Anda di halaman 1dari 9

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, 56000


KUALA LUMPUR

Pentaksiran Berterusan
Nama Pelajar MUHAMMAD AIMAN FAIZAN BIN FAUZI

Angka Giliran 2020172340187

No Kad Pengenalan 011006030109

Kumpulan / Unit G1.16

Kod Kursus EDUP3013

Nama Kursus FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Nama Pensyarah PUAN NOOR FITRIYATI BINTI ABDUL SAMAD

Tarikh Hantar 14 DISEMBER 2020

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: ________________________ Tarikh: __________________


EDUP 3013: FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PETUNJUK PEMARKAHAN

AMAT
GRED CEMERLANG KEPUJIAN LULUS GAGAL
CEMERLANG

MARKAH (90 – 100) (75 – 89) (60 – 74) (40 – 59) (0 – 39)

RUBRIK
WAJARAN: 50
MARKAH : 100
PENGENALAN

Apa yang dimaksud dengan pendidikan? Secara umum, pengertian pendidikan adalah
suatu proses pembelajaran pengetahuan, keterampilan, dan kebiasaan sekumpulan manusia
yang diwariskan dari satu generasi ke generasi selanjutnya melalui pengajaran, pelatihan, dan
penelitian. Ada juga yang mengatakan definisi pendidikan adalah suatu usaha yang dilakukan
secara sistematik dalam mewujudkan suasana belajar-mengajar agar dapat mengembangkan
potensi dirinya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendidikan didefinisikan sebagai
perihal atau perbuatan mendidik. Dengan adanya pendidikan maka seseorang dapat memiliki
kecerdasan, akhlak mulia, kepribadian, kekuatan spiritual, dan keterampilan yang bermanfaat
bagi diri sendiri dan masyarakat. Matlamat utama pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum
dalam pendidikan ialah untuk membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dalam menyemai kesedaran kepada agama dan kepercayaan kepada tuhan, menyeimbangkan
perkembangan rohani, jasmani, intelek dan emosi, mengukuhkan perhubungan dan pergaulan
dalam kalangan murid, membina dan meningkatkan minat dan bakat, membina dan
meningkatkan disiplin, mewujudkan budaya sekolah yang sihat; membina dan meningkatkan
kerjasama, dan mewujudkan sekolah berwatak. Pelbagai program pendidikan telah
dilakasanakan untuk memupuk kemenjadian murid berasaskan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan kemenjadian guru berasaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Falsafah pendidikan guru telah digubal segabai panduan dalam pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh negara.
Pernyataan FPG adalah seperti berikut :

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin”.

PROGRAM PENDIDIKAN YANG DIPILIH

Antara program pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan
kurikulum dan kokurikulum sekolah ialah Program Guru Muda. Program Guru Muda adalah satu
program yang dirancang dan dirangka bagi membantu pelajar sederhana dan lemah dalam
sesebuah kelas. Pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam sesuatu subjek akan dibantu
oleh rakan mereka yang berprestasi baik dalam gred pencapaian peperiksaan. Mereka inilah
yang bertindak untuk membantu guru membimbing rakan-rakan mereka dan digelar Guru
Muda. Guru Muda adalah terdiri daripada murid yang dipilih yang mempunyai pencapaian
terbaik dalam mata pelajaran tertentu atau keseluruhan matapelajaran. Seramai 5 hingga 8
orang Guru Muda dipilih dalam setiap kelas melalui guru mata pelajaran. Setiap Guru Muda
akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan diberikan beberapa orang pelajar
untuk mereka bimbing. Guru Muda diberi bimbingan lebih awal oleh guru mata pelajaran untuk
menguasai topik tertentu, penggunaan Modul, pelbagai bahan pembelajaran, soalan topikal dan
sebagainya. Guru Muda ditugaskan untuk membimbing rakan dalam kumpulan semasa waktu
jadual guru gantian, kelas tambahan dan ‘study group’ pada waktu lapang. Bahan pembelajaran
yang akan digunakan oleh Guru Muda perlu disediakan oleh guru atau murid sendiri dengan
bimbingan guru. Bahan-bahan ini perlulah mudah diakses bila-bila masa dan di mana sahaja
bimbingan boleh dilakukan. Guru Muda perlu merekod jumlah sesi bimbingan dengan ahli
kumpulan dan berbincang tentang keberkesanannya bersama guru mata pelajaran.
Pelaksanaan program ini dapat mewujudkan hubungan dan ikatan setiakawan yang baik
antara rakan sebaya di dalam kelas. Apabila murid belajar bersama secara tidak langsung
ikatan setiakawan antara murid dapat terjalin dengan lebih erat lagi. Murid yang lemah mungkin
berasa rendah diri dan menjauhkan diri dari murid yang cemerlang. Dengan adanya program
ini, murid dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk belajar dan menguasai topik –topik
yang dibincangkan. Selain dari itu, program ini juga dapat menggalakkan sikap bantu-
membantu dan bersaing secara sihat dalam pelajaran. Murid yang lemah akan dibantu oleh
Guru Muda sehingga Berjaya menguasai topik yang dibincangkan. Oleh hal yang demikian,
wujud persainagn yang sihat antara murid untuk mendapatkan markah yang cemerlang dalam
peperiksaan. Kebiasaannya murid yang lemah berasa segan dan malu untuk bertanya kepada
guru tentang perkara yang tidak difahami semasa belajar. Dengan adanya program ini, murid
dapat bertanya tentang perkara yang tidak difahami kepada rakan yang menjadi Guru Muda.
Murid akan berasa lebih selesa untuk bertanyakan soalan kepada rakan kerana mereka lebih
rapat dengan rakan mereka berbanding guru yang mengajar mereka. Di samping itu, program
ini juga dapat membina dan mengembangkan sifat kepimpinan di kalangan murid yang
berpotensi dan berbakat. Sesetengah murid yang lemah bukannya mereka tidak pandai tetapi
mereka tidak mahu menonjolkan bakat mereka. Oleh itu, adanya program ini dapat mencungkil
bakat dan kebolehan sebenar setiap murid. Secara tidak langsung dapat memupuk prestasi
sebenar setiap murid sekaligus dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran.
Seterusnya, program ini juga dapat membantu guru untuk melaksanakan aktiviti pengukuhan di
dalam bilik darjah melalui bimbingan berterusan pada waktu jadual guru gantian, kelas
tambahan dan ‘study group’ pada waktu lapang. Masa terluang murid dapat diisi dengan
perkara yang berfaedah dan memberi manfaat kepada murid itu sendiri. Hal ini juga dapat
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat
dan tidak memberikan manfaat kepada diri murid itu sendiri. Program Guru Muda ini juga dapat
membantu sekolah mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik kerana adanya kumpulan
lulus, kumpulan berpotensi dan kumpulan cemerlang. Ini sekaligus dapat meningkatkan prestasi
sekolah dan mengharumkan lagi nama sekolah.
Program Guru Muda ini dapat membantu pihak sekolah, panitia, guru-guru dan diri
murid-murid sendiri dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti kecemerlangan dalam sesuatu
mata pelajaran. Sesuai dengan nama Guru Muda secara tidak langsung, murid ini dapat
menyedari tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan diri sendiri dan rakan-rakan
dapat menguasai pencapaian dalam mata pelajaran. Pihak sekolah juga boleh merancang
dalam memberikan sumbangan dan kredit kepada Guru Muda dan ahli kumpulan yang
mendapat pencapaian cemerlang dalam ujian atau peperiksaan untuk menghargai jasa dan
semangat yang ditunjukkan oleh murid. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan lagi usaha murid
dalam meningkatkan lagi prestasi mereka dalam kurikulum.
KESAN PROGRAM PENDIDIKAN TERHADAP KEMENJADIAN MURID BERASASKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN FALSAFAG PENDIDIKAN GURU
(FPG)
Program Guru Muda yang dilaksanakan oleh pihak sekolah telah banyak
memberikan kesan kepada kemenjadian murid selaras dengan FPK dan FPG. Istilah falsafah
berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai
manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna
kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang
benar, rasional dan juga bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha
kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah
mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-
perkara yang penting dalam kehidupan. Seperti yang kita tahu, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati ciri-
ciri seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab
kepada diri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang serta memupuk
perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia
adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu,
warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara Malaysia.
Melalui Program Guru Muda yang dilaksanakan semasa zaman persekolah telah berjaya
memupuk sikap tanggungjawab dalam diri murid. Guru Muda telah diberikan tanggungjawab
untuk membimbing rakan-rakan sekumpulan dengannya untuk menguasai sesuatu topik yang
dibincangkan. Dengan ini secara tidak langsung dapat melatih murid agar memikul
tanggungjawab yang diberikan dengan baik.
Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna.
Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara.
Program yang dilaksanakan telah memberi kesan kepada kemenjadian murid itu sendiri.
Program tersebut telah berjaya melatih murid agar menjadi seorang yang mahir dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain. Melalui bimbingan yang diberikan oleh
guru kepada guru muda telah membolehkan guru muda menjalankan tugas mereka untuk
membimbing rakan-rakan mereka yang lemah dengan baik dan berjaya menguasai topik-topik
yang dibincangkan sekaligsu meningkatkan prestasi sekolah dalam kurikulum.
Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-
prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan
berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan
di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta
selamat. Program pendidikanyang dilaksanakan oleh pihak sekolah telah berjaya memupuk
semangat perpaduan antara kaum dalam kalangan murid di sekolah. Murid akan saling
membantu antara satu sama lain untuk menguasai topik yang dibincangkan. Aktiviti dalam
kumpulan yang dijalankan telah memupuk semangat setiakawan antara satu sama lain tanpa
mengira agama, kaum dan bangsa. Setiap kumpulan guru muda mengadungi lima hingga lapan
orang murid yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama. Hal ini dapat mengelakkan
daripada berlakunya diskriminasi antara kaum di sekolah. Sekaligus dapat melahirkan suasana
sekolah yang aman dan damai. Perkara ini juga dapat melahirkan murid yang matang dan
berfikiran terbuka dalam berhadapan dengan orang lain.
Seterusnya, matlamat FPG pula ialah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi
peribadi, professional, sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta amalan keguruan.
Seseorang guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri dalaman iaitu peribadi yang seimbang
terlebih dahulu. Ianya sangat penting kerana seseorang guru perlulah mempunyai emosi yang
stabil untuk membolehkan mereka membentuk generasi yang positif pula. Guru juga akan
menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Justeru, guru harus menjadi ikon yang terbaik
kepada murid-murid. Melalui program guru muda yang dilaksanakan, ia telah memberi
pendedahan awal kepada murid tentang profesion seorang guru. Program ini juga dapat melatih
murid untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain sesuai dengan peranan seorang guru.
Kemenjadian murid juga dapat dipupuk dengan sikap-sikap positif seperti prihatin terhadap
orang lain.
Falsafah pendidikan guru juga adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi
sosial. Guru perlulah mempunyai sikap bijak untuk bergaul dengan semua masyarakat
sekeliling tidak kira dalam kawasan sekolah mahupun dengan masyarakat luar. Ini kerana, ke
mana sahaja seseorang guru itu pergi dia akan membawa imej seorang guru. Guru juga perlu
mempunyai penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran keguruan. Seseorang guru itu bukan
hanya perlu memberikan didikan akademik, tetapi dia juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni
dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Program Guru Muda telah melatih murid
untuk bergaul dengan orang lain dengan baik. Guru muda perlu menunjukkan contoh yang baik
agar menjadi teladan kepada murid lain. Kemahiran bersosial juga amat penting dalam
menyampaikan apa yang hendak disampaikan kepada rakan-rakan mereka. Kemahiran
penyampaian yang baik amat penting dalam program ini bagi memudahkan murid yang lemah
untuk memahami topik yang dibincangkan. Ini sekaligus dapat membolehkan prigram ini
mencapai matlamatnya iaitu meningkatkan prestasi murid yang lemah dalam setiap mata
pelajaran.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, FPK dan FPG ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK
dan FPG perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari
awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK dan
FPG ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang
tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting
sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan
hasrat Negara tercapai. Semua pihak harus berganding bahu dan komited dalam melahirkan
murid yang mempunyai kemenjadian murid yang baik. Program-program pendidikan perlu
diperbanyakkan lagi bagi memupuk kemenjadian murid sejak dari sekolah rendah lagi. Dengan
adanya program-program pendidikan yang mantap dapat menjamin masa depan murid itu
terjamin dan menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan. Konklusinya, untuk mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidiakn Guru, semua pihak memainkan
peranan yang penting bagi merangcang dan merangka strategi untuk memperkembangkan
potensi murid.
RUJUKAN

Ali Edu Blog (2020),Falsafah Pendidikan Guru dari


http://aesnote.blogspot.com/2012/12/falsafah-pendidikan-guru-fpg.html.

Dewan Bahasa dan Pustaka, (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka. ISBN : 9789834905507.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (2020) dari


https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan.

Fazurawati Che Lah (9 Mac 2020), Pelajar Cemerlang Bimbing Rakan, dari
https://www.hmetro.com.my/akademia/2020/03/552526/pelajar-cemerlang-bimbing-rakan.

Harian Metro (20 Mac 2010), Program Guru Muda Berkesan, dari
https://www.klik.com.my/item/story/47054/program-guru-muda-berkesan.

Wikipedia, (2018). Falsafah Pendidikan Malaysia. daripada Wikipedia :


https://ms.mwikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Malaysia

https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertian-pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai