Anda di halaman 1dari 37

TEORI

PERMODELAN
BANDURA
KUMPULAN 4:
CALIS ANAK BAYAN
MERINA ANAK AKIM
YVONNE OCTAVIA BINTI IBA
CHRISTINE LAING ANAK AGAM
/Dr VMT

BIODATA
Dilahirkan pada 4 Disember 1925 di
Mundare, Kanada.
Menerima ijazah kepujian dalam
Psikologi dari Universiti British
Columbia pada 1949.
1952- Ph.D di Universiti Lowa.
1953-mengajar di Universiti Stanford
Pernah bekerja sebagai Ketua Jurusan
Psikologi Stanford
1973- terpilih menjadi Ketua American
Psychological Association (APA).
Kini menjadi Profesor David Starr
dalam bidang Ilmu Pengetahuan Sosial

PENGENALAN
Teori pembelajaran sosial menegaskan
bahawa pembelajaran manusia
berlaku dengan cara memerhatikan
orang lain melakukan sesuatu.
Ini dilakukan dengan cara
memerhatikan gerak balas yang
ditonjolkan oleh orang lain.

TEORI PERMODELAN
Menggunakan 1 kumpulan kanak-kanak
tadika (3-6 tahun) untuk kajian pada
1963.
Hasil > Kanak-kanak keseluruhannya
meniru model yang ditonton dengan
gaya lebih agresif.
Rumusan > Pelbagai tingkah laku sosial
(agresif,persaingan,peniruan model
dsb) adalah hasil pemerhatian daripada
gerakbalas oleh orang lain.

EKSPERIMEN PERTAMA
A = Disuruh memerhati sekumpulan orang
dewasa memukul,
menumbuk,menendang
dan menjerit sockeroo ke arah patung
besar Bobo.
Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang
dewasa malahan lebih agresif.

B = Disuruh memerhati sekumpulan orang


dewasa
bermesra dengan patung besar Bobo
Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah
laku
agresif seperti kumpulan A.
Rumusan :
Tingkah laku kanak-kanak dipelajari
melalui peniruan/ permodelan.

EKSPERIMEN KEDUA
A : Memerhati orang dewasa
menumbuk patung besar kemudian
mendapat hadiah.
B : Memerhati orang dewasa
menumbuk patung besar kemudian
mendapat denda.
C : Memerhati orang dewasa
bermesra dengan patung besar.

HASIL:
Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih
agresif dari orang dewasa.
B dan C tidak menunjukkan tingkah laku
agresif.
RUMUSAN :
Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil
dari peneguhan.

Pembelajaran melalui pemerhatian


merupakan pembentukan asas
tingkah laku manusia.
Melalui pemerhatian terhadap
proses dan hasil perubahan
tingkah laku orang lain, individu,
secara tidak langsung mempelajari
pula perubahan tingkah laku
tersebut.

Orang yang diperhatikan sebagai model,


dan proses pembelajaran melalui
pemerhatian tingkah laku model sebagai
permodelan (modeling)
Melalui permodelan, kita bukan sahaja
dapat menunjukkan sesuatu tingkah
laku, tetapi juga dapat menduga apa
yang akan berlaku kepada kita setelah
mempamerkan tingkah laku tersebut
dalam sesuatu situasi.

Permodelan boleh digunakan untuk mencapai tiga kesan:


Pertama mengajar tingkah laku yang baru.
- murid-murid mempelajari banyak tingkah laku baru
daripada sekolah
- mempelajari tingkah laku ini daripada guru dan
rakan sebaya
Kedua menggalakkan pengukuhan tingkah laku yang
lama
- Memerhatikan tingkah laku orang lain dapat
menggambarkan kepada kita tingkah laku lama yang
mana dapat digunakan.

Ketiga mengukuhkan atau


melemahkan sesuatu halangan untuk
tujuan membantu murid mengatasi
perasaan takut atau malu
- Sekiranya murid-murid dalam sebuah
kelas melihat seorang kawan mereka
melakukan kesalahan dan kawan
mereka itu tidak dikenakan denda,
mereka mungkin akan mempelajari
perlakuan yang tidak baik itu

- Akan tetapi, apabila guru memberi


hukuman kepada murid yang
melakukan kesalahan itu,
khususnya jika murid itu seorang
ketua kelas, maka kesan itu dapat
dirasai oleh semua murid lain, dan
seterusnya dapat menghalang
tingkah laku serupa itu daripada
berlaku lagi.

PROSES PEMBELAJARAN
PEMERHATIAN/PERMODELAN
4 unsur utama:
Perhatian (attention)
Mengingat atau pengekalan
(retention)
Reproduksi atau penghasilan
semula (reproduction)
Peneguhan
(reinforcement)/Motivasi
(motivation).

PERHATIAN
Pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan
perhatian.
Perhatian, mencakup peristiwa peniruan dan
karakter pengamat
Dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti gemar
atau ingin dikaitkan dengan model tersebut,
dan juga setakat mana tingkah laku model
memenuhi jangkaan serta mengerakkan
emosi kita.
Ciri model - nilai, umur, jantina, status dan
hubungan dengan pemerhati.

MENGINGAT
Pemerhati harus berupaya mengekalkan
tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan
Mengikut Bandura, butir-butir tingkah laku
boleh dikekalkan dalam ingatan dengan
menggunakan bahasa dan imaginasi.
Perkara ini berhubungkait dengan kebolehan
kita untuk mengekod (encode) dan
menyimpan maklumat tersebut dalam bentuk
imej mental atau huraian verbal tertentu
dalam ingatan kita.

REPRODUKSI
Berupaya untuk menghasilkan
semula apa yang telah diperhatikan
dan menyimpan dalam ingatan kita
Imej mental serta huraian verbal tadi
hendaklah dipindahkan dalam bentuk
tingkah laku sebenar
Kebolehan untuk berbuat demikian
akan meningkat melalui amalan atau
praktis

Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan


fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati
serta kemahiran mengingat dengan tepat
Tanda kejayaan hanya mula nampak apabila
seseorang itu dapat mengawal tindakan
motor semasa bertingkah laku dan bertindak.
Peniruan bermula menjadi satu corak dalam
tingkah laku tetapi bukan pada kemahiran
yang sempurna.

PENEGUHAN/MOTIVASI
Pemerhati biasanya meniru dan melakukan
sesuatu tingkah laku yang diperhatikan
sekiranya ia mendatangkan kepuasan,
peneguhan positif atau ganjaran
Peneguhan positif berfungsi sebagai
ganjaran yang mendorong individu untuk
mengulangi sesuatu tingkah laku seperti
memberi pujian, penghargaan, hadiah dan
sebagainya sebaik sahaja tingkah laku
yang sesuai itu berlaku.

Pemerhati mungkin tidak akan


melakukan semula tingkah laku
sekiranya didenda atau ditegur
Tujuan mengenakan denda adalah
semata-mata untuk menghentikan
sesuatu tingkah laku yang tidak
diingini.

Jenis-jenis peneguhan yang memotivasikan


perlakuan mengikut tingkah laku yang ditiru:
- peneguhan secara langsung
- peneguhan secara tidak langsung
- peneguhan diri iaitu motivasi intrinsik yang
merangkumi proses:
pemerhatian menetapkan piawai tingkah
laku menilai diri memperoleh kepuasan
diri peneguhan diri.

Peneguhan diri memerlukan kepunyaan


konsep kendiri yang positif serta
keupayaan manipulatif diri (self-regulation)
Motivasi
- sesuatu usaha yang menggerakkan
seseorang individu untuk melakukan
sesuatu
- terdiri daripada dua jenis yang utama,
iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

MOTIVASI INTRINSIK
Dikaitkan dengan faktor dalaman diri
- keperluan, minat, rasa ingin tahu,
dan rasa kepuasan diri
Juga merupakan ciri semula jadi
manusia, atau tabii manusia, untuk
cuba mengatasi segala cabaran
dalam proses mendapatkan sesuatu
yang diingininya (Reeve, 1996).

Apabila seseorang itu mempunyai keinginan


yang intrinsik, dia tidak memerlukan apaapa insentif atau hukuman untuk
melakukannya kerana aktiviti itu sendiri
sudah dapat memenuhi kepuasan dan
keperluan dalaman individu itu
Mengikut Raffini (1996), motivasi intrinsik
merupakan what motivates us to do
something when we dont have to do
anything (p.3).

MOTIVASI EKSTRINSIK/
MOTIVASI LUARAN
Dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor
persekitaran - hadiah atau ganjaran, tekanan sosial,
hukuman
Aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk
mendapatkan ganjaran, atau untuk dipuji, atau
untuk mengelak daripada hukuman, atau untuk
mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi,
atau apa sahaja sebab selain daripada untuk
pemenuhan kendiri
Hakikatnya seseorang itu tidak sebenarnya
berminat untuk melakukan aktiviti itu, tetapi
sebaliknya semata-mata untuk mendapat ganjaran.

Faedah peneguhan/motivasi:
menarik perhatian murid
menimbul dan mengekalkan minat
murid.
motivasi dapat menimbulkan
perasaan ingin tahu
menggalakkan semangat
persaingan
menghasilkan suasana yang ceria

JENIS-JENIS PENIRUAN
Peniruan langsung
Peniruan tak langsung
Peniruan gabungan
Peniruan sekat lakuan
Peniruan taksekat lakuan.

Peniruan langsung - meniru tingkah laku


yang ditunjuk atau ditonjolkan oleh model
melalui proses perhatian dengan melihat
model itu sendiri atau secara tidak
langsung, iaitu dengan menonton filem,
video, mendengar huraian atau melihat
gambar foto..
Peniruan tak langsung - pembelajaran
secara tidak langsung (vicarious learning),
biasanya melalui imaginasi atau
pemerhatian secara tidak langsung.

Meniru dan melakukan tingkah laku dengan


menggabungkan tingkah laku model-model yang
berlainan dikenali sebagai peniruan gabungan.
Peniruan sekat laluan - tingkah laku yang ditiru
hanya sesuai dilakukan dalam sesuatu situasi yang
tertentu sahaja.
Peniruan taksekat lakuan - tingkah laku yang ditiru
boleh ditonjolkan dalam apa jua situasi. Ini bermakna
pelajar-pelajar akan terus meniru amalan tersebut

Peniruan hanya berlaku jika terdapat


perkara seperti perhatian yang teliti
diberikan kepada gerak balas yang
hendak dicontohi, sama ada melalui
penglihatan, pendengaran atau
penggunaan deria, hasil pemerhatian
disimpan dalam ingatan, gerak balas
yang ditimbulkan berdasarkan
perkara yang dilihat, didengar atau
dirasai dan ganjaran diberi untuk
meneguhkan gerak balas itu.

JENISJENIS
MODEL

model yang lebih


tua
model yang
berstatus tinggi
model yang
mempunyai
kecerdasan tinggi
model yang terkenal
dalam bidang
sesuatu kepakaran.

Model yang lebih tua- kuasa kebebasan,


kekayaan, kehormatan
Faktor kuasa dan kekayaan daripada model
yang berstatus tinggi mendorong orang dalam
kelas sosial rendah meniru tingkah laku
tersebut
Orang yang kurang pintar dan kurang pandai
biasanya menyanjung dan memuja orang yang
pintar dan pandai - model yang mempunyai
kecerdasan tinggi
Model yang terkenal dalam bidang sesuatu
kepakaran ditiru kerana kepakaran model
dalam sesuatu bidang

CIRI-CIRI
Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan
peniruan.
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa,
misalan dan teladan.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada
kecekapan demontrasi guru sebagai model
Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh
kepuasan dan peneguhan yang berpatutan
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian,
peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak
balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

IMPLIKASI
Penyampaian guru cekap, jelas dan
menarik agar dapat menjadi role
model kepada pelajar
Guru hendaklah menjadi model yang
baik - pakaian, tingkah laku dan
bahasa petuturan guru
Demontrasi guru jelas, menarik
serta menggunakan bahan bantu
mengajar

Hasilan guru hendaklah bermutu


tinggi - contoh hasil tangan, seni
atau kemahiran gimnastik atau
permainan yang baik
Guru menggunakan rakan sebaya
yang cemerlang sebagai model dan
belajar daripada model simbolik
Guru mengajar nilai murni dan watak
bersejarah dengan teknik main
peranan dan simulasi.

RUMUSAN
Pelbagai tingkah laku sosial
seperti keagresifan,
persaingan, peniruan model
dan sebagainya adalah hasil
pemerhatian daripada gerak
balas yang ditonjolkan oleh
orang lain.

Anda mungkin juga menyukai