Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Mengikut Kim dan Kellough (1995) untuk menjadi seorang guru yang berkesan,
seseorang itu mesti mahir di dalam membuat keputusan yang tepat pada sebarang
keadaan. Keputusan yang tepat dapat dibuat sekiranya seseorang guru perlu memiliki
perkara - perkara yang seperti akal budi, kepintaran, ilmu tentang kurikulum dan pedagogi,
kesanggupan untuk ditegur dan diperbetulkan kelemahannya dalam aspek pengajaran
melalui refleksi diri supaya menjadi guru yang mencontohi kepada rakan sekawan yang lain.
Jurnal ini adalah berkenan pengetahuan dan sikap guru pendidikan khas menerapkan
kreativiti dan innovasi dalam Kurikulum Standard sekolah rendah. Jurnal ini merupakan kasil
kajian Sapira Samat @Yusoff dan Mohd Hanafi Mohd Yasin, Fakuliti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Jurnal ini dikajikan di Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas, Ipoh, Perak. Kajian menyatakan adalah penting bagi guru pendidikan
khas bagi mengaplikasikan pengetahuan dan sikap yang dipelajari secara berkesan pada
situasi sebenar.
Perbincangan dlam jurnal ini adalah untuk membari gambaran yang jelas kepada
kumpulan sasaran tentang berapa pentingya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran kepada
murid-murid pendidikan khas. Dalam kajian penulis juga dapat memberi Dapatan kajian,
metodilogi kajian, dan objektif bagi melaksanakan kreativiti dan innovasi dalam pengajaran
pendidikan khas di Sekolah Pendidikan Khas. Secara keseluruhannya jurnal ini meberi
penerangan tentang kepentingan kreativiti dan innovasi dibangunkan unutk dalam bidang
pendidikan khasnya dan pengetahuan dan aplikasinya dalam pengajaran tersebut.
Kemahiran Kreativiti dan Innovasi ini perlu di ambil perhatian oleh guru untuk
diterapkan dan murid-murid perlu diberi pendedahan sejak dari awal persekolahan supaya
matlamat kerajaan tercapai untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang kreatif. Melalui
sistem pendidikan, matlamat kerajaan ini dapat dicapai sekiranya pelaksana iaitu guru dapat
melaksanakan penerapan elemen penting ini kepada murid dengan baik. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru dapat menerapkan elemen K&I agar murid
Masalah Pembelajaran juga diberi peluang untuk menghasilkan suatu idea bernas atau
setidak-tidaknya mereka dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri (Mohd Khairi &
Asmawati 2010)
Walaupun guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi dan sikap yang positif
namun mereka juga mengalami beberapa masalah berhubung dengan penerapan elemen
ini. Masalah utama adalah ketiadaan masa dalam menerapkan elemen ini dalam pengajaran
kerana sistem pendidikan kini lebih memberi tumpuan pada kecemerlangan akademik.
Keadaan ini mendorong guru-guru mengejar menghabiskan silibus yang telah disediakan
tanpa memikirkan kepada kemahiran dan kemenjadiaan murid. Inilah yang menyebabkan
murid-murid masalah pembelajaran akhirnya tidak mendapat peluang pekerjaan kerana
kemahiran asas yang perlu diterapkan disekolah rendah tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Selain daripada ciri – ciri kreaviti dan innovasi guru perlu mempunyai ciri lain untuk
menjadi guru yang berkesan. Ciri pertama ialah Sentiasa berfikiran positif, tanpa memikirkan
keburukan dan kelemahan para murid. Tidak membezakan pelajar yang cantik atau buruk
dan yang pandai atau tidak. Sentiasa melayan murid dengan layanan yang baik, tidak
memukul mereka sekirannya mereka membuat salah. Sentiasa memahami perasaan dan
situasi muridnya. Guru perlulah menyayangi murid-murid mereka walaupun mereka bertaraf
rendah.
Ahirnya ialah guru perlulah melalui satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain
untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang
ditetapkan. Ini bermaksud, guru juga berkeupayaan untuk mempengaruhi ahl-ahli kumpulan
untuk mencapai sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan
dan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya. Maka kepemimpinan guru yang seterusnya adalah
merujuk kepada kepimpinan diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun guru
mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada
paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan
tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan guru bukan hanya
tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha daripada pengikut-pengikutnya.