Anda di halaman 1dari 12

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KURSUS: GGGB 6012


PENULISAN AKADEMIK 1

TAJUK:

PERSEMBAHAN ULASAN KRITIS 5 MAKALAH PROSIDING


DALAM BIDANG PENULISAN PELAJAR
(SARJANA PENDIDIKAN SEJARAH)

NAMA:

JAMIATI BINTI BURAHIN P56450


SHAWANI ZAKARIA P59102
HAMZAN SAFFARINA BT MOHAMMAD P59077

NAMA PENSYARAH:

PROF. MADYA DR ZAMRI MAHAMOD


2

ISI KANDUNGAN
ANALISIS PROSIDING
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT

1.0 TAJUK 03

2.0 TUJUAN KAJIAN 03

3.0 PERSOALAN KAJIAN 05

4.0 METODOLOGI KAJIAN 06

5.0 DAPATAN KAJIAN 08

6.0 KESIMPULAN 10

7.0 KEKUTAN DAN KELEMAHAN 11

8.0 LAMPIRAN
13
i) Persembahan “Power Point”
ii) Artikel- Artikel Prosiding
3

1. Tajuk Prosiding

Prosiding 1
Meningkatkan Keupayaan Pelajar Mengingat Fakta Sejarah dengan Menggunakan Kaedah Mneumonik.

Prosiding 2
Meningkatkan Kemahiran Mejawab Soalan Esei Sejarah SPM Berbentuk KBKK mengguakan Teknik
Theory of Constraints ( TOC )

Prosiding 3
Amalan Kecindan ( Sense of humour ) Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Prosiding 4
Penggunaan Peta Konsep Dalam Meningkatkan Kefahaman dalam mata Pelajaran Sejarah

Prosiding 5
Kesan Pembelajaran Koperatif Ke atas Sikap Dan pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah

Rumusan Tajuk Prosiding


Prosiding 1 hingga 5 membincangkan tentang kaedah Pengajaran dan Pembelajaran berkesan yang
digunakan oleh guru di bilik darjah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

2. Tujuan Kajian
Prosiding 1
Kajian ini bertujuan untuk mengubah amalan pegajaran guru Sejarah ke arah pendekatan yang
membolehkan pelajar mudah mengingatkan fakta Sejarah ,dengan menggunakan kaedah
mneumonik ini membantu pelajar mengingatkan fakta Sejarah dengan lebih berkesan.

Prosiding 2
4

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan dalam peperiksaan serta
menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah di samping meningkatkan kelulusan
pelajar dalam subjek Sejarah dan untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan jangka pendek,
kemampuan menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan topik yang diajar dalam bentuk
soalan esei.

Prosiding 3
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat kewujudan kecindan dan intesitinya (tinggi,
sederhana, rendah ) semasa sesi pengajaran dan pembelajarann berlaku.
Selain daripada itu untuk mengenal pasti sama ada kecindan guru semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan suasaa seronok untuk belajar dalam kalangan
pelajar di bilik darjah.

Prosiding 4
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta konsep dalam
meningkatkan kefahaman dalam mata pelajaran Sejarah.

Prosiding 5
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sama ada kaedah pembelajaran koperatif jenis jigsaw II dan
kaedah pembelajaran tradisional mampu megubah sikap dan meningkatkan pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifika antara
persepsi penggunaan kaedah pembelajaran koperatif jenis jigsaw II dalam mata Sejarah berdasarkan
jantina.

Rumusan Tujuan Kajian


Tujuan kajian dalam prosiding 1-5 ini untuk mempermudahkan pelajar memahami dan
mengingat semula fakta Sejarah

3. Persoalan Kajian
5

Prosiding 1
Adakah kaedah mneumonik dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan mengingat fakta-
fakta Sejarah.
Bagaimanakah cara melaksanakan kaedah meumonik kepada pelajar.
Sejauh manakah keberkesanan kaedah mneumonik terhadap pelajar.

Prosiding 2
Adakah teknik TOC dapat membatu pelajar meningkatkan kemahiran menjawap soalan Esei
Sejarah berbentuk KBKK.
Adakah teknik TOC dapat meningkatkan minat pelajar mempejari Sejarah?
Adakah tekik TOC dapat membatu pelajar megingat fakta-fakta yang banyak.
Adakah teknik TOC dapat memberansangkan pelajar dan tidak menjemukan pelajar dengan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk dua hala.

Prosiding 3
Adakah kecindan dapat mewujudkan suasana seronok untuk belajar dalam kalangan pelajar
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Adakah guru mengamalkan kecindan pengajaran dan pembelajaran.
Apakah intensiti( tinggi, sederhana, rendah ) atau tahap kecindan yang dilaksanakan oleh guru
semasa mengajar.

Prosiding 4
Apakah pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran
jika guru menggunakan peta konsep.
Adakah guru dapat mengubah corak pembelajara pelajar yag bercorak penghafalan kepada
pembelajaran bermakna.
Adakah dengan meggunakan peta konsep pelajar akan menarik minat untuk belajar Sejarah .

Prosiding 5
Apakah faktor yag menyebabkan pelajar tidak berminat dengan mata pelajara Sejarah.
6

Bagaimanakah cara untuk menarik minat pelajar dan meningkat pencapaian mata pelajaran
Sejarah di sekolah.
Apakah penggunaan kaedah pembelajaran koperatif jenis jigsaw II ini boleh menyelesaikan
masalah

Rumusan Persoalan Kajian


Penggunaan kaedah mneumonik ini pelajar akan merasa puas dan lebih menghargai apa yang
dicipta pelajar sendiri dan dapat mencungkil daya kreativiti pelajar. Menerusi kaedah TOC,
pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah
berdasarkan pemikiran yang logik dann sistematik. Dalam kajian ini mendapati kaedah
mneumonik dapat membantu pelajar mengingati fakta Sejarah dengan lebih berkesan dan
memudahkan pelajar membuat ulangkaji sendiri atau berkumpulan. Peta konsep sesuai dijadikan
satu amalan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah, prestasi pencapaian pelajar dapat
dipertingkat dari masa ke semasa.

Peta konsep perlu diperkenalkan kepada pelajar untuk melatih pelajar dengan cara dan teknik
untuk meningkatkan lagi pemahaman terhadap mata pelajaran Sejarah. Penggunaan kaedah
pembelajaran koperatif jenis jigsaw II dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah telah dapat
mengubah sikap negatif pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dan seterusnya meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.Pembelajaran yang berpusatkan pelajar dapat
menarik perhatian pelajar kepada mata pelajaran Sejarah.

4. Metodologi Kajian

Prosiding 1
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Reka bentuk kajian adalah secara temu bual
tidak berstruktur, pemerhatian dan juga soal-selidik berbentuk esei. Temu bual di buat ke atas 6 orang
pelajar untuk mendapat maklum balas tentang penyelidikan yang dibuat. Penyelidik turut membuat
pemerhatian semasa proses P&P dijalankan dan juga catatan guru Sejarah. Soal-selidik berbentuk esei
pula dilakukan ke atas pelajar yang mendapat markah kurang daripada 50%. Sampel kajian terdiri
daripada 38 orang pelajar tingkatan 1 dari sebuah sekolah. Merupakan sampel kajian bertujuan.
7

Prosiding 2
Kajian ini merupakan kajian tindakan berbentuk kuantitatif. Penyelidik menggunakan kaedah
ujian dan juga kaedah soal selidik. Kaedah ujian digunakan sebelum dan selepas menggunakan
teknik TOC dalam P&P. Terdapat dua kategori ujian iaitu jenis Ujian pra dan Ujian Pos. Kaedah
soal-selidik pula digunakan selepas Ujian Pos dijalankan bagi mendapat responden pelajar
terhadap keberkesanan TOC dalam P&P dan menjawab soalan yang berbentuk KBKK. Sampel
kajian terdiri daripada 22 orang pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan awam
pada hujung tahun.

Prosiding 3
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Penyelidik menggunakan kaedah
kajian tinjauan bagi melihat pandangan guru pelatih dan murid sekolah terhadap amalan
kecindan dalam pendidikan. Merupakan kajian rintis kepada kajian sebenar. Penyelidik
menggunakan dua set soal selidik iaitu soal selidik murid dan soal selidik guru pelatih. Sampel
kajian adalah persampelan tidak berbebarangkalian secara bertujuan. Sampel terdiri daripada
murid tingkatan 3 daripada sebuah sekolah menengah di Cheras, Selangor dan guru pelatih
daripada sebuah institusi pengajian awam di Kuala Lumpur yang sedang menjalani perguruan di
semester kedua.

Prosiding 4
~Tiada ~

Prosiding 5
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian
kuasi-eksperimental yang mempunyai kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan
rawatan diberikan pengajaran menggunakan pendekatan koperatif selama 8 minggu. Manakala
kumpulan rawatan menggunakan pendekatan tradisional selama 8 minggu.Ujian pra dan pasca
dan soal selidik dan pencapaian diberikan untuk melihat hasil dapatan kajian berdasarkan
hipotesis kajian. Sampel kajian terdiri daripada 87 orang pelajar tingkatan 4 daripada sebuah
8

sekolah. Sampel kajian ini mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama dalam mata
pelajaran Sejarah berdasarkan keputusan peperiksaan PMR 2007.

Rumusan Motodologi Kajian


Keseluruhan kajian menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan soal
selidik. Kecuali prosiding 1, kajian ini menggunakan penyelidikan kuatitatif iaitu kaedah
temubual.

5. Dapatan Kajian

Prosiding 1
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan mengingat fakta Sejarah menggunakan
kaedah ini. Namun, terdapat sebilangan pelajar didapati tidak berupaya mencipta ayat sendiri.
Walau bagaimanapun masalah ini telah dapat diatasi ini dengan pembelajaran secara
berkumpulan. Pelajar dapat membina rangkai kata yang lebih menarik dengan gabungan idea
pelajar yang kurang kreatif dan pelajar yang lebih kreatif. Pelajar lebih menghargai hasil ciptaan
sendiri dan memudahkan mereka untuk mengingat fakta sejarah berbanding dengan apa yang
diberi tanpa melibatkan usaha mereka sendiri.

Prosiding 2
Data yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat peningkatan prestasi pelajar dalam menjawab
soalan esei berbentuk KBKK melalui Teknik TOC dalam Ujian Pos yang dilakukan. Dapatan kajian
mendapati pelajar lebih suka menggunakan teknik ini dan dapat memberangsangkan minat mereka
dalam mata pelajaran Sejarah.
Melalui teknik ini juga, pelajar dapat menguasai beberapa kemahiran iaitu Teknik Awan(The Cloud),
Teknik Sebab dan Akibat(Logic Branch) dan Teknik Penyelesaian Masalah(Problem Solving) dalam
menjawab esei.

Prosiding 3
9

Dapatan kajian diperolehi dengan menganalisa data secara deskriptif menggunakan min dan sisihan
piawai terhadap kedua-dua set soal selidik. Penyelidik juga menggunakan pakej statistik SPSS. Amalan
kecindan dapat mewujudkan suasana seronok untuk belajar dan meningkatkan minat murid untuk belajar
serta membantu mereka memahami isi kandungan mata pelajaran. Amalan ini juga meningkatkan
interaksi sesama rakan sejawat guru dan juga sesama rakan murid. Guru pelatih menganggap amalan ni
dapat mewujudkan kesan positif terhadap P&P murid.

Prosiding 4
~Tiada~

Prosiding 5
Dapatan kajian dari ujian t mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap dan
pencapaian pelajar dari kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan sebelum dan selepas pengajaran
Sejarah. Oleh itu Hipotesis kajian 1, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8 ditolak. Walau bagaimanapun, Hipotesis kajian 2
dan 9 diterma kerana tidak wujud perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap mata
pelajaran sejarah bagi kumpulan kawalan sebelum dan selepas mengikuti kaedah pembelajaran
tradisional. Begitu juga dengan persepsi pelajae dari kumpulan rawatan tidak wujud berbezaan
signifikanmengenai kesan penggunaan kaedah koperatif jenis Jigsaw II. Secara keseluruhannya, persepsi
pelajar terhadap penggunaan pembelajaran kopratif adalah lebih tinggi berbanding penggunaan
pembelajaran tradisional.

Rumusan Dapatan Kajian

Secara kesimpulannya, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat meningkatkan
prestasi bagi pelajaran sejarah. Teknik Mneumonik dan TOC dapat membantu pelajar meningkatkan
daya ingatan terhadap fakta-fakta sejarah. Pembelajaran secara koperatif dan unsur kecindan pula dapat
menjadikan P&P sejarah lebih menarik dan meningkatkan daya minat pelajar dalam pembelajaran
tersebut.

6. Kesimpulan
10

Prosiding 1
Kajian ini mendapati bahawa kaedah mneumonik ini boleh digunakan sebagai satu kaedah atau teknik
pengajaran bagi guru dan pembelajaran bagi pelajar. Penggunaan teknik ini juga tidak terbatas kepada
mana-mana mata pelajaran, Cuma perlu inovasi dan kreativiti guru itu sendiri. Kaedah ini amat
bersesuaian dan relevan dengan kondisi pelajar sekarang dan masa hadapan yang memerlukan bentuk
pengajaran dan pembelajaran yang mudah tanpa menjejaskan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Prosiding 2
Kajian menunjukkan bahawa teknik TOC berjaya membantu pelajar meningkatkan kemahiran
menjawab esei sejarah berbentuk KBKK. Pelajar juga dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran
berfikir dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Setiap keputusan
yang dibuat oleh pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab
dan kolektif. Pelajar juga didapati mampu berkomunikasi dengan baik menerusi kaedah ini.
Kaedah ini sesuai diaplikasikan dalam menjawab soalan esei yang berbentuk KBKK kerana kajian
tindakan ini telah membuktikan pelajar mencapai keputusan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Prosiding 3
Kajian ini menunjukkan, amalan kecindan semasa proses P&P dapat mengurangkan tekanan pelajar dan
juga guru. Amalan ini patut di praktikkan dalam P&P untuk hasil pengajaran & pembelajaran yang lebih
berkesan. Institusi latihan perguruan perlu memberi perhatian terhadap unsur ini dalam agenda
kurikulum latihan perguruan negara kita.

Prosiding 4
Peta konsep sesuai dijadikan satu amalan dalam pengajaran Sejarah untuk meningkatkan prestasi
pencapaian pelajar. Peta konsep yang menyarankan beberapa prinsip dan prosedur pembinaannya amat
sesuai membantu pelajar mengatasi permasalah pembelajaran.
Penggunaan Peta Konsep perlu diperkenalkan diperluaskan penggunaannya kepada pelajar untuk
meningkatkan lagi pemahaman terhadap mata pelajaran Sejarah.
11

Prosiding 5
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran koperatif jenis Jigsaw II dalam
P&Ptelah mengubah sikap negatif pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dan meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Signifikan kajian ini adalah pelajar dari kumpulan
rawatan dapat menjawab keseluruhan soalan sejarah dengan baik apabila mendapat markah yang tinggi
setelah ujian pasca diadakan berbanding pelajar kawalan yang menggunakan pendekatan tradisional.
Kaedah ini telah menjadikan proses P&P sejarah lebih berpusatkan pelajar dan dapat menarik perhatian
pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

Rumusan Kesimpulan
Keseluruhan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran ini amat sesuai diaplikasikan dalam mata
pelajaran Sejarah.

7. Kekuatan Dan Kelemahan

Prosiding 1
• Kekuatan prosiding 1, dari segi, penggunaan sampel yang sedikit serta terkawal. Memudahkan
pengawalan sampel dan dapatan kajian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan penulis,
membantu menentukan rekabentuk kajian. Manakala, kelemahan prosiding 1, tiada abstrak
kajian, persembahan dan organisasi isi kandungan keseluhuran, terlalu lemah, kajian tidak
menggunakan kumpulan kawalan bagi membuat perbandingan serta rujukan tidak mencukupi
dan kurang relevan.

Prosiding 2

• Kekuatan prosiding 2, ia memberikan cadangan kepada kajian lanjutan selain, data dikumpulkan
menggunakan kaedah soal selidik, ujian pra dan pos. Manakala, kelemahan prosing 2,
pengenalan artikel (umum, tidak bergerak kepada tema utama, tiada implikasi kajian serta
rujukan tidak mencukupi dan kurang relevan.
12

Prosiding 3

• Kekuatan prosiding 3, adalah analisis data bagi kedua- dua set soal selidik, yang diperolehi
daripada kajian ini; melibatkan guru pelatih dan murid, menunjukkan wujud konsistensi yang
tinggi. Ini menunjukkan instrumen ini, memiliki kebolehpercayaan yang baik. Manakala,
kelemahan prosiding 3, kajian ini merupakan kajian rintis bagi memperolehi kebolehpercayaan
instrumen kajian sebenar. Jadi, dapatan kajian ini, tidak dapat digeneralisasikan.

Prosiding 4

• Kekuatan prosiding 4, ialah bahasa yang digunakan (menggunakan ayat yang senang difahami
serta tiada penggunaan istilah/jorgon yang kompleks). Selain itu, penulis memberikan penjelasan
yang begitu terperinci dan mendalam terhadap , fokus kajian, iaitu peta konsep. Manakala
kelemahan prosiding ini, abstrak kajian (tidak menyatakan kaedah kajian, hasil analisis data
serta kesimpulan utama). Antara lain, kajian tidak menyertakan metodologi kajian (tiada
disertakan sampel serta reka bentuk kajian yang digunakan) selaian, h asil kajian adalah secara
umum. Tiada disertakan sebarang jadual/rajah/graf berkaitan dapatan kajian.

Prosiding 5
• Kekuatan prosiding 5, penulis kajian, telah menyatakan hipotesis serta implikasi kajian. Ini
menjadikan, analisis kajian lebih manrik dan pelbagai serta sistematik. Manakala, tiada
kelemahan didapati didalam prosiding ini.

Anda mungkin juga menyukai