Anda di halaman 1dari 10

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103 1.

0 Pengenalan Ahli-ahli psikologi pendidikan telah menghasilkan hukum-hukum pembelajaran bagi untuk menjadi rujukan teori-teori pembelajaran. Berdasarkan hukum pembelajaran, perancangan yang rapi perlu dilakukan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. Selain itu, berdasarkan teori-teori pembelajaran guru akan memahami pelbagai bentu cara belajar murid-muridnya, seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran menggunakan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. Perancangan yang dilakukan oleh seorang guru haruslah perancangan berdasarkan teori yang terbukti boleh dan benar. Berdasarkan teori, ia dapat membantu guru mencapai kewibawaan dalam pengajaran, mengenali muridnya, menggunakan prinsip-prinsip psikologi serta mampu menilai cara mengajarnya sendiri. Teori pembelajaran berfungsi untuk membantu guru-guru bagi membina satu sesi pembelajaran yang interaktif dalam pertumbuhan belajar. Selain itu, guru dapat mengetahui secara meluas mengenai dasardasar dalam hal mendidik untuk memastikan cara belajar murid bertambah baik. Menurut psikologi pendidikan pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan ( Ormrod, 1995). Pembelajaran sebagai satu proses memberi tumpuan kepada apa-apa yang berlaku semasa kita belajar melalui teori pembelajaran juga, dapat menentukan cadangan yang sesuai untuk dijadikan penyelesaian masalah. Untuk kata yang lebih mudah, teori pembelajaran bukanlah sesuatu yang boleh digelar penyelesai masalah, akan tetapi ia berfungsi sebagai jalan atau pilihan untuk menyelesaikan masalah. Ia merupakan satu kajian saintifik yang telah diterima sebagai prinsip asas sebagai tujuan pelaksanaan.tokoh-tokoh psikologi pendidikan telah mengadaka kajian terhadap manusia dan haiwan kemudian menjadi sebuah pembelajaran yang boleh diterima pakai. Oleh itu, secara asasnya, teori pembelajaran pada mutakhir ini, boleh dibahagikan kepada lima iaitu, teori pembelajaran behavioris, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme.

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103

2.0 Teori Pembelajaran Behavioris Teori ini diperkenalkan Oleh Ivan Pavlov (1894-1936).Dalam teori Pembelajaran Behavioris,terdapat dua jenis teori iaitu teori pelaziman klasik dan teori pelaziman operan. Dalam teori pembelajaran Behavioris ia telah menggabungkan beberapa orang ilmuan pendidikan iaitu, Ivan Pavlov, Thorndike, dan Skinner dan J.B. Watson. Pavlov dan J.B Watson. Teori pelaziman klasik mengkaji tentang pengeluaran air liur anjing. Mengenai

lelehan air liur anjing tersebut,Pavlov telah berminat untuk mambuat kajian ini setelah pembantu makmal yang membawa makanan untuk anjing. Setiap kali terlihat baju pembantu makmal tersebut, air liur anjing tersebut akan meleleh. Oleh itu, Pavlov telah melaksanakan beberapa uji kaji untuk mengkaji fenomena ini. Dalam kajian tersebut, Pavlov telah mendapati bahan ransangan dapat menghasilkan tindak balas. Berdasarkan teori pelaziman klasik, gerak balas binatang dan manusia adalah bergantung kepada dua jenis ransangan iaitu, ransangan neutral dan ransangan semula jadi. Terdapat tiga jenis ransangan yang terdapat dala teori pelaziman klasik iaitu, semua objek, peristiwa dan persekitaran yang tidak ada hubungan langsung dengan diri. Yang ke dua, semua objek, perkara atau peristiwa yang ada hubungan dengan secara semula jadi dengan diri dan yang ketiga, ialahransangan mental yang wujud beserta ransangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa dikenali sebagai ransangan terlazim. Selain itu juga, teori pelaziman klasik juga menunjukkan dua jenis gerak balas iaitu, gerak balas yang berlaku secara semula jadi atau berupa permainan refleksif dan gerak balas yang berlaku hasil perkaitan antara ransangan semula jadi dan ransangan neutral iaitu gerak balas. Seterusnya teori pelaziman operan yang dipelopori oleh E.L. Thorndike. Beliau banyak mengkaji mengenai tingkah laku haiwan. Beliau juga banyak memberi sumbangan dalam bidang pembelajaran manusia, pendidikan dan mental. Proses pembelajaran yang diperkenalkan oleh Thorndike ialah mengenai hubungan. Menurut Thorndike hubungan antara ransangan dan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan dan memuaskan. Beliau juga telah mengemukakan tiga hukum pembelajaran daripada kajian iaitu Hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Bagi Skinner yang juga mengkaji teori pelaziman operan beliau telah memerhati berdasarkan kesan tingkah laku. Beliau berpendapat, berdasarkan kesan tingkah laku, wujud peneguhan dan hukuman. Peneguhan membawa maksud tingkah laku yang 2

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103 memungkinkan tingkah laku tersebut diulangi. Skinner telah memperkenalkan dua jenis peneguhan iaitu, peneguhan positif dan peneguhan negatif. Hukuman pula bermaksud tindakan yang dilakukan untuk memastikan tindakan tidak diulangi. Hukuman juga diperkenalkan dalam dua jenis iaitu hukuman Tarik dan hukuman beri. Berdasarkan teori pembelajaran Behaviorisme merupakan teori pembelajaran yang berpusatkan guru,antara cadangan langkah pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat ialah dalam matapelajaran matematik, objektif pembelajaran ialah murid boleh

menyelesaikan operasi bahagi. Untuk teori pelaziman klasik, guru akan memberikan murid soalan operasi bahagi yang mudah. Murid yang kurang kefahaman akan diberi latihan yang berulang kali. bagi memastikan murid mahu bekerjasama untuk memahami kaedah bahagi, guru akan memberikan coklat Coklat yang diberikan oleh guru merupakan ransangan kepada murid untuk menjawab dengan betul dan akhirnya murid akan betul-betul faham denga operasi bahagi. Seterusnya daru sudu pelaziman operan pula, guru boleh menggunakan teknik penegukan apabila murid melakukan kesilapan semasa menjawab. Contohnya, bila murid jawab salah guru harus mengucapkan kata-kata yang baik contohnya, bagus Ali, kamu sudah cuba untuk menjawab soalan itu, akan tetapi jawapan yang kamu beri kurang tepat, cuba lagi Cikgu tahu kamu boleh. Melalui kata-kata ransangan ia akan memberi tindakbalas kepada murid tersebut. 3.0 Teori Pembelajaran Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif telah dipelopori oleh empat orang ahli akademik iaitu, Kohler, Ausubel, Bruner, dan Gagne. Berbeza dengan teori Behaviorisme, teori pembelajaran kognitif melihat pembelajaran sebagai perubahan proses yang aktif. Teori pembelajaran kognitif berdiri atas dasar prinsip-prinsip berikut : 1. Otak manusia berfikir untuk memahami persekitarannya. 2. Pembelajaran perkembangan bergantung kepada pengalaman individu. 3. Pengetahuan dibina bukanlah diingat, dihafal atau dirakam. 4. Pengetahuan yang dibina berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. 5. Pembelajaran meingkat dalam persekitaran sosial yang sesuai. 6. Pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas. Berdasarkan sudut pandangan psikologi kognitif, pembelajaran merupakan struktur mental yang menunjukkan tingkah laku ditunjukkan. Perubahan yang berlaku bukanlah berlaku pada satu-satu masa tertentu, akan tetapi ia berlaku secara berperingkat iaitu pada hari-hai lain. Menurut (Eggen dan Kauchak, 2008) perubahan struktur mental termasuklah 3

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103 kepercayaan, matlamat, jangkaan dan seumpamanya. Teori kognitif berkembang

berdasarkan teori pembelajaran kognitif oleh ahli psikologi kognitif, iaitu bermula dari peringkat celik akal, penerimaan, penemuan dan pemprosesan maklumat hierarki pembelajaran. Semua ini diatur mengikut ansur maju. Jika diliha dari sudut kajian teori pembelajaran penerimaan Ausubel ialah pendedahan dan pengurusan awal dalam pembelajaran. Beliau telah mengambil kira pembelajaran individu dalam konteks sekolah dan bilik darjah. Beliau berpendapat, pembelajara yang bermakna adalah melalui penggunaan yang bermakna. Penyampaian guru dan teks merupakan bahan bermakna yang dimaksudkan.menurut Ausubel lagi, pembelajaran bergantung kepada pengetahuan asas sama ada pengetahuan sedia ada ataupun maklumat umum ataupun kedua-duanya. Beliau menekankan penyampaian terancang oleh guru. Oleh itu, teorinya lahir sebagai teori pembelajaran penerimaan dan mekanisma paling utama ialah Advance Organiser. Advance Organiser menurut Ausubel ialah rumusan atau maklumat umum pembelajaran. Contohnya guru mengedarkan kepada pelajar keratin surat khabar sehari sebelum mengajar cara membaca petikan berita dengan betul. Terdapat dua jenis pengurusan awal iaitu : 1. Pengurusan awal perbandingan komparatif.. 2. Pengurusan awal ekspositori. Pengurusan awal perbandingan komparatif ialah perbandingan yang merujuk kepada perkaitan maklumat sedia ada ataupun skema. Manakala, pengurusan awal eskpositori ialah berupa maklumat umum yang diberi sebelum pembelajaran maklumat khusus agar maklumat baru dapat diserap diasimilasi dengan mudah. . Ausubel memperkenalkan konsep pembelajaran melalui konsep penerimaan. Teori Ausubel menerangkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan mestilah terancang secara berperingkat mengikut susunan pengetahuan sedia ada. Laras bahasa guru merupakan perkara yang paling penting untuk disampaikan kepada murid berdasarkan peringkat umur. Maklumat pada guru harus disusun berdasarkan ansur maju, iaitu dari maklumat khusus kepada maklumat umum. Langkah pengajaran atau penyampaian guru hendaklah disusun dengan lenih sistematik apabila mengajar sesuatu konsep. Pembelajaran konsep adalah berdasarkan pemerhatian kepada ciri-ciri persamaan mengikut kategori dan objek atau peristiwa. Konsep merupakan kategori mental tentang objek, peristiwa atau satu set idea yang memiliki ciri yang sama. Contohnya dalam matapelajaran Sains, tajuk kitaran hidup rama-rama. Guru akan membuat persediaan awal 4

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103 untuk mengajar murid mengenai rama-rama. Sebagai persediaan awal, guru mengarahkan kepada murid untuk mencari maklumat sendiri mengenai rama-rama dengan bertanya kepada orang yang lebih dewasa. Imput yang didapati oleh murid harus ditulis dan akan dikongsikan di dalam kelas ketika mata pelajaran sains di masa akan datang. Berdasarkan langkah yang telah dibuat oleh guru, keupayaan murid dapat diperhatikan kerana mereka telah didedahkan kepada benda baru mengenai kitaran hidup haiwan yang berada si sekitar mereka. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran guru akan menayangkan kepada murid mengenai kitaran hidup rama-rama menggunakan power point. Sebelum itu, guru akan bertanya kepada murid mengenai imput yang telah mereka dapat hasil dari perbualan dengan orang yang lebih tua. Langkah tersebut boleh digunakan sebagai set induksi. Jika sebelum ini pelajar telah didedahkan kepda kitaran hidup nyamuk, dan belalang, maka guru akan bertindak untuk menyoal murid mengenai perbezaan kitaran hidup antara nyamuk, belalang dan rama-rama. Guru akan bertindak sebagai pemberi maklumat kepada pelajar sebagai pengetahuan tambahan kepada murid dengan menayangkan jenis ramarama yang terdapat dalam negara. Penggunaan bahasa yang digunakan guru adalah yang sama tahap dengan murid. Kitaran hidup haiwan terdapat dalam subjek sains tahap dua. Guru perlu menyediakan diri untuk dengan laras bahasa yang mudah untuk murid tahap dua akan faham. Berdasarkan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang ditujukkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tadi maka jelaslah bahawa teori pembelajaran kognitif mampu membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah.

4.0 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran yang membina pengetahuan, bukanlah menerima pengetahuan. Pelajar akan membina pengetahuan mengenai topik

yang dipelajari dengan cuba mengaitkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masingmasing. Mereka tidak menerima maklumat secara bulat-bulat. Teoi pembelajaran Konstruktivisme mempunyai asas kepada teori pembelajaran kognitif. Ini kerana, teori pembelajaran pengetahuan. Jean Piaget (1896-1980) merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif fan bagaimana manusaia membina pengetahuan. Beliau 5 konstruktivisme juga menekankan pembinaan dan mengorganisasi

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103 berpendapat, maklumat dan pengetahuan dibina mengikut peringkat. Ia bermula melalui pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Maklumat baru akan diterima masuk kemudian disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran. Piaget telah

membahagikan adaptadi kepada dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi ialah apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema. Maklumat tersebut akan mudah diserap untuk masuk ke dalam struktur kognitif. Ia akan menyebabkan keseimbangan berlaku. Manakala akomodasi pula ialah apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, berlakunya ganggu-gugat atau ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi. Skema boleh berubah berdasarkan apabila maklumat berubah berdasarkan pembacaan, perbincangan atau seumpamanya. Dengan tiu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi. Berdasarkan proses adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi bagi penyimpanan dan digunakan jika bekeperluan. Melalui proses inilah pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang hayat individu. Contoh pengajaran dan pembelajaran yang boleh dibuat berdasarkan teori penbelajaran konstruktivisme ini ialah perbincangan. Pelajar diberikan tajuk makanan ringan. Pelajar perlu berbincang tentang makanan ringan dari segi kebaikan dan keburukan. Mereka perlu membina persoalan yang berkaitan dengan makanan ringan. Setiap kumpulan pelajar

dibenarkan untuk berdebat mengenai pendapat mereka. Melalui perdebatan ini, pelajar dapat menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengutarakan pendapatnya. Setelah berdebat, guru mengalakkan pelajar untuk mencari maklumat tambahan sama ada dari perpustakaan atau internet untuk mendapatkan pengetahuan-pengetahuan baru. Melalui pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang baru, guru menyuruh pelajar menulis penulisan seperti pidato, debat atau syarahan untuk menguatkan lagi pengetahuan pelajar berdasarkan penyepaduan pengetahuan tersebut.

5.0 Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura (1925), manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan. Teori pembelajaran sosial mempunyai teori yang sama dengan teori peaziman operan yang 6

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103 mengambil kira peneguhan ke atas tingkah laku. Ia kemudian berkembang kepada teori soeial kognitif memandangkan proses kognitif turut terlibat. Secara semula jadinya manusia belajar daripada proses peniruan. Individu akan meniru bukan berdasarkan kepada benda yang baik sahaja, malah turut meniru kepada perkara yang negatif.teori pembelajaran sosial dikenali sebagai teori pembelajaran peniruan. pemerhatian atau medeling. Terdapat tiga bentuk peniruan iaitu yang pertama, peniruan secara langsung yang merujuk kepada peniruan secara langsung dengan melihat model (orang lain) melakukan perkara lain. Individu tersebut akan meniru tindakan yang sama. Kedua, peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan iaitu peniruan yang melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam pelbagai situasi atau dikenali sebagai tak sekat lakuan. Kemudian tindakan yang hanya boleh dilakukandalam situasi tertentu sahaja ataupun sekat lakuan. Seterusnya yang ketiga, peniruan elisitasi.peniruan ini melibatkan keinginan dan emosi Menurut Albert Bandura pembelajaran sosial melibatkan hubungan tiga unsur, iaitu persekitaran,individu dan tingkah laku. Selain itu, Bandura juga telah mengemukakan empat langkah untuk membolehkan peniruan berlaku iaitu, tumpuan perhatian, penyimpanan dalam ingatan, pengeluaran dan motivasi pengeluaran. Manakala model iaitu orang yang ditiru tingkah lakunya dibahagikan kepada dua iaitu, model sebenar ataupun model hidup dan model sembolik. Model sebenar ialah tingkah laku orang, objek yang ditiru ataupun haiwan. Manakala model simbolik pula termasuklah watak dalam cerita, contohnya tokoh sejarah. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teori pembelajaran sosial ialah, dalam pendidikan seni visual. Guru akan menayangkan menggunakan power point bertajuk mari mengenali haiwan peliharaan , contohnya ayam, itik, kucing dan lembu. Murid masingmasing ditanya adakah mengenali haiwan tersebut. Selain itu guru menambah soalan dengan bertanya kepada murid selain daripan haiwan yang dipaparkan, apakah haiwan lain yang turut dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan. Melalui aktiviti ini, sudah tentu murid akan menjawab soalan guru berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Murid kemudiannya diminta untuk mengajuk bunyi haiwan yang dipaparkan dalam power point. Setelah semua murid menguasai bunyi haiwan-haiwan tersebut, barulah guru mengedarkan kad manila yang dibahagi empat. Muri diarahkan untuk membina topeng berdasarkan empat haiwan ternakan yang telah dipaparkan. Setelah murid selesai membuat topeng mereka akan melakonkan watak haiwan berdasarkan topeng yang mereka buat. Guru akan mengarahan murid untuk membuat gaya haiwan beserta dengan bunyi haiwan tersebut. 7 Ia juga dikenali sebagai pembelajaran

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103 Berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tadi, maka dapat dilihat murid dapat membuat peniruan terhadap haiwan yang dilihat mereka. Jester itu, jelaslah menunjukkan teori pembelajaran sosial yang menekankan peniruan membantu memudahkan guru untuk untuk mencapai objektif pembelajaran, boleh

6.0 Teori Pembelajaran Humanis Teori pembelajaran humanis melihat manusia sebagai makhlukyang istimewa. Manusia mempunyai keupayaan yang tidak sama dengan haiwan. Teori humanis percaya bahawa manusia akan bertindak atas dasar keperluan, minat, motivasi dan nilai. Carl Rogers yang terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien, dilahirkan di Oak Park Illinois Amerika Syarikat. Carl beranggapan bahawa semua manusia adalah baik dan ada potensi yang tinggi untuk mencapai motivasi yang baik. Beliau berpendapat, sebagai insan yang baik, jika diteruskan ke arah yang lebih baik akan dapat berkembang secara positif, baik, dari segi rohani dan jasmani. Carl Rogers menyatakan seorang insan yang sempurna akan memiliki kualiti yang berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia disamping dapat membuat tanggapan dengan betul berdasarkan pengalamannya. Insan yang sempurna juga dapat menerima hidup dengan adanya dan mengutamakan perkara yang ada didepannya. Selain itu, insan yang sempurna pemikirannya akan mempercayai pemikiran dan perasaannya sendiri sebagai sesuatu yang tepat disamping menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri. Carl Rogers berpendapat bahawa semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar .Rogers juga membahagikan pembelajaran kepada dua iaitu,

pembelajaran kognitif yang tidak dianggap bermakna, dan pembelajaran pengalaman. Pembelajaran kognitif ialah pembelajaran akademik semata-mata. Pembelajaran pengalaman pula ialah melibatkan aplikasi pengetahuan iaitu belajar dari proses mambuat Dalam pembelajaran pula, Rogers menekankan hubungan guru sebagai fasilitator dengan pelajar . Oleh itu, pembelajaran humanisme akan mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan penerimaan syarat. Pembelajaran yang bermakna dan berkesan akan menghasilkan pelajar yang akan merasa tenang dan bebas dari perbezaan individu atau pengalaman. Rogers telah memberi cadangan penerimaan semua pelajar sebagai individu yang adapotensi dan sedang berkembang. Contoh cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori

pembelajaran humanisme, dalam subjek pendidikan moral. Tajuk aktiviti ialah Patuhi 8

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103 keselamatan jalan raya. Berdasarkan tajuk guru membawa beberapa keping gambar kenderaan darat seperti motosikal, bas, basikal, kereta dan menunjukkan gambar simbolsimbol yang terdapa di jalan raya. Murid diarahkan untuk menyebut setiap kenderaan yang terdapat dalam gambar. Kemudian, guru akan menerangkan kepada murid bagaimana untuk cara untuk mematuhi undang-undang jalan raya. Guru kemudiannya menerangkan maksud setiap simbol yang terdapat dalam gambar tadi. Setelah selesai menerangkan, guru meminta murid untuk menjawab soalan mudah berkaitan undang-undang jalan raya seperti yang diterangkannya sebentar tadi. Ini bagi mengetahui sejauh mana kefahaman murid berdasarkan penerangan guru sebentar tadi. Guru seterusnya bersoal jawab dengan murid mengenai kepentingan mematuhi jalan raya. Melalui aktiviti soal jawab tadi akan menerbitkan sifat prihatin murid berdasarkan penerangan guru. Selain itu juga, ada murid yang akan berminat untuk menjadi polis trafik dan merasakan mampu untuk jadi murid. Berdasarkan tindak balas yang ditunjukkan oleh guru ia akan mengaitkan aktiviti pembelajaran berasaskan teori pembelajaran humanis. Murid akan mendengar nasihat guru, murid akan lebih prihatin mengenai undang-undang jalan raya. Secara tidak langsung teori pembelajaran humanisme telah diaplikasikan dalam pembelajaran. Melalui aktiviti ini juga, jelas menunjukkan yang teori pembelajaran humanisme mampu membantu memudahkan guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah

7.0 Penutup Pembelajaran yang bermakna adalah lahir daripada bahan pembelajaran yang bermakna. Bahan yang dimaksudkan bermakna ialah bahan bantu mengajar yang boleh membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran. Ahli akdemik telah bertungkus lumus melakukan kajian semata-mata untuk mencari pengetahuan tentang pembelajaran yang ada di dunia. Hasil daripada kajian tersebut, maka teerhasillah rujukan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Mutakhir ini, terdapat lima teori pembelajaran iaitu, teori pembelajaran behaviorisme, kognitif, konstruktivisme, pembelajaran sosial dan humanisme. Setiap teori itu diterangkan bersama kajian yang telah dibuat keatas haiwan dan manusia. Menurut psikologi pendidikan, pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasil daripadanya ialah perubahan tingkah laku. 9

MURID DAN ALAM BELAJAR | EDU3103 Fokus yang diletakkan dapam pembelajaran perupakan satu proses kepada kita sebagai belajar.teori pembelajaran telah berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan menyatakan cadagan untuk menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran tidak boleh dianggap sebagai penyelesai masalah, akan tetapi teori pembelajaran menyarankan pilihanpilihan untuk penyelesaian masalah.

Hasil kajian yang telah disahkan menjadikan keputusannya sebagai teori pembelajaran. Ia boleh dijadikan sebagai prinsip asas kepada panduan peaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran yang ada kini haruslah ditinjau secara dasarnya agar dapat dimanfaatkan dan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

10

Anda mungkin juga menyukai