Anda di halaman 1dari 7

Wacana Akademik Bahasa Melayu 1 Wacana Akademik Bahasa Melayu 2

Unit 1 (Modul Guru)


1.0 Pengenalan
PENGENALAN BAHASA MELAYU ILMIAH DAN
Penulisan merupakan salah satu cabang komunikasi yang berfungsi dalam menyampaikan
BUKAN ILMIAH maklumat sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Penulisan dapat
menghubungkan penulis dengan komuniti pembaca tentang idea, gagasan dan fikiran yang
ingin dikongsi bersama. Keupayaan penulis dalam penulisan bergantung kepada kemahiran,
HASIL PEMBELAJARAN pengalaman dan pengetahuannya tentang sesuatu isu. Keupayaan pembaca pula
Pada akhir topik ini, pelajar dapat: merungkai dan memahami apa yang ditulis oleh penulis bergantung kepada sudut
interpretasi yang sama yang dapat dicakupi. Oleh itu, amatlah penting penulis memastikan
1. Mengetahui tujuan, retorik dan pengaruh penguasaan penulisan.
penggunaan ayat dan makna dalam ayat selari dengan interpretasi yang akan dibuat oleh
2. Membezakan jenis penulisan ilmiah dan penulisan bukan ilmiah.
pembaca. Perkara ini tidaklah mudah bagi penulis, namun dapat digarap dengan
3. Mengenal pasti ciri-ciri khusus dan jenis-jenis penulisan ilmiah
penggunaan tatabahasa yang tepat agar ayat yang ditulis bersifat gramatis dengan sistem
4. Mengenal pasti format dan protokol dalam penulisan ilmiah dan
ejaan dan peristilahan yang tepat mengikut laras penulisan.
plagiat.

1.1 Tujuan Menulis


GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
Menulis dan intelektual adalah dua perkara yang saling melengkapi. Jika ingin menjadi
penulis yang baik, individu itu perlu menggarap budaya ilmu dalam diri. Budaya ilmu ini
dapat dijana melalui pembelajaran dan pembacaan secara meluas dan menekankan aspek
metakognitif bagi memberi gambaran awal tentang isu yang ingin penulis tulis. Tulisan pula
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK adalah satu alat atau lambang yang dapat digunakan untuk memberi erti kepada apa yang
penulis tulis. Secara umum menulis adalah perlakuan menggunakan sebarang alat tulis bagi
PENGENALAN BAHASA MELAYU memberi lambang tertentu terhadap idea yang ingin diungkapkan secara mekanikal. Tetapi
ILMIAH DAN BUKAN ILMIAH menulis secara khususnya ialah satu proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara
lebih bersistematik dengan mengambil kira tujuan menulis. Siti Hajar (2009), menjelaskan
bahawa tujuan menulis berfokus kepada penulis itu sendiri dan bukan kepada pembaca.
Pengenalan Format dan Penulis menulis kerana diminta untuk melakukannya atau kerana dia sendiri mempunyai
Retorik Jenis Penulisan
Prosedur
Penulisan sebab tertentu. Justeru, tujuan menulis yang berbeza akan menghasilkan hasil tulisan yang
berbea juga. Menurut Yahya Othman (2005), terdapat beberapa tujuan menulis, iaitu:
Tujuan Menulis
1. Proses memberi respons.
Menulis bertujuan memberikan reaksi pada sesuatu perkara menggunakan
Ilmiah Bukan Ilmiah
perantaraan bahasa. Penulis melakukan tingkah laku sosial bagi memberikan
respons pada orang lain atau memaparkan persekitaran atau pengalaman yang

Wacana Akademik Bahasa Melayu 3 Wacana Akademik Bahasa Melayu 4

dilaluinya. Penulis selalunya merujuk kepada konteks tertentu yang dilaksanakan


dalam situasi dan konteks yang spesifik. 6. Proses pembelajaran.

Menulis juga merupakan satu proses pembelajaran yang dapat dinilai dan diukur
2. Proses komunikasi.
refleksi pengajaran yang telah disampaikan. Dalam konteks pendidikan, penulis
Kebanyakan individu merasakan bahawa hanya dengan percakapan dan
dapat dinilai kemahiran pembelajaran formal yang dikuasainya melalui penulisan.
pengucapan sahaja komunikasi boleh berlaku. Gambaran ini adalah salah kerana
Kemahiran dalam penulisan memerlukan penulis menguasai kaedah yang lebih
menulis juga merupakan proses komunikasi. Harus diingat bahawa proses
berkesan supaya penyampaian maklumat dapat dibuat tanpa halangan komunikasi.
komunikasi memerlukan hubungan dua hala. Menulis juga merupakan hubungan dua
Proses pemahaman lebih baik apabila penulis dapat menunjukkan pemahaman
hala yang terjalin secara senyap antara penulis dengan pembaca. Penulis sentiasa
secara lebih mendalam melalui penulisan
berharap pembaca dapat memahami mesej yang disampaikan dan dapat
menimbulkan reaksi yang pelbagai.

1.3 Faktor Penulis tidak mampu menulis.


3. Proses ekspresi diri.
Dalam penulisan, penulis dapat menyatakan idea, harapan, falsafah hidup atau Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penulis dalam menghasilkan
gambaran imaginasi dalaman yang dapat memberi kepuasan kepada penulis dan penulisan. Faktor–faktor ini membataskan kemampuan penulis untuk menghasilkan
menimbulkan pelbagai bentuk reaksi kepada pembaca. Dari segi pernyataan penulisan dan penulis sendiri perlu berupaya mengatasinya. Siti Hajar (2009), telah
personaliti, penulisan yang dihasilkan penulis sering kali ditafsirkan oleh pembaca menyenaraikan 5 faktor yang menyebabkan penulis tidak mampu menulis. Antaranya
bagi menggambarkan personaliti penulisnya. :

1. Tidak berupaya memilih dan menentukan topik.


4. Bersifat sejagat.
2. Membataskan fikiran kepada satu-satu topik sahaja
Menulis merupakan sifat umum yang dapat dilihat melalui prosedur penulisan dan
3. Tidak mampu mengembangkan idea dan menghujah pendapat.
kesejagatan daripada bahan yang ditulis. Jadi, menulis bertujuan untuk
4. Sukar menemukan bahan dan sumber rujukan yang relevan
membicarakan secara umum perkara yang berlaku. Perkara yang dibincangkan
5. Belum mempunyai kebiasaan atau budaya menulis dalam diri.
dalam penulisan berita contohnya, mempunyai mesej yang sama tapi dapat ditulis
dalam gaya berlainan. Begitu juga, penulisan berbentuk fiksyen, pengolahan cerita
bersifat sejagat sama ada penghuraian plot, perkembangan watak ataupun peleraian
konflik.

2.0 Retorik
5. Prosedur pemahaman.
Proses pemahaman penulis tentang sesuatu konsep atau perkara hanya dapat Retorik ialah teknik penggunaan bahasa sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang

dihuraikan kepada pembaca melalui penulisan. Prosedur yang diwujudkan dalam mengandungi aspek tatabahasa yang betul dan penggunaan bahasa yang baik dalam

proses penulisan dapat mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesej menyampaikan idea. Teknik tersebut melibatkan penyampaian idea yang menarik dan

dengan lebih tepat dan menimbulkan makna kepada pembaca. Prosedur juga dapat berkesan dengan tujuan untuk mempengaruhi, memujuk dan meyakinkan pembaca tentang

menjamin penulisan tidak bersifat terlalu bebas hingga boleh mengakibatkan salah sesuatu perkara. Penggunaan ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara

faham pada maklumat. Prosedur penulisan penting supaya hasil penulisan itu dapat mempengaruhi pembaca. Kemahiran retorik melibatkan beberapa aspek, iaitu penguasaan

dipertanggungjawabkan. tatabahasa, penyampaian pemikiran yang teratur dan sistematik, serta penguasaan corak
Wacana Akademik Bahasa Melayu 5 Wacana Akademik Bahasa Melayu 6

dan bentuk penulisan. Retorik tulisan pula lebih bergantung kepada alat-alat bahasa seperti tindakan paralinguistik kita dalam berbahasa, biarlah suara yang dilafazkan sesuai
pemilihan kata, ungkapan, bentuk wacana, dan mempunyai format tertentu. dengan situasi semasa.”

2.1 Jenis-jenis dan ciri-ciri retorik. 2) Pemujukan

Biarpun tujuan penulisan adalah untuk menyampaikan idea, namun terdapat 6 jenis retorik Menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang
yang dinyatakan di sini dengan ciri-ciri yang membezakan setiap jenis retorik tersebut. lain agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan.
Setiap satu retorik mempunyai identiti tersendiri yang dapat mengetengahkan kelainan
Ciri-cirinya, ialah;
dalam bentuk penulisan. Antaranya, ialah:
a) Menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan kehalusan
1) Pemerian
berbahasa.
Teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang
b) Berunsur aspek psikologi dengan niat mempengaruhi dengan menyatakan
sesuatu idea. Ia bertujuan untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap
kehebatan dan kebaikan produk atau perkhidmatan secara berlebih-lebihan.
kepada pembaca. Ciri-ciri teknik
c) Dua jenis pemujukan, iaitu pemujukan rasional dan pemujukan tidak rasional.
a) Pemerian dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.
d) Pemujukan rasional adalah penghujahan, penyampaian fakta dan data adalah
b) Menghasilkan gambaran secara realistik, iaitu menggambarkan sesuatu
lengkap dan pembaca dianggap bijak dan objektif.
berdasarkan fakta yang konkrit. Gambaran juga dilakukan secara impresionistik, iaitu
melalui cetusan imaginasi. e) Pemujukan tidak rasional ialah pemujukan yang melibatkan emosi. Teknik ini
memanipulasi emosi pembaca dengan harapan mereka akan berubah fikiran dan
c) Bahasa yang jelas dan tersusun.
menerima saranan penulis.
d) Mengandungi tiga bahagian, iaitu pendahuluan, huraian dan kesimpulan.

e) Bersifat deskriptif dan informatif. Deskriptif menyampaikan maklumat secara


Contoh petikan jenis pemujukan :
huraian manakala informatif pula menyampaikan maklumat secara pemberitahuan.
“Kesantunan Berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat
Contoh petikan jenis pemerian :
penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di negara kita sebagai
“Paralinguistik berkenaan dengan ciri-ciri bunyi seperti suara berbisik, suara masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi
meninggi, suara rendah, suara sederhana, suara keras, atau perubahan intonasi bahasa. Kita dikagumi oleh masyarakat seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam
dengan disertai unsur verbal dalam berbahasa. Sebagai contoh, ketika penceramah kalangan masyarakat majmuk. Tanpa melihat kepada perbezaan bangsa iaitu
berbicara dalam suatu seminar, ada peserta seminar ingin bertanya dengan Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa
rakannya. Pertanyaan ini lebih elok dengan cara berbisik agar tidak mengganggu yang satu, iaitu Bahasa Melayu tanpa prejudis.”
majlis yang sedang berlangsung. Tetapi, dalam suasana perbincangan antara
sesama rakan, perbuatan berbisik ini pula dianggap tidak sopan kerana dapat
menimbulkan salah faham antara rakan lain. Dengan lain perkataan, apa sahaja 3) Penerangan

Wacana Akademik Bahasa Melayu 7 Wacana Akademik Bahasa Melayu 8

Bentuk yang memberi penjelasan tentang sesuatu perkara dengan terperinci


daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.
Contoh petikan jenis penceritaan :
Ciri-ciri teknik penerangan, ialah:
“Aku tinggal di pinggir kampung. Jauh dari kesibukan kota. Dari tempat tinggalku, aku
a) Penggunaan gaya bahasa, intonasi, dan nada yang menarik. dapat melihat bukit yang menghijau dengan pepohon kelapa yang melambai-lambai
daunnya dipupuk bayu. Di belakang kediamanku pula, mengalir sebatang anak
b) Penggunaan bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat dan makna yang
sungai. Air sungai itu jernih sekali. Namun begitu, aku sangat takut akan air sungai
jelas dan bernas agar pembaca memahami maklumat yang disampaikan.
itu. Air yang sejuk itu seolah-olah menggigit seluruh badanku.”
c) Maklumat disampaikan melalui tulisan seperti dalam buku panduan pemasangan
sesuatu alat.
5) Pendedahan

Retorik pendedahan ialah bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan


Contoh petikan jenis penerangan :
sesuatu, menyingkap dan memaparkan sesuatu perkara dengan jelas dan terperinci.
“Pendidikan seumur hidup perlu menekankan kepentingan sosial dan kognitif dengan Tujuannya untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada
kaedah pembelajaran secara bebas agar dapat memberi motivasi kepada pelajar. khalayak dengan berkesan.
Terdapat empat faktor teras pembelajaran sepanjang hayat yang perlu
diimplementasikan. Faktor pertama adalah motivasi secara berterusan. Faktor kedua
adalah keupayaan untuk pembelajaran kendiri yang dikawal selia. Faktor ketiga
adalah dengan penekanan aspek kemahiran dan akhir sekali adalah dengan
Ciri-ciri teknik pendedahan, ialah:
mengintegrasikan pemikiran kritis dan kreatif.”
a) Huraian dilakukan dengan memberi takrifan, disertai dengan contoh dan
perbandingan.
4) Penceritaan.
b) Topik dihuraikan secara objektif dengan jelas, tepat dan terperinci.
Dikenali sebagai naratif yang disampaikan melalui cerita. Ia meliputi pelbagai jenis
c) Retorik jenis menjelaskan idea yang berkaitan dengan konsep, istilah, fakta,
penulisan seperti cerpen, novel, biografi, drama, diari dan autobiografi. Wacana
falsafah, masalah, analisis, proses, dan dasar.
penceritaan yang lengkap mengandungi tema, persoalan, watak dan perwatakan,
latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan. d) Retorik ini menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.

Ciri-ciri teknik penceritaan, ialah;

a) Retorik bentuk ini perlu mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, Contoh petikan jenis pendedahan :
konflik dan peleraian atau pengakhiran.
“Kanak-kanak akan mendengar lebih dahulu daripada bertutur, bertutur lebih dahulu
b) Gaya bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan menggunakan bahasa daripada membaca dan membaca lebih dahulu daripada menulis (Asmah Haji Omar,
sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, personifikasi, dan sebagainya. 2004). Oleh itu, dalam dunia pendidikan, kemahiran membaca dianggap sebagai
peringkat awal sebelum kemahiran menulis diaplikasikan kerana kemahiran menulis
c) Terdapat sedikit kebebasan tatabahasa kerana bersifat ekspresi.
merupakan kemahiran yang paling tinggi tatatingkat kedudukannya dan paling sukar
Wacana Akademik Bahasa Melayu 9 Wacana Akademik Bahasa Melayu 10

untuk diterapkan kepada pelajar. Tanpa pengukuhan kemahiran membaca, tidak 2.2 Faktor yang mempengaruhi penguasaan menulis
mungkin pelajar dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik terutama dalam
Baiknya sesebuah penulisan yang dihasilkan dipengaruhi oleh beberapa faktor terutamanya
penggunaan kosa kata yang sesuai”
berkaitan dengan diri individu itu sendiri. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi sesebuah
penulisan ialah:

6) Penghujahan 1. Minat menulis


Minat menulis perlu ada dalam diri penulis. Adalah lebih baik jika penulis diberi
Retorik penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.
kebebasan memilih tajuk yang ingin ditulis supaya minat itu hadir sendiri dan bukan
Digunakan dalam sesuatu peribahasa, perdebatan, pembicaraan, forum, dan
atas paksaan dan desakan. Langkah pertama ialah peringkat kesediaan perlu
penulisan yang bersifat akademik seperti tesis.
diwujudkan dengan memberi dorongan supaya menulis dalam persekitaran yang
Ciri-ciri teknik penghujahan ialah: baik. Minat tidak boleh wujud secara spontan dan memerlukan masa untuk
dimantapkan. Minat juga boleh timbul apabila proses menulis dilakukan secara
a) Retorik ini memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang
berulang-ulang hingga menjadi kebiasaan.
dikemukakan.

b) Pendapat yang dikemukakan perlu disokong dengan bukti yang konkrit dan jelas 2. Pengalaman
seperti analisis data, hasil kajian, dan ilustrasi melalui gambar rajah. Penulisan menjadi lebih mudah jika penulis menulis perkara yang pernah dialaminya
sendiri. Penulisan menjadi lebih spontan dan keupayaan penulis menulis bergantung
c) Teknik penyampaian idea yang digunakan dalam retorik ini secara deduksi atau
sepenuhnya pada pengalaman yang dilalui. Penulisan menjadi lebih jitu jika penulis
induksi.
mampu mengaplikasikan pengalaman sedia ada dengan maklumat baru yang

Contoh petikan jenis penghujahan : diperolehnya.

“Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan min skor Ujian Pasca antara 3. Komunikasi
Kumpulan Eksperimen dengan Kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan Kumpulan Komunikasi secara terancang dapat menggalakkan penulis mengeluarkan
pandangan dan pendapat berkenaan isu atau tajuk yang akan ditulis. Perbincangan
Eksperimen lebih mendominasi dalam menjawab soalan dibandingkan dengan
antara rakan dapat memberi mereka peluang mendengar sesuatu isu dari sudut
Kumpulan Kawalan setelah modul bacaan ekstensif dilaksanakan. Dapatan ini pandangan lain dan menambah pengetahuan baharu. Ia juga dapat membantu
didapati selari dengan pendapat Dörnyei dan Skehan (2005:240) yang motivasi tidak membuka minda penulis berfikir secara jelas semasa menulis.

sentiasa malar atau tetap tetapi ia berubah secara dinamik dan berkembang
4. Keadaan emosi dan hubungan sosial
beransur-ansur mengikut proses minda. Hal ini menjelaskan bahawa motivasi untuk Sentiasa percaya kepada keupayaan diri serta pergaulan sosial yang baik membantu
membaca seseorang boleh berubah dari negatif kepada positif. Maka penggunaan menghasilkan penulisan yang baik. Emosi yang stabil menghasilkan mood yang
diperlukan semasa menulis. Faktor hubungan sosial yang luas juga membantu
modul bacaan ekstensif yang beransur-ansur dari mudah ke kompleks mengikut aras
penulis meningkatkan pengetahuan dan keupayaannya merungkai sesuatu isu.
Taksonomi Bloom mampu meningkatkan dan mengembangkan proses minda dan Namun pergaulan sosial yang tidak berkualiti juga boleh mempengaruhi mutu
pemahaman individu dalam bacaan.” penulisan. Contohnya pergaulan dari penggunaan SMS, laman sosial dan bahasa
slanga antara remaja masa kini.

Wacana Akademik Bahasa Melayu 11 Wacana Akademik Bahasa Melayu 12

5. Peneguhan Dalam penulisan bukan ilmiah, penulis tidak terikat secara formal dari aspek
Penulis juga perlu diberi peneguhan dalam penulisan dengan memberikan ganjaran penulisan. Penulis bebas menyampaikan ideanya berdasarkan pengalaman,
atas hasil usaha yang diberikan. Penulis yang kurang mahir juga perlu diberi galakan perasaan, pendapat dan khayalan tanpa dipertikaikan oleh sesiapapun akan
dan pujian jika terdapat peningkatan dalam penulisan. kebenaran fakta dalam penulisan.

6. Situasi pembelajaran
3.2 Penulisan ilmiah
Penulis juga perlukan situasi yang kondusif dalam menyiapkan sesuatu penulisan.
Masa yang fleksibel perlu diberikan agar penulis tidak tertekan ketika menulis Perkataan ilmiah membawa erti yang sama dengan akademik. Lazimnya ilmiah
penulisan yang diberi supaya mereka cukup masa dalam melakukan pencarian merujuk kepada perkara-perkara yang berhubungan dengan maklumat dan data.
maklumat, menyusun dan memproses maklumat. Oleh itu, penulisan ilmiah juga dikenali dengan beberapa istilah lain seperti penulisan
bermaklumat, penulisan saintifik, penulisan akademik dan penulisan deskriptif
7. Latihan yang konsisten (Mohd. Azhar Abd. Hamis, et.al., 2001:19)
Latihan yang kerap dan berterusan dapat membantu keupayaan penulis menulis.
Penulisan ilmiah yang bersifat akademik dan saintifik juga bermaksud yang ia
Penguasaan menulis akan lebih mantap jika penulis diberi latihan yang konsisten
dijalankan secara teratur dan teliti mengikut prosedur dan protokol tertentu agar
terutamanya jika aspek kelemahan dititikberatkan. Penilaian secara berterusan juga
dapat dibuktikan fakta yang ditulis. Ia diasaskan dengan kepercayaan bahawa setiap
perlu diberikan agar penulis sentiasa mengetahui tahap penulisannya dan belajar
fenomena perlu dijelaskan dengan keterangan tertentu, iaitu ada sebab bagi setiap
melalui kesilapan yang dilakukan.
kesan sesuatu fenomena dan bukan terjadi secara semula jadi. Hal ini menjelaskan
bahawa setiap kesimpulan dan rumusan yang dibuat hanya boleh diterima apabila
disokong oleh bukti.

4.0 Jenis-jenis Penulisan Ilmiah


3.0 Jenis penulisan
Penulisan ilmiah mempunyai perbezaan yang ketara antara satu jenis dengan jenis yang
Terdapat banyak bentuk penulisan yang mewarnai dunia penulisan di negara kita. Apabila
lain. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri khusus yang terdapat pada sesuatu
kita terlibat dalam aktiviti penulisan, bermakna kita perlu memahami pelbagai perkara yang
penulisan seperti yang telah dijelaskan dan juga beberapa ciri-ciri umum yang lain. Antara
berkaitan dengannya seperti siapa pembacanya, media yang akan digunakan, gaya
ciri-ciri lain yang dapat dilihat adalah dari panjangnya penulisan tersebut dari segi jumlah
penulisan dan jenis penulisan. Dalam skop penulisan yang luas dan pelbagai, penulisan
perkataan atau helaian muka surat, objektif penulisan, tempoh masa menulis, jenis
boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
khalayak, skop topik, status penulis dan nilai isi kandungan penulisan. Berdasarkan ciri-ciri
3.1 Penulisan bukan ilmiah tersebut, penulisan ilmiah dapat dikategorikan kepada 6 jenis yang utama iaitu:
Penulisan bukan ilmiah ialah penulisan yang lebih berbentuk retorik, imaginasi,
a) Tesis
sastera dan kreativiti penulisnya tanpa melibatkan fakta yang tepat. Kadang kala
penulisan bukan ilmiah hanya mengikut logik akal semata-mata atau Tesis merupakan penulisan ilmiah yang hampir sama dengan disertasi tetapi dibuat secara
digeneralisasikan dari pengalaman seseorang sahaja. Antara contoh penulisan lebih mendalam. Ia merupakan penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pencapaian
bukan ilmiah adalah karya sastera seperti novel, cerpen, sajak, pantun, puisi, syair, akademik. Secara umumnya, tesis mengungkapkan pengetahuan baharu yang diperoleh
melalui pengamatan atau penyelidikan soal selidik yang dijalankan. Sering kali, penulisan
Wacana Akademik Bahasa Melayu 13 Wacana Akademik Bahasa Melayu 14

tesis memerlukan pengkaji membuktikan kebenaran hipotesis yang dibina. Tesis yang telah piawaian ilmiah yang standard. Jika terdapat perbezaan, lazimnya hanya melibatkan
lengkap perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel penilai yang dipanggil persembahan muka buku, layout dan fizikal sesebuah buku mengikut prosedur yang
sebagai Viva voce beberapa kali sebelum dapat diterima. ditetapkan oleh penerbit tertentu. Contoh buku ilmiah ialah buku karya asli, karya
terjemahan, ensiklopedia dan kamus.

b) Disertasi.
e) Kertas Kerja
Disertasi ialah penulisan ilmiah dalam hierarki pencapaian akademik yang ditulis bersama-
sama dengan kerja kursus untuk mendapatkan ijazah tinggi. Disertasi melibatkan fakta Kertas kerja bermaksud hasil usaha yang akan dilaksanakan mengenai sesuatu program
saintifik penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi dan analisis. Disertasi perlu yang dirangka untuk dibentangkan kepada orang ramai ataupun dalam mesyuarat, seminar
dibentangkan dan dipertahankan hasil dapatan kajian di hadapan panel penilai yang dilantik dan bengkel. Kertas kerja perlu disediakan terlebih dahulu untuk disemak dengan teliti bagi
oleh pihak universiti sama seperti tesis. Namun begitu Roosfa Hashim (2011), berpendapat menentukan cadangan-cadangan yang disebutkan di dalamnya boleh diluluskan atau
ada universiti yang membezakan tesis dengan disertasi berdasarkan jumlah perkataan atau sebaliknya. Oleh itu, kertas kerja harus disediakan dengan baik dan rapi terutamanya bagi
ketebalannya walaupun ada persamaan dari segi persembahan dan kandungannya. projek-projek yang memerlukan dana yang besar.

c) Esei Ilmiah f) Laporan.

Esei ilmiah dikenali juga sebagai kertas kerja ilmiah. Panjang esei ini mengikut fungsi dan Laporan merupakan satu dokumen yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat khusus
matlamat esei itu ditulis. Setiap penulisan mestilah disokong oleh pandangan dari sarjana kepada pembaca yang khusus. Maklumat yang ingin disampaikan perlu disusun secara
lain dan mempunyai rujukan atau bibliografi. Esei ilmiah boleh diterbitkan dalam bentuk sistematik dan objektif dengan menekankan ketepatan dan kepadatan. Laporan boleh
penerbitan seperti jurnal, artikel, buletin dan prosiding persidangan. Menurut H. Bahdin dan disampaikan kepada seseorang individu, sesebuah jawatankuasa ataupun sebuah
H. Ardial (2005:7), artikel ilmiah adalah karya tulis yang dirancang untuk dimuat dalam jurnal organisasi.
atau kumpulan artikel yang ditulis dengan tata cara ilmiah dan mengikuti pedoman atau
konvensional ilmiah yang telah disepakati atau ditetapkan manakala makalah adalah karya
tulis yang memuatkan pemikiran tentang sesuatu masalah atau topik tertentu yang ditulis 4.1 Ciri-ciri Khusus Penulisan Ilmiah
secara sistematik dan runtut dengan disertasi analisis yang logik dan objektif.makalah ditulis
Penulisan ilmiah terikat dengan ciri-ciri khusus yang mengikut prosedur dan protokol tertentu
untuk memenuhi tugas bestruktur yang diberikan oleh pensyarah atau ditulis atas inisiatif
sebelum dapat dikategorikan sebagai akademik dan bersifat ilmu. Antara ciri-ciri khususnya
sendiri untuk forum ilmiah.
ialah:

1. Bersifat objektif
d) Buku Ilmiah. Penulisan ilmiah perlu bersifat objektif, cermat, tepat dan tidak membuat andaian.
Penulis tidak dibenarkan sama sekali menggunakan ungkapan yang menunjukkan
Buku ilmiah merupakan satu genre keilmuan yang amat penting dalam hierarki di institusi
keraguan terhadap fakta yang digunakan seperti mungkin, kalau, barang kali dan
pendidikan. Menurut Roosfa Hashim (2011), buku ilmiah mementingkan sebuah karya baru
pada umumnya. Penulis perlu yakin terhadap fakta yang ditulis dan sentiasa merujuk
atau karya asli. Dua sifat ini sedikit sebanyak menjadi faktor buku ini dibeli walaupun tidak
pandangan sarjana lain bagi menyokong fakta yang diberi.
selaris buku popular. Karya baru dan asli bermaksud suatu kajian baharu yang belum
diterbitkan. Lazimnya, peraturan penulisan kandungan sesebuah buku terikat pada satu

Wacana Akademik Bahasa Melayu 15 Wacana Akademik Bahasa Melayu 16

2. Bersifat sistematik. Walaupun penggunaan sudut pandangan orang ketiga dalam penulisan ilmiah
Penulisan ilmiah perlu disampaikan secara sistematik mengikut situasi yang spesifik. dibolehkan namun penulis patut meminimumkan penggunaannya. Sebaliknya,
Setiap langkah perlu direncanakan secara sistematik, mengikut konseptual dan penulis digalakkan menggunakan ragam pasif sebagai ganti. Konsep ayat pasif ialah
prosedur yang tidak boleh dipertikaikan oleh pihak lain. berkaitan dengan penegasan objek ayat, bukan subjek pelaku. Penggunaan ragam
pasif neutral digunakan dengan kaedah menggugurkan pelaku dalam ayat. Contoh
3. Tidak bersifat argumentatif dan persuasif ragam ayat pasif ialah ‘Data ini dikumpulkan menggunakan kaedah temu bual’.

Setiap penulisan ilmiah tidak membahaskan dan mempengaruhi pandangan


pembaca terhadap sesuatu dengan protes dan percanggahan pendapat. Sekiranya 8. Nada bersahaja
pandangan pembaca berjaya diubah, ia adalah berdasarkan fakta yang dihuraikan Dalam penulisan ilmiah, ungkapan yang bernada sastera, ekstrem dan emosional
dengan sokongan bukti yang mantap. Secara ringkasnya, penulisan ilmiah perlu dielakkan. Penulisan ilmiah hanya menjelaskan tentang fakta dan ilmu yang
membiarkan fakta berbicara sendiri. ingin disampaikan dan dikongsi bersama-sama pembaca. Ia hanya mengemukakan
sebab musabab dan pengertian sesuatu masalah dengan kata yang mudah
4. Tidak berat sebelah dan prejudis. difahami. Oleh itu ayat bersifat sentimen seperti ‘sayangnya, malang sekali, dalam

Penulisan ilmiah juga tidak boleh di tulis secara berat sebelah tapi dilaporkan kepayahan, dan seumpamanya perlu dielakkan tetapi lebih bersifat bersahaja.

mengikut kajian yang telah dijalankan secara jelas. Setiap data yang dikutip perlu
dilaporkan secara terperinci dan bukan semata-mata untuk menyenangkan hati 9. Istilah khusus
sesetengah pihak atau memenuhi kehendak golongan tertentu. Penulis perlu menulis Dalam bidang-bidang tertentu dalam penulisan, penggunaan istilah khusus ditandai
untuk memaklumkan tentang sesuatu tanpa bersifat prejudis sedikit pun. oleh laras bahasa yang digunakan. Setiap isilah ini perlu ditakrifkan agar mudah
difahami. Pemilihan kata dan diksi yang tepat sangat penting dalam penulisan ilmiah
5. Bernada formal. agar penulisan dapat difahami secara lebih gramatis.

Penulisan ilmiah perlu bernada formal dengan menggunakan bahasa yang teratur
dan cukup jelas. Setiap penulisan perlu menggunakan bahasa standard dan sistem 10. Elakkan kata mubazir.
ejaan yang telah dipersetujui bersama. Penulis tidak boleh sesekali mengandaikan Penulisan ilmiah perlu ditulis secara tepat dan elakkan penggunaan kata mubazir
pembaca dapat memahami maksud penulis. Seboleh mungkin, penulisan dapat supaya lebih mudah difahami. Kata mubazir ialah kata yang tidak berfungsi dalam
membantu pembaca menginterpretasikan sesuatu isu mengikut sudut pandangan ayat dan jika ia digugurkan, tidak mengurangi makna dalam ayat. Kadang kala kata
yang sama dengan penulis. mubazir ini hanya berfungsi sebagai hiasan dalam ayat semata-mata. Dalam
penulisan ilmiah penulis mengharapkan pembaca dapat menanggap maksud ayat
6. Sudut pandangan orang ketiga. dengan cepat tanpa gangguan ayat atau perkataan yang lewah. Contohnya ayat ‘Dia

Sebaik-baiknya, jika penulis ingin meletakkan kata ganti nama sebagai subjek, seorang anak gadis yang cantik’ dan ‘Gadis itu cantik’ mempunyai maksud yang

penulis perlu menggunakan sudut pandangan orang ketiga dalam penulisan ilmiah sama atau frasa seperti ‘Naik Ke atas’, ‘Turun ke bawah’, ‘hadiah Percuma’ dan

untuk menggelakkan hubungan yang bersifat personal antara pengkaji dengan sebagainya.

pembaca. Sebagai contoh penggunaan kata ‘saya’ dalam ayat ‘saya berpendapat’
adalah tidak sesuai jika dibandingkan ayat ‘pengkaji berpendapat’ yang lebih nampak
ilmiah.

7. Ragam pasif neutral


Wacana Akademik Bahasa Melayu 17 Wacana Akademik Bahasa Melayu 18

4.2 Proses Penggubalan karya dan bersistematik. Format dan prosedur penulisan ini menjadi garis panduan yang
memandu penulis teknik menulis yang teratur dan tersusun dan diaplikasikan penulis dalam
Proses penggubalan karya adalah langkah yang perlu diambil sebelum penulis pula
menghasilkan esei ilmiah sebagai penilaian tugasan.
menghasilkan penulisan. Setelah penulis mengetahui dengan jelas tujuan untuk menulis,
proses ini pun bermula bagi mengetengahkan idea kepada umum. Menurut Asmah Hj Omar
(2009), berdasarkan pengalaman beliau proses penggubalan karya ini terdiri daripada dua
jenis iaitu :
5.1 Langkah Format dan Prosedur
1. Proses Tekstual. Antara format dan prosedur yang perlu diketahui penulis ialah:
Proses tekstual adalah proses melakarkan buku atau makalah yang hendak
dihasilkan. Dengan kata lain, proses ini memberi struktur kepada karya. Proses ini 1. Penentuan topik
juga meliputi proses mental, kerana dalam membuat lakaran itu proses penciptaan Penentuan topik dirangkumi oleh tiga kategori yang perlu dipenuhi bagi
terus berlaku di dalam otak kita. Proses ini menjadi lebih mudah jika penulis telah menentukan topik yang akan dibicarakan dalam penulisan ilmiah. Antaranya
mendapat maklumat yang diperlukan dalam penulisan. Dalam penulisan ada ialah:
bahagian yang ingin dibicarakan secara am, dan ada pula yang secara terperinci
bergantung pada peranannya dalam konteks keseluruhan karya itu. i. Ruang lingkup
Ruang lingkup merupakan batasan atau had yang hendak dicakupi dalam
sesebuah penulisan. Ia dapat menentukan skop dan isu yang ingin dibicarakan.
2. Proses Mental. Lazimnya ruang lingkup bersifat lebih khusus yang menjurus kepada perincian
Sepanjang penulis menulis sesuatu karya, proses mental juga berlaku secara seiring sub topik yang akan dibincangkan dengan lebih panjang lebar.
kerana kita berfikir sepanjang masa. Proses otak yang berlaku diturunkan kepada
organ artikulasi seperti mulut dan tangan. Penulis seolah-olah bercakap dengan ii. Jumlah perkataan dan ayat
orang lan, yang tidak ada di depan tetapi yang akan menjadi bakal pembaca karya Penentuan topik juga dipengaruhi jumlah perkataan dan ayat yang ingin ditulis
yang dihasilkan yang boleh dianggap sebagai pendengar maya (virtual listener). dalam sesebuah penulisan.
Sambil menulis, penulis menilai sendiri sama ada penulisannya itu boleh diterima
oleh pendengar maya itu, baik dari segi fakta, mahupun dari segi bahasa. Dengan iii. Kumpulan sasaran
kata lain, penulis memindahkan apa yang ada di dalam otaknya yang masih sangat Kumpulan pembaca yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat juga
abstrak sifatnya kepada bentuk fizikal iaitu tulisan. Di samping itu, proses mempengaruhi penentuan topik sesebuah penulisan. Penulis harus mengambil
pentaakulan juga berlaku untuk menjawab pertanyaan apa, mengapa dan kira aspek keperluan dan memenuhi cita rasa kumpulan sasarannya.
bagaimana, dan ini semua berlaku dalam minda penulis itu sendiri. Semasa menulis
pertanyaan itu terus muncul, dan penulis terus mencari jawapan berdasarkan 2. Pemilihan tajuk
pengetahuan sedia ada. Pemilihan tajuk adalah mengikut skop topik yang ingin penulis bincangkan.
Kedua-duanya saling melengkapi dalam menjelaskan tafsiran dan kekaburan
sesuatu penulisan. Pemilihan tajuk memudahkan penulis mengumpul data dan
5.0 Format dan Prosedur penulisan. maklumat yang berkaitan. Tajuk mestilah ringkas dan tidak melebihi 15 patah
Format dan protokol perlu diberi keutamaan dalam penulisan ilmiah kerana pemahaman perkataan. Tajuk juga tidak boleh diletakkan tanda noktah dan mestilah dapat
terhadap kedua-duanya dapat membantu penulis menghasilkan penulisan yang bermutu menggambarkan keseluruhan penulisan.

Wacana Akademik Bahasa Melayu 19 Wacana Akademik Bahasa Melayu 20

3. Pengumpulan maklumat ketepatan makna sesuatu perkataan. Contohnya perkataan mengawal, menyelia,
Pengumpulan maklumat terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang tersedia atau memantau, menjaga ,mengasuh dan membela merujuk kepada perkara yang
maklumat yang dibina sendiri melalui kajian. Sumber maklumat yang dipilih dan sama namun dalam situasi yang amat berbeza.
dikumpulkan perlu sesuai dengan wadah penulisan. Langkah permulaan ialah
dengan mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai tajuk berkenaan
dari sumber yang pelbagai. Peringkat kedua ialah dengan melakar kerangka
supaya maklumat dapat disusun dengan baik. Hal ini penting dibuat supaya 6. Senarai rujukan dan nota rujukan.
penulisan dapat dilihat mempunyai koheren dan kohesi yang baik serta jitu. Senarai rujukan ialah bahan khusus yang menyokong penulisan yang dibuat.
Setiap rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu dicatatkan dalam senarai
rujukan. Bibliografi pula nama buku yang menjadi panduan dalam penulisan atau
4. Pembinaan kerangka sebagai bahan rujukan lanjutan kepada pembaca. Nota rujukan pula ialah
Pembinaan sesuatu kerangka penulisan mestilah mempunyai 3 perenggan catatan bahan atau kerja yang sukar diperoleh dan amat terhad di paparkan
utama walaupun skop penulisannya kecil seperti karangan biasa iaitu: kepada khalayak umum.
i. Pengenalan – mengandungi latar belakang atau pendahuluan tentang
topik yang ingin dibicarakan dan ditulis secara ringkas 7. Menulis rujukan.
ii. Isi – mengandungi sub topik – sub topik yang diperincikan melalui idea Rujukan atau bibliografi merupakan perkara yang perlu dan penting dalam
bagi membincangkan sesuatu perkara. Ia perlu disusun selepas semua penulisan ilmiah. Semua bahan yang digunakan dalam penulisan perlu
maklumat dikumpulkan supaya menjadi inti pati sesuatu penulisan yang disenaraikan sebagai bahan rujukan pada bahagian akhir penulisan iaitu selepas
lebih jelas. Setiap sub topik mestilah berkesinambungan antara satu kesimpulan atau penutup. Terdapat gaya penulisan yang berlainan dalam
sama lain dan sekiranya kaitannya tidak jelas, fakta-fakta itu harus penulisan rujukan ini dan ia bergantung kepada jenis bidang penulisan tersebut.
dibuang atau diberi fokus utama supaya kaitannya menjadi jelas.
iii. Penutup – mengandungi rumusan yang menunjukkan pengakhiran 8. Membuat kutipan teks.
sesebuah penulisan. Penggunaan kutipan teks dalam mendokumentasikan penulisan teks ilmiah amat
dititikberatkan. Ia merupakan kaedah paling berkesan digunakan oleh penulis
Kerangka ini dibina dengan sentiasa mengutamakan maklumat paling asas
bagi menyokong fakta dan hujah-hujahnya. Malah sekiranya pendokumentasian
pada awal penulisan dan yang lebih kompleks dan terperinci pada bahagian
ini dibuat secara teliti, ia dapat memberi maklumat yang lebih terperinci bagi
akhir. Prinsip ini ialah prinsip segi tiga terbalik dengan meletakkan fakta umum
kesimpulan yang dibuat oleh penulis. Sumber data yang dikutip dan dimuatkan
dan utama di atas dan akhirnya disempitkan kepada fakta yang lebih khusus.
dalam penulisan menyebabkan sesuatu penulisan ini mempunyai
Fakta yang kurang penting secara relatif pula boleh ditambah menjadi sub tajuk
kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan boleh dipertanggungjawabkan. Apalagi
kecil bagi mengembangkan idea.
jika data yang digunakan merupakan hasil kajian sarjana terdahulu terhadap
sesuatu isu.

5. Pemilihan dan penggunaan kosa kata.


5.2 Kerangka atau Draf Penulisan Ilmiah
Bahasa Melayu mempunyai kosa kata yang bersinonim dengan perbendaharaan
Kerangka dan draf penulisan ilmiah ini bergantung pada jenis penulisan ilmiah yang
kata. Kepelbagaian kosa kata yang bersinonim ini membawa pengertian yang
hendak dihasilkan. Kerangka umum merupakan garis panduan penyusunan isi
hampir sama tapi maksud yang lebih khusus bagi setipa perkataan. Dalam
kandungan sebelum penulisan dilakukan. Berikut dinyatakan kerangka umum yang
penulisan, pemilihan kosa kata merupakan aspek penting bagi menentukan
perlu ada mengikut jenis penulisan ilmiah yang akan ditulis :
Wacana Akademik Bahasa Melayu 21 Wacana Akademik Bahasa Melayu 22

Jenis penulisan Ilmiah Kerangka Umum 2.1 Sub topik 1


1. Tesis/disertasi i. Pengakuan 2.2 Sub topik 2
ii. Penghargaan 2.3 Sub topik 3
iii. Abstrak 2.4 Sub topik 4
iv. Kandungan 2.5 Sub topik 5
v. Senarai jadual
vi. Senarai rajah 3.0 Penutup
vii. Senarai singkatan 4.0 Bibliografi
5.0 Lampiran (Jika Ada)
1.0 Pendahuluan
1.1 Latar belakang Buku Ilmiah Bahagian Awalan
1.2 Pernyataan masalah Halaman separa judul.
1.3 Objektif kajian Judul siri, frontispis, kosong.
1.4 Soalan kajian Halaman judul
1.5 Kepentingan kajian Halaman hak cipta
1.6 Definisi konsep Dedikasi
2.0 Tinjauan kajian berkaitan Epigraf
3.0 Metodologi kajian. Jadual kandungan
4.0 Hasil Kajian dan perbincangan Senarai ilustrasi/jadual
5.0 Implikasi dan cadangan Kata pengantar
6.0 Penutup Prakata dan penghargaan
7.0 Rujukan Singkatan
8.0 Lampiran (Jika Ada) Senarai kes

2. Kertas Kerja Persidangan atau 1. Tajuk Bahagian teks


seminar 2. Nama Penceramah Bab 1
3. Nama Institusi Pendahuluan
4. Abstrak (Sinopsis/ringkasan) Isi
5. Pengenalan Ringkasan bab/penutup
6. Perkaedahan Bab 2
7. Keputusan Pendahuluan
8. Perbincangan Isi
9. Bahan Rujukan Ringkasan bab/penutup
10. Lampiran
3. Esei Ilmiah 1.0 Pengenalan Bahagian Akhiran/rujukan
2.0 Isi kandungan (Sub Topik) Lampiran
Catatan/nota

Wacana Akademik Bahasa Melayu 23 Wacana Akademik Bahasa Melayu 24

Glosari/senarai istilah Dengan adanya pembentukan kerangka atau draf penulisan ini sebagai garis

Bibliografi panduan, aktiviti penulisan yang seterusnya ialah fasa pengemaskinian kerangka dari segi

Indeks penambahan fakta dan penyusunan fakta secara logik mengikut kronologi.

Biodata penulis 5.3 Plagiat


Kertas Kerja Projek Ilmiah 1.0 Tajuk
2.0 Rasional Dalam penulisan, penulis tidak boleh mengambil, mengguna dan memetik idea dan

3.0 Objektif/Matlamat perkataan orang lain sebagai perkataan penulis dalam apa jua bentuk tanpa merujuk

4.0 Justifikasi kepada individu yang dirujuk. Secara ringkasnya, plagiat bermaksud menyalin perkataan,

5.0 Perlaksanaan maklumat atau idea orang lain tanpa memberi penghargaan kepada sumber asalnya.

5.1 Jangka masa/Tarikh/Tempat


5.2 Penyertaan/kumpulan
sasaran H. Bandin dan H. Arial (2009), berpendapat penulis karya ilmiah harus menghindarkan diri

5.3 Perasmian dari tindakan kecurangan yang lazim disebut plagiat. Plagiat merupakan tindakan

5.4 Tetamu kehormat kecurangan yang berupa pengambilan tulisan atau pemikira orang lain yang diakui sebagai

6.0 Tentatif Program hasil tulisan atau hasil pemikiran sendiri. Dalam menulis karya ilmiah, rujuk merujuk dan

7.0 Struktur Organisasi kutip mengutip merupakan kegiatan yang tidak dapat dihindari. Kegiatan ini amat dianjurkan.

7.1 Jawatan kuasa induk Kerana perujukan dan pengutipan akan membantu perkembangan ilmu. Menurut Mckenzie

7.2 Jawatankuasa pelaksana J. (2013), pula plagiarisme ialah penggunaan idea atau hasil kerja orang lain tanpa memberi

7.3 Jawatankuasa kerja penghargaan dalam akademik. Plagiarisme selalunya tidak sengaja dan boleh dihindari

8.0 Kewangan melalui tabiat kerja yang teliti. Sama ada sedar atau tidak sengaja, plagiarisme telah

9.0 Hasil pembelajaran insaniah diperakui sebagai satu kesalahan akademik yang serius.

10.0 penutup
Berikut ialah beberapa contoh plagiarisme yang diberikan oleh Mckenzie J. (2013):
Laporan Pengenalan
a. Tugas menyediakan laporan 1. Melakukan kesalahan dengan menggambarkan hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja
sendiri:
b. Tujuan
c. Skop  Menyalin terus dari hasil kerja penulis lain atau sebuah artikel dari satu jurnal atau
d. Batasan laman web.
e. Latar belakang sejarah  Menggunakan mana-mana bahagian tulisan yang telah disemak ke dalam tugasan
f. Sumber dan kaedah baharu sama ada untuk tenaga pengajar yang sama atau tenaga pengajar yang lain.
mengumpul data  Membeli karangan dari mana-mana syarikat penulisan.
g. Definisi

2. Menyalin mana-mana perenggan tanpa memetik sumber mereka:


Badan laporan
 Memetik bahan tanpa penggunaan tanda petik yang betul (sekalipun sumber
Penutup
dinyatakan).
Bahagian sesudah laporan
 Menggunakan fakta tertentu tanpa ciri-ciri yang sesuai (selain daripada maklumat
yang dikategorikan sebagai 'pengetahuan umum').
Wacana Akademik Bahasa Melayu 25 Wacana Akademik Bahasa Melayu 26

 Menggunakan satu hujah khusus atau logik tanpa memberi penghargaan kepada Kutipan Langsung ialah kutipan sesuatu petikan yang diambil sepenuhnya dari karya
sumber asal. asal tanpa melakukan sebarang perubahan terhadap bahan yang dirujuk.
 Menggunakan graf, gambaran, peta, statistik, gambar, dan lain-lain tanpa nama
sumber yang lengkap dan bersesuaian. b) Teknik Kutipan tidak langsung.

 Menterjemahkan satu kerja daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain tanpa Kutipan Tidak Langsung ialah kutipan sesuatu petikan yang terlebih dahulu diolah

nama sumber lengkap dan bersesuaian. menggunakan perkataan sendiri sehingga tiada persamaan dengan bahan yang
dirujuk. Penulis hanya menggunakan idea pengarang karya asal sebagai isi dalam
3. Memparafrasa. penulisannya.
 Memparafrasa atau meringkaskan maklumat dari satu sumber tanpa pengiktirafan
yang bersesuaian. c) Parafrasa
 Menulis semula satu bahagian tetapi tidak menulis dalam kaedah yang berbeza Parafrasa ialah pengungkapan kembali sesuatu idea atau penulisan dengan cara lain
dengan yang asal (sekalipun sumber dinyatakan) dalam bahasa yang sama, tanpa mengubah maknanya. Parafrasa masih
menekankan konsep asal idea dengan memberi penekanan yang agak berlainan
terhadap bahan yang dirujuk.
5.3.1 Penalti untuk plagiat.
d) Meringkaskan atau merumuskan maklumat dari pembacaan.
Plagiat merupakan pelanggaran akta akademik yang serius. Ia boleh menyebabkan
Meringkas atau merumuskan maklumat adalah satu teknik yang digunakan penulis
penulis dikenakan tindakan seperti di bawah:
bagi menyimpulkan semua bahan yang dibaca mengikut apa-apa yang difahaminya
a) digagalkan dalam tugasan sama ada penulisan esei, kertas projek, tesis atau secara mudah dan ringkas. Teknik ini mengelakkan penggunaan kata mubazir dari
kursus. idea yang sama dalam sesuatu petikan yang dihuraikan secara ekstensif. Malahan,
b) digantung satu semester atau satu sesi akademik. teknik ini juga dapat menyimpulkan pandangan beberapa sarjana yang hampir sama
c) digugurkan dari universiti. ideanya dalam satu perenggan sahaja.
d) ditarik kembali kelayakan akademik.

5.3.2 Teknik untuk menggunakan maklumat

Penulis perlu mengetahui teknik untuk memasukkan maklumat yang penulis ambil
Kesimpulan
dari orang lain dalam tugasan supaya perkataan yang dipetik tidak dianggap sebagai
Akhir kata, bab pengenalan Bahasa Melayu Ilmiah dan Bahasa Melayu Bukan Ilmiah ini
plagiat. Menurut H. Bahdin dan H. Arial (2005), dalam menggunakan bahan dari
membuka perspektif penulis untuk mendalami secara asas tentang penulisan. Topik yang
suatu sumber, penulis wajib meminta izin kepada pemilik bahan tersebut. Permintaan
membicarakan tujuan penulis menulis dan penggunaan retorik dalam penulisan memberikan
izin dilakukan secara bertulis. Jika pemilik bahan tidak dapat dijangkau, penulis harus
matlamat dan objektif kepada penulis tentang gambaran awal berkaitan isu yang ingin
menyebutkan sumbernya dengan menjelaskan apakah bahan tersebut diambil
dibincangkan. Objektif dan matlamat ini pula perlu digarap tentang faktor yang
secara utuh, diambil sebahagian, dimodifikasi, atau dikembangkan. Antara teknik
mempengaruhi penulis dalam menghasilkan penulisan yang baik, mantap, matang dan
yang penulis boleh gunakan ialah:
bermutu. Seterusnya penulis diberi penekanan tentang ciri-ciri dan jenis penulisan agar

a) Teknik kutipan langsung. dapat memandu penulis dalam mengetengahkan topik dalam konteks yang ingin
disampaikan.

Wacana Akademik Bahasa Melayu 27 Wacana Akademik Bahasa Melayu 28

Malahan, penulis juga didedahkan dengan format dan prosedur penulisan agar penulisan
dapat diperincikan dan lebih bersistematik. Ia dapat memberi garis panduan kepada penulis
dalam mengungkapkan topik dalam perancangan yang lebih teratur untuk melihat
kesinambungan isi diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Rujukan Tambahan

Asmah Haji Omar. (2009). Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan.(Edisi kedua).
Selangor : Dawama Sdn. Bhd.
H.Bahdin Nur Tanjung dan H.Arial. (2005), Pedoman penulisan karya ilmiah (proposal,
skripsi, dan tesis) dan mempersiapkan diri menjadi penulis artikel ilmiah. Indonesia :
Kencana Prenada Media Group.
Karen Kow Yip Cheng. (t.t). How To Avoid Plagiarism A Handbook For Postgraduate
Students. Kuala Lumpur : Fakulti Bahasa Dan Linguistik, Universiti Malaya.
Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
McKenzie. J. (2013). What is plagiarism? Canada : Simon Frazer University Library.
Mohd. Azhar Abd. Hamid, Halimah Ma’alip, Mohd. Sofri Ibrahim, Paimah Atoma, Sanitah
Mohd. Yusof, Yusof Boon, et. al. (2001). Pengenalan kepada penulisan ilmiah. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Roosfa Hashim. (2011). Daripada tesis kepada buku. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sivachandralingam, Sundara Raja. (2001). Pemikiran dan penulisan ilmiah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai