Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam


proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik
mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Santrock
(2008), Haliza & Joy (2009) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat.
Teori perkembangan keperibadian yang dikemukakan Erik Erikson merupakan salah
satu teori yang memiliki pengaruh kuat dalam psikologi. Rita..etc (2008) mentaksiskan
bahawa teori Erik Erikson merupakan salah satu teori psikoanalisis, selain teori Freud yang
lebih membawa aspek kehidupan sosial, fungsi budaya serta menekankan kepentingan
hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.

2.0 PERINGKAT TEORI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI ERIK ERIKSON YANG


PALING BERPENGARUH DALAM TEMPOH PERSEKOLAHAN SESEORANG MURID.

Teori Erik Erikson membahagikan peringkat perkembangan seseorang individu kepada


lapan peringkat.

Asas Kepercayaan Lawan Asas


Ketidakpercayaan (0-18 bulan)

Autonomi lawan Keraguan (1-3 tahun)

Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (4-5


tahun)

Industri Lawan Rendah Diri ( 6-11 tahun)

Identiti Lawan Kekeliruan Identiti (12


hingga 18 tahun)

Keintiman lawan Keasingan (18-35


tahun)

Generativiti Lawan Kekeliruan (35-65


tahun)

Integriti Lawan Kekecewaan (Lanjut


Usia +65 tahun ke atas)
Azlina (2002) di dalam bukunya telah membahaskan mengenai lapan peringkat
perkembangan Erik Erikson dan di dalam setiap peringkat , tingkah laku positif dan negatif
akan timbul disebabkan penyesuaian psikologikal dan emosinya. Namun begitu, krisis yang
timbul pada setiap peringkat perkembangan bukanlah suatu permasalahan yang besar
tetapi merupakan titik balik yang dapat meningkatkan potensi seseorang individu
menghadapi sesuatu konflik. (Santrock, 2003).

Peringkat perkembangan yang melibatkan tempoh alam persekolahan ialah


peringkat perkembangan inisiatif , pencapaian dan identiti. Dalam ketiga-tiga peringkat
perkembangan ini, peringkat yang dilihat sebagai peringkat yang paling berpengaruh adalah
peringkat pencapaian. Peringkat pencapaian atau dikenali sebagai peringkat industri lawan
rendah diri, berlaku semasa kanak-kanak berumur enam hingga dua belas tahun.

Pada peringkat ini, ego menjadi reda kerana kanak-kanak mula memasuki alam
persekolahan. Kanak-kanak akan mula mempunyai keinginan untuk mengetahui dan
menguasai sesuatu kemahiran dan minat dengan aktif dan giat. Jas & Suzana (2008)
menyebut bahawa pada tahap ini jika kanak-kanak berjaya memperoleh sesuatu kemahiran,
dan pencapaiannya dihargai oleh orang lain, kanak-kanak tersebut akan memperkembang
sifat industri dan pandangan positif terhadap pencapaiannya. Oleh hal yang demikian,
peneguhan positif terhadap kemahiran kanak-kanak perlulah dititikberatkan agar kanak-
kanak tidak berasa berasa inferior atau perasaan rendah diri.

Peringkat ini menjadi peringkat yang paling berpengaruh juga adalah disebabkan
pada peringkat ini kanak-kanak mula untuk berkecenderungan untuk bergaul dan
berinteraksi dengan individu yang berada di sekeliling mereka terutamanya rakan sebaya.
Scania (n.d) mentaksiskan bahawa pada peringkat ini, kanak-kanak akan menganggap
rakan sebaya mereka sebagai individu yang dipercayai dan diperlukan. Oleh itu, pemilihan
rakan yang betul perlulah dititikberatkan pada tahap ini bagi meningkatkan motivasi dan
psikososial kanak-kanak.

Pada peringkat ini juga merupakan peringkat yang penting dalam membentuk
personaliti dan kognitif seseorang individu. Kanak-kanak akan berasa keinginan untuk
berjaya dan mempunyai peranan serta tanggungjawab dalam melakukan sesuatu. James
(2018) menyatakan dalam tesisnya bahawa pada peringkat ini kanak-kanak akan
mempunyai sikap persaingan yang tinggi dalam mengetahui sesuatu kemahiran dan
pengalaman melakukan sesuatu. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak akan mendapat
kepuasan dan kesenangan dalam menyelesaikan seseuatu masalah khususnya tugas-tugas
akademik (Yudrik,2011), (William, 2007) & (Denise, 2006). Personaliti dan kognitif
seseorang kanak-kanak akan terbentuk apabila kanak-kanak berjaya dalam menghadapi
dan menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, kejayaan dan dorongan pada peringkat ini
dalam membentuk persoanliti dan kognitif kanak-kanak dapat memberikan kesan positif
pada peringkat seterusnya.

3.0 KRISIS PADA PERINGKAT PENCAPAIAN

3.1 KURANG MEMILIKI KEMAHIRAN DAN MINAT

Krisis ini akan mula timbul apabila kemahiran dan pencapian kanak-kanak pada tahap ini
tidak dihargai dan didorong oleh individu yang berada di sekeliling mereka terutamanya ibu
bapa dan guru. Sunaryo (2002) membincangkan mengenai krisis ini dengan mengatakan
bahawa kanak-kanak menjadi rendah diri dan kurang kompeten dan tidak produktif dalam
memipelajari kemahiran dan minat dalam diri seseorang kanak-kanak apabila mereka hasil
kerja mereka tidak dihargai serta dibandingkan dengan rakan sebaya. Berbeza dengan
C.George (2006) yang turut membincangkan mnegenai krisis ini di dalam penulisannya
yang mengatakan bahawa sikap inferior seseorang kanak-kanak akan timbul apabila ibu
bapa mengawal dan menyekat mereka untuk mempelajari serta meneroka kemahiran yang
mereka minati.

Krisis ini jika tidak dibendung dengan segera dapat menjadikan seseorang kanak-
kanak menghadapi kemurungan. Kemurungan merupakan gangguan emosi yang
menyebabkan seseorang berasa sedih berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga,
cepat, marah serta hilang minat dalam aktiviti seharian. Zaleha (2017) dalam salah satu
artikel yang ditulis beliau mengatakan bahawa tekanan daripada ibu bapa dan guru untuk
kanak-kanak menjadi seorang yang cemerlang dalam semua aspek tanpa mendengar
luahan kanak-kanak merupakan salah satu faktor berlakunya kemurungan.

3.2 KEMAHIRAN TEGAS DIRI YANG RENDAH

Krisis ini akan timbul apabila kanak-kanak mempunyai inferior atau perasaan rendah
diri untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan persekitaran terutamanya dengan rakan
sebaya. Rakan sebaya merupakan individu yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Sehubungan
dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,
khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial.

Krisis ini selalunya menjadi lebih parah apabila kanak-kanak mula terpengaruh
dengan rakan sebaya. Hal ini dapat dilihat menerusi kejadian salah laku yang dilaporkan di
akhbar-akhbar membabitkan beberapa kumpulan pelajar. Ini jelas menunjukkan bahawa
peranan rakan sebaya merupakan pengaruh kuat kepada pelajar dalam membuat sesuatu
tindakan. Allen (1984) di dalam salah satu artikelnya menyebut bahawa masalah vandalisme
ini adalah disebabkan pengaruh rakan kearah keseronokan pada awalnya yang jika tidak
dibendung dapat membawa kepada masalah sosial yang lebih kritikal. Hal ini menunjukkan
bahawa kebanyakkan pelajar yang terlibat mudah untuk dipengaruhi oleh rakan sebaya bagi
melakukan sesuatu yang pada awalnya hanya bermaksud ‘suka-suka’. Seacara tidak
langsung ia turut berpunca daripada kemahiran asertif atau tegas diri yang rendah dalam diri
seseorang pelajar bagi menolak pujukan rakan.

3.3 MEMBENTUK KONSEP KENDIRI YANG RENDAH

Krisis ini berlaku apabila kanak-kanak mempunyai permasalahan dalam membentuk


personaliti dan kognitif diri. Zainal&Sharani (2004) menyebut bahawa konsep kendiri
seseorang individu tertumpu kepada perasaan, kecenderungan, penghargaan dan mencari
identiti diri dalam membentuk sesuatu personaliti diri. Beliau juga menyebut bahawa individu
yang mempunyai konsep kendiri yang rendah akan berasa rendah diri untuk berinteraksi
dengan orang ramai, sensitif dan sentiasa menyendiri.

Krisis ini jika tidak dicegah dapat menjadikan seseorang kanak-kanak terjebak
dengan masalah sosial.. Secara umumnya, pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang
positif adalah kurang atau tidak langsung terlibat dalam salah laku, manakala pelajar yang
mempunyai konsep kendiri negatif adalah golongan yang paling tinggi potensinya untuk
terlibat dalam tingkah laku ini. Hal ini bertepatan dengan kajian Anidah Ithnin (1991) yang
mendapati pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif, sebaliknya pelajar-pelajar
tidak nakal memiliki konsep kendiri yang positif.

Salah satu kes sosial yang melibatkan konsep kendiri yang rendah telah disebut
oleh Azizi (2008) di dalam bukunya menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai konsep
diri yang rendah akan melibatkan diri dalam perlakuan membuli dalam usaha mereka
meningkatkan konsep kendiri mereka. Mereka akan mengarahkan esteem kendiri mereka
dengan kekuatan, kuasa dan kekuasaan fizikal pada orang lain dengan berpendapat
bahawa aktiviti seperti mengancam orang lain dapat mengukuhkan identiti kendiri serta
memenuhi dan menampung kekecewaan dalam hal yang lain.
4.0 PERANAN GURU TERHADAP PERINGKAT PENCAPAIAN

Peranan guru amat penting dalam mengatasi krsis yang dihadapi dalam peringkat
pencapaian. Hal ini kerana pada tahap ini guru dianggap penting dalam kehidupan mereka
serta lebih memilih untuk mendengar kata-kata guru mereka daripada ibu bapa (Azlina,
2002)

4.1 MEMASTIKAN BAKAT DAN KEMAHIRAN MURID DIPERKEMBANGKAN

Guru merupakan salah satu watak yang penting untuk memberikan pendidikan kepada
murid serta memperkembangkan potensi dan kebolehan murid secara optimum. Pelbagai
aktiviti dan pertandingan pada peringkat persekolahan yang melibatkan pelbagai aspek
seperti aspek intelek, jasmani dan kepimpinan yang boleh dilakukan oleh guru dan pihak
sekolah bagi memperkembangkan kemahiran dan bakat murid. Angelina (2018) di dalam
aritikelnya meneyebut mengenai Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sipiling yang merupakan
sekolah pendalaman di Sarawak telah memenangi Anugerah Bercerita Terbaik di Kid
Witness News ( KWN) pada Sidang Kemuncak Global Tokyo di Tokyo, Jepun menerusi
sebuah video pendek yang dihasilkan oleh empat muridnya dan dibantu oleh guru di
sekolah tersebut. Justeru, ini menunjukkan bahawa kemahiran dan bakat murid jika
mendapat dorongan dan sokongan yang penuh terutamanya daripada guru pada peringkat
persekolahan dapat meningkatkan pencapaian dan industri seseorang murid.

Sekolah tersebut juga merupakan salah satu contoh yang telah berjaya mencungkil
bakat murid-muridnya dalam aspek kecerdasan interpersonal murid tersebut. Hal ini juga
secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama, kepandaian memimpin serta
berkomunikasi yang berkesan antara murid. Kecerdasan ataupun potensi amat penting
dalam perkembangan pembelajaran merekaOleh itu, guru perlulah sentiasa memberikan
bimbingan bagi memperkembangkan sesuatu kemahiran dalam diri murid-murid.

4.2 MEMUPUK KEMAHIRAN BERINTERAKSI DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH MURID

Pada peringkat pencapaian, kanak-kanak sememangnya dilihat akan mula untuk


berinteraksi dengan rakan sebaya dan individu sekeliling berbanding ibu bapa. Hal ini
kerana, pada masa persekolahan antara 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak akan banyak
menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah.

Guru sebagai pendidik yang juga merupakan ‘ibu bapa ‘ kedua kepada murid
perlulah mengambil peranan yang penting dengan memupuk kemahiran berinteraksi dan
serta memperkembangkan sahsiah murid kearah positif. Kajian (Abdullah al-Hadi et al.
2001) membincangkan Sungguhpun perbincangan mengenai pengaruh rakan sebaya
terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang
bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan
yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri
Oleh itu, guru boleh mengambil initiatif dengan merangka program bagi
membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan
sahsiah dan akhlak di kalangan mereka (Azhar 2006).

4.3 MEMUPUK PEMBANGUNAN PERSONALITI DAN KENDIRI MURID

Guru dan sekolah merupakan ejen perubahan yang bersama-sama diberi tugas untuk
memperkembangkan personaliti individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Dalam membentuk personaliti dan konsep kendiri seseorang murid, guru berperanan
dalam meningkatkan keyakinan dan motivasi murid dengan menggalakkan murid menceburi
dan melibatkan diri di dalam aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti kokurikulum dan kem jati
diri.
Sokongan dan dorongan yang tinggi oleh guru terhadap pelajarnya juga merupakan
salah satu cara bagi meningkatkan konsep kendiri dan pencapaian pelajar kearah yang
positif. Azizi (2006) mengatakan bahawa guru bukan hanya setakat menyampaikan ilmu
pengetahuan tetapi memupuk nilai-nilai positif dalam pembentukan jati diri dalam kalangan
pelajar.
Oleh yang demikian, ia secara tidak langsung dapat memupuk sifat keyakinan yang
tinggi dalam diri seseorang pelajar justeru dapat membentuk konsep kendiri yang positif
dalam dirinya. Perkara ini secara tidak langsung meningkatkan kepercayaan yang kuat dan
teguh kepada diri sendiri serta menyebabkan individu terbabit akan berusaha untuk
melakukannya yang terbaik untuk dirinya tanpa rasa malu apabila mengalami kegagalan.

Anda mungkin juga menyukai