Anda di halaman 1dari 21

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI


VISUAL

PENGENALAN
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek
yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi
kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual
menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen,
pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar,
Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan
yang celik seni dan berbudaya.

OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, pelajar akan:

1. mengetahui makna Pendidikan Seni Visual dari konteks KBSR;


2. menjelaskan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah;
3. menyatakan asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya; dan
4. menyatakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual di sekolah.

OUM
54
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

PETA MINDA

4.1 PENGENALAN SENI VISUAL


Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada
seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi. Subjek ini
lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya
kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan
dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah
rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak,
membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat subjek
ini pada perspektif yang lebih luas sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui
kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai
khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

4. 1. 2 Bidang-bidang dalam Seni Visual

Empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada:

OUM
55
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

x Melukis dan membuat gambar


x Membuat rekaan corak
x Membentuk dan membuat binaan
x Kraf tradisional

(i) Melukis dan Membuat Gambar


Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta
kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang,
struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan
menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan.

Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah kandungan subjek


atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang
dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat
menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara
ekspresinya yang atersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar dari aspek
psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

Rajah 4.1: Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah

OUM
56
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

(ii) Membuat Rekaan dan Corak


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara
untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.
Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil
daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terjadi
daripada pelbagai teknik dan cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal
atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:
x Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan
x Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, dan gunting
x Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat
x Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada:
x Penuh
x Turun satu suku
x Turun tiga suku
x Turun separa
x Sisik ikan
x Selang seli
x Tampak dam dan tampak catur
x Siku keluang
x Pucuk rebung
x Orgee
x Batu bata
x Tunggal
x Berpusat
x Sendeng
x Berombak
x Jidar
x Berjalur
x Cerminan

Teknik Corak

Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian


motif dan tujuan corak ini dihasilkan.

OUM
57
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

Rajah 4.2: Corak tidak terancang

Rajah 4.3: Corak terancang

OUM
58
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

(iii) Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut
pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat
binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan
alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan mermbuat binaan di sekolah rendah merangkumi;


x Arca timbul
x Arca assemblaj
x Arca mobail
x Arca stabail
x Model
x Diorama
x Boneka
x Topeng
x Origami

Tema dan Subjek

1. Alam semulajadi
2. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
3. Aliran dan tema sejagat
4. Keperluan dan pengalaman harian

(iv) Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan


seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan
kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Jenis-jenis Kraf
1. Alat domestik
2. Alat permainan
3. Alat mempertahankan diri
4. Batik
5. Seni tekat
6. Tembikar

OUM
59
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

7. Anyaman
8. Kelarai
9. Ukiran

4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual

Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang dicernakan
melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu reka cipta dan kreativiti pelukis akan
menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkarya
yang terdahulu dengannya. Mereka akan membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji
dan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya
menyelesaikan suatu permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea
dalam ruang lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang
yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan
secara personal untuk disampaikan dalam karyanya.

Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya pelukis juga
memikirkan nilai estetika yang inginkan ditampilkan. Bagaimana estetika itu boleh
ditampilkan dalam karya?

(a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej


Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai
estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej . Estetika
yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah
semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan
peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran dibolehkan.

(b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi


Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gough dan Goya
sering mengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang
berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak perandaan dan kecelakaan yang
melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan di kanvas dan arca-
arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat
menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan.

(c) Menggunakan Kaedah Formalistik


Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan
unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan,
warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolah
melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian,
pengasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai
prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan
ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkan
imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij dan
agong.

(d) Keaslian
Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis.
Dalam berkarya, menciplak atau menjadi plagiat adalah suatu yang ditegah dan

OUM
60
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai


estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.

4.2 ASAS SENI REKA

4.2.1 Unsur Seni

Unsur seni terdiri garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.

(a) Garisan
x Garisan merupakan cantuman satu siri titik
x Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi,
beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.
x Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar
x Melalu garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat
rupa dan membentuk.
Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti;
1. Teknik koyakan
2. Teknik tampalan
3. Teknik kolaj
4. Teknik gosokan
5. Teknik cetakan
6. Teknik capan

(b) Warna
Warna terdiri daripada;
1. Warna asas
2. Warna sekunder
3. Warna tertier
Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan
melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia
dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk
warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu
dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau
jingga. Warna asas dan warna sekunder apabila dicampurkan akan membentuk warna
tertier. Secara mudahnya warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai
warna ini memudahkan pelajar untuk kerja-kerja mewarna kepada subjek yang dihasilkan.

Latihan 4.1
Apakah warna penggenap? Dengan menggunakan warna bagaimana ia
terbentuk.

OUM
61
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

(c) Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar,
halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan
manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri
dari ciptaan Yang Maha Kuasa.

Jalinan terbahagi dua jenis:


(i) Jalinan tampak
(ii) Jalinan sentuh

OUM
62
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia
terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab
ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan.

Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga
dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan
lain-lain lagi.

Jalinan boleh dihasilkan melalui,


x Teknik cetakan
x Teknik pualaman
x Teknik kolaj
x Teknik campuran
x Teknik binaan
x Teknik cantuman

(d) Rupa
Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan
penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau
mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik
mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan.
Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa
geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun,
kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secara
lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.

Jenis-jenis rupa;
x Rupa positif dan negatif
x Rupa dan corak
x Rupa dan lambang
x Rupa dan muka taip

(e) Bentuk
Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan
dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton,
jalinan ruang diaplikasi sekaligus.

Bentuk terdiri dari dua jenis;


(i) Bentuk ilusi (maya)
(ii) Bentuk konkrit

Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi, lukisan dan
gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia
hanya permukaan datar kerana dalam bentuk dua dimensi.

OUM
63
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai
ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan
lain-lain lagi.

(f) Ruang
Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia
menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar,
di tepi di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan
dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaanya, ruang
dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

4.2.2 Prinsip-prinsip Rekaan

Prinsip rekaan terdiri daripada;


x Harmoni
x Penegasan
x Imbangan
x Kontra
x Pergerakan
x Kesatuan
x Kepelbagaian
(a) Harmoni
Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman dan tenang.
Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan
penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan,bentuk, rupa, jalinan, ruang

OUM
64
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

dan warna yang saling lengkap melengkapi dan tiada unsur percanggahan di
dalamnya.

(b) Penegasan
Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu
unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan dengan
mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur
seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa
yang boleh dikaitkan dengan penegasan.

(c) Imbangan
Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruangan kiri dan
kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil,
sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak,
bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau
bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang kiri
dan atau atas bawah. Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri.

(d) Kontra
Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin
diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk
mendapatkan reaksi sipermerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan,
warna dan corak.

(e) Pergerakan
Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga
boleh menjadikan sebagai kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan
bermotor misalnya, nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan
tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh
dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.

(f) Kesatuan
Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk,
warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat.
Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila
penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama ia
akan menwujudkan kesatuan.

(g) Kepelbagaian
Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan yang
membentuk satu gubahan. Kombinasai unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk,
warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.
Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang
harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.

Latihan 4.2
Bincangkan fungsi kesatuan dalam Seni Visual dapat menghasilkan sebuah
karya yang menarik?

OUM
65
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

4.2.3 Struktur Rekaan

Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana


penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan yang
baik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untuk mendapatkan struktur yang
baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau rupa organik di gunakan. Struktur
asas yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu garisan grid dan garisan
struktur.

Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas dimana petak-petak terbentuk
dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi. Garisan struktur pula ialah garisan yang
terbentuk mengikur sifat objek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan
strukturnya terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubat
nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya dan berpandukan garisan-
garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan.

Rajah 4.4: Grid menjadi asas mencorak menggunakan ubi kentang

Rajah 4.5: Grid digunakan untuk menggambar dalam struktur rekaan

OUM
66
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Rajah 4.6: Grid menjadi panduan untuk membuat rekaan corak

4.2.4 Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah

Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong utama


pembelajaran di kalangan pelajar. Drs. Abd. Rahman Saleh (1976) menyarankan agar
sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan menggunakan asas-asas dikdaktik
dalam usaha membangkit minat, memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian
ilmu secara sisetematis dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Soalnya bagaimanakah
Seni visual ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Drs. Abd. Rahman Saleh ia boleh
dilaksanakan dengan beberapa cara.

(a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus.
Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur seni
secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yang
mungkin berupa lanskap, mural, arca , taman permainan, simbol-simbol dan grafik
yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan seni
tersebut.

(b) Memilih method atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Guru Besar sekolah seharusnya mendokong watak hero untuk
memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru-
guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenar untuk mengajar Seni Visual.
Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks mentarbiyah pelajar dengan
seni lengkap, canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah.

(c) Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru seni
yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal, mengawas dan
menyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik.

(d) Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di sekolah.
Maksudnya, adalah hadiah atau ganjaran kepada orang atau kelas yang dapat
membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secara
pertandingan, sport check , kempen atau agenda tahunan sekolah.

Seterusnya perlaksanaan pendekatan dikdatik di sekolah akan dapat dilaksanakan ke atas


pelajar melalui pendekatan yang berikut:

OUM
67
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

(a) Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan, mempunyai hubungan


dengan kehidupan sehari-hari

(b) Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas sehingga murid dapat mempelajari
penyelesaian sendiri masalah-masah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu struktur
pelajaran mesti dirancang dengan baik.
(c) Antara guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu
membantu dan mendorong kegiatan belajar pelajar, dapat membangkitkan
persaingan dengan kerjasama murid.

(d) Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk mencuba,


menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari.

(e) Penyajian bahan harus diatur berurutan sehingga tujuannya dapat ditetapkan dengan
jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara bertingkat atau mengikut sekuen.

(f) Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai, guru
harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa evaluasi adalah
merupakan sebahagian daripada mengajar.

Sekiranya masalah maseh berlaku, apakah formula penyelesaiannya? Dr. Wan Zahid
(1993 ) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi antaranya:
(a) Pembetulan (correction) Membetulkan fakta dan konsep yang menyeleweng
(b) Orientasi (Orientation) Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang tepat
mengenai mata pelajaran ini.
(c) Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras displin-displin ilmu yang mengganggu
dan menggagalkan.
(d) Kesepaduan (integration) Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau
paradigma yang berteraskan tawhid.

Namun begitu kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika:
(a) Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah
(b) Perkongsian wawasan dan tujuan
(c) Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat
(d) Jangkaan kejayaan yang tinggi
(e) Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan pembelajaran
(f) Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar
(g) Hak pelajar dan tanggung jawab pelajar yang dipelihara dan dihormati
(h) hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu pertalian yang
tidak putus-putus
(i) Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menakkul dan
membina pengalaman.
Akhirnya, hasil (out-come) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat dilaksanakan
dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total.

OUM
68
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

4.3 AKTIVITI SENI VISUAL

4.3. 1 Menggambar

Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian.

Berikut disenarikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat.

Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, plywood Pensel, pensel warna, pen


teknikal,oil pastel, krayon,
arang, berus

2. Catan Kertas, kanvas, kain, plywood, Berus, pisau palet, easel,


linseed, air, turpentine kadbod, papan

3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan- Gunting, pisau, mangkuk


bahan tampalan

4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat Gunting, pisau, pembaris


khabar, gam

5. Cetakan Dakwat cetak, gam, tupentine, minyak Penggelek, papan,


tanah, minyak linseed, papan
Spatula, cermin, kertas surat
khabar

6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus, scrapper

7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna, pensel, Kain, papan


oil pastels

8. Stensilan Profilm, kertas, dakwat cetak, dye Squeezy, penggelek dan kain

9. Percikan Warna, air, kertas, Berus, strew, berus gigi

10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat Alat geometri, pembaris

11. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan Papan, gunting, pisau


terbuang, gam

12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas warna Gunting, pisau

OUM
69
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

Contoh-contoh dalam Bidang Menggambar

Rajah 4.7: Menggambar menggunakan teknik kolaj

Rajah 4.8: Menggambar dengan menggunakan teknik catan

OUM
70
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak

(a) Corak Tidak Terancang

Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat minyak Besen, berus

2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air, warna Strew, berus


batik

3. Titisan Warna air, lilin, api Pembaris keluli

4. Ikatan dan celupan Kertas, tisu, warna batik, getah Besen warna, berus
gelang,kain

5. Renjisan dan percikan Warna air, kertas, kanvas Berus, bekas warna

(b) Corak Terancang

Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, Pensel, pensel warna, pen teknikal,oil


plywood pastel, krayon, arang, berus

2. Catan Kertas, kanvas, kain, Berus, pisau palet, easel, kadbod,


plywood, linseed, air, papan
turpentine

3. Kolaj Kertas warna, gam, Gunting, pisau, mangkuk


kapas, bahan-bahan
tampalan

4. Montaj Kertas, gambar, majalah, Gunting, pisau, pembaris


surat khabar, gam

5. Cetakan Dakwat cetak, gam, Penggelek, papan,


tupentine, minyak tanah,
Spatula, cermin, kertas surat khabar
minyak linseed, papan

6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, Berus, scrapper


warna air

7. Capan Warna, dakwat, kertas, Papan, gunting, pisau


bahan-bahan terbuang,
gam

8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen kaligrafi, buluh, resam

OUM
71
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

4.3.3 Membentuk dan Membuat Binaan

Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

1. Arca timbul Kepingan kayu, plaster of paris, batu, Pahat, penukul, alat
kayu, plastik, kertas lumat, papier pengukir, pengikis, kikir
mashe, tanah liat pari, kertas pasir

2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen, bongkah Alat patri, skru, paku,
kayu, spare-part kenderaan, bahan gergaji, ragum, gerudi,
kutipan, besi sepana hidup, pemutar skru

3. Mobail Besi, dawai, kertas, tali temali, plastik, Gunting besi, alat patri,
kepingan logam, zing, kad bod sepana, gerudi, pemutar
skru

4. Stabail Simen, kepingan logam, plastik, Alat patri, skru, paku,


spare-parts kenderaan, besi, logam, gergaji, ragum, gerudi,
papan sepana hidup, pemutar skru

5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa, Gunting besi, alat patri,


plywood, zing, akar kayu, papan sepana, gerudi, pemutar
skru

6. Diorama Plywood, papan, zing, cermin lutsinar, Gunting besi, alat patri,
patung, karangan laut sepana, gerudi, pemutar
skru

7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat, spray Gunting, pisau, playar,
warna, gam dunlop/UHU pemutar skru

8. Topeng Papier mashe, plastik, kertas surat Gunting, pisau, besen


khabar, habuk papan, gam, piring
plastik, warna

9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau

4.3.4 Kraf Tradisional

Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

1. Alat domestik Kepingan kayu, tempurung, besi, Pahat, penukul, alat pengukir,
kayu, manik pengikis, kikir pari, kertas pasir,
gergaji kecil

2. Alat permainan Buluh, kertas, benang, gam, Gunting, pisau, gam, gergaji kecil,
kertas warna, kayu pemutar skru, skru

3. Alat pertahanan diri Kayu, timah, besi, plumbum, Gunting besi, alat patri, sepana,
loyang gerudi, pemutar skru

OUM
72
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

4. Alat perhiasan diri Benang, tekstil, prada, gam, Gunting, pisau,gergaji kecil,
butang,kayu pemutar skru, ragum

5. Batik Kain putih, campuran lilin, Canting, pemidang kayu, berus,


pewarna, pemati warna, debu dapur atau plat pemanas, periuk,
soda, pelembut kain/fabrik besen besar

6. Tekat Benang emas, benag putih, kain Pemidang kayu berkaki, cuban
dasar, baldu, kertas tebal, gam,
rotan saga

7. Tembikar Tanah liat, kaolin Pisau, span,penggelek, papan


golek, gergaji kecil, pengayak,
Tanah liat, kaolin
dawai, pemotong, kayu ukur,
angkup luar, pinggan, kayu,
pengguris dan berus

8. Anyaman Pandan, mengkuang, daun nipah, Parang, alat jangka, pelurut,


buluh, paku pakis, daun serdang, tempayan, besen, periuk, penyisip,
rotan, rumput rampai pisau kecil

9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau,


kikir, ketam, pengikis, daun
mempelas, berus, syelek

RUMUSAN
Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh pelajar
semasa berada di alam persekolahan. Ia merupakan satu mata pelajaran yang dapat
memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat dan seterusnya
mendalami Seni Visual secara betul dan bersistem. Pelajar yang sedemikian pada jangka
panjangnya akan memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi
dan kreatif. Dalam topik ini pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan
perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserap dan
diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja.

GLOSARI
Asemblaj Arca gabungan pelbagai bahan dan jenis
Diorama Model kecil yang memperihalkan sesuatu tema atau cerita. Dikepung
dengan cermin atau perspek untuk mudah dilihat di dalamnya.
Mobail Arca yang digantung, boleh bergerak dan kadang menghasilkan bunyi
Montaj Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita
Resis Kalis air.
Kaolin Cecair untuk pelembut tanah

OUM
73
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL TOPIK 4

UJIAN 1
1. Apakah itu imbangan simetri? Dengan menggunakan contoh di persekitaran anda,
lukiskan lima contoh objek yang mempunyai imbangan simetri.

UJIAN 2
1. Dengan mengambil satu hasil catan yang lengkap, jelaskan bagaimana pelukis
tersebut mengaplikasikan prinsip-prinsp rekaannya.

UJIAN 3
1. Teliti batik Malaysia dan batik Indonesia. Nyatakan perbezaan dan persamaan yang
ketara dari segi penghasilannya.

RUJUKAN
Hurwitz, a. & et. al (2001). Children and their art, Harcourt College Publishers, U.S.A.

Kathleen Chee. (1999). Pendidikan seni, Bangi: Penerbitan Pelangi,

Edwards, B. (1986), Drawing on the artist within, Simon & Schuster,Inc.,USA.

Rahmat Salihon (2003) Pendidikan seni visual tingkatan 1, Fajar Bakti, Selangor darul
Ehsan

Raja Baharudin (1999), Kursus amali pendidikan seni PMR, Selangor Darul Ehsan: Pan
Asia Publications, Bhd.

Gardner. H., (1989). Toward more effective arts education, Arts, Mind and Education,
USA: University of Illinois Press.

Lark- Harovitz, Lewis H. P., & Luca. M., (1967). Understanding childrens art for better
teaching, USA : Columbus.

OUM
74

Anda mungkin juga menyukai