Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM UNTUK

MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN KONSEP SEJARAH PELAJAR PPISMP


Azmi Mohamad Jalani
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan minat dan penguasaan konsep sejarah guru
pelatih dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam proses
pembelajaran Sejarah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berdasarkan Model
Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mctaggart (1998). Masalah yang dihadapi oleh para pelatih
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam mata pelajaran Sejarah adalah
pengekalan minat dan kefahaman konsep sejarah dalam subjek Sejarah. Tinjauan awal telah
dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para pelatih dari
Unit L6 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang mengambil subjek Sejarah
sebagai elektif pengajian mereka. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kajian ini adalah
pemerhatian, temu bual, dan borang soal selidik. Dapatan kajian tindakan ini menunjukkan
bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran sejarah menggunakan Model Lima Fasa
Needham ini berjaya meningkatkan minat dan kefahaman konsep sejarah dalam kalangan para
pelatih tersebut.

Abstract

The action research is carried out with the aim to increase the teacher trainees interest towards
history and to master the history concept by using the Constructivisme Five Phase Needham
Model in the process of learning History. The research design thathas been used are based on
the Kemmis and Mctaggart Action Research Model (1988). The problems that are faced by the
teacher trainees in the foundation program are to maintain their interest and to master the
concept of history during the History subject. A pre observation had been done to identify the
problem faced by these trainees. This research has been done towards a group of teacher
trainees consisting 27 trainees from L6 unit preparatory program that has taken History as their
minor subject in their course. The instruments that have been used for measuring data in this
research are observations, interview, as well as questionnaires form. The result of this action
research showed that the practice of teaching and learning history using Contructivisme Five
Phase Needham Model was success in increasing the teacher trainees interest and to master
their concept towards history.

Kata Kunci : Model Lima Fasa Needham, minat, kefahaman konsep, kajian tindakan


PENGENALAN

Latar Belakang Kajian / Konteks Kajian

Bidang sejarah mempunyai tiga sudut pengertian, yang pertama ialah sejarah menceritakan
tentang keseluruhan masa lalu manusia seperti yang sebenar berlaku. Kedua, sejarah
merupakan percubaan manusia menghurai dan mentafsir masa lalu dan yang ketiga, sejarah
sebagai kajian sistematik terhadap masa lalu. Justeru , untuk memudahkan pengajaran, kaedah
kuliah saya gunakan dan hasilnya para pelajar saya begitu pasdif dalam membabitkan diri
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan. Apabila ditanya tentang beberapa
istilah asas sejarah sperti konsep sejarah, ketamadunan dan cirri-ciri tamadun, mereka tidak
dapat memberi satu jawapan yang jitu dan mantap dan fakta-fakta yang diberi berkaitan
persoalan bercampur baur di antara pernyataan umum dan pernyataan sejarah.

Pada Akhir pengajaran, tugasan diberi kepada para pelatih bertujuan menguji kefahaman
mereka terhadap aspek yang telah saya ajar. Selain itu saya ingin melihat dan mengetahui
sejauhmanakah penguasaan mereka dalam memahami konsep, fakta dan pengetahuan sejarah
yang terdapat dalam proses pengajaran yang telah saya lakukan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (p&p).


Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sewaktu saya menyemak hasil penulkisan para pelatih berdasarkan soalan yang diberi, saya
rasa sungguh terkejut kerana saya dapati walaupun mereka telah memperoleh kelulusan yang
cemerlang dalam peperikasaan SPM yang lalu, tahap penguasaan konsep, fakta dan
kefahaman sejarah mereka sungguh terhad. Mereka tidak mampu untuk membuat analisis
berkaitan sesuatu peristiwa sejarah. Segala pengetahuan sejarah yang ditulis oleh mereka
menggambarkan pengetahuan sejarah yang terhad dan tidak berkembang.

Kematangan pengolahan fakta sejarah tidak dapat dilakukan dengan baik. Apabila saya
tanyakan kepada para pelatih tentang keadaan ini, jawapan yang mereka berikan mudah
sahaja iaitu Guru-guru tidak menekankan tentang konsep sejarah dan kefahaman peristiwa
sejarah dalam kehidupan manusiasejagat. Tambhan pula kami menganggap subjek sejarah
adalah suatu subjek yang sejuk dan kaku dan hanya perlu dihafal berkaitan tarikh, peristiwa
dan tokoh-tokoh yang terlibat dalam sesuatu peristiwa bersejarah. Lantaran itu minat terhadap
mata pelajaran ini agak menurun berbanding mata pelajaran lain. Tambahan pula dari
peringkat sekooah, paraguru hanya memberi penekanan kepada fakta-fakta sejarah bertujuan
secara tidak langsung menyebabkan para pelajar kurang berminat dalam subjek yang dianggap
sejuk dan kaku ini.




FOKUS KAJIAN

Isu Kajian/Tinjauan dan Analisis Masalah

Bagi mengukuhkan tinjauan awal saya itu, saya telah menjalankan satu soal selidik berkaitan
minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dan hasilnya menepati jangkaan saya, para
pelajar kurang berminat terhadap mata pelajaran ini. Kesemua ini menimbulkan beberapa
persoalan kepada diri saya. Adakah cara saya mengajar selama ini kurang membantu pelajar
menambahkan pengetahuan sejarah mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik
minat pelajar memahami konsep dan pengertian sejarah serta isi-isi tersirat di sebalik sesuatu
peristiwa bersejarah?. Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk
membantu pelajar saya agar minat mereka timbul untuk mengkaji sesuatu peristiwa sejarah dan
seterusnya menjadikan pengetahuan sejarah sebagai satu asa pengetahuan untuk menjadi
penyelidik terhadap kejadian-kejadian yang berlaku di dunia ini.

Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan, terdapat pensyarah lain yang
berpandangan bahawa pelajar-pelajar hari ini kurang membaca dan gemar jika disuapkan
sahaja dengan ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab
soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh saya lakukan bagi menangani masalah ini?
Saya juga dapati dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan
sekarang masih ramai pelajar yang kurang berminat untuk menguasai pengetahuan sejarah
dan seandainya mereka berminat, pengetahuan sejarah mereka pula amat terhad.

Saya berpendapat kurangnya minat dan lemahnya penguasaan pengetahuan sejarah dalam
kalangan pelajar adalah disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan terhadap pentingnya
kefahaman sejarah yang saya berikan sama ada semasa proses p&p atau sampingan di luar
bilik darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah
saya terhadap kaedah yang digunakan semasa memberi pengetahuan sejarah kepada para
pelajar.
Kaedah yang berpusatkan guru yang digunakan akan hanya melahirkan para pelajar yang
jumud dan tidak mampu memperkembangkan elemen sejarah dalam diri mereka. Sekiranya
saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar-pelajar saya tidak akan mempunyai
kesedaran yang mendalam berkaitan aspek pendidikan sejarah. Keadaan ini sekaligus boleh
mewujudkan satu generasi yang tidak akan memahami tentang proses perkembangan
masyarakat dan Negara. Pada diri saya seandainya saya tidakmemperbaiki amalan pendidikan
ini, saya percaya saya telah gagal melaksanakan tugasan sebagaiseorang pendidik yang
mendidik bakal-bakal guru. Selain itu saya juga gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
saya sebagai agen kerajaan dalam memartabatkan elemen sejarah dalam diri bagi melahirkan
warganegara yang setia dan cintakan Negara serta berbangga dengan keperibadian bangsa
Malaysia.

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah minat pelajar terhadap pengetahuan sejarah dan
penguasaan pelajar dalam memahami sesuatu konsep pengajaran sejarah yang dilakukan.
Pelajar saya bukan sahaja tidak mempunyai minat yang mendalam dalamsubjek sejarah tetapi
pengetahuan sejarah mereka pula amat terhad dan mereka gagal untuk mengaplikasikan
pengetahuan sejarah dalam reality kehidupan mereka. Mereka hanya mampu menggunakan
pengetahuan sejarah untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan
dana apabila diminta untuk membuat analisis secara mendalam, mereka gagal untuk
melakukannya dengan baik.

Dengan membantu pelajar memperkaya kefahaman konsep dan pengertian sejarah, saya yakin
pelajar boleh membina satu pengetahuan sejarah yang jelas dan mantap. Saya berpendapat
seandainya saya mngubah amalan pengajaran saya dengan memberi penekanan kepada
aktiviti-aktiviti yang berpusatkan pelajar mengikut Fasa Needham (Needham, 1987), saya
percaya minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut akan meningkat.

Pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu penglibatan aktif seperti menyatakan idea, penulisan
secara kritis akan mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
Oleh itu, pendekatan yang berpusatkan pelajar dan merangsang minda dapat membantu
mereka llus dengan cemerlang dan sekaligus membolehkan mereka menguasai dan
menghasilkan struktur pengetahuan sejarah yang baik.

Lantaran itu fokus kajian tindakan saya akan melihat bagaimanakah menambahbaik amalan
p&p untuk membolehkan para pelajar saya berminat untuk menguasai kefahaman dan
pengetahuan konsep sejarah dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam kerangka
pensejarahan melalui penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan meningkatkan amalan pengajaran pensyarah melalui penggunaan Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham bagi meningkatkan minat dan penguasaan konsep dalam
mata pelajaran Sejarah dalam kalangan guru-guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP).

Objektif Khusus
1. Meningkatkan minat pembelajaran Sejarah guru-guru pelatih melalui pengajaran dengan
menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham.
2. Meningkatkan penguasaan terhadap konsep sejarah guru-guru pelatih menggunakan
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham.

SOALAN KAJIAN
1. Adakah minat pembelajaran Sejarah guru-guru pelatih dapat ditingkatkan melalui
amalan pengajaran menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham?
2. Adakah penguasaan terhadap konsep sejarah guru-guru pelatih dapat ditingkatkan
melalui amalan pengajaran menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham?

KUMPULAN SASARAN
Kajian melibatkan 28 orang pelatih Unit L6 Ambilan Jun 2011 dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh, Ipoh Perak. Kesemua responden merupakan guru pelatih dari Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan terdiri daripada 6 orang lelaki dan 22 orang
perempuan. Secara keseluruhan prestasi akademik responden agak cemerlang kerana telah
memiliki kelulusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu.

Anda mungkin juga menyukai