Anda di halaman 1dari 3

apakah pandangan anda mengenai setiap pendekatan psikologi dan bagaimana ia dapat membantu

kita sebagai seorang guru yang mengajar Pendidikan Moral.

Pendekatan Behaviorisme

Umumnya behaviorisme adalah teori pembelajaran yang menumpukan kajian tentang tingkah laku
nyata yang boleh diperhatikan dan diukur (Othman Mohamad, 2000). Ia dilihat satu gerak balas
terhadap rangsangan yang boleh dilihat secara kuantitatif. Pendekatan ini juga disebut sebagai
rangsangan gerak balas atau psikologi R-G (ringkasan) Contohnya apabila pelajar berdiri ketika diarah
oleh guru. Berdiri adalah gerak balas, rangsangan daripada arahan guru. Ahli psikologi dalam
perkembangan behaviorisme adalah Pavlov, I, Watson, J.B., Thorndike, E., Skinner, B.F.

Pavlov (1849-1939) seorang ahli psikologis Rusia yang terkenal dengan kajian pelaziman klasik. Pavlov
menggunakan rangsangan bunyi loceng dengan makanan. Apabila mendengar loceng, air liur anjing
akan keluar berak balas terhadap bunyi loceng walaupun tanpa makanan. Kemunculan John Watson
(1874- 1957) dengan memfokus kepada aturan pembelajaran yang memperkenalkan psikologi
sekolah. Mengasaskan teori behaviorisme. Idea utama beliau adalah mengkaji perkembangan kanak-
kanak dengan teori pembelajaran. Kajiannya menggunakan kanak-kanak yang takut dengan bunyi
tikus akan menjahui tikus. Kanak-kanak belajar dengan pengalamannya. Skinner(1904-1990)
memperkenalkan teori pelaziman operasi yang berhubung dengan perubahan dalam tingkah laku
yang tidak menghiraukan apa proses yang terhasil dalam minda. Kajian menggunakan tikus dengan
tuil. Jika dia meletakkan tikus di dalam sangkar, tikus tersebut akan mengambil masa yang lama untuk
menekan tuil bagi mendapatkan makanan. Mula-mula mungkin makanan akan diperoleh dengan
menekan tuil, tetapi lama-kelamaan makanan sudah habis.

Pendekatan Kognitif

Edward Tolman mula mengkaji tikus melalui eksperimen peta minda. Dia meletakkan tikus dalam
kotak maze, di dapati tikus tidak putus asa untuk belajar mencari jalan hingga berjumpa makanan
(operasi pelaziman). Teori ini menggunakan pengamatan, penyelesaian masalah, ingatan. Ahli
psikologi lain yang terkenal ialah Brunner, Ausubel dan Piaget. Teori ini mendapati yang kebanyakan
pembelajaran melibatkan penggabungan atau perkaitan yang menggunakan proses ulangan.

Othman Mohamad (2000), telah menyusun empat dimensi konstruk diri mengikut psikologi kognitif
Ad-din yang terdiri daripada :

i) Ruh atau Roh-keupayaan mendapatkan ilmu yang menjadi salah satu keistimewaan manusia
sebagai khalifah

ii) Al-qalb atau Qalbu - membolehkan manusia membuat pertimbangan antara benar, baik dan
salah. Dengan ini dapatlah manusia memahami tentang diri sendiri.

iii) Al-Nafs atau Diri- membolehkan manusia memahami tingkah laku diri. Diri terbahagi kepada
2 nilai iaitu nilai material dan fizikal dan nilai bukan material (spiritual). Dalam diri terkandung pelbagai
bentuk, pola, kederiaan, idea, ingatan dan perasaan agar dapat menghampiri jasad insan dengan lebih
sempurna.

iv) Al-aqal atau cendekia- akal mampu mengatasi rangsangan yang boleh merosakkan diri.
Pendekatan Humanis

Pendekatan yang menumpukan apa yang berlaku dalam diri seseorang seperti perasaan atau emosi.
Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi yang menyebabkan seseorang individu cenderong untuk
mencapai kebenaran diri. Setiap individu mempunyai keperluan untuk memperkembangkan potensi
sehingga ke tahap maksimum (Konsep Maslow) Pendekatan Psikoanalisis

Psikologi yang dipelopori oleh Sigmud Freud. Ia melibatkan diri dalam penyelidikan yang menumpukan
kepada kecelaruan saraf -penyakit mental. Dia percaya manusia dilahirkan dengan desakan naluri
semula jadi. Fahaman in menyatakan yang manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan
desakan yang merosakkan diri (Othman Mohamed ,2000).

Pendekatan Neurobiologi

Pendekatan ini berkaitan dengan proses biologi yang berlaku di dalam otak dan sistem saraf manusia.
Mengkaji aktiviti sel dan saraf di dalam otak ketika mata kita melihat sesuatu. Jadi seseorang ahli
psikologi neurobiologi menyiasat jenis perubahan di dalam sistem saraf ketika belajar. Kajian
menunjukkan integrasi aktiviti otak (otak kiri dan otak kanan) penting dalam menghasilkan
pembelajaran yang optimum. Sel-sel otak boleh dipertingkatkan perkembangannya melalui beberapa
aktiviti rangsangan dan saranan (Ab. Fatah Hasan, 1994).

Kenapa Mempelajari Psikologi

Ada beberapa tujuan mempelajari psikologi. Antaranya seperti berikut

i) Memahami tingkah laku manusia agar wujud persefahaman seterusnya memelihara


perhubungan manusia yang baik dan berkesan. Contoh; guru dapat berempati dengan pelajar, dapat
mewujudkan satu perhubungan yang baik antara guru-pelajar.

ii) Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini. Contohnya seseorang
lebih berjaya mengubah tingkah laku individu lain atau sebagai pembimbing dengan pengetahuan
tentang modifikasi tingkah laku.

iii) Mengawal tingkah laku yang tidak diingini atau yang bercanggah dengan kehendak
masyarakat seperti tingkah laku yang agresif yang boleh dikawal agar seseorang individu menjadi
warganegara yang berguna kepada negara.

iv) Meramal atau menelah gerak balas tingkah laku dalam sesuatu situasi. Contohnya, jika
seseorang pelajar tidak bermotivasi untuk belajar, guru yang berpengetahuan psikologi dapat
membantu pelajar atau mendorong pelajar mengatasi kegagalan.

v) Menilai tingkah laku manusia dalam sesuatu masyarakat. Contohnya pengetahuan psikologi
guru akan memudahkannya menilai tingkah laku pelajar berlandaskan kriteria-kriteria tertentu.

vi) Memahami perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi agar guru dapat memberi
layanan yang sewajarnya kepada pelajar.

vii) Memahami keperluan biologi dan psikologi manusia dan dengan itu seseorang dapat
berusaha untuk memenuhinya.
viii) Memahami pelbagai jenis gangguan tingkah laku seperti hiperaktif, bimbang, pengunduran
diri dan pergantungan berlebihan serta langkah-langkah yang boleh diatasi.

xi) Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang individu seseorang.

x) Memahami bagaimana konsep kendiri seseorang individu.

Anda mungkin juga menyukai