Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan di semua sekolah pada tahun 2011 bermula dengan pelajar berperingkat Tahun 1. (Harian Metro, 8 April 2011) adalah transformasi yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa

penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi,

keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR akan diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

2.0 Perubahan-perubahan Terkini Dalam KSSR Berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi.

2.1 KSSR Berasaskan 6 Tunjang 2.1.1 Tunjang Komunikasi Penggabung jalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang

amat penting iaitu menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. 2.1.2 Tunjang Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi 2.1.3 Perkembangan Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. 2.1.4 Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai 2.1.5 Tunjang Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. 2.1.6 Tunjang Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum 2.2 Bahan Kurikulum KBSR menggunakan sukatan pelajaran dan huraian pelajaran. Sukatan pelajaran adalah dokumen rasmi yang merupakan rangka atau garis panduan berkenaan sesuatu subjek. Dalam KBSR juga terdapat Huraian Sukatan Pelajaran yang diperincikan daripada Sukatan pelajaran Guru. Pelajaran Guru mestilah merujuk kedua-dua dokumen ini unuk perancangan tahunan sepanjang tahun yang mengandungi Objektif, Hasil Pembeajaran, aktiviti dan nilai-nilai. Selain itu dalam KBSR penggunaan buku teks dan buku panduan guru juga untuk dibekalkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Bahan kurikulum yang

digunakan dalam melaksanakan KSSR pula terbahagi kepada tiga iaitu:

2.2.1 Dokumen Standard Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard. Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepda murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsepdan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.

2.2.2 Modul Pengajaran Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk

menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.

2.2.3 Modul pembelajaran Modul Pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran. Penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku teks yang akan digunaka pakai olehguru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam focus 4M iaitu membaca ,menulis, mengiradan menaakul seperti mana terdapat dalam KBSR iaitu membaca,menulis dan mengira

2.3 Sistem Peperiksaan Digantikan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki

pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah

bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pencapaian atau perkembangan murid dilabelkan dengan band. Tidak ada lagi nombor kedudukan dalam peperiksaan sebaliknya mereka dilabel dengan band dari 1 hingga 6 dimana band tertinggi adalah band 6 sementara terendah adalah band 1. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar

membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat

pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan

penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai

perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

2.4 PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) kepada MBMMMI (Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris) Dengan pengenalan KSSR, Dasar MBMMBI diperkuatkan. Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang

melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

2.5 Perubahan Dari Aspek Sukan Selaras dengan tunjang-tunjang KSSR, Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; membangunkan sukan sekolah ke

arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

2.6 KSSR Melibatkan I-THINK Bagi menekan kemahiran menaakul iaitu kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. KPM telah berkerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) memperkenalkan program i-THINK. Program ini dirintis di 10 buah sekolah seluruh Malaysia (6 SR dan 4 SM) pada tahun lepas. Semua guru akan menggunakan alat berfikir seperti pelbagai jenis peta minda mengikut kesesuaian tajuk semasa mengajar. Murid akan menggunakan dalam pembelajaran.

3.0 Analisis dan Tafsiran Isu Positif Dalam Pelaksanaan KSSR KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup, menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh. Objektif KSSR, penekanan terhadap penguasaan kemahiran menaakul murid dan guru harus mengambil perhatian serius semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Umpamanya, keperluan untuk menerapkan kemahiran menaakul guru, iaitu; i) menggalakkan murid bertanya soalan dan meneruskan soalan-soalan yang seterusnya, ii) memberi reaksi kepada soalan yang ditanya murid, jangan menafikan keupayaan mereka tetapi sentiasa mengemukakan soalan yang murid boleh menjawab agar memberi keyakinan dan menggalakkan penglibatan murid, iii) mengurangkan soalan jenis latih-tubi (drilling), iv) membimbing murid menjawab soalannya yang dikemukakan dengan tidak sekalikala memberikan jawapan bagi merangsangkan pemikiran kreatif, v) menerima jawapan salah yang diberi oleh murid dan menyifatkannya sebagai suatu peluang pembelajaran, tidak mengkritik jawapan murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 2010).

Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan ini menunjukkan guru berperanan sebagai pembimbing dalam mengamalkan dialog ilmu atau persaingan ilmiah (academic contestation) untuk menerapkan kemahiran menaakul kepada murid-murid. Dengan itu, murid akan lebih berani bertutur dalam kelas. Dengan itu, pelajar yang lemah daripada bidang tertentu berpeluang membelajari daripada pelajar yang berprestasi baik. Small teacher boleh dipilih daripada kelas dan diletakkan sekumpulan dengan pelajar yang lemah. Adakalanya pelajar yang kurang beryakinan lebih berminat jika diajar oleh rakan sebaya. Lama-kelamaan murid yang lemah dalam bidang tertentu bukan sahaja berkelakuan lebih yakin mala berani menjawab soalan di dalam kelas. Di samping itu, pelaksanaan KSSR bertujuan mengurangkan tekanan daripada peperiksaan, terdapat beberapa implikasi yang dilihat mendatangkan manfaat kepada para pendidik selaku penggerak sistem pendidikan negara. Sebelum itu, sistem pendidikan di Malaysia terlalu berpaksikan peperiksaan, kini Kementerian Pelajaran sedang giat menjalankan usaha bagi memastikan sistem pendidikan kurang berorientasikan peperiksaan (Utusan Malaysia, 4 Februari 2004). Berdasarkan pelaksanaan sistem pentaksiran di peringkat sekolah, guru-guru telah memberi tindak balas yang positif. Hal ini kerana pembaharuan yang diperkenalkan telah mendatangkan impak positif terhadap bidang tugas guru dalam mendidik dan memantau perkembangan murid. Menerusi pembaharuan ini, guru merekodkan segala kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya dalam bentuk portfolio. Antara maklumat yang akan disimpan dalam portfolio murid ialah hasil kerja mereka serta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan ujian dan peperiksaan yang dijalani oleh murid. Langkah yang dijalankan ini akan membolehkan guru memantau segala perkembangan murid dan sebagai rujukan kepada pihak ibu bapa dan guru itu sendiri. Penggunaan portfolio atau sistem fail akan membantu guru dalam memudahkan tugas mereka untuk menyemak rekod pembelajaran murid yang telah disimpan. Kaedah pendokumentasian yang betul dan tersusun akan mewujudkan sistem pengumpulan hasil kerja murid yang lebih sistematik dari sebelumnya. Dokumen-dokumen yang telah disimpan turut dijadikan bukti kepada perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya di sekolah.

Suatu lagi kebaikan KSSR ialah kewujudan kelas pemulihan. Jika murid mengalami masalah pembelajaran atau pendengaran, murid akan dihantar ke kelas pemulihan. Dalam kelas pemulihan terdapat guru khas yang mengajar dan membimbing murid agar mereka dapat menguasai kemahiran asas. 4.0 Analisis dan Tafsiran Isu Negatif Dalam Pelaksanaan KSSR
Memang tidak dapat dinafikan bahawa transformasi tersebut adalah untuk memastikan system pelajaran negara standing piawaian global tetapi dengan transformasi tersebut, terdapat juga isu negative dalam pelaksanaan KSSR. Pembaharuann KSSR bermatlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam dan bergantinya dengan menggunakkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).PBS ini boleh

dijalankan pada bila-bila dengan kesesuaian pelajar masing-masing. Contohnya,apabila guru habis mengajar teknik mengeja,guru boleh menjalankan pentaksiran dalam kelasnya diri dengan pemberian pentaksiran yang berbeza soalan mengikut kemampuan pelajar. Hal ini adalah untuk membantu pelajar lemah dapat menguasai teknik tersebut. Namun, PBS ini telah menyusahkan pihak murid, guru dan juga penjaga. Hal ini demikian kerana PBS dijalankan pada bila-bila masa tanpa diberitahu. Pendek kata, murid akan ditaksir pada bila-bila masa sahaja. Sebelum PBS, pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu teknik akibat kurang membuat persediaan berpeluang mengulangkaji teknik tersebut. Sekiranya seseorang murid tidak dapat menguasai sesesuatu teknik, murid tersebut akan dihantar ke kelas pemulihan. Maknanya murid tersebut tidak dapat mengikuti pembelajaran bersama-sama rakannya di dalam kelas. Ini menyebabkan keyakinan murid terancam. Disebabkan juga murid di kelas pemulihan terlepas P&P biasa di dalam kelas, mereka akan berada di tahap yang semakin jauh dengan P&P si dalam kelas. Bagi ibubapa atau penjaga, mereka tidak dapat mengenalpasti tahap pembelajaran anak mereka disebabkan tidak ada sistem peperiksaan. Dengan tiadanya peperiksaan, sudah tentu murid tidak mengambil berat tentang kedudukan dan markah masing-masing bagi subjek-subjek yang diajar. Ini menyebabkan anak murid menjadi malas membuat kerja sekolah/rumah atau tidak memberi perhatian semasa pembelajaran dijalankan dalam kelas. Pada mereka, jika tidak dapat menguasai sesuatu teknik, mereka akan dihantar ke kelas pemulihan untuk menguasai teknik tersebut,. Maka mereka enggan mengerjakan ilmu. Ibu bapa pula membiarkan anak

mereka bersiar-siar di rumah tanpa membuat ulang kaji pelajaran. Semasa KBSR peperikasaan hanya dijalankan empat kali setahun. Tetapi bagi PBS, setiap topik atau setiap bab akan dikenakan pentaksiran. Sebagai contohnya, terdapat 25 topik dalam Bahasa Cina Tahun 2. Dengan ini, pelajar akan menjalankan pentaksiran sebanyak 25 kali dan guru pula perlu menyemak hasilan PBS sebanyak 25 kali. Bagi sekolah yang tidak menggunakan kertas kerja PBS yang kini berada di pasaran, guru perlu menyediakan soalan kertas PBS Bahasa Cina sebanyak 25 kali setahun. Bayangkanlah bahawa ini hanyalah bagi subjek Bahasa Cina, apatah lagi subjek-subjek yang lain seperti Matematik, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan lain-lain. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran tersendiri. Selepas menjalankan PBS, guru diminta memasukan bukti PBS ke dalan fail peribadi pelajar. Ini bermaksud, jika kelas ini menpunyai 40 pelajar, maka setiap kali menjalankan PBS, guru perlu memasukan eviden PBS ke dalam 40 buah fail peribadi pelajar. Selain daripada memasuki eviden, guru turut mencatatkan tarikh dan keputusan PBS setiap murid atas senarai nama murid. Selepas itu, guru perlu mencatatkan tarikh teknik tertentu dicapai dalam laporan pelajar. Secara ringkas, bagi menjayakan 1 deskiptors, guru menyediakan soalan PBS, menyemak, memasukkan eviden ke dalam fail pelajar, merekodkan dalam laporan pelajar, merekodkan dalam senarai kelas dan akhirnya memasukkan data PBS melalui internet. Sekiranya guru mengajar 3 teknik setiap minggu (teknik membaca, mengeja dan menyoal), seseorang guru itu perlu menyemak 3 deskiptors, darab dengan 40 pelajar, iaitu 120 deskiptors menunggu disemak diikuti memasuki eviden sebanyak 120 kali ke dalam fail pelajar, justeru merekod 120 kali dalam laporan peribadi pelajar, merekod 120 kali dalam senarai nama dan akhirnya memasukkan 120 data menerusi internet. Jelas sekali, kertas kerja PBS yang terlalu banyak membebankan guru. Hal ini menjejaskan pengajaran guru. Guru kian mengurang masa dalam proses P&P tetapi menghabiskan kebanyakan masa pada PBS. Sepertimana yang dinyatakan, data-data PBS perlu direkod menerusi internet. Permasalahannya portal PBS amat tidak stabil. Tambahan pula, bilangan computer adalah terhad. Misalnya, hanya 6 komputer diperuntukkan bagi 76 orang guru. Jika guru-guru menunggu giliran mengguna computer, sesudah sampai giliran, tarikh

penamatan memasuki rekod pun tiba. Katakanlah guru mempunyai computer peribadi sendiri dan tidak keberatan untuk menggunakannya untuk kerja sekolah. Namun wifi tiada terdapat di setiap sekolah. Ini memaksa kebanyakan guru memasuki data melalui internet di rumah. Kebanyakan guru kita adalah golongan wanita yang berumahtangga. Maka, guru-guru cuba memasukkan data melalui internet pada tengah malam disebabkan kesuntukan masa serta mengelakkan kesesakan talian. Ini memberi kesan negative kepada para guru. Mereka sentiasa berasa kepenatan dan tertekan. Pernah berlaku dimana laman web log keluar secara tiba-tiab sebelum data sempat disimpan. Guru terpaksa memasuki data sekali lagi.

4.0 Kesimpulan

KSSR diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada. Ia adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang yang memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KSSR terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran dimana tiada lagi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Penilaian dalam KSSR pula menggunakan Standard Prestasi. Pelaksanaan kurikulum ini telah memasuki tahun ketiga. Ia dipercayai dapat mengurangkan tekanan murid terhadap peperiksaan yang kontroversial tetapi meningkatkan minat murid terhadap P&P. Sehingga kini, KSSR telah menerima maklum balas positif mahupun negative daripada pihak guru dan ibu bapa. Kesimpulannya, KSSR masih perlu ditambahbaik demi memaksimakan hasil P&P. Kurikulum ini dicadangkan meminimakan kertas kerja supaya para guru dapat lebih memfokus kepada P&P.

Rujukan: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Retrieved 15 Mei 2013 daripada: http://skkayang.edu.my/kssr2011110521112300-phpapp02.pdf Hassan Ahmad. (2000). Imbasan: Hassan Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan. (2011, 30 Jan). Online Berita Harian. Retrieved 16 Mei 2013, daripada Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_bin amodalinsanberkesan/Article/index_html Mohd nizar Mohd Latib. (2010). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Retrived October 9, 2011 from http://www.scribd.com/doc/47760112/FPK-Pendekatan-Bersepadu. Mok Song Sang. (2001). Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan Budiman: Subang Jaya. Poketcekgu. (2012). ULASAN DAN ANALISIS ARTIKEL: KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan. Scribd. Retrived 18 Mei, 2013 dariapda http://www.scribd.com/doc/104749456/Ulasan-Dan-Analisis-Artikel Robiah Saidin. (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan. Fajar Bakti: Kuala Lumpur. Utusan Malaysia. (2011, 30 December). PBS beri penilaian lebih menyeluruh terhadap murid.

Anda mungkin juga menyukai