Anda di halaman 1dari 92

(UNIT 1)

KONSEP PSIKOLOGI
 AWAL
KANAK – KANAK
HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:

1. Menyatakan definisi psikologi


2. Menerangkan perspektif dan skop
psikologi
3. Menyatakan teori-teori berkaitan
Deskripsi Psikologi:


o Berasal dari bahasa Yunani Purba Psyche (jiwa) & logos (kajian mengenai
sesuatu).

o suatu kajian mengenai sesuatu yang memberikan kesan kepada jiwa


seseorang.

o suatu ilmu yang mengkaji tingkah laku dan proses mental secara saintifik
dan bersistematik

o bertujuan untuk menghurai, menjelaskan, meramal & mengawasi tingkah


laku dan proses mental manusia ke arah peningkatan kualiti kehidupan
Definisi Psikologi


o Kajian mengenai proses mental dan pemikiran, terutamanya
berhubungan dengan perlakuan manusia dan haiwan, pola
pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan
tertentu dan kebijaksanaan memahami manusia.
(Kamus Dewan)

o Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkahlaku manusia dan


pengalaman (Kalat, 1999).
Skop Psikologi

o Bidang klinikal / psikologi


klinikal- merawat sakit jiwa,
 o Psikologi pendidikan- aspek
kurikulum, latihan perguruan
kecelaruan mental & tingkah ko-kurikulum, penilaian
laku lazim. pelajar & penyesuaian tempat-
tempat pengajian.

o Psikologi kaunseling- biasanya o Psikologi kuantitatif- menilai


mengendalikan masalah pelajar pelbagai aspek tingkah laku,
di sekolah, individu & kecerdikan, sifat, trait &
masyarakat, bimbingan kerjaya personaliti manusia.
Psikologi Pendidikan


o Adalah ilmu yang mempelajari bagaimana manusia belajar
dalam pendidikan pengurusan, keberkesanan intervensi
pendidikan, psikologi pengajaran & psikologi sosial dari
sekolah sebagai organisasi.

o Pengertian psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin


psikologi yang menyelidiki masalah psikologi yang terjadi
dalam dunia pendidikan (Muhibin Syah, 2002).
Tujuan Psikologi Pendidikan kepada Pendidik


 Memahami tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

 Meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku &


mengawal tingkah laku tersebut.

 Tertumpu kepada 4 bidang: memerihalkan (describe), menerangkan


(explain), mengawal (control), meramalkan (predict) sesuatu
perlakuan.
(Abd. Majid Mohd. Isa & Rahil Mahyuddin,1997).
Pendidik dapat merekacipta soal selidik yang mudah di

dalam mengenalpasti tahap perkembangan pelajar
terutama pelajar yg bermasalah .

Pendidik dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu


di dalam bidang pendidikan. Contoh: masalah disiplin
bilik darjah, ponteng sekolah & merokok.
Bagaimana cara mengatasi??


Konsep dalam Psikologi

Proses
Tingkah Mental
Sains
Laku
Sains

Psikologi dianggap sebagai ilmu sains kerana ia cuba
memahami manusia dengan mengkaji manusia
melalui kaedah pemerhatian & eksperimen yang
sistematik dan objektif (ilmu psikologi di dapati
melalui kaedah saintifik)
Tingkah Laku


Tingkahlaku merujuk kepada semua tindakan
yang boleh diperhatikan, contoh kerdipan mata,
bertindak ganas, menangis dan lain-lain perbuatan
yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Tingkahlaku juga boleh merujuk kepada tindak


balas yang boleh diukur seperti kadar degupan
jantung yang meningkat.
Proses Mental


 Melibatkan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam pemikiran kita. Proses
ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar & kesimpulan terhadap
proses mental dibuat melalui pemerhatian terhadap tingkahlaku.

 Proses mental termasuklah:

a. Pemikiran : ingatan, taakulan, persepsi, penilaian, kepercayaan,


pembentukan imej
b. Emosi : sedih, gembira, risau
c. Perasaan : benci, suka
d. Motif : niat, hasrat
Teori Psikologi Awal Kanak-kanak

Behaviorisme Psikoanalisis

Kognitif Humanistik
Teori Behaviorisme

John B Watson

B.F. Skinner

Ivan P. Pavlov

Edward L.Thorndike
Definisi tingkahlaku (Behaviorisme)
Carl Rogers (1999)
• Seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan.

• Sekiranya individu itu mempunyai konsep diri yang


positif maka berupaya berinteraksi dan bertindak
dengan lebih yakin.
Al Ghazali

• Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.

• Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri iaitu setiap tingkah laku manusia adalah
berasaskan dorongan serta tujuan.

• Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. Ianya didorong
oleh keperluan fisiologi atau emosi seperti rasa lapar atau cinta kepada Allah.

• Emosi pula adalah suatu ekspresi perasaan atau naluri yang kuat seperti gembira, sedih,
marah, sayang, cemburu dan lain-lain.

• Perasaan ini pula selalunya akan diluahkan melalui tingkah laku sama ada tingkah laku
positif mahu pun negatif
John B. Watson
( Teori Pelaziman Klasik Watson)

Watson menyatakan bahawa semua bentuk


tingkahlaku yang kompleks seperti emosi, tabiat
dan perasaan adalah dilihat sebagai gabungan
elemen pergerakan otot dan rembesan hormon
yang boleh diperhatikan dan diukur.
Teori Pelaziman Klasik

• Beliau menjalankan sebuah eksperimen ke atas


seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak lelaki
berumur 11 bulan bernama Albert.

• Beliau menunjukkan kepada Albert seekor tikus


putih.

• Pada mulanya Albert tidak takut pada tikus


tersebut.

• Namun, apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan


serentak dengan kemunculan tikus tersebut, Albert
menjadi takut dan menangis. Keadan ini diulang
sehingga Albert takut kepada tikus putih
Teori Pelaziman Klasik
• Watson menyarankan guru boleh mempengaruhi pembelajaran
pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat
menghasilkan tindak balas yang positif.

• Guru harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah


(termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan
keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau
risau.

• Guru perlu menggunakan rangsangan yang boleh


memotivasikan kanak-kanak seperti mewujudkan persekitaran
yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi
menarik minat kanak-kanak.
B.F Skinner
(Teori Pelaziman Operan)

• Menekankan kepentingan peneguhan dalam


pembelajaran dan dalam membentuk
tingkahlaku.

• Peneguhan positif ialah memberikan ganjaran


setelah sesuatu tingkahlaku ditunjukkan yang
menyebabkan tingkahlaku tersebut diulangi.
• Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan
boleh bersifat negatif atau positif.

• Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah


dan sebagainya.

• Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong


seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada
masa hadapan.

• Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan


dengan hukuman atau denda.
Peneguhan Positif

Tingkah Laku Kesan Tingkahlaku Masa


Hadapan

Pelajar menjawab Guru memuji Pelajar bertambah


soalan yang pelajar semangat
dikemukakan oleh menjawab soalan
guru daripada guru
Edward L.Thorndike
3 hukum Thorndike

1) Hukum Kesediaan : Kesediaan dari segi psikomotor, efektif


dan kognitif

2) Hukum Latihan : Latihan yang diulang-ulang untuk


tingkatkan kemahiran

3) Hukum Kesan : Kesan yang menyeronokkan meningkatkan


pertalian antara rangsangan dan gerak balas
Thorndike : Tiga keadaan yang berlaku dalam proses
pembelajaran

• Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya yang


dijalankan akan menghasilkan kepuasan.

• Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat


dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.

• Apabila seseorang pelajar tidaak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk
belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.

Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu


dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang
tertentu dengan rangsangan yang berkaitan.
Ivan Pavlov
(Teori Pelaziman Klasik)

Sesuatu organisma boleh diajar bertindak dengan


pemberian sesuatu rangsangan
• Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh
berlaku jika peneguhan tidak diberikan.

• Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak


diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu
mungkin akan terhapus begitu sahaja.

• Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran,


prestasi muridnya mungkin akan merosot.
• Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh
diperkukuhkan melalui latihan.

• Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak


balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.

• Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan)


setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas),
maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat
diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru.

• Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran


yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang
dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
Model Pengurusan Tingkahlaku

Model Asertif Model Terapi


Center Glasser

Model Ginnot Model Bandura


Model Asertif Center (1976)

• Menekankan peraturan dalam bilik darjah sebagai


satu langkah mengurus tingkah laku murid.

• Peranan guru adalah memastikan semua murid


dapat mengikuti segala peraturan agar sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar.

• Dengan cara ini, guru dapat mengajar tanpa


sebarang gangguan manakala murid dapat belajar
dengan selesa.
• Guru yang asertif adalah tidak pasif dan
juga tidak agresif.

• Tetapi guru asertif adalah guru yang


konsisten dan tegas dalam mengambil
tindakan yang sesuai ke atas tingkah laku
murid berpandukan peraturan yang telah
digariskan.
• Model ini lebih kepada menghukum murid jika
melanggar peraturan.

• Contoh : Guru mencatat nama murid yang suka


mengganggu guru ketika sedang mengajar dan
kemudiannya memangggil penjaga murid datang
ke sekolah untuk berjumpa guru.

• Mungkin cara ini berkesan hanya untuk seketika


dan bersifat luaran.
Kebanyakan murid prasekolah keliru jika Model
Asertif Center dijalankan di sekolah kerana:

• Tidak jelas mengenai kesalahan sebenar yang mereka


lakukan

• Disiplin yang ditekankan hanyalah berkesan jika ia


berada di sekolah kerana takut dihukum.

• Tiada kesedaran dalaman dan tidak membantu murid


bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.
Model Terapi Glasser

• William Glasser percaya bahawa sekiranya keperluan


kanak-kanak dipenuhi, kanak-kanak tidak akan
melanggar peraturan.

• Ini bermakna jika sekolah dan keluarga memenuhi


keperluan kanak-kanak, mereka akan berasa dihargai dan
selamat.

• Keperluan yang dimaksudkan oleh Glasser adalah kuasa,


kebebasan dan berjenaka atau keseronokan.
• Model ini adalah suatu pendekatan motivasi
dalaman yang membimbing kanak-kanak ke
jalan yang dipilih.

• Pembimbing akan memberi pilihan untuk


murid memilih dan memberitahu risiko dan
akibat pilihan tersebut.

• Sekolah harus melibatkan murid dalam


memilih sesuatu perkara.
• Contohnya, guru bertanyakan mengenai alat bantu
mengajar yang akan digunakan. Murid akan berbincang
secara bimbingan guru sama ada menggunakan aktiviti
permainan, LCD, kad imbasan dan sebagainya.

• Mereka akan mempunyai perasaan memiliki (sense of


belonging) dan seterusnya seronok dalam pembelajaran.

• Begitu juga dengan peraturan dalam kelas.


• Kanak-kanak harus dilibatkan dengan penggubalan peraturan kelas serta
membuat perjanjian kelas akan menuruti segala peraturan yang dibuat.

• Peraturan yang dibuat bersama akan membuatkan murid berasa


bertanggungjawab kerana mereka telah menggubal sendiri peraturan tersebut.

• Tanamkan semangat cintakan kelas melalui pelbagai aktiviti seperti menghias


kelas.

• Cara ini dapat mewujudkan rasa memiliki dan murid akan sayang kepada kelas.

• Kesan positif daripada itu, guru akan kurang mengenakan hukuman manakala
murid akan seronok ke sekolah setiap hari.
Model Ginott
 
Ginott percaya bahawa pengelolaan iklim mempengaruhi
tingkah laku. Beliau memperkenalkan 6 konsep dalam model
ini iaitu :

1. berkomunikasi dengan murid,


2. menggalakkan disiplin kendiri,
3. tidak melabel murid,
4. tidak menilai murid terlalu awal,
5. menyebut nama murid dan
6. menggalakkan penglibatan murid.
• Menurut Ginott, guru perlu menggunakan bahasa atau arahan
yang jelas serta bersopan.

• Komunikasi adalah kunci kepada hubungan guru dan murid.


Murid akan berasa selesa dan dihargai meskipun mereka
telah membuat salah. Murid akan berusaha untuk belajar
daripada kesilapan jika guru memahami situasi murid.

• Ginott juga berpendapat, guru harus mengelakkan hukuman


terhadap murid sebaliknya bercakap dengan murid yang
bersalah.
• Guru juga dinasihatkan agar tidak menggunakan kata-
kata kesat apabila murid melakukan kesalahan kerana ini
akan menimbulkan dendam terhadap guru.

• Murid harus dibimbing daripada dikritik atau


dipersalahkan. Ini kerana mereka masih keliru dengan
perkaran yang dilakukan sama ada ianya betul atau salah.

• Murid juga akan berasa gembira dan dihargai apabila


guru memangggil namanya dan bukannya dengan
panggilan “kamu”,”awak” atau “kau”.
• Elakkan melabel murid contohnya “Tina, mana buku
latihan awak? Awak ni pemalas la!”. Kata-kata ini
akan menyebabkan murid merendah diri dan
menganggap kata-kata guru itu benar.

• Kesannya, esok dan seterusnya murid itu tidak


melakukan kerja rumah dan enggan ke sekolah
kerana percaya bahawa dirinya malas.

• Selain itu, beliau percaya disiplin adalah proses


berterusan yang perlu dilalui sepanjang hayat.
Model Bandura
• Bandura percaya bahawa manusia belajar daripada
pemerhatian dan peniruan perlakuan orang lain.

• Pemerhatian model penting dalam pembelajaran.


Peneguhan dalam pemodelan dapat mendorong
pembelajaran.
• Eksperimen dijalankan dengan menjadikan kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun
sebagai subjek. Sebelum memulakan eksperimen, Bandura juga telah meneliti taraf
agresif kanak-kanak tersebut dan mereka kemudiannya dipadankan secara adil
mengikut taraf agresif masing-masing.

• Kanak-kanak ini kemudiannya di bahagikan kepada 2 kumpulan yang mempunyai


model orang dewasa yang berbeza, iaitu model yang agresif dan model yang tidak
agresif.

• Pada mulanya, kanak-kanak akan dibiarkan bermain selama 10 minit di dalam satu bilik
yang mempunyai bermacam jenis permainan termasuklah patung Bobo.

• Menerusi model agresif, seorang dewasa akan mengambil bahagian dan mula bertindak
agresif dengan memukul dan menendang patung Bobo tersebut dengan ganas di
samping mengeluarkan kata-kata yang agresif.

• Menerusi model tidak agresif pula, seorang model dewasa akan mengambil bahagian
dan bermain dengan kanak-kanak tanpa menghiraukan patung Bobo tersebut selama 10
minit.
• Kanak-kanak kemudiannya dipindahkan ke bilik lain yang
mempunyai permainan-permainan yang menyeronokkan.
Namun Begitu, mereka tidak dibenarkan bermain. Hal ini
adalah untuk meningkatkan taraf kekecewaan dalam kalangan
kanak-kanak tersebut.

• Akhirnya, setiap kanak-kanak dibawa ke bilik eksperimen


terakhir. Bilik ini mengandungi alat-alat mainan yang ‘agresif’
seperti pistol dart, bola penambat, tukul kecil dan juga patung
Bobo.

• Selain itu, beberapa mainan dan alat yang tidak agresif juga
disertakan seperti krayon, kertas, kereta mainan dan juga
haiwan plastik. Setiap kanak-kanak diberikan masa 20 minit
untuk bermain. Perangai dan perwatakan mereka diperhatikan
oleh pengkaji.
Keputusan daripada eksperimen ini mengukuhkan lagi ramalan awal yang dibuat oleh
Bandura iaitu;

• Kanak-kanak yang didedahkan kepada model agresif cenderung meniru gaya model
tersebut walaupun ketika ketiadaan model.

• Walaupun kanak-kanak, baik lelaki mahupun perempuan, dalam model tidak agresif
mempamerkan perangai yang tidak agresif, kanak-kanak lelaki lebih cenderung terlibat
dalam situasi yang agresif.

• Kanak-kanak lelaki yang melihat model lelaki dewasa berperwatakan agresif lebih
terpengaruh daripada mereka yang melihat model perempuan dewasa berperwatakan
agresif. Namun begitu, pengkaji juga mendapati bahawa kanak-kanak lelaki cenderung
meniru perlakuan agresif (fizikal), manakala kanak-kanak perempuan cenderung meniru
pengucapan agresif (verbal).

• Bandura juga benar apabila meramalkan bahawa kanak-kanak lelaki itu akan berlaku
lebih agresif berbanding kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak lelaki didapati berlaku
dua kali lebih agresif berbanding kanak-kanak perempuan.
Faktor – Faktor yang Mempengaruhi Tingkahlaku

Tiada Kasih
Persekitaran Penderaan
Sayang
Jenis - Jenis Tingkahlaku

Positif Negatif
Teori Psikoanalisis

Sigmund Freud

Erik Erikson
Teori Psikoanalisis Sigmund Freud

• Satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud.

• Aliran ini memfokuskan pada jiwa manusia. Kajian mental berlaku


secara terselindung. Kita tidak dapat melihatnya secara nyata tetapi
kajian ini boleh diperkembangkan dan diterokai.

• Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran:

(1)  Sedar (Concious)


 (2)  Prasedar (Preconcious)
(3)  Bawah Sedar (Unconcious)
(1)  SEDAR (Concious)
Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan,
perasaan yang mana disedari oleh individu.  Rasa sepi, suka,
menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya.

(2)  PRASEDAR (Preconcious)


Berlakunya transisi antara alam sedar dan alam bawah sedar.
Cthnya: kalau kita sedang makan nasi, kita sedar perbuatan itu
tetapi kita tidak berapa pasti berapa butirkah nasi yang kita
makan

(3) BAWAH SEDAR (Unconcious)


Contoh yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi
kata-kata tersasul; mimpi; fantasi atau khayalan seseorang
individu. 
Perumpamaan
iceberg sebagai
minda sedar
dan minda
bawah sedar
• Freud mengatakan bahawa minda manusia adalah seperti
iceberg (air batu apung). Bahagian yang terkecil muncul di
permukaan air dan sebahagian besar berada di dalam air.

• Bahagian kecil yang muncul di permukaan air melambangkan


minda sedar manusia manakala bahagian besar yang tenggelam
di dalam air melambangkan minda bawah sedar manusia yang
kita tidak dapat lihat seperti pemikiran, kehendak, keinginan,
impuls seksual, tekanan dan lain-lain.

• Freud mengatakan bahawa individu secara tidak sedar


mengawal pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka yang
sebenarnya ditentukan oleh minda bawah sedar ini.
Teori Struktur Personaliti
Id
• Merupakan dorongan biologikal. Bertindak berbuat apa sahaja
yang mereka kehendaki. Ia lebih kepada memenuhi kehendak
naluri manusia.

• Objek sasaran bagi mencapai kepuasan tidak langsung prinsip
keseronakan adalah bergantung kepada tahap perkembangan
psikoseksual individu.

• Contoh: ketika merasa lapar atau haus maka individu tersebut


akan segera memenuhi dorongan tersebut dengan makan
atau minum sampai id tersebut dipenuhi.
Ego
• Struktur personaliti yang berbeza tetapi masih hampir
sama dengan id.

• Ego berkembang dari id dan memastikan bahawa


dorongan dari id dapat dinyatakan dalam cara yang dapat
diterima oleh orang ramai.

• Fungsi ego adalah menapis dorongan-dorongan yang


ingin dipuaskan oleh Id berdasarkan kenyataan.
Superego
• Superego terbahagi kepada 2 bahagian hati nurani dan ego ideal.
Ia merupakan nilai moral yang menjadi pegangan setiap
manusia.

• Merupakan pertimbangan antara id dan superego. Struktur


personaliti yang mencari jalan dimana kehendak id dipenuhi.
Cth: seorang bayi kecil, lapar ia perlukan makanan, tetapi tidak
tahu bagaimana untuk mendapatkan makanan. Cara terbaik
adalah menangis untuk dapatkan perhatian.
Kesimpulan

Dengan mengaplikasikan teori psikoanalisis ini, guru dapat


kurangkan stress yang dialami oleh muridnya. Tetapi Freud akui,
bahawa teori ini bukanlah jalan terbaik menangani masalah
individu.

Ia terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri merubahnya.


Teori ini hanyalah sebagai garis panduan mencari punca masalah
penyesuaian manusia.
Teori Psikososial Erikson

• Teori ini berkaitan dengan perkembangan


manusia lebih menjurus kepada perkembangan
identiti yang berlaku secara berterusan
sehingga akhir hayat.

• 8 tahap dalam teori Psikososial Erik Erikson


PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON

• Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.

• Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap


keperluan-keperluan asas.

• Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.

• Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum
individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.

• Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan


perkembangan tahap yang berikutnya.
Umur Tahap Kesan Positif daripada Krisis

0-1 Percaya Lawan • Berkebolehan membina kepercayaan kepada orang


Tak Percaya sekeliling terutamanya keluarga melalui pemberian kasih-
sayang dan perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa.

2-3 Autonomi Lawan • Berkeupayaan melakukan sesuatu dengan bergantung


Curiga kepada diri sendiri sehingga berjaya seterusnya membentuk
identiti yang kukuh dan berkeupayaan tinggi.

3-6 Inisiatif Lawan • Tinggi keyakinan diri dan lebih berdikari


Rasa Bersalah

7-12 Berlumba-lumba • Identiti yang kukuh lahir daripada kemahiran akademik dan
Lawan Rendah cara bersosial melalui penglibatan aktif dalam pelbagai
Diri aktiviti
12-18 Identiti Lawan • Mampu membentuk individu yang selesa dan yakin pd
Celaru Peranan keupayaan diri mengatasi perasaan yang bercelaru pada
identiti sendiri

20-an Kerapatan Lawan • Mampu membentuk suasana mesra dan mudah memberi
Pengasingan komitmen kepada sesuatu kerja dan tanggung jawab

20-50 Generativiti • Individu lebih memfokuskan kepada keluarga terutama


Lawan berkaitan penerusan generasi dan tanggung jawab kepada
masyarakat
Kekakuan

50 Ke atas Integriti Lawan • Merasa lengkap dan berpuas hati dengan apa yang ada
Penyesalan
Teori Kognitif

• Jean Piaget
• Lev Vygotsky
.
Tokoh – Tokoh Teori Kognitif

• Jean Piaget ( 1896 – 1980 ): Pakar pendidikan awal kanak – kanak


pertama yang mengkaji tentang perkembangan intelek kanak – kanak. 

• Perkembangan intelek kanak – kanak berlaku melalui proses pembinaan di


mana ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai baru yang dipelajari
ditambah kepada ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai sedia ada
dalam minda kanak kanak, maka lebih cepat perkembangan inteleknya
berlaku.

• Teori ini juga dikenali sebagi teori konstruktivime.

• Kanak-kanak sentiasa memperbaharui dan menambah maklumat kepada


skematanya yang akan menjadi semakin kompleks mengikut peningkatan
umurnya.
4 Peringkat Perkembangan Kognitif
Jean Piaget

Anggaran
Peringkat Ciri-ciri
Umur
• Kanak-kanak kurang faham apa itu objek kecuali apabila nampak di
depan mata.
• Mendapat maklumat daripada pengalaman dan dapat
Sensori Motor/ Lahir – 2 mengekalkannya dalam ingatan.
Deria Motor • Contoh: Rani tidak menangis apabila ditinggalkan oleh ibunya,
kerana dia tahu ibunya akan pulang semula.

• Perkembangan melalui formasi simbol dan pemikiran bersifat


”egosentrik”.
Pra Operasi 2–7
• Mula sedar peranan diri dan terpisah dari persekitaran. Bersifat
individualistik.
Anggaran
Peringkat Ciri-ciri
Umur
• Mampu berfikir secara logik tetapi berjaya melakukannya dengan
menggunakan objek konkrit.
• Sifat kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas
kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan
yang ketara.
• Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai
Operasi 7 – 11 konsep kuantiti dan bentuk bersiri spt lebih berat,lebih tinggi dan
Konkrit sebagainya.
• Boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak.
• Masih belum mentafsir perkara yang abstrak spt syurga, neraka.

Operasi Formal 11 – dewasa • Keupayaan berfikir secara logik, abstrak dan simbolik serta lebih
bersifat kompleks.
• Tidak egosentrik dan mengamalkan pemikiran logik
• Boleh membuat hipotesis, meramalkan apa yang mungkin berlaku
IMPLIKASI TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk


menghasilkan satu sistem maklumat yang baru.

• Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat


kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-masing.

• Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tema buah-


buahan. Murid akan diberi penerangan mengenai jenis–jenis buah-buahan
tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada tahap ini murid-murid akan
memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan pengalaman.
• Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari
senang ke susah. Contoh dalam mata pelajaran matematik. Konsep
pra nombor akan diajar dulu sebelum mempelajari nombor.

• Penglibatan kanak-kanak  adalah secara aktif  dalam aktiviti


kumpulan digalakkan dan mereka saling berinteraksi antara satu
sama lain. Komunikasi dua hala dan bertukar pendapat semasa
menjalankan aktiviti menggalakkan perkembangan bahasa.

• Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat


digerakkan secara aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi
pujian, kata-kata galakan, dan sokongan dapat merangsang mereka.
Teori Kognitif Vygotsky

Zon Perkembangan Proksimal


Teori Kognitif Vygotsky

Asas dalam teori ini ialah Zon Perkembangan Proksimal dan


Scaffolding.

• Teori Vygotsky lebih menekankan kepada  interaksi antara aspek internal dan
eksternal dalam pembelajaran. Sistem sosial sangat penting dalam
perkembangan kognitif  kanak-kanak. 

• Teori  beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding”  iaitu memberikan


sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian
mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-
kanak mengerjakan sendiri.

• Bantuan yang diberi adalah seperti  peringatan, petunjuk dan dorongan 


sehingga kanak-kanak tersebut boleh  melakukannya sendiri tanpa bantuan
orang lain.
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

Boleh membuat HAD ATAS


penambahan angka 1 – Peringkat kemahiran kanak-kanak yang
1000 dengan bantuan boleh dicapai dengan bantuan individu
yang lebih mahir

Membuat penambahan ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL


angka 1 – 1000 dengan Kemahiran dikuasai dengan bimbingan
bantuan guru atau rakan sebaya yang lebih mahir

Kanak-kanak sudah HAD BAWAH


mahir menambah angka Kemahiran yang boleh atau telah dicapai
1 – 100 sendiri oleh kanak-kanak. Pengetahuan
sedia ada kanak-kanak
Scaffolding (perancah)

• Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan


Proksimal (ZPD)

• Bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.

• Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran (ibu


bapa, guru atau rakan sebaya) akan mengubah suai tahap
bantuan/bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar.

• Perbualan dan interkasi adalah alat yang penting semasa proses


scaffolding.
Implikasi  Teori Kognitif Vygotsky Terhadap
Pengajaran & Pembelajaran

• Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid


dapat berinteraksi antara satu sama lain.

• Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam


pembelajaran  merupakan satu interaksi pengalaman yang
berkesan.

• Perkembangan kognitif murid akan lebih terangsang sekiranya


pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran.
Teori Humanistik
Abraham Maslow

Carl Rogers
Hierarki Keperluan Maslow

 Diperkenalkan oleh Abraham Maslow

 Mengikut Maslow keperluan manusia terbahagi


kepada 5 peringkat iaitu;

a. keperluan asas
b. keperluan keselamatan
c. keperluan sosial
d. keperluan penghargaan
e. keperluan sempurna kendiri
Keperluan Asas

• Juga dikenali sebagai keperluan fisiologi

• Tanpa keperluan ini manusia tidak boleh hidup dan


berfungsi dengan baik.

• Keperluan ini merupakan keperluan utama yang


diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan
makanan, minuman, tempat tidur, rehat, seks, pakaian
dan lain-lain.
Keperluan Keselamatan

• Manusia perlu merasakan diri bebas daripada segala


ancaman bahaya 

• Contohnya ancaman bintang buas, jenayah, kesihatan

• Untuk memenuhi keperluan ini manusia perlukan


perlindungan daripada pihak polis/tentera/bomba,
perlindungan daripada syarikat insurans
Keperluan Kasih Sayang

• Merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala keperluan


fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi.

• Merujuk kepada keperluan kasih sayang yang diperolehi


daripada keluarga, kawan-kawan serta masyarakat.

• Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup bersendirian di


muka bumi.

• Untuk mengelakkan diri daripada pengaruh negatif ataupun


gejala tidak sihat.
Keperluan Penghargaan Diri

• Keperluan manusia untuk dihargai, disanjungi atau


pun dihormati atas sesuatu usaha dan kejayaan yang
dicapai.

• Individu dikatakan belum mencapai keperluan ini


jika mereka mudah berputus asa dan tidak
mempunyai motivasi untuk mencuba sesuatu yang
baru.
Keperluan Sempurna Kendiri

• Keperluan yang tertinggi

• Keperluan untuk mencari pengertian dan kemajuan diri


yang baru dan lebih menarik

• Dikenali sebagai keperluan rohani kerana ia berkaitan


dengan kejiwaan, kepuasan, perasaan dalaman
Prinsip-Prinsip
Pembelajaran Humanistik

• Murid akan belajar apa yang dikehendaki oleh mereka dan


yang ingin diketahui.

• Keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih


penting daripada pemerolehan fakta

• Penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna


bagi dirinya.

• Perasaan murid adalah sama penting dengan fakta.


Aplikasi Teori Humanistik
dalam Bilik Darjah
• Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan
menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar
murid merasa seronok, gembira dan selamat.

• Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta


memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka
sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

• Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar


dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka.
• Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar
memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti sosial.

• Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan


terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina
kemahiran sosial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek
dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

• Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan


kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.
Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan
kasih sayang.
Kesimpulan

• Para pendidik amat perlu untuk mengetahui asas


psikologi kanak – kanak untuk diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna.

• Pendidik juga boleh mengaplikasikan model – model


pengurusan tingkahlaku semasa proses pengajaran
kepada kanak – kanak yang mengalami masalah
tingkaklaku.
Terima Kasih!

Anda mungkin juga menyukai