Anda di halaman 1dari 7

Bincangkan Langkah – langkah intervensi yang komprehensif untuk membantu murid

menguruskan tekanan emosi dalam menghadapi peperiksaan.

1.0 Pengenalan

Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, “emotion”, dan


“émouvoir” yang bermaksud ‘kegembiraan’. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi
bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Bruno
(1984), mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan yang mampu mengganggu kitaran
bendalir di dalam badan. Kadang - kala kesihatan individu yang mengalami gangguan emosi
juga semakin terjejas. Gangguan emosi pula boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang
menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Juteru itu, seorang guru, tahap
kesediaan murid untuk belajar haruslah dipantau agar emosi murid tersebut sentiasa
berada dalam kedaan yang baik dan bersedia untuk belajar. Pendidikan pada masa kini
bukan sahaja mementingkan pencapaian di dalam ujian dan peperiksaan, malah setiap
aspek perlu diberi perhatian. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menyeru para pendidik untuk memperkembangkan potensi individu iaitu murid-murid secara
menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek,
jasmani, emosi, rohani dan sosial. Maka, guru perlu menyediakan langkah-langkah
intervensi yang komprehensif untuk membantu murid menguruskan tekanan emosi dalam
menghadapi peperiksaan.

2.0 Langkah – langkah intervensi bagi mengatasi gangguan emosi.

Dalam tempoh menghadapi peperiksaan, pengurusan sekolah dengan bantuan ibu bapa
memainkan peranan yang utama dalam memastikan semua murid Berjaya atau mendapat
markah yang sewajarnya dalam pencapaian akademik (UPSR) yang akan dating. Mereka
perlu merancang beberapa program yang sewajarnya bagi persediaan emosi murid ini
berada dalam keadaan yang stabil dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Antara langkah-langkah intervensi yang komprenhensif boleh diambil oleh guru adalah
seperti berikut :

2.1 Hubungan Demokratik

Kepimpinana seseorang guru memainkan peranan yang penting supaya murid sentiasa
berada dalam keadaan tenang dan berada dalam kitaran yang selamat. Emosi merupakan
perkara yang paling penting untuk mengelolakan setiap aktiviti yang ingin dilakukan kerana
ia adalah tindak balas kepada pemikiran dan idea dalam otak. Sekiranya emosi berada
dalam keadaan terganggu akan menyebabkan kesukaran dalam menjalankan sesuatu
perkara terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam hal ini, kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala
dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan
murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang
dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk
bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Pada masa yang sama apabila guru
dengan muid mempunyai hungbungan baik maka murid tersebut suka gaya pengajaran guru
dan mata pelajaran terbesut. Murid tidak akan segan untuk menanyakan soalan berkaitan
dengan matapelajaran tersebut. Guru Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong
murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain dan maka mereka tidak akan menyimpan
kesediaan mereka dalam hati mereka. Para murid tidak mempunyai perasaan ego antara
satu sama lain. Murid meluakan perasaan tanpa bantasan. Murid tidak perlu tanggungkan
bebanan mereka. Apabila luakan perasaan boleh menggurangkan mengelakkan gangguan
emosi dan murid – murid akan melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti di kelas dan
luar kelas. Maka meraka akan berkongsi idea mereka dengan rakan sekelas walaupun
tahap pembelajaran yang berbeza.

2.2 Program Keagaman


Tekanan emosi yang dialami oleh murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR
pada masa kini sering menghabiskan separuh masa disekolah sahaja. Walaubagaimana
pun kalau balik rumah mesti menyiapkan kerja rumah yang guru bagi. Pada masa yang
sama mereka perlu mengikut kelas tuisyen yang disediakan oleh ibu bapa mereka.
Kebanyakan adalah aktivti pembelajaran sahaja. Namun begitu, guru memainkan peranan
penting bagi membantu murid-murid tersebut menangani masalah gangguan emosi. Dalam
hal ini murid-murid menghabiskan masa hampir 8 jam berada di sekolah setiap hari dan
kadang-kala masa ini melebihi masa mereka dengan kerja rumah dan tuisyen. Chan dan
Rodziah (2012) menulis disebabkan murid menghabiskan banyak masa di sekolah, guru
juga menjadi pemangkin kepada kecerdasan emosi murid. Terutamanya kepada murid-
murid disekolah Tamil, pembacaan “gayathiri mantra” dan bersembahayang sangat
membantu para murid dalam stabilkan emosi mereka untuk menghadapi peperiksaan yang
besar buat mereka. Setiap pagi, guru perlulah menggalakkan para murid untuk
bersembayang yang betul dan cara mendekati tuhan. Maka ini tidak mengganggu emosi
mereka. Mereka tidak akan mempunyai perasaan diri.
Pada masa yang sama apabila peperiksaan UPSR didekati selalunya guru - guru yang
mengajar tahun enam membuat “kalvi yathirai” bagi murid –murid periksaan. Pada masa itu
murid akan bersembayang dan mengambil “pal kudam” kepada tuhan saraswathi. Apabila
para murid membuat dengan penuh hati yang semangat. Maka program keagamaan seperti
ini akan pemantapan rohani, hati dan emosi murid dalam keadaan stabil kerana dengan
penerapan ilmu agama mampu menggalakkan murid supaya lebih kuat dan mempunyai
semangat untuk memperoleh kejayaan. Sebulan sebelum peperiksaan guru –guru
mengggalakkan para muird mengambil makanan sayur-sayuran dan berkhaziat. sahaja.
Apabila para murid mengambil makanan sayur-sayuran maka emosi mereka boleh dikawal.
Program keagaaman seperti ini di sekolah mampu mengatasi masalah emosi yang telah
ditunjukkan oleh murid disebabkan tekanan untuk menghadapi peperiksaan.

2.3 Program Motivasi

Menurut Noraini Ahmad ( 2003), pembentukan minda yang positif perlu menjelang
peperiksaan bagi mengelakkan timbulnya perasaan yang menganggap peperiksaan itu
sesuatu yang menyakitkan untuk dilalui. Apabila guru berkerjasama PIBG sekolah dan
mengadakan kem motivasi Keyakinan diri. Para murid akan mendapat semangat baru untuk
belajar. Dalam setiap kem motivasi kemairan belajar murid - murid akan dirangsang supaya
mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Murid – murid akan diberi kata-kata motivasi seperti
'Saya boleh!' dan 'Saya yang menentukan kejayaan saya!'. Para murid juga akan diberikan
kesedaran tentang kebaikan menjadi murid yang cemerlang dan tingginya harapan ibu bapa
terhadap mereka.

Selain itu, pada awal tahun bagi Kelas UPSR guru – guru sekolah berkerjasama dengan
guru – guru lain daripada sekolah berlain mengadakan Kem Motivasi Kemahiran Belajar
untuk mengajara teknik belajar yang betul. Teknik belajar yang betul penting supaya murid
dapat cepat mengingati kandungan pelajaran yang dibaca dalam jangka masa yang
panjang. Murid juga akan diberi kesedaran tentang penggunaan dan pengurusan masa
yang betul. Murid – murid dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Nilai-nilai
murni ini dapat dipupuk secara langsung atau tidak secara langsung. Antara nilai-nilai murni
tersebut ialah nilai hormat-menghormati dan nilai kerajinan. Sesungguhnya dengan
mengamalkan nilai kerajinan, murid boleh berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan
dan juga kehidupan mereka. Di samping itu, para murid juga akan mendapat kenalan baru
apabila menyertai kem motivasi kemahiran belajar. Terdapat kem motivasi yang
menggabungkan beberapa buah sekolah. Apabila mendapat kawan baru, mereka dapat
bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara. Murid juga dapat
bertukar-tukar soalan peperiksaan yang mereka miliki. Program - program seperti kem
motivasi berbentuk pendidikan seperti ini sebagai tindakan sokongan dalam pembentukkan
tingkah laku. Program- program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah
gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangun kemahiran sosial,
meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri.

2.4 Projek Rintis Minda Sihat

Guru di sekolah boleh menjalankan Projek Rintis Minda Sihat Menangani gangguan
emosi dalam Kalangan Murid Sekolah. Guru perlulah menjalankan projek ini selama enam
bulan untuk bertujuan memperkasakan murid bagi menangani tekanan emosi akibat
cabaran kehidupan seharian menerusi kemahiran daya tindak. Ia juga bertujuan memberi
kemahiran kepada guru untuk mengenal pasti serta mengendalikan murid yang mengalami
masalah emosi dan tingkah laku. Program ini akan meningkatkan kesejahteraan mental di
kalangan murid dan warga sekolah. Dengan projek ini, para guru lebih memahami prosedur
program Minda Sihat dan mudah mendapatkan kerjasama guru-guru untuk menangani kes
murid yang terlibat dalam projek intervensi Minda Sihat terutama bagi guru kelas-kelas
peperiksaan. Hal ini kerana murid yang mempunyai masalah emosi yang sangat teruk di
rumah akan dimaklumkan kepada guru mata pelajaran tertentu untuk mengurangkan stres
mereka di sekolah. Pada masa yang guru matapelajar tersebut juga akan memeberi
pembelajaran mereka. Guru akan memberi kerja rumah mengikut tahap mereka. Dalam
sekolah murid itu diajar dengan kaedah berlainan tetapi pelajaran yang sama dengan kelas
biasa. Dengan cara ini murid dapat mengawal emosi di sekolah dari murung dan
mengasingkan diri.

2. 5 Program Rol Model

Kemahiran daya tindak kesihatan mental guru di sekolah juga boleh menggunakan
modifikasi tingkah laku yang bersesuaian supaya masalah emosi murid-murid dapat
dikurangkan. Suasana emosi di bilik darjah merujuk perasaan murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh
sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif
biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang
rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil,
mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008). Oleh yang
demikian, guru kelas tahun enam bekerjasama dengan guru matapelaran menghiaskan
kelas dengan cara abad – 21. Pada masa yang sama guru membawa bahan bantu
mengajar yang berlainan yangn berbeza dari yang biasa. Contohnya Bahan bantu
mengajar yang berwarna – warni, mengikut tahap murid dan sebagainya. Sebelum datang
kelas guru merancang rangcangan harian mengikut semua tahap murid dalam kelas yang
diajar. Maka setiap guru yang mengajar kelas tahun enam dapat mengaplikasikan gaya
pengajaran tersebut supaya mengikuti proses pengajaran dan pembelaran murid berada
dalam keadaan emosi yang stabil.

2. 6 Program Doktor muda

Program Doktor Muda untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid tahun
enam dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar
mereka dapat mengamalkan cara yang sihat. Dalam Program Doktor muda guru mengajar
cara menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke
arah mengamalkan cara yang siaht. Doktor muda membantu anggota kesihatan dan guru –
guru di sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah. Dalam Program Doktor
Muda guru – guru mengajar para murid bagi menghargai kesihatan di sekolah mahupun di
rumah. Melalui Program Doktor Muda guru mengajar cara memupuk sifat kepimpinan dan
keyakinan di kalangan murid tahun enam. Justeru ini para murid akan bentuk sikap positif
terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. Selain daripada itu dalam
Program ini juga para murid akan didedahkan dengan teknik-teknik meningkatkan
kecerdasan emosi. Murid –murid diberi tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing
– masing.

2. 7 Program Mentor – Mentee

Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Murid dan
guru hendaklah berjumpa (apabila perlu) untuk berbincang secara terbuka mengenai apa
jua bentuk masalah yang dihadapi oleh murid yang dibawah guru tersebut. Dalam hal ini
selalunya para murid kelas tahun enam selalunya diagaihkan mengikut guru yang mengajar
matapelajaran dalam kelas itu. Bagi dijadualkan satu perjumpaan diantara mentor dan para
mentee bagi mengisi aktiviti yang telah disediakan sepanjang semester tersebut. Minggu
berikutnya akan berjumpa dengan aktiviti yang dirancang. Contohnya mentee ada masalah
mereka akan memberitahunya kepada mentor mereka. Maka mentor akan memberi
penyelesaian mengikut masalah yang dialami. Kalau masalah tidak dapat deselesaikan oleh
Mentor akan dibawa ke guru kaunseling yang bertauhliah bagi mencari memcari
penyelesaian. Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan
saluran perhubungan untuk membolehkan para murid mengadu sebarang masalah
khususnya dalam hal-hal akademik dan mengatasinya dengan mendapatkan nasihat
daripada mentor masing-masing. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu
murid mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.
Melalui program ini, murid akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara.
Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara murid dengan mentor
juga dapat mengeratkan hubungan antara murid dengan murid melalui aktiviti yang
dianjurkan mentor. Murid - murid yang akan diberi bimbingan kerjaya. Dengan ini, mereka
dapat meninggkat konsep kendiri yang lebih positif.

3. 0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, langkah-langkah intervensi memainkan peranan utama bagi
menangani masalah yang dikesan dapat dikenalpasti. Emosi mestilah diperhatinkan supaya
masalah yang pada mulanya bulatan yang kecil, kalau masalah tidak dapat diatasi ia akan
menjadi bulatan yang besar. Setiap intervensi yang dijelaskan merupakan langkah langkah
yang dapat membantu para murid tahun enam untuk membaiki emosi mereka supaya
sentiasa stabil dan cergas. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa
pembentukan emosi yang positif dalam kalangan murid memerlukan kemahiran, keupayaan,
dan komitmen yang tinggi daripada ibu bapa dan diri sendiri selain daripada guru-guru.
Kejayaan memasuki dunia murid dapat menghasilkan persefahaman dengan murid
khususnya dalam usaha untuk emosi yang mesra ketika bersama dengan murid dalam
sesuatu proses pembelajaran. Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan saling bersedia untuk
berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama untuk menjayakan matlamat pembelajaran
di samping membentuk emosi positif dalam kalangan mereka yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai