Anda di halaman 1dari 11

Peringkat Perkembangan Sosio Emosi Individu

Hingga Remaja berdasarkan Perspektif Teori


 Perkembangan sosio emosi
 Teori Erik Erikson
 Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran

2/25/2018 Joy N Samuel 1


Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
 Teori perkembangan Psikososial – Erikson berminat dgn cara
individu berkembang secara psikologi supaya dapat
menyumbang secara aktif kepada masyarakat. Beliau percaya
bahawa semua manusia mempunyai keperluan asas yang sama
dan setiap masyarakat mempunyai tanggung jawab menampung
keperluan ini.

 Teori ini menghubungkan perkembangan kendiri dengan


persekitaran sosial.

 Penekanan keatas hubungan antara masyarakat dan individu.

 Percaya bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama


dan masyarakat perlu menampung keperluan tersebut.

2/25/2018 Joy N Samuel 2


Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

 Erik Erikson mencadangkan lapan peringkat perkembangan


sosioemosi dalam kehidupan manusia.

 Setiap peringkat mengandungi krisis yang perlu ditangani oleh


individu. Jika individu dapat menanganinya dengan baik, maka
individu tersebut menjadi lebih sihat dari segi psikologi.

2/25/2018 Joy N Samuel 3


Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Peringkat Anggaran Ciri-ciri
Umur
Kepercayaaan Lahir – 18 Bayi mesti menjalinkan hubungan kasih
lawan bulan sayang dan kepercayaan dengan
ketidakpercayaan pengasuh atau membentuk perasaan
tidak percaya.

Autonomi lawan 18 bulan – Tenaga kanak-kanak disalurkan untuk


malu/keraguan 3 tahun perkembangan kemahiran fizikal iaitu
berjalan, menggenggam dsb. Kanak-
kanak boleh belajar mengawal tetapi
mungkin membentuk perasaan malu
dan keraguan sekiranya tidak diuruskan
dengan baik.
(Berdikari – ‘toilet training’)

2/25/2018 Joy N Samuel 4


Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Peringkat Anggaran Ciri-ciri
Umur
Inisiatif lawan 3 tahun – Kanak-kanak menjadi lebih
perasaan 6 tahun mendesak dan berinisiatif tetapi
bersalah kemungkinan keterlaluan hingga
menimbulkan perasaan bersalah.
(Kerelaan memulakan dan meneroka
aktiviti baru )
Industri lawan 6 tahun – Kanak-kanak mesti menghadapi
rasa rendah diri 12 tahun pembelajaran kemahiran baru atau
menghadapi risiko perasaan rendah
diri, kegagalan, dan tidak cekap.
(Kesungguhan melibatkan diri dalam
tugasan yang produktif – sekolah)
2/25/2018 Joy N Samuel 5
Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Peringkat Anggaran Ciri-ciri
Umur
Identiti lawan 12 tahun Remaja mesti berjaya mencari
kekeliruan – 18 identiti dalam pekerjaan, peranan
identiti tahun jantina, politik dan agama.
Mencari jawapan “Siapa saya?”-
hubungan rakan sebaya)

Keintiman 18 tahun Dewasa membina hubungan rapat


– 35 atau merasa terasing.
lawan
tahun
pengasingan (Hubungan percintaan)

2/25/2018 Joy N Samuel 6


Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Peringkat Anggaran Ciri-ciri
Umur
Generativiti 35 tahun Setiap dewasa mencari jalan untuk
lawan – 60 memuaskan hati dan menyokong
pemusatan tahun generasi akan datang.
kendiri (Ibu/bapa/ Mentor)

Integriti lawan 60 tahun Kemuncak ialah perasaaan diterima


kekecewaan – akhir oleh masyarakat dan perasaan
hayat kepuasan.
(Refleksi dan penerimaan kehidupan)

2/25/2018 Joy N Samuel 7


Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

Cara mengalak kanak-kanak prasekolah

 Galakkan kanak-kanak membuat pilihan dan bertindak keatas


pilihan mereka.

 Memastikan setiap kanak-kanak ada peluang untuk merasai


kejayaan.

 Galakkan aktiviti main peranan dengan peluang kanak-kanak


mengambil pelbagai peranan.

 Menunjukkan sikap sabar terhadap kecuaian dan kesilapan


apabila kanak-kanak mencuba sesuatu dengan sendiri.

2/25/2018 Joy N Samuel 8


Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Mengalakkan industri:
 Memastikan murid mempunyai peluang menetapkan matlamat yang
realistik dan berusaha kearah pencapaian matlamat tersebut.
Contoh: Bermula dengan tugasan ringkas dan kemudian beransur
kearah tugasan yang lebih panjang.

 Memberi murid peluang untuk berdikari dan bertanggungjawab.


Contoh: Memberi tugas seperti menyusun kerusi meja, menjaga
kebersihan kelas, kebersihan papan putih, menyiram pokok kelas,
mengedarkan bahan bantu /alat/buku /worksheet.

 Membimbing murid yang kelihatan kecewa


Contoh: Menggunakan carta individu untuk menunjukkan kemajuan
kanak-kanak. Menyimpan hasil kerja murid yang awal supaya beliau
boleh melihat kemajuan kerjanya.
2/25/2018 Joy N Samuel 9
Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

Mengalakkan pembentukkan identiti

 Mendedahkan pelajar kepada peluang kerjaya dan peranan dewasa.

 Membantu pelajar mencari kaedah/maklumat untuk menyelesaikan


masalah

 Menunjukkan sikap sabar dengan ikutan remaja pada satu-satu waktu


asalkan tindakan mereka tidak menganggu orang lain atau
pembelajaran mereka.

 Memberi remaja maklumbalas yang realistik tentang diri mereka.

2/25/2018 Joy N Samuel 10


Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

Kajian Kes

 Pn Salbiah mengajar disebuah sekolah di Kuala Lumpur. Beliau


memahami bahawa keputusan UPSR yang baik penting bagi
murid-murid. Oleh itu, beliau meletakkan harapan yang tinggi
pada tugasan harian murid.
 Murid-murid beliau kerap merasa binggung kerana tidak
faham, namun beliau meneruskan p&p seperti biasa. Pn
Salbiah kerap merasa kecewa dengan hasil kerja murid beliau
dan kerap menulis komen yang ‘pedas’ pada tugasan mereka.
 Jelaskan pendekatan Pn Salbiah dari sudut Teori Psikososial
Erik Erikson

2/25/2018 Joy N Samuel 11

Anda mungkin juga menyukai