses pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum berdasarkan lokasi sekolah Pembolehubah bersandar Pelaksanaan Kurikulum Proses Pembelajaran Aktif Kumpulan Lokasi Skolah Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar N Skor Min Perbez aan min 3.96 .001 3.96 3.93 -.011 3.94 t DK Sig.

41 106 41 106

.022

145

.983

-.173

145

.863

Pemantauan kurikulum

Bandar Luar Bandar

41 106

3.71 .037 3.68

.320

145

.750

Perbezaan Perspektif Pelajar terhadap Produk Berdasarkan Bangsa Jadual 5 menunjukkan perbezaan aspek pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam dimensi produk di antara pelajar Melayu dan bukan Melayu. Dapatan ini menunjukkan wujud perbezaan persepsi pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu terhadap produk iaitu semangat setia Negara (perbezaan min =.245, t=7.32 dan Sig.=.000<.05), jati diri sebagai warganegara Malaysia (perbezaan min =.269, t=-8.16 dan Sig.=.000<.05), memahami keadaan masyarakat dan negara

(perbezaan min =162, t=5.05 dan Sig.= .000<.05) dan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah (perbezaan min =.308, t=8.10 dan Sig.=.000<.05). Pelajar melayu memberikan nilai min produk iaitu semangat setia negara, jati diri sebagai warganegara Malaysia, memahami keadaan masyarakat dan negara dan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah lebih tinggi berbanding dengan pelajar dalam bukan Melayu. Namun demikian tidak wujud perbezaan dari segi mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan di antara pelajar Melayu dan bukan Melayu (perbezaan min =.035, t=1.03 dan Sig.=.301>.05). Jadual 5 Ujian-t komponen dalam produk menurut persepsi pelajar berdasarkan bangsa Pembolehubah bersandar Semangat setia negara Kumpulan Melayu Bukan Melayu Melayu Bukan Melayu Melayu Bukan Melayu Melayu Bukan Melayu Ingatan bersama terhadap Peristiwa Sejarah Melayu Bukan Melayu N 715 677 715 677 715 677 715 677 715 677 Min 4.13 3.89 4.46 4.19 4.04 4.01 4.27 4.11 4.28 3.97 .308 8.10 1273 .000 Perbeza an Min .245 T 7.32 DK 1303 Sig. .000

Jati diri sebagai warganegara Malaysia Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan Memahami keadaan masyarakat dan negara

.269

8.16

1290

.000

.035

1.03

1347

.301

.162

5.05

1301

.000

Sumbangan pengetahuan pedagogi guru dan kemudahan prasarana terhadap proses pembelajaran aktif Jadual 6 menunjukkan 2 daripada 3 pembolehubah bebas menjadi peramal ke atas pembolehubah bersandar iaitu pembelajaran aktif (F=62.229 dan sig=0.00<0.05) dan kemudahan prasarana (F=42.859 dan sig=0.00<0.05). Nilai beta dan sumbangan ditunjukkan dalam Jadual 6 dengan pengetahuan pedagogi sebagai peramal utama memberikan nilai Beta= .504, t=7.538, sig=0.00<0.05, dan R2=.300, sedangkan kemudahan prasarana memberikan nilai Beta=.273, t=4.091, sig=0.00<0.05 dan R2=.373. Dapatan ini menunjukkan bahawa pengetahuan pedagogi guru menyumbang ke atas pelaksanaan kurikulum sebanyak 30%, sedangkan kemudahan prasarana menyumbang sebanyak 7.3%. Dapatan ini dilihat selari dengan pandangan oleh Hassard (2000) dan DAugustine (1973). Ini turut di sokong oleh pandangan Rosnanaini (2003). Jadual 6 Regresi berganda (stepwise) bagi pemboleh ubah tak bersandar pengetahuan pedagogi, kemudahan prasarana keatas pembelajaran aktif Ralat Piawai .262 .063 R2 .300 Sumban Tolerans gan 30% .975 VIF

Peramal Pemalar Pengetahuan

B 1.531 .474

Beta .504

t 5.844 7.538

Sig. .000 .000

1.02

Pedagogi Kemudahan prasarana

.161

.039

.273

4.091

.000

.373

7.3%

.975

1.02

Implikasi dan Cadangan Kajian Lanjutan Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah telah dilaksana dengan baik dan dapat diterima oleh pelajar. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek yang masih boleh dipertingkatkan lagi pelaksanaannya. Oleh itu pengkaji ingin mencadangkan : i. guru Sejarah perlu beralih kepada corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan menggunakan proses active learning. Ini membolehkan penglibatan pelajar secara aktif dalam p&p dan menjadikannya lebih nature dan diminati oleh pelajar. Guru-guru Sejarah juga perlu didedahkan dengan pelbagai kursus pedagogi yang up to date. Dapatan kajian ini menunjukkan ramai guru Sejarah yang tidak pernah ditawar mengikuti sebarang kursus dalam tempoh setahun. Pihak JPN sepatutnya berusaha untuk menganjurkan pelbagai kursus penyegaran (refreshing course) untuk guru-guru Sejarah khususnya dari aspek pedagogi. Kursus sedemikian bukan sahaja dapat memberi input baru kepada guru Sejarah, malah dapat menafikan kurikulum Sejarah sebagai the dead man of curriculum dan dapat menghindarkan pemikiran guru-guru Sejarah daripada dead minded atau burnout terhadap kurikulum Sejarah. Kursus berkaitan dengan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik perlu diberi keutamaan kerana setiap guru Sejarah adalah bertanggungjawab mendidik pelajarnya sebaik mungkin. Konsep dan struktur Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlulah diberi nafas baru agar ianya mampu menarik minat guru Sejarah untuk mengikutinya. Kursus LDP yang berbentuk jangka pendek mahupun jangka panjang perlu menerapkan konsep retraining dan memberi penekanan kepada aspek nilai tambah kepada guru-guru. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif untuk proses pemerolehan data dengan menggunakan borang soal selidik. Justeru itu pengkaji ingin mencadangkan agar pengkaji seterusnya menggabungkan kedua-dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatif sebagai prosedur untuk mengutip data. Gabungan kedua-dua kaedah ini akan memantapkan lagi data yang diperolehi. Ini bertepatan dengan kenyataan Wiersma (2000) yang menyatakan ramai penyelidik menggabungkan ke dua-dua kaedah ini untuk memperolehi data yang lebih bermakna dan terperinci. Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di bilik darjah memerlukan sokongan bahan bantu mengajar yang berterusan. Sering kedengaran guru Sejarah menghadapi masalah mendapatkan bahan bantu mengajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu pengkaji ingin mencadangkan agar bahan bantu mengajar yang diperuntukan untuk pelaksanaan guru Sejarah di bilik darjah diperbanyakkan lagi. Antaranya termasuklah kemudahanTeknologi Maklumat dan Komunikasi, Makmal Sejarah, bilik khas dan bahan bercetak yang terkini sifatnya. Di samping itu bahan bantu mengajar Sejarah juga perlulah bersifat interaktif agar dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru di bilik darjah. Kajian ini menggunakan Model CIPP oleh Stufflebeam & Shinkfield (2007) dari dimensi proses dan produk sahaja kerana mengambil kira limitasi masa, kewangan dan tenaga yang dihadapi oleh pengkaji. Justeru itu pengkaji ingin mencadangkan agar satu kajian yang lebih menyeluruh dengan

ii.

iii.

menggunakan ke empat-empat dimensi ini iaitu dimensi konteks, input, proses dan produk dilaksanakan untuk melihat sumbangan ke dua-dua dimensi ini dalam mencapai matlamat pendidikan Sejarah. Rumusan Secara keseluruhannya kajian ini mendapati ke semua konstruk yang diukur sangat signifikan dalam membantu mencapai matlamat pendidikan Sejarah yang telah ditetapkan oleh pihak BPK (2002). Walau bagaimanapun guru Sejarah sebagai pelaksana kurikulum di bilik darjah perlulah mengambil inisiatif untuk memperkasa pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran aktif dalam bilik darjah. Anjakan pemikiran ini perlu dilakukan agar ianya selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan penampilan pendidikan Sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid secara aktif dalam kelas (PPK, 2002). Justeru itu pandangan Puad Zakarshi (2010) dalam Norizan (2010) agar pedagogi Sejarah perlu ke arah education is fun perlu dilihat secara serius bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Berikutnya secara tidak langsung akan membantu pihak KPM merealisasikan hasratnya ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah. Rujukan Aini Hassan dan Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Abdul Razaq Ahmad dan Ramli Saadon. (2007). Peranan kurikulum Pendidikan Sejarah yang berorientasikan Malaysia dalam membina identiti bangsa dalam Pendidikan Sejarah & Historiografi Nasional-Sentrik Konteks Malaysia, Indonesia dan Brunai Darussalam. Historia Utama Press. Bandung. Babbie, E. R. (2007). The Practice of Social Science Research. Ed. Ke 9. USA: Thomps Learning. Ben-Amos, A. (1997). The use of the past: patriotism between and memory. Dlm. D.Bar-Tal & E. Staub (eds) Patriotism: In the lives on individuals and nation. Chicago: Nelson-Hall Publisher. 129-149. Caine, G. & Caine, R. (1994). Making Connections: Teaching and Human Brain. New York: Addison. Wesley D Augustine, C.H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in Elemantry. New York: Harper & Row Publishers. Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (2008). How to Design and Evaluate. (2nd Ed.). New York: McGraw-Hill. Glass, G.V. (1998). Critical evaluation for education reform. Education policy analysis archives. http://epaa.asu.edu/epaa/v6n20.html(20 Oktober 2002) Hallinger, P., & Murphy, J.F. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Educational Leadership, 56-61.

Hassard, J. (2000). Pedagogical Content http://www.scied.gsu.edu/Hassard/

Knowledge

Concept

Map.

(atas

talian).

Jin, L., & Cortazzi, M. (1998). Dimensions of dialogue, large classes in China. International Journal of Educational Research. 29: 739-761 Kerlinger, F.N. (1986). Foundation of Behavioral Research. New York: Holt, Rinehart & Winston, Inc. Hitchock. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 1,2 dan 3. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. Khoo Kay Kim. (1992). Perkembangan Pendidikan Sejarah dalam Omar Mohd Hashim 1992. Falsafah Pendidikan Sejarah: Sejarah dalam Pendidikan. Persatuan Sejarah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Khoo Kay Kim. (1992). Perkembangan Pendidikan Sejarah dalam Omar Mohd Hashim 1992. Falsafah Pendidikan Sejarah: Sejarah dalam Pendidikan. Persatuan Sejarah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Manzo, K.K. (2004). Countries torn over baring warts in history texts. Education Week. 24(11), 8-11. Mirkovic, M., Skola, G., Beograd, Yugoslavia, & Crawford, K. (2004). Teaching History in Serbian and English Secondary Schools: A Cross-Cultural Analysis of Textbook. Mohd Suhaimi Mohamad Ali et al. (2007). Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Sekolah Menengah Luar Bandar. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 14, 2527 Jun 2007. Institut Aminudin Baki. Namara, C.M. (1998). Program evaluation: some myth about program University of the St Thomas, Minneapolis, Minneasota. http://www.mapnp.org/library/evaluate/fnl.eval.htm (9 Disember 2002). Norizan Seman. (2.11.2010). Memupuk jati diri dan patriotisme. Utusan Malaysia. Rohana Zubir. (1987). Aplikasi teknologi dalam pembelajaran sejarah; kesan dan masalah. Masalah Pendidikan. 12. 89-98 Rosnanaini Sulaiman. (2003). Pelaksanaan pendekatan pengajaran kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Sejarah: Satu kajian kes. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Siti Zainun Mat. (1988). Pelajaran Sejarah di Sekolah-Sekolah di Semenanjung Malaysia 1948-1970an: Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Stufflebeam, R. L., & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation Theory, Model and Applications. (1st ed ) San Francisco : Jossey- Bass. A Wiley Imprint. Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia-Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. evaluation.

Wiersma, W. (2000). Research in Education : An Introduction. Boston: Allyn and Bacon. Wainer, H, & Braun, H. I. (1988). Test Validity. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Anda mungkin juga menyukai