Anda di halaman 1dari 25

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN: MAKRO PENGAJARAN 1

TAJUK KAJIAN TINDAKAN:

AKTIVITI TURN AND SHOUT DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR BAGI


TOPIK PENDUDUK DI MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS: HGP3033 PENGAJARAN GEOGRAFI

NAMA: MUHAMMAD AZRIL BIN ISMADI

NO. MATRIK: D20201094271

KOD DAN NAMA PROGRAM: AT33 ISMP GEOGRAFI

SEMESTER: SEMESTER 6

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. HANIFAH BINTI MAHAT


ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 1

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1-2

3.0 ISU KEPERIHATINAN 2

4.0 KAJIAN LITERATUR 2-3

5.0 OBJEKTIF KAJIAN 3-4

6.0 KUMPULAN SASARAN 4

7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 4-8


7.1 Kaedah Pemerhatian
7.2 Analisis Dokumen
7.3 Soal Selidik
7.4 Ujian Pra

8.0 INOVASI PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN DAN 8-11


PEMBELAJARAN TOPIK PENDUDUK DI MALAYSIA
TINGKATAN 1
8.1 Aktiviti Turn and Shout
8.2 Kutipan Data
8.3 Cadangan Analisis Data

9.0 RUMUSAN 11

RUJUKAN 12

LAMPIRAN (RPH PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN)


1.0 PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu aktiviti yang kompleks yang memerlukan keplbagaian aktiviti dalam
membantu proses pembelajaran atau objektif pembelajaran tercapai. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran perlu dipelbagaikan dalam menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti yang digunakan oleh guru memainkan peranan yang
penting dalam menambah baik suasana pembelajaran di dalam kelas. Menurut Dailey (2009)
dalam penulisan Yackop Jantan dan Chua Yan Piaw (2017) menyatakan bahawa
mengketengahkan empat faktor utama memotivasikan seseorang dalam pembelajaran iaitu
kesediaan guru untuk bersama dalam kelompok pembelajaran berkenaan, mewujudkan
keseronokan untuk belajar, mewujudkan suasana yang berbentuk instrumental seperti seseorang
kelihatan canggih, terpelajar dan seiring dengan kemajuan global dan memenuhi tuntutan faktor
luaran seperti memenuhi kehendak ibu bapa, untuk mendapatkan sesuatu ganjaran ataupun
mengejar sesuatu matlamat (m/s 4).

Mata pelajaran Geografi merupakan mata pelajaran yang perlu ditekankan dalam pendidikan.
Para pelajar perlu mempelajari mata pelajaran Geografi ini dalam menambah pengetahuan
umum mereka. Hal ini kerana, Geografi ini akan membantu para pelajar ini kerana setiap
pembelajarannya berkaitan dengan asas kehidupan. Pendidikan Geografi khususnya Geografi
sekolah di Malaysia mengalami perubahan demi perubahan selaras dengan perkembangan
semasa dan keperluan negara. Perkembangan ini berkait rapat dengan konteks sosio budaya
Malaysia dan falsafah yang mendasarinya (Zohir Ahmad, 2016, m/s 1). Oleh itu, seorang guru
perlu kreatif dalam mencari kaedah atau pendekatan yang dapat menimbulkan tindak balas
pelajar yang positif.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar. Objektif pembelajaran
tidak tercapai sepenuhnya. Objektif pembelajaran pertama tidak tercapai sepenuhnya iaitu hanya
70 peratus sahaja. Objektif pembelajaran kedua tercapai dengan baik iaitu 90 peratus manakala
objektif pertama dilihat tidak dapat dicapai dengan baik. Aspek kelemahan guru yang dapat
dikesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti pentaksiran yang digunakan
oleh guru tidak sesuai untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Objektif pertama
yang ditetapkan adalah pelajar dapat mengenal pasti jenis taburan penduduk di Malaysia. Guru
menggunakan aktiviti soal jawab sebagai pentaksiran untuk objektif pembelajaran yang pertama.

1
Namun, kekuatan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah guru
dapat menerangkan dengan baik tentang topik yang diajar iaitu penduduk di Malaysia bagi
tingkatan satu. Kaedah yang digunakan oleh guru iaitu kaedah penerangan dan perbincangan
merupakan kaedah yang dilihat sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik
penduduk di Malaysia ini. Langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah memilih
kaedah perbincangan dan langkah penerangan agar tajuk ini dapat difahami pelajar dan kesemua
objektif pembelajaran dapat dicapai.

3.0 ISU KEPERIHATINAN

Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
memahami topik penduduk di Malaysia iaitu sub topik jenis taburan penduduk di Malaysia.
Terdapat pelajar yang tidak dapat membezakan jenis taburan penduduk di Malaysia mengikut
kawasan di Malaysia. Mereka hanya tahu nama-nama kawasan di Malaysia tetapi tidak tahu
sama ada kawasan tersebut kawasan berpenduduk padat, berpenduduk sederhana padat atau
berpenduduk jarang.

Langkah penyelesaian dalam konteks Pedagogi guru yang boleh dilaksanakan adalah dengan
menggunakkan pendekatan secara deduktif. Selain itu, strategi berpusatkan guru dan aktiviti
boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang boleh digunakan
adalah perbincangan dan penerangan manakala teknik yang digunakan adalah permainan atau
game based learning dalam menarik minat pelajar dan menambah baik suasana sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Pentaksiran yang digunakan adalah inovasi aktiviti yang
dibentuk iaitu Turn and Shout. Melalui inovasi aktiviti ini pelajar akan dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam mengenal pasti jenis taburan penduduk di Malaysia.

4.0 KAJIAN LITERATUR

Pemilihan bagi kaedah dan pendekatan pengajaran guru memainakan peranan yang penting bagi
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah dan pendekatan pengajaran guru ini
akan membantu dalam menambah baik suasana di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian
kerana, para pelajar tidak akan mudah merasa bosan untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas yang mempunyai suasana yang baik dan positif. Keadaan ini juga
akan membantu guru untuk menyampaikan maklumat atau pengajaran tentang topik yang diajar

2
dengan berkesan. Menurut Normiati dan Abdul Said (2019) menyatakan dalam kajian mereka
bahawa bagi menghasilkan satu proses pengajaran yang berkualiti, ia melibatkan penyusunan
seperti merancang, melaksana dan menilai pengajaran dalam sesuatu keadaan yang mana
terdapat rintangan atau halangan yang perlu diatasi oleh individu (m/s 33). Ini bermaksud guru
perlu bijak dalam merancang kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk digunakan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Zulfiqar dan Anuar Ahmad (2021) dalam
kajian mereka menyatakan bahawa kaedah yang kreatif mampu memberikan hasil yang terbaik
kepada tahap pencapaian dan juga perubahan sifat seperti minat dalam diri murid. Guru perlu
memainkan peranan yang besar kepada pelajar supaya kecemerlangan dapat diberikan kepada
murid supaya mereka lebih bersemangat dan berdisiplin dalam menuntut ilmu (m/s 220).

Seterusnya, aktiviti permainan atau game based learning yang dihasilkan iaitu Turn and Shout
merupakan salah satu aktiviti pentaksiran yang digunakan dalam meningkatkan kefahaman para
pelajar tentang topik yang diajar. Penggunaan aktiviti bermain sambil belajar ini akan membantu
dalam meningkatkan perspektif pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti Turn
and Shout ini lebih dikenali sebagai pembelajaran berasaskan permainan yang dihasilkan untuk
menarik minat pelajar. Menurut Rula, Fatma dan Mazin (2016) di dalam kajian Syadiyah dan
Ramlah (2020) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan permaianan (PBP) digunakan
sebagai satu platform untuk merangsang dan menggalakkan pelajar lebih aktif dalam mengambil
bahagian ketika proses pembelajaran berlaku serta menjadikan proses pembelajaran lebih
menyeronokkan (m/s 10). Tenaga pengajar memberi penerangan di hadapan, pelajar di belakang
kelas mungkin melakukan perkara lain dan menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap pelajaran (Rahimah Wahid, 2020, m/s 9). Keadaan ini menyebabkan guru
perlu mengambil langkah atau pendekatan yang lebih berkesan agar semua pelajar di dalam
kelas dapat kekal fokus dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus:

Objektif Umum

• Meningkatkan kefahaman pelajar tentang topik penduduk di Malaysia.

Objektif Khusus

3
• Meningkatkan keupayaan pelajar dalam mengenal pasti jenis taburan penduduk di
Malaysia.
• Membantu pelajar menguasai kemahiran geografi manusia.
• Memudahkan pelajar untuk menguasai fakta berkaitan jenis taburan penduduk di
Malaysia.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang terlibat bagi kajian tindakan ini adalah 27 orang murid tingkatan satu
Pergeo yang terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan. Kumpulan
sasaran ini diambil kerana objektif pembelajaran yang pertama di kuliah sebelum ini tidak tercapai
dengan baik.

7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

7.1 Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian sesuai
digunakan dalam mengamati tingkah laku pelajar berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang
dikenal pasti. Pemerhatian boleh dilakukan dengan mencatat nota tentang apa yang berlaku di
dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian juga boleh dilaksanakan
melalui bantuan rakaman video pengajaran atau audio pengajaran. Pemerhatian yang digunakan
dalam kajian tindakan ini adalah pemerhatian tidak berstruktur.

Pemerhatian Tidak Berstruktur

Pemerhatian dilaksanakan terhadap pelajar tingkatan satu Pergeo mengenai pengajaran topik
penduduk di Malaysia. Terdapat 27 orang pelajar di dalam kelas yang mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran yang terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan.
Keadaan di dalam kelas adalah terkawal dan bersih kerana guru meminta para pelajar untuk
mengemas tempat belajar mereka terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kedudukan projector dan LCD juga adalah baik di mana semua pelajar dapat
melihat jelas slaid yang dibentangkan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar bagi kuliah yang
dilaksanakan.

4
7.2 Analisis Dokumen

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada
isu dan masalah yang dikaji. Dokumen merupakan sumber yang paling mudah digunakan oleh
guru dalam mencari maklumat.

Tugasan/Latihan Pengukuhan

Rajah 1: Latihan Pengukuhan

Rajah 1 menunjukkan tugasan atau latihan pengukuhan yang dibentuk bagi sesi pengajaran yang
pertama yang digunakan dalam mendapatkan maklumat tentang kefahaman para pelajar. Latihan
pengukuhan yang dibentuk akan diagihkan kepada para pelajar sebelum sesi pengajaran
berakhir. Data yang diperoleh daripada latihan pengukuhan yang dikumpul mendapati terdapat
isu atau masalah mengenai topik yang diajar kepada para pelajar iaitu pelajar tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan. Pemerolehan data daripada latihan pengukuhan menunjukkan
segelintir pelajar tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang pertama iaitu mengenal pasti
jenis taburan penduduk di Malaysia.

7.3 Soal Selidik

Soal selidik kerap digunakan oleh guru dalam melaksanakan kajian tindakan. Soal selidik
digunakan dalam mengumpul data mengenai isu-isu atau masalah berkaitan dengan sesi

5
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Soal selidik yang dibentuk perlu relevan
dan menepati objektif atau masalah yang dikaji.

Data Soal Selidik

Soal Selidik 4 Orang Pelajar


100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

Ya Tidak

NO. SOALAN YA TIDAK


1. Topik yang diajar di dalam kuliah mudah untuk difahami.
2. Aktiviti yang dilaksanakan membantu meningkatkan kefahaman
mengenai topik yang diajar.
3. Pendekatan yang digunakan oleh guru sesuai dengan persekitaran di
dalam kelas.
4. Guru memberi peluang untuk bertanya soalan.
5. Latihan pengukuhan yang diberikan membantu dalam meningkatkan
kefahaman mengenai topik.

6
7.4 Ujian Pra

Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan
kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian boleh dilakukan secara
lisan atau bertulis dalam membantu guru mendapatkan data yang diperlukan.

Data Ujian Pra Bagi Topik Penduduk di Malaysia

MARKAH MARKAH MARKAH JUMLAH


BIL PELAJAR (9M) (4M) (4M) MARKAH (17
SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 MARKAH)
1 Pelajar 1 9 4 2 15
2 Pelajar 2 5 3 2 10
3 Pelajar 3 7 4 2 13
4 Pelajar 4 9 3 1 13
5 Pelajar 5 5 3 1 9
6 Pelajar 6 5 3 1 9
7 Pelajar 7 9 3 4 16
8 Pelajar 8 9 3 3 15
9 Pelajar 9 7 3 2 12
10 Pelajar 10 3 3 2 8
11 Pelajar 11 9 4 2 15
12 Pelajar 12 7 3 2 12
13 Pelajar 13 4 3 1 8
14 Pelajar 14 7 4 1 12
15 Pelajar 15 9 4 1 14
16 Pelajar 16 7 4 4 15
17 Pelajar 17 7 3 2 12
18 Pelajar 18 5 2 2 9
19 Pelajar 19 9 4 1 14
20 Pelajar 20 9 3 3 15
21 Pelajar 21 3 4 4 11
22 Pelajar 22 6 3 3 12
23 Pelajar 23 9 4 3 16
24 Pelajar 24 9 4 2 15

7
25 Pelajar 25 5 3 2 10
26 Pelajar 26 5 3 1 9
27 Pelajar 27 5 3 1 9

8.0 INOVASI PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK


PENDUDUK DI MALAYSIA TINGKATAN 1

8.1 Aktiviti Turn and Shout

Teknik Turn and Shout ini merupakan aktiviti yang dibentuk untuk dijadikan permainan
berasaskan pengajaran atau game based learning. Para pelajar akan dibahagiakan kepada
beberapa kumpulan (4 atau 5 kumpulan) untuk bermain dalam kumpulan yang ditetapkan. Para
pelajar akan diminta untuk membaca topik terlebih dahulu dalam masa 5 minit. Kemudian buku
perlu disimpan dan guru akan memberikan soalan berkaitan dengan topik secara umum bagi
membuka minda pelajar tentang topik yang diajar. Setiap kumpulan akan memilih seorang ketua
sebagai penjawab atau Shout person yang akan menjawab soalan yang diberikan. Ahli-ahli yang
lain akan membantu dalam perbincangan bersama-sama ketua sebelum menjawab atau Shout
the answer.

Soalan akan diajukan kepada semua pelajar dan semua pelajar perlu berada dalam keadaan
yang peka serta mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Untuk menjawab soalan setiap
ketua di dalam setiap kumpulan perlu berpusing menghadap guru atau turn secepat yang
mungkin dalam menjawab soalan yang diberikan. Guru akan memilih seorang ketua yang
berpusing atau turn dengan cepat untuk menjawab soalan. Pemarkahan akan diberikan apabila
salah satu kumpulan menjawab dengan betul dan kumpulan yang mempunyai markah yang
paling banyak akan dianggap sebagai pemenang.

8
8.2 Kutipan Data

Latihan Pengukuhan Ujian Pasca

9
Temu Bual

Temu bual yang dihasilkan ini akan diberikan kepada pelajar yang dipilih bagi mendapatkan data
yang diperlukan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Soalan Temu Bual:

NO. SOALAN YA TIDAK


1. Adakah kamu memahami topik yang diajar di dalam kuliah hari ini?
2. Aktiviti yang dilaksanakan oleh guru menarik dan meningkatkan
kefahaman saya tentang topik yang diajar?
3. Cara pendekatan pengajaran guru di dalam kelas membantu dalam
meningkatkan kefahaman saya?
4. Latihan pengukuhan yang diberikan oleh guru membantu dalam
menambah baik kemahiran dalam topik yang diajar.

8.3 Cadangan Analisis Data

Data Peratusan Jawapan Murid

Peratusan Markah
120

100

80

60

40

20

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6

Peratusan Markah

10
Data Temu Bual

Soal Selidik 4 Orang Pelajar


100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

Ya Tidak

9.0 RUMUSAN

Kesimpulannya kajian tindakan ini dicadangkan untuk dilaksanakan dalam membantu para
pelajar untuk meningkatkan atau menambah baik kefahaman pelajar untuk menguasai topik
taburan penduduk di Malaysia. Penggunaan aktiviti game based learning iaitu aktiviti Turn and
Shout ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman mereka. Tindakan
ini juga diambil dengan membuat pemerhatian dan kajian terhadap kefahaman pelajar di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum ini. Diharapkan para pelajar dapat mengikuti tindakan
yang akan dilaksanakan ini bagi membantu mereka untuk menambah baik kefahaman tentang
topik taburan penduduk di Malaysia ini.

11
RUJUKAN

Mohammad Zohir Ahmad. (2016). Pendidikan Geografi di Sekolah-Sekolah Malaysia:


Perkembangan dan Isu. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 4(1), 1-10.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/download/1906/1378/3174

Normiati Batjo dan Abduk Said Ambotang. (April 2019). Pengaruh Pengajaran Guru Terhadap
Kualiti Pengajaran Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH).
4(2), 30-42. https://media.neliti.com/media/publications/322600-pengaruh-pengajaran-
guru-terhadap-kualit-b23e74c6.pdf

Rahimah Wahid. (October 2020). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam


Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Journal of Education and Social Sciences.
16(1), 9-13. https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2020/12/JESOC16-007.pdf

Syadiyah Khairuddin dan Ramlah Mailok. (29 January 2020). Pembelajaran Berasaskan
Permainan Dalam Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/download/3583/2341/9932

Yacop Jantan dan Chua Yan Piaw. (Julai 2017). Kompetensi Guru Dalam Membentuk Sahsiah
Pelajar Sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 4(3), 1-12.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/download/8468/5893/17584

Zulfiqar Mat Lui dan Anuar Ahmad. (February 2021). Minat Murid Terhadap Gaya, Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH). 6(2), 211-221.
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/download/676/496/

12
LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH): PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

KURSUS: HGP3033 PENGAJARAN GEOGRAFI

PROGRAM: AT33 ISMP GEOGRAFI DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER: SEMESTER 6

NAMA: MUHAMMAD AZRIL BIN ISMADI

NO.MATRIK: D20201094271

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. HANIFAH BINTI MAHAT


LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran : Geografi

Tarikh/ Hari : 19 Mei 2023/ Jumaat

Masa : 8.00 - 8.30 Pagi (30 Minit)

Tingkatan : 1 Pergeo

Bil. Pelajar : __/27 Orang (__ Lelaki dan __ Perempuan)

Tajuk/Tema : Geografi Manusia: Penduduk dan Petempatan

Sub-Tajuk : 3.1 Penduduk di Malaysia

Standard Pembelajaran : 3.1.1 Menjelaskan dengan contoh taburan penduduk di Malaysia.

Objektif Pembelajaran : Sebelum Tamat Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Diharapkan Pelajar Akan Dapat:

1) Menjelaskan ketiga-tiga jenis taburan penduduk di Malaysia.

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mempelajari tentang taburan penduduk di Malaysia dalam kuliah sebelum ini.

Bahan Bantu Mengajar : Slaid Pembelajaran (Taburan Penduduk), Game Based Learning: Turn and Shout, dan Gambar.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Nilai Murni (Peka dan Mendengar Arahan Guru) dan Kemahiran Berfikir.

Kemahiran Insaniah : Kemahiran Menyelesaikan Masalah.


LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

PENDEKATAN/
LANGKAH MASA ISI PENGAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
STRATEGI/KAEDAH/BBM/
AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR EMK

Set Induksi 5 Minit Taburan Penduduk di 1. Memastikan kekemasan dan 1. Mendengar arahan Strategi:
Malaysia kebersihan kelas dalam yang diberikan oleh guru. Berpusatkan Pelajar (Kelas) dan
keadaan baik. 2. Memberikan tumpuan Berpusatkan Bahan (Gambar dan
1. Jenis taburan penduduk di 2. Memastikan semua pelajar kepada bahan yang Slaid Pengajaran)
Malaysia bersedia untuk memulakan ditayangkan oleh guru.
• Kawasan penduduk sesi pembelajaran. 3. Memberikan respons Kaedah:
padat 4. Memaparkan gambar atau apabila dipanggil oleh Penerangan dan Penyoalan.
• Kawasan penduduk bahan yang berkaitan dengan guru.
sederhana padat tajuk pembelajaran. 4. Mendengar penerangan BBM:
• Kawasan penduduk 5. Mengaitkan gambar atau yang diberikan oleh guru
jarang bahan tersebut dengan topik sepanjang sesi
pengajaran yang diajar iaitu pembelajaran.
Taburan Penduduk di
Malaysia.
6. Memaparkan dan
menjelaskan objektif EMK:

pembelajaran yang ingin Nilai Murni (Peka)


dicapai pada hari ini di papan
putih iaitu menjelaskan jenis
taburan penduduk di
Malaysia.
LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

Langkah 1 20 Minit Jenis taburan penduduk di 1.Meminta para pelajar untuk 1. Membentuk kumpulan Pendekatan:
Malaysia. membentuk 4 atau 5 mengikut arahan guru. Induktif
kumpulan. 2. Membuat bacaan
Kawasan penduduk padat 2. Memberi arahan untuk sebelum memulakan Strategi:
• Menjadi tumpuan pelajar membuat bacaan aktiviti dalam masa yang Berpusatkan Pelajar (Kelas) dan
penduduk kerana terlebih dahulu sebelum ditetapkan oleh guru. Berpusatkan Bahan (Slide dan
kawasannya yang rata memulakan aktiviti. 3. Bersedia untuk Gambar)
dan subur untuk 3. Meminta para pelajar untuk melaksanakan aktiviti.
pelbagai kegiatan bersedia bagi melaksanakan 4. Mendengar arahan Kaedah:
pertanian, aktiviti mengikut arahan yang yang diberikan oleh guru Perbincangan dan Penerangan.
perindustrian, diberikan. berkaitan dengan aktiviti
perniagaan dan 4. Memberi arahan tentang yang akan dilaksanakan. Teknik:
perlombongan. aktiviti yang akan 5. Mendengar penerangan Game Based Learning
• Contoh bandar utama dilaksanakan dan meminta tentang topik yang
yang padat dengan pelajar untuk mengikut arahan dipelajari. BBM:
penduduk adalah aktiviti supaya aktiviti yang 6. Mendengar rumusan
Wilayah Persekutuan dilaksanakan berjalan dengan kecil yang dibuat oleh
Kuala Lumpur, Shah lancar. guru.
Alam (Selangor), 5. Memberi sedikit penerangan
Kuching (Sarawak), tentang topik selepas aktiviti
Kota Kinabalu berakhir. Slaid Pengajaran dan Gambar
(Sabah), Ipoh (Perak) 6. Membuat rumusan kecil
dan Johor Baharu daripada aktiviti yang telah
(Johor). dilaksanakan oleh pelajar.
LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

EMK:
Kawasan sederhana padat Nilai Murni (Peka dan Mendengar
• Banyak tertumpu di Arahan) dan Kemahiran Berfikir.
kawasan pertanian,
pesisir pantai dan Pentaksiran:
bandar kecil. Game Based Learning: Turn and
• Contoh bandar Shout
berpenduduk (Objektif Pembelajaran 1)
sederhana adalah Lampiran 1
Tumpat (Kelantan),
Dungun
(Terengganu) dan
Felda Tunku (Sabah).

Kawasan berpenduduk jarang


• Tertumpu di kawasan
yang berhutan tebal
dan kawasan tanah
tinggi.
• Melibatkan kawasan
bergunung-ganang
dan kawasan
pedalaman.
LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

• Contoh kawasan
berpenduduk jarang
adalah Tasik Banding
(Perak), Kuala Tahan
(Pahang) dan Kapit
(Sarawak).

Penutup 5 Minit Penutup Kognitif 1. Memberi latihan 1. Menjawab soalan yang Strategi:
• Menjelaskan jenis pengukuhan kepada para diberikan oleh guru Berpusatkan Guru (Kelas) dan
taburan penduduk di pelajar. mengenai topik yang Berpusatkan Bahan (Latihan
Malaysia. 2. Memberi soalan dan diajar. Pengukuhan)
meminta salah seorang pelajar 2. Membuat mendengar
Penutup Sosial untuk menjawab soalan dengan teliti tentang Pentaksiran:
• Meminta murid- mengenai topik yang rumusan yang dilakukan Latihan Pengukuhan
murid untuk dipelajari. oleh guru. Lampiran 2
membaca semula 3. Merumuskan keseluruhan 3. Membuat latihan
catatan berkenaan sesi pembelajaran berkenaan pengukuhan yang
dengan topik yang dengan topik yang diajar. diberikan oleh guru.
diajar untuk
membantu mereka
mengetahui tentang
taburan penduduk di
Malaysia.
LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

REFLEKSI
LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

LAMPIRAN 1
OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1
PENTAKSIRAN: AKTIVITI TURN AND SHOUT
1. Para pelajar akan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan (4 atau 5 kumpulan) untuk bermain dalam kumpulan yang ditetapkan.

2. Para pelajar akan diminta untuk membaca topik terlebih dahulu dalam masa 5 minit.

3. Kemudian buku perlu disimpan dan guru akan memberikan soalan berkaitan dengan topik secara umum bagi membuka minda pelajar tentang
topik yang diajar.

4. Setiap kumpulan akan memilih seorang ketua sebagai penjawab atau Shout person yang akan menjawab soalan yang diberikan. Ahli-ahli yang
lain akan membantu dalam perbincangan bersama-sama ketua sebelum menjawab atau Shout the answer.

5. Soalan akan diajukan kepada semua pelajar dan semua pelajar perlu berada dalam keadaan yang peka serta mendengar arahan yang diberikan oleh
guru.

6. Untuk menjawab soalan setiap ketua di dalam setiap kumpulan perlu berpusing menghadap guru atau turn secepat yang mungkin dalam menjawab
soalan yang diberikan. Guru akan memilih seorang ketua yang berpusing atau turn dengan cepat untuk menjawab soalan.

7. Pemarkahan akan diberikan apabila salah satu kumpulan menjawab dengan betul dan kumpulan yang mempunyai markah yang paling banyak
akan dianggap sebagai pemenang.
LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

ITEM PENILAIAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1: AKTIVITI TURN AND SHOUT

Markah
Kriteria Skala Pemarkahan Skor
Kumpulan
Cemerlang Baik Lemah
Penilaian 1 2 3 4 5
(6-5 skor) (4-3 skor) (2-0 skor)
Jumlah Menjawab 8 daripada 10 Menjawab 6 daripada 10 soalan Menjawab 4 daripada 10
Jawapan soalan dengan betul. dengan betul. soalan dengan betul.
Dapat menjelaskan satu
Dapat menjelaskan ketiga- Dapat menjelaskan dua
daripada tiga jenis taburan
Isi tiga jenis taburan penduduk daripada tiga jenis taburan
penduduk di Malaysia.
Kandungan di Malaysia. penduduk di Malaysia.

Dapat mengenal pasti jenis Hampir dapat mengenal pasti Tidak dapat mengenal pasti
taburan penduduk di jenis taburan penduduk di jenis taburan penduduk di
Kemahiran
Malaysia. Malaysia. Malaysia.

Murid dapat bekerjasama Sesetengah murid dalam Hanya seorang atau dua orang
antara ahli kumpulan kumpulan yang menunjukkan murid sahaja yang
Kerjasama
dengan baik. komitmen yang baik. memberikan komitmen.
LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

NAMA: KELAS:

MARKAH:
LAMPIRAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (RPH)

SET JAWAPAN:
a. Kawasan, negara 2 Markah
b. Tidak sekata 1 Markah
c. Sederhana 1 Markah
d. Darjah ketersampaian 1 Markah
e. Berpenduduk jarang 1 Markah
f. Fromula: kepadatan penduduk 2 Markah

Jumlah Markah: 8 Markah

Anda mungkin juga menyukai