Anda di halaman 1dari 15

TEORI PEMBELAJARAN DAN TEORI PERKEMBANGAN Oleh : Pn Kasnimi Mat Seman Manusia belajar melalui berbagai-bagai cara.

a. Tujuan adalah untuk mendapat pemerolehi maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan Pendekatan pengajaran guru bergantung kpd bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran spt teori behaviorisme, teori sosial dan teori kognitif.

Pelaziman Klasik Ivan Pavlov JB Watson

Teori Behaviorisme
Pelaziman Operan BF Skinner EL Thorndike Teori-teori Teori Sosial Teori Humanistik Albert Bandura Abraham Maslow Carl Rogers Jean Piaget Teori Kognitif/ Konstruktivis Wolfgang Kohler

Pembelajaran

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku. Dalam bentuk pendekatan behavioris, tingkahlaku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran. Pembelajaran memerlukan penyususunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberi respons dan diberi pengukuhan.

Teori Behaviorisme Pelaziman Klasik 2.JB Watson

1.Ivan Pavlov

Sejenis pembelajaran yang berlaku apabila organism dpt membuat perkaitan antara rangsangan neutral dgn rangsangan semulajadi Pelaziman Operan 1.BF Skinner 2.EL Thorndike

Satu bentuk pembelajaran yang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dan gerakbalas. Perkaitan ini diperkukuhkan atau diperlemahkan melalui peneguhan atau dendaan.

by FH

Pavlov mengenalpasti 3 tingkah laku lain, 1.Generalisasi Organism mengaitkan rangsangan terlazim dengan bunyi-bunyi yg seakan sama. Anjing juga akan mengeluarkan air liur sebagai respons pada bunyi dan juga bunyi yang hampir sama. 2.Diskriminasi Organism memberi respon atau gerak balas tertentu shj. Anjing respons pada 1 atau 2 tone dengan memastikan makanan diberi selepas 1 tone. 3.Penghapusan Rangsangan terlazim diberi berulang kali contohnya bunyi tapi tidak diikuti rangsangan semula jadi cth makanan. Gerak balas terlazim semakin tiada dan akhirnya hilang terus.

Skinner (1953) : Teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan(tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

Peneguhan positif Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yg menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.

Peneguhan negatif Ransangan serta merta yg tidak selesa atau menyakitkan yg diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

Dendaan Satu proses atau tata cara utk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yg tidak diingini.

Prinsip Premack aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan aktiviti yang kurang diminati

Pelupusan Perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendiri.

TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE Ahli behavioris 1st yg kemukakan konsep pelaziman operan Melihat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas

Menegakkan hakikat bahwa manusia belajar melalui kaedah cuba jaya Ganjaran mendorong tindak balas,denda mengahalang Organisma akan bertindak dalam persekitaran (secara sukarela) untuk mengahasilkan sesuatu yang +ve kerana mendapat gerakbalas positif Kajiannya dilakukan pada haiwan spt kucing Baginya, prinsip asas pembelajran ialah pengaruh ganjaran dan denda dan organisme akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat. Ganjaran dan denda dua faktor penting bantu pembelajaran manusia. Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Motivasi, ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran. Beliau mengemukakan teori perkaitan dikenali sebagai Teori R-G.(Rangsangan dan Gerak balas) Hukum kesediaan Hukum ini merujuk kpd kesediaan & persiapan yg perlu ada sblm belajar(psikomotor, afektif,Kognitif)

Hukum latihan Perkaitan R-G bertambah kukuh melalui latihan berulang 1 tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan lemah tanpa pengukuhan. Sgt sesuai utk hafalan

Hukum kesan 1 tindakan diikuti oleh 1 perubahan persekitaran yg m`seronokn, keberangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Teori Pemodelan : Bandura Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan. Orang diperhatikan sebagai model. Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling).

Proses Pembelajaran Pemerhatian/Pemodelan Melalui 4 unsur utama


Proses 1 Proses 2 Proses 3 Proses 4
Peneguhan/
Motvasi berlaku jika ada tumpuan perhatian Faktor : umur, jantina, status dan hubungan dgn pemerhati. Kegunaan dan faedah Kemahiran pemerhatian berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan. Dengan menggunaka n bahasa dan imaginasi. berupaya mengekalkan tingkah laku yg diperhatikan dalam ingatan. ggunabahasa dan imaginasi. berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.

Perhatian

Mengingat

Reproduksi

Peniruan berlaku sekiranya mendatangkan kepuasan, peneguhan positif /ganjaran. Tidak melakukan sekiranya didenda atau ditegur.

Jenis-Jenis Peniruan

1. Langsung

2. Tak Langsung

3. Gabungan

4. Sekat Laluan

4. Tak Sekat 5. Tak Sekat Laluan Laluan

Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian. Cth: meniru gaya penyanyi yang disanjungi.

Melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung. Cth: meniru watak yang dibaca dalam buku., memerhati seorang guru mengajar rakannya.

menggabung tingkah laku yang berlainan. Peniruan langsung dan tidak langsung. Cth : pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna drp buku yang dibacanya.

Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja. Tiru fesyen pakaian di tv, tapi tak boleh pakai di sekolah.

Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apaapa situasi. Cth: pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

IMPLIKASI PELAZIMAN KLASIK DALAM P&P Keperluan - melazimkan - rangsangan-rangsangan positif untuk belajar Antaranya : Menyeronokkan Menggembirakan Ceria Mencabar Kemesraan dll Tingkatkan motivasi untuk belajar Tetapi jika dibiasakan dengan rangsangan negatif, implikasi : Pelajar takut kepada guru Pelajar takut ke sekolah @ masuk kelas Pelajar tidak berminat - belajar Sekolah tempat yang tidak menyeronok/menyiksa/menakut Pelajar perlu ada motivasi Banyak latihan & cuba-jaya Kesan & ganjaran bermotivasi utk. Ulanggi P&P. Untuk meningkatkan minat pelajar : 1. peneguhan (+ ve) : Sangat penting kepada pelajar Buat baik ; - sebut - puji Pelajar akan bermotivasi

2. Peneguhan (- ve ) : Perlu dielakkan kepada pelajar Guru selalu berleter @ menyindir @ marah-marah

Tetapi bila pelajar dah berubah : Guru perlu hentikan leteran

Akan meningkatkan moivasi.

Implikasi teori sosial terhadap p&p Guru sebagai role model dan model simbolik. Modifikasi tingkah laku. Peniruan tidak langsung. Contoh dan hasil kerja yang baik. Permainan dan simulasi. KESIMPULAN Ganjaran yang sesuai untuk pembentukan tingkah laku yg baik dan memberi motivasi Pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid Pembelajaran berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dgn persekitaran Gunakan rangsangan dlm p&p

Eric Erikson Teori Psikoanalitik Sigmund Freud

Teori-teori
Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget

Teori Sosial

Vygotsky

TEORI PERKEMBANGAN ERIC ERIKSON Erik Erikson (1902-1994) menganalisis perkembangan sosial dan menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.

PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON 1.Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. 2. perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. 3. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. 4. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. 5. kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN TEORI ERIKSON Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln) - Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman - Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain - Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain - Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln 3 thn ) Konsep diri mula bertambah nyata Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji lebih yakin Sentiasa didenda/dimarah malu dan ragu-ragu

Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan

Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-5 thn) Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar inisiatif Dapat belajar dan bergerak dengan cepat Lebih peka kepada perkara betul dan salah Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif. Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri Sering dikawal dari mencuba akan berasa kurang inisiatif Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan. Tahap 4. ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun) Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

Tahap 5. identiti lawan kekeliruan identiti (12-18 tahun) Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.

Tahap 6. kerapatan lawan pengasingan 18-35 tahun Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.

Tahap 7. generativiti lawan pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.

Tahap 8. kesepaduan lawan putus asa 60 tahun akhir hayat Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

Teori Perkembangan Sigmund Freud Freud percaya manusia mempunyai tiga alam kesedaran: i) alam sedar--pemikiran, perasaan dan ingatan. ii) alam pra-sedar--pengalaman, ingatan persepsi dan perasaan. iii) alam tidak sedar--bahagian terbesar dan pendorong asas kpd tingkah laku, mengandungi semua naluri serta keinginan manusia. Freud jg percaya manusia mempunyai tiga elemen perkembangan personaliti i) Id--mementingkan keseronokan, diwarisi, gejala bawah sedar, tenaga primitif, tidak rasional dan berkehendakkan kepuasan. ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. iii) Superegomenyerupai hati nurani, kawal ego dan id, bermoral, berkembang kerana pengaruh persekitaran, mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat,ada ganjaran dan hukuman.

Teori Perkembangan Sigmund Freud Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Menurut kajiannya, perkembangan emosi setiap individu boleh dibahgikan kepada 5 peringkat.

Menurut Freud, proses perkembangan seseorang individu itu telah ditentukan. Umur/Peringkat Ciri-ciri
0-18 bulan Oral
Memperoleh kepuasan dari belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas umur 8 bulan. Personaliti terbentuk daripada pengalamannya. Kanak-kanak yang tidak mendapat kepuasan menggigit dan menghisap akan membentuk personaliti yang agresif dan suka mengejek orang lain apabila besar. Memperoleh kepuasan daripada aktivti membuang najis Kanak-kanak akan belajar cara-cara menawal pembuangan air besar dan kecil bertujuan untuk mendapat perhatian. Sifat bersih, kemas dan berjimat akan dapat dipupuk pada peringkat ini jika mereka dididik dengan cara yang sesuai. Kanak-kanak ini akan membantuk personality jenis pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas.

2-4 tahun Anal

Umur/Peringkat Ciri-ciri
4-6 tahun Falik
Kanak-kanak sudah mengenali jantina mereka sendiri Keadaan ini dpat dilihat mereka memegang kawasan kemaluan mereka sendiri. Pada kanak-kanak perempuan, keadaan ini dinamakan elektra kompleks. Kanak-kanak perempuan akan tertarik kepada ibu bapanya dan cuba meniru gaya gaya ibunya untuk mendapat perhatian ayahnya. Kanak-kanak lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih tertarik kepada ibunya. Kanak-kanak lelaki ini akan cuba meniru gaya bapanya untuk menarik perhatian ibunya. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula pandai membela diri dalam mengatasi maslah penyelesaian.

Umur/Peringkat 6-12 tahun Latensi

Ciri-ciri Peringkat ini dikenali dengan nama peringkat pendaman. Keinginan seksual kanak-kanak terpendam untuk sementara waktu. Kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan dan mula sibuk dengan aktiviti persekolahan Kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang begaul akan merasa tidak puas berkawan apabila besar nanti dan mereka akan sukar bergaul, suka mengasingkan diri,, suka menarik diri dan merasa diri terkongkong.

Umur/Peringkat 12 tahun ke atas Genital

Ciri-ciri Pada peringkat ini, kanak-kanak memasuki alam remaja. Mereka mula menunjukkan minat rakan sebaya yang berlainan jantina. Mereka mula memikirkan isu seperti dating, perkahwinan serta tentng kerjaya dan keluarga. Pada saat ini, kelenjar-kelanjar klamin sudah mula berfungsi dan alat-alat kelamin melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Teori Piaget berasaskan anggapan bahawa perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat urutan yang ketara. Menurut Jean Piaget, perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut: 1. Sensori motor 2. Operasi logik/abstrak 3. Operasi konkrit 4. Operasi formal 1. Sensori Motorpergerakan ( 0 2 th) Hanya menguasai asas-asas berfikir Pengenalan persekitaran amat kabur & tiada persepsi

2. Peringkat Logik/abstrak (2-6 tahun) Wujud proses refleksi & reflektif Memberikan tindakbalas sesuatu Mula belajar persekitaran Mula memahami & meneroka situasi & persekitaran Berkebolehan berimaginasi & berkeinginan

3.Peringkat Operasi Konkrit (6-12th) Mampu mengolah dan mengubahsuai - apa yang berlaku dipersekitaran Mengubahsuai objek konkrit & abstrak Dlm p&P : mampu mengkonkritkan sesuatu yang abstrak contoh dalam m/p. matematik & sains : Berkebolehan menulis sistem nombor & pasangan Menyusun sistem & objek Menguasai kemahiran - Mengira, membaca & menulis

4. Peringkat Operasi formal ( 12 th ke atas) Tahap kecerdasan peringkat tinggi Kebolehan membuat : Penilaian Pengujian lanjut Penakulan objek-objek kompleks Kesimpulan Membuat refleksi terhadap tindakan

Implikasi Teori Kognitif dalam P&P Kanak-kanak belajar ikut peringkat Pemikiran kanak-kanak perlu dilaksanakan dalam pemeringkatan yang sesuai Penyesuaian tugasan / pengetahuan / pembelajaran perlu dilaksanakan Aktiviti P&P perlu melalui proses : 1. pembinaan pengetahuan asas 2. Pengembangan pengetahuan 3. pemahaman pengetahuan ujian, latih-tubi & penilaian 4. Pengekalan ilmu pengetahuan 5. pengukuhan

Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky Percaya bhw perkembangan kognitif berlaku dlm persekitaran sosiobudaya Kebanyakan dpd kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil dpd interaksi sosial kanak-kanak dgn ibu bapa, orang dewasa lain, rakan sebaya dan guru Tema teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif berlaku dlm konteks sosial

Konsep scaffolding Scaffolding : sokongan sementara pd binaan Pelajar beransur-ansur menerima tanggungjawab dari sedikit kepada sepenuhnya ke atas pembelajaran

Konsep ZPD Zone of Proximal Development: Zon Perkembangan Proximal: Jarak di antara tahap perkembangan sebenar dilakukan secara bersendirian dan tahap perkembangan potensi yg dicapai dgn bimbingan orang dewasa

Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri Membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yg sesuai Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yg ditetapkan. Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yg tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu. Merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar. Merancang pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap perkembangan pelajar. Prihatin dan sabar dlm membimbing pelajar. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Membuat intervensi utk mengatasi masalah pembelajaran pelajar. Berbincang dgn ibu bapa tentang langkah yg perlu dilakukan utk sama-sama mengatasi masalah pelajar.

Anda mungkin juga menyukai