Anda di halaman 1dari 2

1. Terangkan maksud psikologi dari pelbagai?

- Psikologi diambil dari perkataan Greek iaitu psyche (jiwa) dan logos (ilmu). Dari segi
bahasa ianya diketahui sebagai sebuah ilmu tentang jiwa. Dari segi istilah, psikologi
merupakan satu bidang ilmu atau sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental
manusia. Terdapat pendapat lain mentakrifkan psikologi adalah pendekatan saintifik untuk
memahami tingkah laku manusia dan haiwan.
- Namun demikian, harus diketahui ilmu ini mempunyai beberapa bidang utama (field) atau
major schools of thought. Oleh yang demikian, setiap bidang ini mempunyai takrifan yang
berbeza mengenai psikologi dan didefinisikan mengikut perspektif dalam bidang masing-
masing.
- Antara bidang-bidangnya adalah seperti :
1. Biologikal
2. Tingkah laku/Behavioral (John B. Watson)
3. Kognitif (Jean Piaget)
4. Sosial
5. Psikoanalisis (Sigmund Freud)
6. Kemanusiaan/humanistik (Abraham Maslow)
- **cara nak cari definisi-definisi ni just tulis je kat google (Sigmund freud psychology
definition pdf atau psychology definition in humanistic perspective pdf)
2. Bincangkan perbezaan antara psikologi pra-saintifik dan saintifik
- Psikologi pra-saintifik : bermula dari zaman Plato dan Aristotle (384 S.M – 322 S.M). Di
mana mereka yang mula-mula mengkaji dan memberikan penjelasan mengenai jiwa
manusia tetapi mereka tidak menjadikannya sebagai satu ilmu.
- Lepas tu Rene Descartes (1596-1650), masa ni psikologi masih dianggap sebagai falsafah
je.
- Psikologi Saintitik : Aku tak pasti mula pada siapa Weber & Fechner atau Wilhem Wundt.
Tapi yang aku diajar dulu Wilhem Wundt lah kot rasanya bapa psikologi moden ni. Tu
akak ipar ko kena study la.
3. Bincangkan bagaimana psikologi sebagai suatu subjek sains bermanfaat kepada
bidang kajian manusia yang lain?
- First kena explain psikologi ni salah satu cabang dalam bidang sains sosial.
- Antara bidang sains sosial yang lain seperti sosiologi dan antropologi.
- Jadi apa yang boleh diringkaskan bila sesebuah kajian manusia yang lain itu dijalankan
bidang psikologi akan mendatangkan manfaat dari segi memberi penjelasan dari aspek
individu seperti proses mental manusia, emosi, personaliti, tingkah laku dan sebagainya
yang berkaitan dengan individu.
- Sebab tak semua kajian manusia yang lain tekankan aspek individu (psikologi). Misalnya,
bidang kerja sosial. Bidang ni tekankan interaksi individu dengan persekitaran. Jadi secara
tidak langsung, perspektif psikologi amat diperlukan dalam kajian kerja sosial.

Anda mungkin juga menyukai