Anda di halaman 1dari 25

Teori-teori pembelajaran

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME.


Pengasas teori pembelajaran behaviorisme adalah Ivan Pavlov, Edward Thorndike,
B.F.Skinner dan Watson.
Teori Pelaziman Klasik diasaskan oleh Pavlov dan Watson manakala Teori
Pelaziman Operan diasaskan oleh Thorndike dan B.F.Skinner.
Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan
pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal.
Teori Pelaziman Klasik lebih cenderung untuk menilai emosi dan tabiat manusia
atau haiwan sebelum dan selepas pelaziman.
Teori Pelaziman Operan pula lebih cenderung untuk menilai tingkahlaku yang
berlaku kesan daripada ransangan dan peneguhan sebelum dan selepas pelaziman.
Terdapat dua jenis prinsip pelaziman Operan iaitu peneguhan (positif dan negatif)
dan hukuman (positif dan negatif).
Contoh peneguhan positif : memberi pujian atau gula-gula kepada pelajar.
manakala peneguhan negatif adalah mengecualikan pelajar daripada aktiviti yang
mereka tidak sukai.
Contoh hukuman positif adalah merotan pelajar manakala hukuman negatif pula
iaitu menarik balik kebenaran menonton rancangan yang mereka sukai seperti
rancangan kartun pada waktu rehat.
Teori Pelaziman Klasik adalah merujuk kepada pembelajaran haiwan dan manusia
yang terhasil daripada gerak balas automatik terhadap sesuatu ransangan yang
mula-mula tidak memberikan sebarang kesan.
Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran adalah sebagai satu perubahan dalam
bentuk atau frekuensi tingkahlaku.
Seterusnya pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) ransangan dalam
persekitaran supaya pelajar dapat memberi respons dan diberi pengukuhan.
Behaviorisme adalah perhubungan antara ransangan (R) dengan gerak balas (G).
Tingkahlaku adalah gerak balas yang nyata dan dapat diramalkan.
Untuk pembelajaran yang berkesan, guru mengaitkan pengalaman positif dengan
tugasan pembelajaran.
Bimbing pelajar gunakan kemahiran generalisasi dan diskriminasi dengan tepat.
Beri latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dan gerak balas
terlazim.

Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Ivan P.Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik.
Bahan uji kaji beliau adalah seekor anjing. Beliau membunyikan loceng dan
memerhatikan gerak balas anjing.
Menurutnya, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas pula
ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan dari ransangan.
Kata kunci teori beliau ialah pembelajaran melalui perkaitan. Iaitu perkaitan antara
ransangan dan gerak balas.
Pembelajaran daripada perkaitan dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik.
Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan
melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov iaitu : Pembelajaran
semula, generalisasi, diskriminasi dan penghapusan.

Implikasi Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran.
Kaitan antara ransangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.
Kaitan antara ransangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan.
Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh
gerak balas terlazim itu..
Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan atau pengalaman. Justeru
itu pelajar mesti dilibatkan dalam proses pengajaran.
Generalisasi boleh berlaku semasa proses pembelajaran.
Penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan atau diberhentikan.
Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu pelajarnya
mendiskriminasikan jenis ransangan yang perlu diberikan tumpuan.
Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru itu
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Teori Pelaziman Klasik J.B.Watson
Seorang ahli psikologi Amerika.
Kajian beliau ialah tentang emosi kanak-kanak.
Ahli psikologi yang pertama menggunakan perkataan behaviorisme.
Beliau sangat terpengaruh dengan model pelaziman klasik Pavlov.
Perbezaan antara manusia adalah pengalaman. Pengalaman yang baik boleh
diubah menjadi pengalaman yang buruk.
Menurut beliau, manusia mempunyai tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih
sayang.
Emosi boleh diajar melalui proses pelaziman.
Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.
Eksperimen yang beliau jalankan adalah antara Albert (berusia 9 bulan) dan seekor
tikus putih.

Aplikasi pelaziman J.B.Watson dalam pengajaran
Tingkah laku positif boleh diajar dengan ransangan yang sesuai.
Pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik.
Bagi pengukuhan ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap.
Ransangan hendaklah digunakan bagi memotivasikan pelajar supaya minat
belajar.
Minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan.
Persekitaran adalah amat penting bagi mendorong perkembangan potensi
pelajar.Persekitaran yang kaya dengan bahan pengajaran dan asuhan serta
bimbingan guru dan ibu bapa yang baik akan membantu kanak-kanak menikmati
perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Teori Pelaziman Operan Thorndike
Seorang ahli psikologi Amerika.
Beliau memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang
perkaitan ransangan dengan gerak balas.
Beliau telah mengkaji tingkah laku dan gerak balas seekor kucing untuk
mendapatkan makanan juga beberapa haiwan lain.
Beliau juga berjaya membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan
dan Hukum Kesan.
Hukum Kesediaan pelajar/seseorang bersedia belajar (ransangan motivasi) maka
pembelajaran akan berkesan dan memuaskan . Pelajar belum bersedia atau dipaksa
belajar (tanpa ransangan) maka pembelajaran tidak berkesan.
Hukum Latihan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah
kukuh jika ada latihan, pengulangan serta aktiviti pengukuhan diberikan.
Hukum Kesan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
sekiranya ada kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan
diulang.
Sekiranya kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap
dan pertalian antara ransangan dan gerak balas akan lemah.

Implikasi Teori Thorndike ke atas pengajaran dan pembelajaran
Mengadakan pelbagai ransangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang
menyeronokkan.
Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.
Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Sentiasa menilai kesediaan pelajar.
Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi
yang sesuai.
Banyakkan aktiviti latihan, ulangkaji serta pengukuhan dalam keadaan yang
menyeronokkan.
Pembelajaran juga boleh berlakumelalui usaha cuba jaya.
Teori Pelaziman Operan Skinner.
Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran psikologi dari Universiti
Harvard. Beliau melanjutkan usaka Thorndike dalam kajian tentang pelaziman.
Teori beliau juga berasaskan ransangan dan gerak balas.
Beliau menggunakan tikus untuk kajiannya yang terkenal iaitu Skinner Box.
Skinner mengemukakan prinsip pelaziman operan iaitu peneguhan(positif dan
negatif) dan hukuman ( Positif dan negatif).
Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan
berlaku.
Jenis peneguhan positif yang boleh diaplikasikan ; Peneguhan kendiri, pujian, beri
perhatian, memaparkan dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar, makanan dan
memberikan peluang menjalankan aktiviti yang disukai mereka.
Peneguhan negatif pula berbentuk dendaan atau hukuman dan ia menyakitkan.

Implikasi Teori Skinner ke atas pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu menggunakan peneguhan positif(seperti pujian atau hadiah) untuk
mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin
pengulangan tingkah laku yang diingini.
Objektif pendidikan yang ingin dicapai perlu realistik. Jika tidak pelajar akan
mengalami kegagalan. Kegagalan akan menyebabkan berlakunya peneguhan
negatif.


NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BRUNER
Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli
psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.
Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat
membolehkan seseorang itu menguasai dan mempelajari beberapa perkara dan
dapat dikaitkan secara bermakna.
Beliau juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat
suatu gambaran secara keseluruhan.
Kanak-kanak perlu memahami sesuatu konsep ketika sessi pembelajaran.
Perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
a) Peringkat enaktif ( 0 2 tahun )
b) Peringkat Ikonik ( 2 -4 )
c) Peringkat Simbolik ( 5 7 )
Pembelajaran Penemuan Bruner - beliau berpendapat bahawa guru
seharusnya membekalkan pengalaman kepada kanak-kanak untuk membantu
menemui sesuatu idea, konsep atau pola. Murid diperkenalkan dengan satu
fenomena dan murid menyiasat bagaimana keadaan itu berlaku. Setelah jawapan
diperoleh , jawapan itu akan dibincangkan bersama guru dan murid lain di dalam
kelas.
Teori Pembelajaran Induktif - guru seharusnya membekalkan murid-murid
dengan pengalaman supaya murid menemui idea, konsep atau pola yang
diperkenalkan. Pembelajaran Induktif ini juga adalah untuk memotivasikan pelajaran
yang aktif dan membentuk konsep yang difahami.
Konsep pemikiran induktif adalah dari spesifik kepada umum.
Cara pembelajaran induktif ini adalah guru tidak memberikan definisi konsep
yang diajar tetapi pemahaman konsep adalah dibina secara perlahan hasil daripada
pendedahan kepada kanak-kanak iaitu pelbagai aktiviti dan pengalaman.
Menggunakan pengalaman untuk membentuk konsep baru.
Pembelajaran Induktif (Memain peranan latihan pembentukan
konsep aktiviti amali aktiviti lain).
Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan pembelajaran
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman, mereka perlu diberi peluang untuk
meneroka, memegang, mencium dan merasa supaya proses ini dapat mewujudkan
pembelajaran bermakna.
Murid tahap 1 , gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan
pembentukan konsep.
Murid tahap 2 pula,hukum dan prinsip perlu ditekankan agar mereka boleh
mengaplikasikannya di dalam proses penyelesaian masalah.
Motivasi ekstinsik dan motivasi intrinsik perlu ditekankan untuk meransang minat
murid terhadap sains.
Kesediaan murid-murid juga perlu diambil berat serta menambah nilai-nilai murni di
dalam pelajaran.






NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL
David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan yang
menekankan penguasaan bahasa yang bermakna .
Menurut beliau,maklumat dalam bentuk bahasa dapat dikuasai melalui dua cara
iaitu resepsi dan penemuan melalui hafazan atau bermakna.
Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan
fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka.
* Pembelajaran resepsi (Pembelajaran Penerimaan)
- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru
menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat
menerimanya dengan baik.
Menurut Ausubel, guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara
tersusun dan teratur di dalam bentuk kuliah dan ceramah.
Walaupun guru memberi maklumat,idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang
bersama guru.
Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos institusi
yang mengendalikannya.
Menurut beliau juga bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak
cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi.
Untuk kanak-kanak yang masih muda, cara pembelajaran resepsi adalah
menarik dan cepat dilupai oleh mereka.
Pembelajaran Penemuan maklumat diperolehi oleh pelajar adalah secara
bebas melalui usaha sendiri, amat berkesan dalam mengembangkan struktur
kognitif individu untuk menghadapi ransangan pelbagai serta dapat memenuhi
kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang.
Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal diperkenalkan oleh Ausubel
untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optima boleh berlaku.
Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal ini berfungsi untuk menjelaskan
kepada kanak-kanak tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk
pelajaran malah boleh juga menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah
dipelajari.
Terdapat 3 tujuan penggunaan penyusunan awal iaitu memberi gambaran
a) memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran
b) menjelaskan hubungan antara konsepyang akan dihuraikan
c) menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang
telah dipelajari.
Penyusunan konsep dalam bentuk pengetahuan harus disusun dalam bentuk
hirarki iaitu dari konsep umum ke spesifik.

Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel ke atas pengajaran dan pembelajaran.
. Guru digalakkan menggunakan penbelajaran penemuan untuk melibatkan
murid di dalam aktiviti penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat,
analisis,membuat sintesis penilaian dan rumusan.Pembelajaran seperti ini lebih
kekal, bermakna dan menyeronokkan.
Teknik penghafazan masih boleh digunakan oleh guru untuk mengingati
sesetengah perkara seperti rumus-rumus matematik, sifir, puisi dan pantun.
Pembelajaran bermakna ditekankan untuk membuatkan/membantu murid
memahami sesuatu konsep, perkaitan sesuatu isi-isi pelajaran dengan pertalian dan
antara pengalaman baru dan pengalaman lama.
_ Ketika mengajar guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
bagi menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pelajaran yang disediakan.
Guru juga boleh menggunakan pembelajaran superordinat atau pendekatan
induktif atau pembelajaran deduktif .


NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Beliau ialah Robert M. Gagne , telah dilahirkan pada tahun 1916 . Beliuan
merupakan ahli psokologi eksperimental yang berpengalaman . Gagne
menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan
kedayaan pembelajaran ke dalam 5 kelompok utama iaitu kemahiran kecerdasan,
strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap.Selain daripada
kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat
pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat
pembelajaran tersebut ialah :

1. Pembelajaran isyarat
2. Pembelajaran gerak balas
3. Pembelajaran rangkaian motor
4. Pembelajaran bahasa
5. Pembelajaran diskriminasi
6. Pembelajaran konsep
7. Pembelajaran hukum
8. Pembelajaran penyelesaian masalah

Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne :
Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit

Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:

1- Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.
Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas
terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu
dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan
bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah
laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul
10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku
kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu
ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh
mendesakkan pembelajaran.

2- Pembelajaran ransangan tindak balas
Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu
dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas
terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas
yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain,
tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul
atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas
terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi
peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan
tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk
mendapat pujian gurunya.

3- Pembelajaran melalui rangkaian
Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak
balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam
pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya.
Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi
tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh
dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang
binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan
menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu
peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru
yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil
seperti :

Kemahiran menghantar bola
Kemahiran menerima bola
Kemahiran menjaringkan bola

Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk
turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat
ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

4- Pertalian bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu
ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan
penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu
prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian
berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat
dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian
bahasa.

5- Pembelajaran diskriminasi
Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan
yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus.
Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis
pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas
dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup
menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun
kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada
objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan
dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali
ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.


6- Pembelajaran konsep
Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan
yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk
mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari.
Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian
pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh-
contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui
tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya
berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.

7- Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan
dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan
penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras
tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa.
Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi
tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang
berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran
penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum :

Memberi maklumat yang betul
Menghuraikan ciri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep
Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang
berkaitan.
Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.
Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.


8-Pembelajaran penyelesaian masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan
hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu
menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah
peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran
yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian
masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian
masalah iaitu :

Mengenal masalah
Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Memilih cara menyelesaikan masalah
Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).
Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).

Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar
kemahiran berfikir.

Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah
Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.

1- Pembelajaran Isyarat
Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan
pembelajaran isyarat.Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan
menggunakan kad imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

2- Ransangan gerak balas
Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan.
Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar
dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-
masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian.

3) Rangkaian motor
Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.Contohnya, kemahiran
hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan
spesifik.Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti
Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

4) Pertalian Bahasa
Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis
pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.Guru harus mengarahkan pelajar
supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri
konsep yang penting.

5) Diskriminasi
Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.Pelajar
seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan
kategori yang lain.Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri
binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.


6) Pembelajaran konsep
Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.Mereka
harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau
kategori.

7) Pembelajaran Hukum
Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan
dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.Di
samping itu guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dan memberi fokus
kepada aspek-aspek yang penting dalam hukum.Seterusnya pelajar harus diajar
untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan.Guru juga perlu
menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan
ujian. Akhir sekali pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri
mengenai sesuatu hukum.



8) Penyelesaian masalah
Bagi proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu
diatasi oleh pelajar. Kemudian guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai
hukum dan konsep yang perlu diaplikasi. Aspek yang paling penting dalam proses
penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri.Polya (1957), telah
memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu :
Memahami sesuatu masalah
Membuat pelan tindakan
Melaksanakan pelan tersebut
M enilai hasil dan keputusan pelan


Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
* Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang
mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah
menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak
menguasai jenis pembelajaran kemudian.

* Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah
dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai
contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali
lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.





NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN PIAGET
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896
Beliau dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan
dan kognitif.
Menurut Piaget , perkembangan kognitif seorang kanak-kanak mengikut satu siri
urutan yang berperingkat. Piaget membahagikannya kepada 4 peringkat iaitu:
a) Peringkat deria motor ( 0 -2 tahun )
b) Peringkat Praoperasi ( 2 7 tahun)
c) Peringkat operasi konkrit ( 7 11tahun )
d) Peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas)
Piaget telah mengemukakan beberapa konsep dalam teori pembelajaran beliau
iaitu:
1. Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan
pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang,
mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang
tidak menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas
dengan persekitarannya.
2. Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi
skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh
itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang
sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan
mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3. Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet
akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian
konsep terhadap magnet itu.
4. Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan
kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu
dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada
satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-
kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman
yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap
tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada
empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut
ialah :
Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)
Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Tahap-tahap perkembangan
TAHAP SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2 TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi
tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di
sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali
sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan
Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap
yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur
yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang
diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan
(genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan
sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar
daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai
gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular.
bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di
tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah
laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap
pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah
bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan
sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem
pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan
menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya,
sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan
mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku
itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n
pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu
proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti
mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh
membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja
memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau
mengenali barang tersebut.
d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya
disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi
sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya
kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat
sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat
mainan, ia akan berbunyi.
e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi
berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan
keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di
tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan
pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang
sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang
mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku
untuk mendapatkan perhatian.


f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan
untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-
kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-
jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui
tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah
penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan
simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila
ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih
lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak
menjadi lebih sempurna menerus tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang
ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan
memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka
belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.


TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku
semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak
lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan
ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu
yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya
semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat
orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-
rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak
pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi
tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas)

Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa
pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara
abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk
hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME.

1. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.
(Sumber:http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm)
Pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu melalui pemikiran. Murid
membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat pengetahuan sedia
ada dan membuat kaitan dengan persekitarannya
(sumber: ________, pengenalan pengajian sosial, Open Universiti Malaysia, 2007,
M.S 35.)
PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
ENGAGE Merangsang perasaan ingin tahu murid
EXPLORE Meneroka/mencari untuk memenuhi perasaan ingin tahu
EXPLAIN Menjelaskan
ELABORATE Menghuraikan dengan contoh, metafora atau lain-lain
EVALUATE Menilai

CIRI-CIRI PEMBELAJ ARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
1. Berpusatkan murid
2. Pembelajaran sebagai satu proses dan perkembangannya berhubung kait
3. Pembentukan dikonstruk dengan adanya kefahaman atau idea asal tentang sesuatu
perkara.
4. Pengetahuan awal ini sebagai pengetahuan mentah .
5.Peluang murid membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui
pengalaman yang dilaluinya .
6. Menggalakkan murid bertanya dan berinteraksi dengan lebih kerap (bersoal jawab)
7. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakan panduan
merancang pengajaran
8. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
9. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
10. Menggalak proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen
11. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
























Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya
bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam
bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan
anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.Beliau
memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10
tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke
Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean
mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal
Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai
ketua "Swiss Society for Psychologist." Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran
Falsafah (biologi) pada umur 25 tahun , tetapi selepas itu, beliau
menumpukan perhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-
kanak. Adalah ditegaskan bahawa perkembangan kognif ini adalah
dipengaruhi dengan perkembangan potensi dari aspek lain, misalnya fizikal,
intelek, dan sosioemosi.
Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat
penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak
sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet
bagi membentuk ujian keceredasan mental. Pada pandangan Jean, pola-
pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana
proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.
Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan
kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget membahagikan empat
peringkat ini sebagai
Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) ,
Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) , Peringkat Operasi Formal (selepas
12 tahun). Setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan
faktor penting yang memperngaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit
atau abstrak.
POS TED BY KUMPUL AN 4 ( GROUP D) AT 10 : 3 2 AM NO COMME NTS :
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget (1896-1980)
2.1 Pengenalan Kepada Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Teori Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih
menyeluruh walaupun ada yang masih menyoal dan tidak
menyetujuinya.Teori ini ada pada dasarnya telah menjadi menjadi asas dan
pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya. Piaget
mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan
kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat
belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh
kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak
secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak
sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah
dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut piaget, sistem-
sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh
orang dewasa. Untuk memahami perkembangan, sistem-sistem ini
seharusnya didefinisikan dan dibahagi mengikut ciri-ciri yang tersendiri.
Piaget percaya fungi kecerdasan adalah untuk membanu menyesuaikan diri
(adaptasi) kanak-kanak terhadap persekitaran.
Fokus penyesuaian (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan
kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami
terhadap persekitaran. Dengan meningkatkannya pembelajaran dan
kematangan kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya
menjadi berbeza-beza. Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-
tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan)
keadaan yang menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di
antara apa yang dialami dalam persekitaran dengan proses dan struktur
kognitif yang dihadapinya. Equilibration melibatkan tiga proses. Proses
pertama, dalam situasi-situasi tertentu, skema dan tahap pemikiran kanak-
kanak adalah cukup untuk menyesuaikan atau mengadaptasikan cabaran-
cabaran persekitaran. Maka, kanak-kanak tersebut adalah dalam keadaan
equilibrium (keseimbangan). Proses kedua kanak-kanak juga diberi informasi
yang tidak sesuai dengan skema kanak-kanak kurang menghadapi cabaran-
cabaran baru.
2.2 Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget
2.2.1 Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan seria motornya
untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas
dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-
objek di dalam persekitrannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan
telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan.
Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di dalam
persekitarannya. Diantara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunkan
berbagai-bagai skema (struktur menyelesaikan masalah yang dia hadapi).
Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan
lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak
cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta
cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat
dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi berumur sebelum Sembilan
bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah diperhatikan
objek tersebut sebelummya. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan
antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya
berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang
dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya
kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai
pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan
Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub
tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu
pada umur yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang
diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan
tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan
mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya.
Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan
tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi
sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang
tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk
pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati
daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-
kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab
musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan
sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan
tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan
matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut
melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat
menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu
lagi.



c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n
pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada
sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku
baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu
ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya.
Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut
dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud
sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini,
perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di
tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi.
Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya,
apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui
oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk
melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam
sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang
pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai
konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba
jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan
mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.
f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai
keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada
ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan
dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan.
kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi
individu dalam rumahtangga.



2.2.2 Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta symbol
untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun
kanak-kanaktelah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang
dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-
kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap
pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka
percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh
membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir
secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh contoh
khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir
secaradeduktif (daripada umum kepada contoh khusus) dan
secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir
peringkat ini, mereka mula berupaya member sebab untuk menyokong
kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu
dan memahami konsep pengabadian bilangan.
2.2.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)
Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau
12 tahun.Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk
reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran
dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti computer, perabot
dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang
dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam
minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek
atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi
segera seperi rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan
mereka membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan
bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya, menggunakan skema
dalaman untuk member panduan tentang penaakul daripa bentuk luaran
sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi
representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini dapat memanipulasi
representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti
kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal
dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh.
Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah
meneliti dan mengsplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep
abstrak.
2.2.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 Tahun)
Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya
melibatkan operasi mental pada yang abstrak dan symbol yang mungkin
tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak
mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan
alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat membentuk dan
mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang
dihadapinya dengan logic. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah
berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada
usia yang sama bagi kanak-kanak. Setiap tahap memasuki tahp baru, kanak-
kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pasti dalam tahap
berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja telah
boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan
menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum matematik.
2.3 Empat Tahap Perkembangan Kognitif Piaget
Tahap Tempoh
Sensori Motor Sejak lahir hingga 2 tahun
Praoperasi 2 hingga 7 tahun
Operasi Konkrit 7 hingga 12 tahun
Operasi Formal 11 tahun hingga zaman remaja
Jadual Empat tahap Perkembangan Kognitif Piaget
POS TED BY KUMPUL AN 4 ( GROUP D) AT 10 : 2 9 AM NO COMME NTS :
3.0 Asas-Asas Konsep Teori Jean Piaget (1896-1980)


Di dalam Teori Kognitif Kanak-Kanak yang telah dibincangkan, Piaget
menenkankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang
penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat, di
dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran
sebearnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada
proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat
dalam alam sekitar.
Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian
limakonsep asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan
akomodasiyang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif individu.
3.0.1 Skema (Schema)
Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa
proses pengubasuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk
sebagai kebolehan ataupengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi
berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan,
misalnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan ataupun idea yang boleh
mewakili ciri tingkah laku, adalah disebut sebagai skema individu. Maka,
skema individu merupakan tinkah laku yang sering berubah mengikut
pembelajarannya. Di dalam peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak
skema tingka laku mereka berubah dari semasa ke semasa, biasanya dari
kasar kepada halus, dan daripada mudah kepada kompleks.
Contohnya,kanak-kanak memegang sesuatu benda adalah skema
pegangangnya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin beransur-
ansur maju apabila perubahan skema kanak-knaakini sebenarnyamewakili
hasil yang diperolehi daripada pembelajarannya.
3.0.2 Adaptasi (adaptation) danKeseimbangan (equilibration)
Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan
adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu sama lain. Tambahan
pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas tindakan dia antara
mereka. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya
(bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk
memuaskan keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu
tidak perlu lagi memperolehi pengalaman baru, dan pembelajaran baru
tidak akan berlaku lagi. Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanyabelum
berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah, oleh itu perhubungan
dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah
keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat
menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan
alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu itu dengan alam
sekitarnya akan hilang dan lenyap . Di dalam proses ini, keseimbangan
adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman, iaitu di bawah
konteks psikologi adalah dikatakan sebagai motivasi pembelajaran. Adalah
ditegaskan disini, Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi
individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk megubahsuai diri dalam alam
sekitar dan bukan seperti teori rangsangan.
3.0.3 Asimilasi (assimilation) dan Akomodasi (accommodation)
Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi pula kepuasan kerana
motivisi, individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di
dalam proses adaptasi ini, skema individu beransur-ansur berubah hingga
perubahan tingkahlakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut pandangan
Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satunya ialah asimilasi dan satu
yang lain ialah akomodasi, kedua-dua saling berkait dan saling melengkapi
dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan.
Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi adalah
dikenali sebagai proses akomodasi. Dengan huraian ini, adalah didapati
bahawa akomodasi merupakan sesuatu proses psikologikal yang berlaku
semasa seseorang individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah
struktur kognitif dengan tujuan mengadaptasi keperluan situasi
pembelajaran yang dihadapinya. Ringkas kata, mengikut piaget, murid
belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi ilmu atau maklumat baru
dan dengan proses asimilasi, i , mentransformnya dalam struktur kognitif
(skema) dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada dapat diperkukuh serta
ditambah. Bagi ilmu atau maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya,
mereka menggunakan proses akomodasi untuk cara reorganisasi dan
menyesuaikannya dalam struktur kognitif dan dengan proses yang
sedemkian, ilmu pengetahuan murid dapat diperkembangkan dan
dipertingkat kepada tahap yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai