Anda di halaman 1dari 5

Sebagai sebuah negara yang mementingkan perkembangan holistik setiap

rakyatnya melalui sistem pendidikan yang kian terancang serta mengandungi


elemen-elemen penting dalam membangunkan potensi individu seperti Pelan
Pembangunan Pendididikan Malaysia ( PPPM 2013-2025) yang telah dilancarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013. Dalam hal ini, perkara penting yang
digariskan dalam PPPM adalah Aspirasi Murid. Ini adalah bertujuan mempersiapkan
generasi muda iaitu murid untuk menghadapi keperluan abad ke-21 yang mana
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS) selaras dengan Falsafah Pendidkan Kebangsaan
(FPK). Malah, murid kini sedang mengahadapi banyak cabaran bagi
mengadaptasikan keperluan abad ke-21 dan keperluan negara pada masa akan
datang. Jadi, PPPM yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah jalan terbaik dengan usaha merealisasikan diperingkat sekolah rendah juga
disekolah menengah. Justeru, dalam konteks Aspirasi Murid terdapat enam elemen
penting yang mana tenaga pengajar atau guru perlu menerapkannya ke dalam diri
pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mahupun melalui aktiviti
kokurikulum. Oleh itu, bagaimanakah guru dapat merealisasikan matlamat FPK
disekolah berdasarkan beberapa elemen yang telah dilancarkan dengan tersusun?
Apakah tindakan guru yang sewajarnya?

Bagi menjawab penyataan di atas, pertama sekali guru berperanan dalam


menjadi bahan rujukan atau sumber informasi kepada murid-murid. Berikutan
dengan salah satu elemen penting dalam Aspirasi Murid iaitu pengetahuan, yang
mana murid-murid ini perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Bahkan
tentang negara Malaysia secara keseluruhannya melalui bidang Geografi serta
mampu menceburi bidang lain seperti sukan, muzim dan seni. Cara yang paling
mudah untuk guru menyampaikan pengetahuan yang asas terlebih dahulu adalah
ketika perhimpunan. Aktiviti perkongsian ilmu ini dilakukan kepada semua murid dan
perkongsian yang disampaikan oleh guru haruslah yang terkini serta kandungannya
berbeza dengan hari-hari yang lain. Melalui itu, intelek murid-murid lebih proaktif dan
bersifat terbuka. Jika kita lihat, ianya melibatkan semua murid dan tidak terkecuali
juga kepada para guru untuk mendengarnya. Untuk itu, ujian pengetahuan ringkas
boleh dilakukan oleh guru untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan murid
tersebut. Sebagaimana Black dan William (1998) mengesyorkan bahawa ujian yang
kerap dan ringkas lebih baik daripada ujian yang memakan masa yang panjang
tetapi jarang dijalankan. Kesannya, pengetahuan murid lebih berkembang serta
konsisten walaupun kadangkala lambat tetapi jika tidak disuapkan oleh guru dengan
ilmu atau perkongsian semasa, mungkinkah pengetahuan mereka bertambah?
Manakah lebih baik? Renung-renungkan.

Sejauhmana murid-murid generasi kini mengaplikasikan kemahiran berfikir


dalam proses pembelajaran atau dalam kehidupan seharian mereka? Sedangkan
kemahiran berfikir ini merupakan elemen penting yang perlu diterapkan kepada
murid-murid. Menurut John Barell (1991) di dalam Buku Psikologi Pendidikan yang
menghuraikan pemikiran sebagai proses mencari makna serta usaha mencapai
keputusan yang wajar. Sama seperti kandungan diatas yang mana aspek intelek
dan sosial adalah penting dalam hal ini. Jadi, masalah yang menjadi perkara yang
paling penting dalam hal ini ialah guru perlu terlebih dahulu menguasai elemen-
elemen kemahiran berfikir atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Setelah
masalah guru itu selesai, guru mampu melaksanakan aktiviti yang berunsurkan
KBAT dalam P&P secara tersusun sebagai contoh tugasan berkumpulan atau teknik
penyoalan yang tepat serta sesuai dengan kemampuan kognitif murid tersebut.
Penyoalan adalah terbuka kepada semua murid dan tidak tertumpu kepada murid
yang sering sahaja menjawab soalan yang dikemukakan. Lebih menarik jika murid-
murid diberikan masa berkumpulan untuk berkongsi pendapat dan idea tentang
topik yang diberikan. Kadangkala, idea murid yang lain akan menjadi pencetus
kepada idea murid yang lain. Melalui itu perkembangan idea dimana pemikiran
kreatif yang dapat menyediakan alternatif baru (Mok Soon Sang, 2001). Dalam
konteks berkenaan, jawapan penerangan yang dikemukan adalah berbeza
walaupun isi kandungan yang sama. Cara huraian yang disampaikan serta hujah
yang membantu isi menjadi lebih kritis dengan unsur-unsur tambahan
menggambarkan tahap pemikiran yang tinggi seseorang murid murid. Guru hanya
perlu memantau huraian dan pandangan serta kadangkala perlu penambaikan
penerangan yang telah disampaikan. Bahkan selaras dengan pendidikan pada abad
ke-21 iaitu berpusatkan murid. Maka, kesannya membolehkan murid mengadaptasi
masalah yang dihadapi dengan relevan serta mengetahui implikasi-implikasi yang
bakal dihadapi sama ada dalam sesi akademik mahupun masalah diluar bidang
akademik.

Satu kaedah yang mana guru boleh menerapkan unsur kepimpinan dalam diri
murid adalah melalui aktiviti kokurikulum. Berdasarkan Aspirasi Murid, kemahiran
memimpin wajar ada dalam diri murid di mana mereka mampu untuk berkomunikasi
dengan berkesan apabila bersosial serta berkebolehan untuk bekerjasama antara
pasukan atau organisasi. Sehubungan itu, melalui aktiviti kokurikulum contohnya
aktiviti perkhemahan peringkat sekolah, kawad kaki dan mengetuai sesuatu
organisasi murid. Keseluruhan aktivtiti ini adalah dibawah bidang kuasa guru dan
peranan guru yang penting dalam menentukan siapakah pemimpinya atau murid
yang sukarela menawarkan diri untuk memimpin. Kepimpinan yang dimaksudkan
adalah sebagai satu proses seorang ketua mendapatkan kerjasama orang bawah ke
arah mencapai satu matlamat (Azman Che Omar, 2003) dipetik daripada penulisan
Rudi Mutalib dari www.academia.edu/4673499/KEPIMPINAN. Jadi, guru perlu jadi
contoh teladan sebagai seorang pemimpin dalam organisasi di sekolah dengan cara
pemakaian, keterampilan, akhlak dan bersosial dengan budi bahasa. Jika murid
yang bergiat aktif dalam sukan atau lebih cenderung dengan jasmani, aktiviti
kepimpinan yang lebih mencabar boleh dilaksanakan oleh guru. Pada masa yang
sama, guru perlu membuka peluang kepada semua murid untuk mencuba
memimpin sesebuah organisasi. Disebabkan hal ini, murid-murid yang jarang
bersosial atau takut untuk menyahut cabaran sebagai pemimpin akan berasa lebih
yakin dan peka dengan persekitaran di sekelilingnya. Kesannya, murid-murid
mempunyai pengalaman memimpin serta boleh dipraktikkan pada masa akan
datang disertakan dengan pengetahuan intelek yang difikir secara kreatif dan kritis
agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan murid-murid.

Secara keseluruhannya, murid-murid yang datang ke sekolah telah diatur


sistem pendidikan mereka secara tersusun supaya apabila melonjak ke sekolah
menengah mereka dapat menguasai elemen-eleman penting dalam merealisasikan
FPK berdasarkan Aspirasi Murid. Pihak sekolah, terumatanya para guru pendidik
tidak wajar memandang mudah berikutan dengan pelancaran PPPM serta kehendak
FPK. Hal ini adalah kerana cabaran dan taraf pendidkan zaman dahulu adalah pada
jurang yang sangat besar. Maka, segala usaha pihak KPM dirancang dan diatur
secara teliliti bagi melahirkan individu yang holistik serta seimbang dari aspek
JERIS. Secara umumnya, peranan guru amat besar dan mereka tidak seharusnya
bersikap lepas tangan serta hanya memakan gaji buta. Dari aspek negatif jika kita
lihat murid tidak dibimbing dan apabila pencapaian murid tidak meningkat, anak
muridlah yang dimarah dan dipersalahkan. Sedangkan, pengurusan para guru yang
tidak teratur dalam memastikan aktiviti-aktiviti yang mampu membantu dalam
memperkembangkan potensi murid-murid tidak dilaksanakan dengan telus.
Intihanya, PPPM dan FPK adalah saling berkait yang mana bukan sekadar hiasan di
bangunan-bangunan sekolah namun menjadi sesuatu yang harus dikukuhkan oleh
para guru kepada murid. Oleh itu, jelas sekali peranan guru di atas adalah penting
dan mudah difahami oleh semua seterusnya menjadikan kehidupan murid itu lebih
bermakna serta memenuhi kehendak FPK secara dasarnya pada masa akan
datang.
Rujukan

Black, P., & William, D. (1998). Inside the black box. Raising standards through
classroom assessment. Phi Delta Kappan, 80(2), 139-148

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Retrieved 8 August 2016, from Pelan


PembangunanPendidikanMalaysia:http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/
articlefile/2013/articlefile_file_003 107.pdf

Rudi Mutalib. (n.d.). KEPIMPINAN. Retrieved 9 August 2016, from


www.academia.edu/4673499/KEPIMPINAN

Sang, M. S. (2001). Psikologi Pendidikan. Selangor: Pencetakan Sentosa (K.L) Sdn.


Bhd.

Anda mungkin juga menyukai