Anda di halaman 1dari 22

PN2191P

________________________________________________________________________
1.0

PENGENALAN
Pertumbuhan

merupakan

suatu

proses

perubahan

yang

bersifat

kuantitatif. Manakala perkembangan pula merupakan perubahan yang bersifat


kualitatif. Pertumbuhan melibatkan perubahan dari segi saiz dan struktur, iaitu
aspek fizikal serta mental dan akan mencapai puncaknya sebaik sahaja
seseorang individu itu mencapai kematangan. Sebaliknya, sifat perubahan
perkembangan tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal. Perkembangan juga bersifat berterusan, iaitu dari lahir
hinggalah mati. Ia juga dipengaruhi faktor baka dan persekitaran.
Terdapat banyak faedah jika seseorang guru berpengetahuan tentang
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, guru haruslah bertekad
untuk mengkaji kedua-dua perubahan kanan-kanak ini untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran kelak.
Akan tetapi, terdapat juga perbezaan di antara pertumbuhan dan
perkembangan. Berikut merupakan

jadual perbezaan

antara kedua-dua

perubahan ini.
Perbezaan Antara Pertumbuhan dan Perkembangan
Aspek

Proses Pertumbuhan

Proses Perkembangan

(Perubahan Kuantitatif)
(Perubahan Kualitatif)
Jasmani Tinggi, saiz, berat dan bilangan Bertambah kemahiran menggunakan
gigi bertambah.
Mental

Berkembangnya
memikirkan

anggota

mengangkat,

berjalan, berlari dan melompat.


keupayaan Berkembangnya
kemahiran

tentang

banyak menggunakan

perkara.
Sosial

seperti

angka,

perkataan

pemikiran,

bahasa,

penaakulan,

pembentukan konsep dan ingatan.


Mula berinteraksi dengan ahli- Menyedari perbezaan antara lelaki
1

PN2191P
________________________________________________________________________
ahli bukan keluarga seperti dan perempuan serta peranannya,
jiran, rakan sebaya dan guru.
Emosi

Tumbuhnya
duka,

perasaan

marah,

saying

kepentingan, disiplin, kumpulan serta

penyesuaian dengan rakan sebaya.


suka, Berupaya menguasai perasaan dan
dan mengawal perasaan ketika marah

sebagainya.

atau cemburu.

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, Projek Usaha Belajar Sendiri Ilmu


Pendidikan, Kuala Lumpur, 1979.
(Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, 2005:18)

PN2191P
________________________________________________________________________
2.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN INDIVIDU


Setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam

peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi ia tetap berbeza dari


segi fizikal, kognititf, emosi dan sosial. Ini telah dibuktikan kerana tiada dua
orang individu yang mempunyai kadar perkembangan yang sama. Oleh itu, ahliahli psikologi telah berpendapat bahawa baka dan persekitaran adalah faktorfaktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya
perbezaan individu di antara satu sama lain.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Individu

Baka

2.1

Persekitaran

PENGARUH BAKA
Dari segi fizikal, individu akan mewarisi sifat-sifat fizikal ibu bapanya

seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut,
temperamen dan sebagainya (Buss & Plomin, 1997).
Kajian telah menunjukkan bahawa sebahagian kecacatan mental adalah
diwarisi. Misalnya, penyakit Tay-Sachs. Kanak-kanak yang berpenyakit ini
selalunya meninggal dunia pada umur 3 atau 4 tahun kerana kegagalan badan
mereka untuk memecahkan lemak. Orang Yahudi di Timur Eropah lebih kerap
menghidap penyakit ini. Jika kedua-dua ibu bapa membawa gen penyakit ini,
anak mereka mempunyai peluang 25 peratus menghidap penyakit ini. Penyakitpenyakit lain yang boleh diwarisi adalah seperti sindrom Down, Phenylketonuria,
Anemia Sel Sikel (Asmawati Desa, 1996).
Selain itu, terdapat juga kajian yang mendapati sahsiah adalah diwarisi
daripada ibu atau ayah melalui baka (Bee, 1995). Beliau mengatakan bahawa
temperamen, iaitu tret-tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan
berkekalan pada individu sepanjang hayatnya. Dalam kajian mereka, Loehlin dan
3

PN2191P
________________________________________________________________________
Plomin (1992) juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah
disebabkan pewarisan baka, misalnya; personaliti ekstrovert dan personaliti
introvert (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2002).
Alfred Binet, Theodore dan Guiford mempercayai kecerdasan adalah
diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran (Borich & Tombari,
1997). Bagaimanapun, Howard Gardner et al. (1996) tidak bersetuju dengan
pendapat mereka dan beliau mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh
dipertingkatkan melalui pembelajaran dan memberi persekitaran yang kondusif
untuk membolehkan pembelajaran berlaku.

2.1.1 CIRI-CIRI BAKA


Ciri-ciri baka yang nyata adalah seperti berikut:
1. Baka diturunkan melalui gen ibu bapa kepada anak-anak.
2. Ciri-ciri fizikal adalah sama dengan ibu bapa, contohnya warna mata.
3. Baka menentukan potensi seseorang individu, contohnya bakat dan
kebolehannya.
4. Baka menentukan struktur organ seseorang individu.

2.1.2 FAKTOR-FAKTOR KEBAKAAN


Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anakanaknya melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat
yang sama seperti warna mata, kulit dan rambut, bentuk muka dan telinga,
kecerdasan dan penyakit seperti diabetes.
Walau bagaimananpun, terdapat juga perbezaan sifat antara anak dengan
ibu bapa yangmungkin berasal daripada nenek moyang. Ini kerana gen yang
menentukan sifat-sifat berbeza itu mungkin telah lama terpendam dan akan
mucul semula apabila keadaan bersesuaian. Gen itu muncul lebih kuat ketika
bergabung dengan pasangannya lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang
berbeza itu.
4

PN2191P
________________________________________________________________________
2.1.3 KESAN BAKA KE ATAS PERKEMBANGAN

Kesan baka ke atas perkembangan

Fizikal

Berikut

Fisiologi

merupakan

ciri-ciri

Mental

pengaruh

baka

Sahsiah

ke

atas

Kecerdasan

pertumbuhan

dan

perkembangan:
2.1.3.1

CIRI-CIRI FIZIKAL
Seseorang individu yang mempunyai warna kulit sama ada hitam,

putih atau coklat, warna dan bentuk mata, sama ada hitam atau biru, berbentuk
kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu
bapa.
Selain itu, warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus juga
dipengaruhi gen. Bukan itu sahaja, jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B
juga bergantung pada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga
dipengaruhi baka. Oleh itu, biasanya kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi
berbadan besar akan lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanakkanak lain.
2.1.3.2

CIRI-CIRI FISIOLOGI
Ibu bapa yang sihat biasanya akan melahirkan kanak-kanak yang

sihat. Oleh itu, sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia (darah tidak
boleh beku) dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

PN2191P
________________________________________________________________________
2.1.3.3

KECACATAN MENTAL
Kedua-dua ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat

akan menyebabkan rencatan mental kerana pewarisan gen yang resesif. Selain
itu, penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka.
Fenilalanina, iaitu asid amino beracun yang terdapat dalam kebanyakan
makanan tidak dapat disingkirkan kerana kekurangan enzim. Oleh itu, bayi yang
mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang akan merosakkan keadaan
mentalnya.
2.1.3.4

SAHSIAH
Baka juga memainkan peranan yang penting walaupun sahsiah

seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Sebagai contoh,


perangai dan sifat introvert dan ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka
seperti cepat marah atau selalu berasa bimbang.
2.1.3.5

KECERDASAN
Jika kesemua faktor bentuk fizikal yang diwarisi oleh seseorang bayi

ketika lahir seperti kelenjar deria, otak dan struktur-struktur lain yang penting
untuk perkembangan kecerdasan adalah sihat, maka kecerdasan seseorang itu
juga akan berkembang dengan baik.
Akan tetapi, baka yang baik tidak menjamin satu-satu aras kecerdasan
yang tinggi kerana kecerdasan juga bergantung pada rangsangan daripada alam
sekitar yang dialami seseorang individu dan cara dia telah menggunakan
peluang-peluang yang disediakan oleh alam sekitarnya. Perkembangan mental
kanak-kanak juga dirangsang oleh alam sekitar yang kaya dengan kemudahan
seperti majalah, buku cerita, buku rujukan dan bahan-bahan bacaan akademik.

PN2191P
________________________________________________________________________
2.2

FAKTOR PERSEKITARAN
Faktor persekitaran

Pralahir
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Selepas lahir

Pemakanan
Kesihatan ibu
Dadah dan
Alkohol
Merokok
Faktor Rh
darah
Kesan X-ray
Emosi ibu
Umur ibu
Teratogenik

1.
2.
3.
4.

Pemakanan
Keluarga
Rakan sebaya
Guru dan
Sekolah
5.
Kebudayaan
dan Kepercayaan
Masyarakat
6.
Sumber
teknologi
7.
Pusat ibadat

Faktor persekitaran dibahagikan kepada 2, iaitu pralahir dan selepas lahir.


2.2.1 PRALAHIR
2.2.1.1

PEMAKANAN
Ibu dan fetus dalam kandungan memerlukan pemakanan yang

seimbang dan cukup. Zat makanan yang tidak mencukupi akan menyebabkan
kadar perkembangan sel otak janin yang lambat. Saiz otak janin boleh menjadi
kecil dan perkembangan intelektual terbantut.
2.2.1.2

KESIHATAN IBU
Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan makan makanan

yang seimbang dan mengurangkan penggunaan gula dan garam untuk


mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi serta preaklamsia
(Shryock, 1991)

.
7

PN2191P
________________________________________________________________________
Seseorang ibu juga harus menjalani pemeriksaan doktor mengikut
jadual yang ditetapkan. Selain itu, ibu juga harus menjaga kebersihan diri dan
memakai pakaian yang longgar dan selesa serta memakai kasut yang tidak
bertumit atau bertumit rendah. Senaman dan tidur yang mencukupi juga amat
penting.
2.2.1.3

DADAH DAN ALKOHOL


Bayi yang lahir akan cacat atau terencat akal jika ibu yang hamil

mengambil dadah. Kecacatan pada fetus mungkin berlaku kerana pengambilan


dadah seperti heroin, kokein dan metadon. Pengambilan alkohol pula akan
menyebabkan bayi menghidapi fetal alcohol syndrome, iaitu jarak mata bayi
lebar, kepala kecil, jantung dan sendi-sendi tidak dapat berfungsi dengan betul,
hiperaktif dan sebagainya.
2.2.1.4

MEROKOK
Janin akan mengalami kekurangan oksigen kerana pembuluh darah

mengecut jika ibu yang mengandung merokok. Karbon monoksida yang disedut
akan meningkatkan kandungan karbon dalam hemoglobin ibu. Pengoksidaan
darah akan dikurangkan dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan
bekalan oksigen. Ini boleh menyebabkan kecacatan otak dan ukuran lilitan
kepala yang kurang (Miller, 1986).
2.2.1.5

FAKTOR RH DARAH
Biasanya, apabila perempuan yang berdarah Rh negatif berkahwin

dengan lelaki berdarah Rh positif, anak yang dilahirkan adalah berdarah Rh


positif. Ibu yang berdarah Rh negatif akan menghasilkan antibodi yang berupaya
untuk memusnahkan sel darah fetus yang mengalir melalui uri dan memasuki
darah ibunya semasa hamil. Tiada apa-apa yang serius berlaku pada kehamilan
pertama. Tetapi pada kehamilan yang kedua dan ketiga, mungkin terdapat
8

PN2191P
________________________________________________________________________
antibodi yang cukup dalam darah ibu dan ia akan memusnahkan sel darah fetus
sehingga mengakibatkan anemia (penyakit kurang sel darah merah). Seseorang
ibu mungkin akan mempunyai seorang anak sahaja dan mengalami keguguran
pada kehamilan yang kedua dan ketiga secara sengaja atau tidak sekiranya dia
tidak mendapat rawatan.
2.2.1.6

KESAN X-RAY
Kecacatan pada fetus yang dikandung mungkin berlaku kerana kesan

X-Ray pada ibu mengandung. Selain itu, kecacatan bayi juga mungkin berlaku
kerana sinaran laser (untuk rawatan kanser) dan radioaktif.
2.2.1.7

EMOSI IBU
Hormon adrenalin seseorang ibu akan dihasilkan ketika marah,

bimbang dan cemas seterusnya menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke


anggota tubuh yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan bekalan
oksigen pada janin.
2.2.1.8

UMUR IBU
Umur ibu yang mengandung ada berkaitan dengan risiko kematian

janin (Kessner, 1973). Seseorang ibu yang muda mungkin akan menghadapi
masalah keguguran, anak tidak cukup bulan atau kematian anak. Oleh itu, ibu
yang berumur antara 20 hingga 35 tahun merupakan masa yang paling baik
untuk melahirkan anak (Jas Laile Suzana Jaafar, 1996).
Seseorang ibu yang berumur 40 tahun pula mungkin mengalami
keabnormalan kromosom dan melahirkan bayi monggoloid atau bayi sindrom
Down seperti anak sindrom Turner dan sindrom Kleinfelter. Bukan umur ibu
sahaja yang akan mempengaruhi bayi, malah umur ayah juga mempengaruhi
bayi yang dilahirkan. Semakin tinggi umur ayah, semakin tinggi risiko berlakunya
mutasi pada sperma yang boleh menyebabkan kelahiran bayi sindrom Down.
9

PN2191P
________________________________________________________________________
2.2.1.9

TERATOGENIK DAN PENYAKIT IBU


Teratogenik ialah sebarang bahan yang menyebabkan perubahan

dalam kod genetik yang menyebabkan keabnormalan. Ia bukan gen yang


diwarisi daripada ibu atau ayah, tetapi adalah bahan dalam persekitaran yang
berbentuk fizikal seperti radiasi, jangkitan seperti rubela dan bahan kimia seperti
kortison dan tahlidomida.
Penghentian penghasilan protein, gangguan kepada perkembangan
dan perkembangan yang tidak lengkap merupakan angkara agen teratogenik.
Semasa pembentukan anggota badan fetus, kehadiran bahan ini amat
berbahaya kepada fetus. Penyakit AIDS juga boleh berpindah daripada ibu ke
fetus.

2.2.2

SELEPAS LAHIR

2.2.2.1

PEMAKANAN
Makanan amat penting tidak kira pada peringkat pralahir ataupun

selepas lahir. Susu ibu amat berkhasiat untuk bayi. Makanan yang berzat dan
seimbang diperlukan bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang
sihat. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan perkembangan
seseorang individu, malah juga dapat melindungi seseorang individu daripada
berbagai-bagai penyakit.
2.2.2.2

KELUARGA
Seseorang individu mempunyai hubungan yang rapat dengan

keluarganya. Ibu bapa mempunyai pertalian darah, sosial dan emosi dengan
seseorang individu. Mereka melindung, menjaga, mengasuh dan mendidik anak
mereka sejak lahir.
10

PN2191P
________________________________________________________________________
Pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak boleh dipengaruhi oleh
saiz sesebuah keluarga. Sebaai contoh, kanak-kanak dari keluarga yang kecil
biasanya akan mendapat perhatian dan layanan yang lebih sempurna daripada
ibu bapanya. Apa sahaja yang diminta oleh kanak-kanak itu akan cuba dipenuhi
oleh ibu bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu mungkin akan bersikap angkuh dan
terlalu bergantung pada ibu bapa.
Sikap anak-anak juga akan dipengaruhi oleh sifat kepimpinan yang
ditonjolkan oleh kedua-dua ibu bapa. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa
tidak membenarkan anak-anak mengemukakan pendapat atau cadangan. Ini
akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anakanak seperti ini membesar menjadi individu yang kurang berkeyakinan dan amat
bergantung pada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa
yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar
menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat
majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan.
Individu yang sukar berdikari biasanya dibentuk oleh ibu bapa yang
mengamalkan lindung lampau terhadap anak-anak mereka. Anak-anak seperti ini
sentiasa diiringi ibu bapa ketika di luar sekolah dan tidak pernah membuat
keputusan sendiri.
2.2.2.3

RAKAN SEBAYA
Pengaruh rakan sebaya dapat dilihat dari segi intelek, sahsiah, emosi

dan sosial. Misalnya:


Kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan
mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum.
Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang
bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

11

PN2191P
________________________________________________________________________
2.2.2.4

GURU DAN SEKOLAH


Perkembangan

mental,

sosial

dan

jasmani

seseorang

akan

dipengaruhi oleh kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di
bandar. Perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek akan dijejaskan
kerana kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar.
Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan pelbagai kesan. Pelajar di
sekolah yang besar biasanya mempunyai kemesraan dan kejeleketan yang lebih
kurang berbanding dengan sebuah sekolah kecil yang membolehkan pelajarpelajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pelajar-pelajar di
dalam sebuah kelas yang kecil akan mendapat layanan yang lebih sempurna
daripada guru-guru. Dalam keadaan seperti ini, keadaan sosioemosi pelajarpelajar adalah lebih stabil.
Selain
mempengaruhi

itu,

kelulusan

perkembangan

guru

di

pelajar

sesebuah

dari

pelbagai

sekolah
segi,

juga

boleh

terutamanya

keupayaan akademik. Falsafah hidup seseorang individu juga turut dipengaruhi


falsafah sekolah, pengetua serta guru-guru.
Perkembangan seseorang juga dipengaruhi oleh kelas sosial pelajar di
sekolah. Contohnya, seorang pelajar dari kelas sosial pertengahan lebih gemar
bercampur gaul dengan pelajar-pelajar dari kelas sosial yang sama. Oleh itu,
mereka mungkin akan mengalami masalah pergaulan terhadap rakan-rakan dari
kelas sosioekonomi yang berlainan apabila dewasa.
Seseorang kanak-kanak akan kurang berminat dalam permainan atau
sukan jika sekolah yang mereka hadiri hanya menekankan hal-hal akademik.
2.2.2.5

KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT


Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Perkembangan

kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental akan dipengaruhi


oleh kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza. Misalnya:

12

PN2191P
________________________________________________________________________
Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di
kalangan individu.
Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara
hidup serta tingkah laku manusia.
Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan
membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin
berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai
kerohanian yang sempurna.
Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi
sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap
materialistik,

serta

mengabaikan

nilai

kerohanian

dan

nilai

kejiwaan.
Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan
akan melahirkan individu yang beriman.
2.2.2.6

SUMBER TEKNOLOGI
Pendedahan seseorang kepada sumber teknologi yang terdapat di

alam

kehidupannya

akan

mempengaruhi

perkembangannya.

Maklumat-

maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan membaca seperti suratkhabar,


majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer merupakan sumber
teknologi. Kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosial seseorang kanakkanak akan ditingkatkan jika didedahkan kepada sumber teknologi yang sihat.
Sebaliknya, sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini akan dibentuk
jika kanak-kanak didedahkan kepada sumber teknologi yang
keganasan, kuning dan atau kezaliman.

13

berunsur

PN2191P
________________________________________________________________________

2.2.2.7

PUSAT IBADAT
Falsafah dan gaya hidup seseorang individu juga dipengaruhi oleh

pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil di satu-satu tempat. Pusatpusat tersebut akan membentuk individu yang menghayati nilai-nilai murni
seperti belas kasihan, kesyukuran, suka menolong orang lain, amanah,
bertimbang rasa dan bertoleransi.
PERSEKITARAN DUNIA

2.2.2.8

Penduduk di satu-satu tempat akan dipengaruhi oleh ahli-ahli politik


dan pemimpin ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain di seluruh dunia dari segi
idea, budaya, ekonomi, politik dan ideologi. Pandangan atau falsafah hidup
penduduk berkenaan juga turut dipengaruhi.

2.3

BAKA LAWAN PERSEKITARAN


Kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan peranan utama

dalam menentukan keupayaan mental, jasmani atau sosioekonomi seseorang


individu.
Terdapat tiga faktor utama yang menentukan perkembangan seseorang
individu, iaitu potensi yang diwarisi, persekitaran seseorang individu dan
tindakan individu terhadap baka dan persekitarannya. Implikasinya ialah
keupayaan mental serta persekitaran yang baik tidak semestinya menghasilkan
seseorang individu yang bijak dan pandai sekiranya tindakan yang wajar tidak
diambil untuk merangsangkan perkembangan individu itu.
(Ee Ah Meng, 1995:70)

14

PN2191P
________________________________________________________________________

15

PN2191P
________________________________________________________________________
3.0

IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KEPADA GURU


Ilmu psikologi perkembangan amat penting kepada para pendidik atau

bakal pendidik kerana membolehkan mereka lebih memahami mengapa pelajar


bertingkah laku sedemikian, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri,
membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai
dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat
mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Tingkah laku pelajar, kegemaran pelajar dan apa yang tidak disenangi
pada peringkat umur tertentu juga dapat diramalkan oleh pendidik. Pendidik yang
berpengetahuan psikologi dapat merancang peneguhan yang sesuai untuk
pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasi pelajar supaya
rajin belajar.
Pendidik yang mengkaji tentang pertumbuhan dan perkembangan
manusia dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif,
sosial dan emosi. Oleh itu, pendidik dapat merancang pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Pelajar-pelajar
yang belum sampai tahap kesediaannya tidak boleh dipaksa. Mereka bolehlah
diberi aktiviti pembelajaran yang lebih mudah atau asas dan latih tubi. Pelajarpelajar yang lambat perkembangannya boleh diberi aktiviti pemulihan, sementara
pelajar-pelajar yang lebih cepat pembelajarannya boleh diberi aktiviti pengayaan.
Oleh itu, guru seharusnya menyediakan bahan yang berlainan mengikut
kesesuaian pelajar.
Guru yang menyedari aspek kecerdasan adalah dipengaruhi oleh baka
dan

persekitaran

akan

lebih

prihatin

kepada

individu

yang

lambat

pembelajarannya dan akan lebih sabar dalam membimbing kanak-kanak itu


dalam pengajaran dan pembelajaran.
Untuk mengatasi masalah pembelajaran murid, guru juga boleh
menjalankan kajian dengan memberi ujian-ujian mudah dan merancang cara
atau membuat intervensi. Beliau perlu membuat rekod prestasi dan rekod profil

16

PN2191P
________________________________________________________________________
pelajar untuk memastikan keberkesanan kaedah yang dijalankan. Ujian formatif
dan sumatif juga perlu dibina untuk mengenal pasti kemajuan pelajarnya.
Dengan adanya kefahaman yang lebih mendalam terhadap pelajar, guru
dapat memberitahu ibu bapa tentang keadaan pelajar dan menjelaskan faktorfaktor yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku. Seterusnya langkahlangkah yang perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi masalah pelajar
tersebut juga dapat dibincangkan.
Dari segi mental kanak-kanak, guru hendaklah mengambil langkah-langkah
berikut:
1. Merancang serta menyediakan isi atau kandungan yang sejajar dengan
kebolehan mental murid.
2. Menyediakan aktiviti yang merangsangkan perkembangan mental murid.
3. Mewujudkan peluang untuk penglibatan murid dalam aktiviti pengajaranpembelajaran agar perkembangan pemikiran dapat diperoleh.
4. Menggunakan teknik penyoalan dan main peranan agar dapat membantu
murid-murid memperoleh proses inkuiri selain untuk mendapatkan
maklumat asas.
5. Menyediakan rangsangan atau aktiviti pembelajaran yang bermakna bagi
murid-murid.
6. Mengaitkan bahan pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada pada
murid-murid. Apa yang diberi perhatian, apa yang ditanggapi, apa yang
diingati, bagaimana mereka membaca dan apa yang mereka reka cipta
berkaitan dengan apa yang telah mereka ketahui.
7. Menekankan cara murid-murid belajar. Matlamat guru bukan sahaja
menyampaikan

fakta

dan

angka-angka

tetapi

dia

perlu

juga

mengembangkan kebolehan murid-murid untuk berfikir.


8. Menyedarkan kesan tindakan murid-murid terhadap objek, tumbuhtumbuhan dan haiwan agar mereka mengetahui persekitaran fizikal.

17

PN2191P
________________________________________________________________________
Dari segi fizikal kanak-kanak, guru hendaklah mengambil tindakan-tindakan
berikut:
1. Menyediakan aktiviti jasmani yang sesuai dengan keadaan fizikal murid.
2. Mengadakan aktiviti seperti meniti kayu pengimbang atau membuat
pergerakan haiwan seperti ular, katak, burung untuk mengembangkan
koordinasi motor kasar.
3. Mengadakan aktiviti seperti bermain plastisin, memotong dan menampal
gambar, serta melipat, mengoyak dan memotong kertas untuk dijadikan
sesuatu benda bagi mengembangkan koordinasi motor halus.
4. Merancang aktiviti yang boleh mencungkil potensi murid.
5. Memberi peluang untuk semua murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
yang dikelolakan.
Perkembangan emosi seseorang individu lebih bergantung pada persekitaran.
Antara perkara yang boleh dilakukan oleh guru adalah seperti berikut:
1. Melayan semua pelajar secara adil.
2. Menerima perbezaan individu yang terdapat di kalangan pelajar.
3. Memberi keyakinan diri kepada pelajar seperti galakan, kasih sayang dan
penghormatan.
4. Membantu pelajar mengawal perasaan mereka.
5. Membantu pelajar membina sifat bersimpati dan bersikap sabar.
6. Menggalakkan pelajar memberi penghargaan dan pujian kepada rakan
yang menghasilkan sesuatu dengan baik.
7. Memupuk sifat menyayangi haiwan, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda
di alam sekitar.
8. Memupuk sifat menyayangi serta menghormat ibu bapa, adik-adik, guru
dan orang dewasa.

18

PN2191P
________________________________________________________________________
Perkembangan tingkah laku sosial seseorang individu banyak bergantung pada
persekitaran walaupun baka juga boleh menentukan ciri-ciri ekstrovert atau
introvert seseorang. Dengan itu, guru boleh membantu perkembangan sosial
pelajar dengan cara yang berikut:
1. Mengadakan kerja kumpulan.
2. Menggalakkan pelajar berinteraksi antara satu sama lain.
3. Melatih pelajar bertingkah laku baik.
4. Menyerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
5. Menyedarkan pelajar tentang peranan mereka dalam masyarakat.
6. Melatih pelajar menjadi pemimpin yang berkesan.
7. Menggalakkan pelajar bermain bersama-sama, berkongsi alat permainan
dan berhubung secara spontan.
8. Memupuk sifat menghormati, bekerjasama, bertimbang rasa, bersikap
adil, bertoleransi dan bermesra dengan rakan sebaya.
9. Menggalakkan sikap berbudi bahasa, amanah dan bersopan santun di
kalangan pelajar.
(Ee Ah Meng, 1995:71)

19

PN2191P
________________________________________________________________________
4.0

PENUTUP
Terdapat banyak faedah jika seseorang guru berpengetahuan tentang

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Antara faedah yang utama ialah


ia dapat membentuk guru yang menyediakan isi pelajaran yang sejajar dengan
keupayaan mental murid, menyediakan objektif yang sesuai arasnya dan
menyusun serta memeringkatkan isi pelajaran agar mudah difahami murid. Guru
juga dapat menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang akan menarik
perhatian murid, bermakna serta menyeronokkan, menyediakan aktiviti senaman
yang secocok dengan perkembangan jasmani murid.
Sesuatu pelajaran hendaklah bermula daripada yang senang kepada
yang susah, konkrit kepada abstrak, umum kepada khusus dan sebagainya
menggunakan

strategi

pengajaran-pembelajaran

yang

secocok

dengan

perkembangan mental, jasmani dan emosi murid. Guru juga haruslah melakukan
penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan pelbagai aspek
perkembangan murid, meningkatkan ingatan murid kerana pembelajaran adalah
secocok dengan aras perkembangan mental mereka serta membimbing murid
melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep
secara lebih jelas dan mendalam.

20

PN2191P
________________________________________________________________________
5.0

BIBLIOGRAFI

Arends, R.I. (2001). Learning to teach. Boston: McGrawHill.


Child, D. (1993). Psychology and the teacher. NY.: Cassell.
Ee Ah Meng (1995), Murid Dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2,
Shah Alam Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (1995), Sekolah Dan Perkembangan Kanak-kanak (Asas
Pendidikan 4), Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd Shah Alam.
Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al-Ghazali tentang pandidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ibrahim Mamat (1997), Memimpin Remaja Sekolah Teori Dan Praktik, Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd Subang Jaya.
Kasnani Ab Karim & Norbe Md.Nor & Nazimah Abdullah (2005), Perkembangan
Pendidikan Prasekolah Untuk Kursus Persediaan Dan KPLI (Pendidikan Awal
Kanak- kanak), Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Subang Jaya.
Mohd Sharani Ahmad (2005), Psikologi Kanak-kanak, PTS Publication &
Distributor Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang (2006), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah :
Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd Subang Jaya.
Noran Fauziah Yaakub & Glenn Myers Blair & R.Stewart Jones & Ray
H.Simpson (1991), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.
Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus (2005), Psikologi Pendidikan, Open
University Malaysia.
Rohaty Mohd.Majzub & Abu Bakar Nordin (1989), Pendidikan Prasekolah, Siri
Pendidikan Fajar Bakti.
Santrok, J. W. (2001). Educational psychology. Boston: McGrawHill.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993), Wawasan Pendidikan Agenda
Pengisian,
Nurin Enterprise KL.
21

PN2191P
________________________________________________________________________
Woolfolk, A. E. (1993). Educational psychology. Boston: Allyn and Bacon.

22

Anda mungkin juga menyukai