Anda di halaman 1dari 11

KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH DALAM KELAS DI

UPSI

Nurul Ashiqeen binti Muhamad Sabri (D20181084177)

Nurul Wadhiah binti Nordin (D20181084207)

Aishyah binti Lajim (D20181084211)

Salinah binti Samaran (D20181084274)

Hidayatul Husna binti Desa (D20181083684)

Muhammad Arief Luqman bin Lasi (D20181084280)

Wan Nur Adleen Elany binti W Abdul Rahman (D20181084233)

Mohamad Fadhi bin Mohamad Rahimi (D20181082375)

KUMPULAN S

ENCIK NIK MOHD ZAKI BIN NIK MOHAMED

ABSTRAK

Kecemerlangan akademik pelajar sering kali dikaitkan dengan kaedah pengajaran oleh pensyarah dan juga
gaya pembelajaran seseorang pelajar. Secara umumnya pengajaran adalah proses penyampaian
kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai. Manakala pembelajaran boleh didefinisikan sebagai proses
pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan
kepercayaan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya
dengan pencapaian akademik pelajar menurut persepsi pelajar. Pendekatan kajian yang digunakan adalah
merangkumi populasi dan sampel kajian, soal selidik sebagai Instrumen kajian dan batasan kajian. Kajian ini
telah melibatkan 9 buah fakulti di UPSI iaitu FSKIK, FSM, FSK, FBK, FPE, FSMP, FSSK, FPTV dan FPPM.
Seramai 123 responden terlibat yang mana terdiri daripada 123 orang pelajar ijazah sarjana muda. Hasil
kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pensyarah di
dalam kelas adalah 60.2% memahami segala yang diajar oleh pensyarah. 85.4% pelajar gembira dan
seronok ketika pensyarah mengajar di dalam kelas manakala 53,7% pelajar tidak mudah bosan ketika
pensyarah mengajar di dalam kelas. Selain itu, 80.5% pelajar menyukai cara pengajaran dan pembelajaran
yang digunapakai oleh penyarah mereka ketika di dalam kelas serta kebanyakan pelajar berasa senang
dengan tingkahlaku pensyarah mereka iatu dengan kadar 90.2%. Disini menunjukkan bahawa sistem
pembelajaran dan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah di UPSI adalah membantu dalam proses
pembelajaran pelajar ijazah sarjana muda.

KATA KUNCI : KEBERKESANAN,PENGAJARAN,PEMBELAJARAN,PENSYARAH


1

ABSTRACT

Academic excellence is often associated with teaching methods by lecturers as well as student learning
styles. Generally teaching is the process of delivering skills, knowledge, attitudes and values. While learning
can be defined as the process of acquiring information and knowledge, mastering skills and habits as well as
forming attitudes and beliefs. The purpose of this study was to identify the teaching and learning methods
and their relevance to the students’ academic achievement according to the students' perception. The
research approach used includes population and sample study, questionnaire as research instrument and
study limit. The study involved 9 faculties at UPSI namely FSKIK, FSM, FSK, FBK, FPE, FSMP, FSSK, FPTV
and FPPM. A total of 123 respondents were involved, consisting of 123 undergraduate students. The results
showed that students' perception of the effectiveness of teaching and learning of lecturers in the classroom
was 60.2% understanding what the lecturers taught. 85.4% of students are happy and enjoyable when
lecturers teach in class while 53.7% of students are not easily bored when lecturers teach in class. In
addition, 80.5% of students liked the way teaching and learning were used by their lecturers while in the
classroom as well as most students were happy with their behavioral behavior at 90.2%. It shows that the
teaching and learning system used by lecturers at UPSI is helpful in the process of studying undergraduate
students.
2

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dapat dihuraikan sebagai penyediaan peluang yang membolehkan pelajar belajar (Brown,
1988) dalam (Sulaiman, 2003). Bagi pendapat Dick dan Reiser,(1989) dalam (Sulaiman, 2003) pengajaran
dapat didefinisikan sebagai interaksi yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pelajar dalam bentuk khusus dan telah ditentukan. Pengajaran adalah satu proses aktiviti yang dikendalikan
oleh guru bagi menghubungkan pelajar-pelajar melalui pemahaman yang dijangkakan dapat dipindahkan
setelah hubungan itu dikawal baik oleh kaedah yang digunakan. Pembelajaran pula ialah perubahan dalam
tingkah laku yang dihasilkan daripada pengalaman Gage dan Berliner, (1991). Bagi pendapat Brunei
seorang ahli psikologi kognitif, beliau melihat pembelajaran sebagai proses aktif iaitu pelajar membina idea
baru atau konsep yang berasaskan pengetahuan lalu dan semasa mereka. Stalling (1973) pula menyatakan
bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria yang penting iaitu pembelajaran harus
menampakkan perubahan dalam tingkah laku. Kedua, pembelajaran haruslah melibatkan sesuatu
pemikiran. Akhir sekali, pembelajaran haruslah menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan.
Pembelajaran juga merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap Crow dan Crow (1983). Beliau
menyatakan bahawa pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja dan ia berlaku dalam
percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan bidang tugas seorang pendidik. Kelebihan ini
menjadikan pendidik adalah seorang yang profesional dalam mendidik insan. Pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran dan teori psikologi diguna pakai selain perlu mahir dari segi intelektual, emosi, sahsiah
serta beriman demi mencapai agendanya iaitu memanusiakan insan. Maka, untuk melahirkan seorang
bakal pendidik yang dapat memenuhi syarat tersebut, pendidikan yang harus dikuasai oleh bakal-bakal
pendidik adalah merupakan elemen yang sangat penting dan seharusnya tidak diabaikan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang digunakan boleh memberi impak kepada prestasi
akademik seseorang pelajar. Oleh itu kajian ini cuba membuktikan keberkesanan kaedah P&P yang
digunakan oleh pensyarah yang akhirnya akan memberi input kepada Pusat Pembangunan Akademik
seterusnya mempengaruhi prestasi akademik pelajar.

Bab ini membincangkan, secara terperinci mengenai latar belakang masalah, objektif kajian, kaedah
penyelidikan, perbincangan serta cadangan yang berkait rapat dengan tajuk yang dikaji iaitu “Keberkesanan
Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Dalam Kelas di UPSI”.
3

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Kecemerlangan akademik pelajar sering kali dikaitkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran
oleh pensyarah di dalam kelas.

Berdasarkan kepada laporan prestasi akademik pelajar yang lepas, pelajar yang tergolong dalam
golongan kedudukan bersyarat dan menghampiri kedudukan gagal, mereka kurang memahami sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Ini bermakna, pelajar tersebut
berkemungkinan akan gagal jika dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang bantuan dan penambahbaikan.

Timbul pelbagai persoalan yang menjadi tanda tanya, apakah yang menyebabkan pelajar tersebut
memperoleh keputusan yang tidak memuaskan iaitu kedudukan bersyarat dan kedudukan gagal? Apakah
puncanya? Kajian ini cuba mencari jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan. Rentetan daripada kajian
ini juga akan digunakan untuk mencari maklumat bagi mencadangkan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian di dalam kelas.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk:

 Mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya dengan pencapaian akademik
pelajar.
 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4

4.0 KAEDAH PENYELIDIKAN

Kajian ini dilakukan dengan membuat soal selidik terhadap pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Soal selidik dilakukan dengan cara mengedarkan Google Form yang mengandungi
soalan berkaitan dengan cara pengajaran pensyarah di dalam kelas secara atas talian. Tujuan soal selidik
ini dilakukan adalah untuk mengumpulkan data berkaitan dengan keberkesanan cara pengajaran dan
pembelajaran pensyarah di dalam kelas. Hasil soal selidik dilihat berdasarkan carta yang telah diasingkan
mengikut soalan-soalan yang disediakan di dalam Google Form tersebut.

Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B sahaja. Pada bahagian A
adalah untuk mengumpulkan data peribadi responden iaitu jantina, semester pengajian, kaum dan juga
fakulti. Pada bahagian B, 7 soalan telah disediakan tentang pandangan para pelajar terhadap cara
pengajaran pensyarah mereka melalui minat dan juga persepsi mereka sendiri ketika berada di dalam kelas
di UPSI. Di akhir soal selidik, ruangan cadangan juga disediakan kepada responden supaya mereka dapat
memberikan pendapat dan idea mereka tentang cara pengajaran dan pembelajaran pensyarah yang terbaik
di dalam kelas.
5

5.0 PERBINCANGAN

Hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan, maklum balas yang telah diterima daripada 120 orang
responden di mana 30.8% terdiri daripada pelajar lelaki dan 69.2% daripada pelajar perempuan. Majoriti
responden terdiri daripada pelajar semester 1 iaitu secara purata sebanyak 80.0%. Selebihnya adalah
terdiri daripada pelajar-pelajar semester 2 hingga semester 7 sebanyak 20.0%. Sebanyak 78.3% daripada
responden merupakan kaum melayu, 3.3% kaum cina, 1.7% kaum india dan 16.7% lain-lain. Fakulti Seni
Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) mendominasi jumlah responden dengan purata sebanyak 25%.

Pada bahagian B, beberapa soalan berkaitan dengan pandangan para pelajar terhadap cara
pengajaran pensyarah mereka melalui minat dan juga persepsi mereka sendiri ketika berada di dalam kelas
di UPSI. Hasil soal selidik mendapati majoriti daripada pelajar suka dengan cara pengajaran dan
pembelajaran pensyarah mereka. Kebanyakan pelajar memahami segala ilmu yang diajar oleh pensyarah
mereka dan juga gembira ketika pensyarah mula mengajar di dalam kelas. Mereka juga suka dan senang
dengan tingkahlaku pensyarah mereka dan hal ini membuatkan mereka seronok untuk pergi ke kelas. Akan
tetapi, pelajar juga mudah bosan apabila pensyarah mereka mengajar di dalam kelas. Hal ini terbukti
melalui soal selidik yang telah dijalankan.

Carta 1: Pemahaman pelajar di dalam kelas

SAYA MEMAHAMI SEGALA YANG DIAJAR OLEH


PENSYARAH DI DALAM KELAS

YA
100
TIDAK
ORANG (%)

50

Berdasarkan carta di atas, rata-rata pelajar memberikan respon yang positif terhadap pembelajaran yang
telah dipraktikkan di kelas. 60.2 % daripadanya memberikan tindak balas yang memberangsangkan dan
memahami segala yang diajar oleh pensyarah dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Namun, segelintir daripada pelajar-pelajar iaitu 39.8% menyatakan bahawa mereka agak kurang efektif
dengan teknik pengajaran yang diberikan.
6

Carta 2: Kegembiraan ketika pensyarah mengajar di dalam kelas

Semasa sesi pembelajaran dijalankan, kebarangkalian untuk seseorang untuk bosan amatlah sedikit. Hal ini
demikian kerana teknik yang digunakan untuk menarik minat pelajar di dalam kelas amat baik. Kebanyakan
pelajar amat menyukai ketika sesi pembelajaran dijalankan. Ini terbukti daripada hasil penyelidikan yang
menyatakan bahawa 85.4% setuju mereka berasa gembira semasa belajar di dalam kelas manakala 14.6%
lagi memberikan jawapan sebaliknya.

Carta 3: Tahap kebosanan pelajar di dalam kelas

SAYA TIDAK CEPAT MERASA BOSAN BILA


PENSYARAH MENGAJAR DI DALAM KELAS

YA
ORANG (%)

100 TIDAK

Berdasarkan carta di atas, peratus perbezaan antara pelajar yang cepat bosan dan tidak adalah tipis. Hal
ini dapat diteliti berdasarkan tindak balas yang dikeluarkan terhadap soalan yang diajukan. 53.7% daripada
mereka menjawab ya, manakala 46.3% menjawab tidak. Hal ini demikian kerana keadaan sekeliling yang
ramai serta pelajar lain yang mempengaruhi fokus pelajar kepada pensyarah.
7

Carta 4: Cara pengajaran dan pembelajaran pensyarah di dalam kelas

SAYA SUKA DENGAN CARA PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PENSYARAH DI DALAM KELAS

YA

ORANG (%)
TIDAK
100

Seterusnya, 80.5% pelajar menyukai cara pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh pensyarah
mereka ketika mengajar di dalam kelas. Hanya 19.5% pelajar yang kurang menyukai cara pengajaran
pensyarah mereka di dalam kelas. Setiap pensyarah mempunyai teknik dan cara pengajaran yang berbeza.
Sebahagian pelajar senang dan menyukai teknik yang digunakan oleh seseorang pensyarah manakala
sebahagiannya menyukai teknik yang digunakan oleh pensyarah yang lain. Tidak semua pelajar sesuai
dengan cara pengajaran dan pembelajaran seseorang pensyarah itu.

Carta 5: Senang dengan tingkahlaku pensyarah di dalam kelas

Selain itu, kebanyakan daripada pelajar iaitu sebanyak 90.2% senang dengan tingkahlaku atau perangai
pensyarah mereka manakala hanya sebilangan kecil sahaja iaitu sebanyak 9.8% kurang senang dengan
tingkahlaku pensyarah. Ini berlaku kerana sesetengah pensyarah terlalu tegas sehingga menyebabkan
seseorang pelajar itu kurang senang dengan pensyarah tersebut. Kesannya menyebabkan kurangnya
keberkesanan cara pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar tersebut.
8

6.0 CADANGAN

Berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan terhadap para pelajar ijazah sarjana muda UPSI, mereka
telah memberi beberapa cadangan untuk pensyarah menambahbaikan cara mengajar di dalam kelas.
Antara cadangannya ialah pensyarah perlu memberi nota slide yang telah di ajar kepada pelajar di dalam
kelas supaya pelajar dapat mengulang kaji subjek tersebut berdasarkan bahan pengajaran pensyarah.
Perkara ini turut dapat memudahkan pelajar untuk megulang kaji kerana mungkin ada sesetengah pelajar
yang terlepas atau tidak faham apa yang di ajar oleh pensyarah semasa di dalam kelas, jadi dengan
adanya nota tersebut mereka boleh baca semula dengan mudah. Dengan cara ini juga para pelajar dapat
meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.

Cadangan yang seterusnya ialah pensyarah perlu menerangkan tugasan yang akan diberikan
kepada pelajar dengan jelas. Dengan cara tersebut para pelajar akan bersemangat untuk membuat tugasan
yang diberi oleh pensyarah kerana mereka faham apa yang perlu dilakukan dan pelajar dapat membuat
atau menyiapkan tugasan dengan lancar. Perkara ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada
menangguhkan kerja.

Selain itu, pensyarah perlu lebih kreatif ketika mengajar. Contohnya pensyarah boleh melakukan
beberapa permainan atau menayangkan video yang berkaitan dengan subjek yang telah diajar. Perkara ini
bertujuan untuk menarik perhatian dan menghilangkan rasa bosan para pelajar. Jika pensyarah hanya
tumpu kepada nota slide sahaja lebih beberapa jam, pelajar akan hilang fokus dan akan merasa mengantuk
di dalam kelas. Jadi, pensyarah perlu melakukan sesuatu untuk menarik perhatian para pelajar kembali.

Seterusnya, pensyarah perlu memastikan apa yang diajar memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Sebagai contoh, pensyarah perlu mengajar mengikut bab mata pelajaran yang telah ditetapkan supaya
pelajar mudah untuk memahami.

Membuat aktiviti luar juga salah satu penambahbaikan cara pensyarah mengajar. Sebagai contoh,
pensyarah membuat permaianan di luar kelas tetapi berkaitan dengan subjek yang diajar dan mempunyai
manfaat. Perkara ini akan membuat pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dan tidak akan berasa
bosan kerana setiap kelas pensyarah mengajar dengan cara yang berlainan. Secara tidak langsung pelajar
akan fokus dan memahami apa yang meraka belajar.

Pensyarah juga perlu bersikap lebih kepada konsep ” santai tetapi berilmu” semasa mengajar.
Pensyarah perlu bersikap sebegitu supaya pelajar tidak akan merasa bosan ketika belajar. Selain itu juga
pelajar akan lebih fokus di dalam kelas.
9

7.0 KESIMPULAN

Penilaian terhadap pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
pensyarah berada ditahap yang baik. Berdasarkan persepsi mereka, pensyarah dapat memilih pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan hasil pembelajaran dan mampu mempelbagaikan
penggunaan kaedah dan teknik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi meningkatkan lagi
kecapaian pensyarah di tahap yang cemerlang, dicadangkan supaya dapat mewujudkan kelas-kelas
intensif berkaitan pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik secara berkala dengan dibimbing oleh
para pensyarah yang berkemahiran. Kelas-kelas yang akan diwujudkan haruslah meliputi aspek teori dan
amali.

Menurut persepsi pensyarah, mereka juga boleh memilih bahan bantu mengajar yang bersesuaian
dengan bidang dan tajuk pengajaran. Penggunaan bahan bantu pengajaran yang bersifat inovasi seperti
penggunaan web, internet, perisian-perisian komputer yang interaktif hendaklah ditingkatkan
penggunaannya tanpa hanya merujuk kepada buku teks yang dibekalkan kepada para pelajar. Pensyarah
disarankan supaya lebih kreatif dan proaktif dalam menerokai perkembangan-perkembangan terkini dalam
dunia pendidikan. Pensyarah juga hendaklah dapat mengawal keadaan kelas ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Minat dan motivasi pelajar terhadap pengajaran pensyarah hendaklah
dikekalkan dengan pelbagai rangsangan dalaman dan luaran. Ilmu berkaitan motivasi dan psikologi pelajar
hendaklah dipelajari dan dipraktikkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, pensyarah perlu meningkatkan
kualiti diri agar pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pengajaran berkesan memerlukan pensyarah yang berkebolehan untuk mengaplikasikan ganjaran


dan hukuman yang sesuai mengikut tahap pelajar serta mampu mengaplikasikan kepelbagaian kaedah dan
teknik pengajaran yang memberi impak akhir kepada pelajar agar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
Pengajaran berkesan sangat bergantung kepada tahap penguasaan ilmu dan kepakaran dalam
penggunaan kepelbagaian sumber oleh pensyarah mengikut tahap kebolehan dan gaya belajar pelajar.
10

RUJUKAN

Brown, R.,(1988). Roger Brown. In: Lindzey, G. (Ed.), A history of Psychology in Autobiography, volume VIII.
Stanford University Press, Stanford, CA.
Crow D.L dan Cow A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Pengguna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dick, W & Reiser (1989). “Planning Effective Instruction”. Englewood Cliffs, NJ.: Prentice Hall.
Gage, N. L., & Berliner, D. C. (1991). Educational psychology (5thed.). Boston: Houghton Mifflin.
Sulaiman, E. (2003). Asas Pedagogi. Johor Baharu: Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai