Anda di halaman 1dari 2

2.

1 KERANGKA TEORITIKAL

Secara umumnya, pada bahagian ini akan dibincangkan mengenai kerangka teoritikal yang
menjadi panduan sepanjang kajian dijalankan. Beberapa teori/model/pendekatan akan
digabungkan dalam kajian ini agar ianya dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang
komprehensif.

2.1.1 Pendekatan Person in Situation

Memandangkan kajian ini dijalankan dalam konteks bidang kerja sosial maka pendekatan
person in situation (PIS) atau person in environment (PIE) akan diterapkan sepanjang
proses memahami fenomena atau situasi yang berlaku terhadap aspek peluang pekerjaan
dan situasi di tempat kerja buat OKUP di Malaysia. Konsep asas pendekatan ini
menekankan kepada asas permulaan kerja sosial dan fokus terhadap perkhidmatan bantu-
tolong ke atas individu dan mewujudkan perubahan sosial (Cornell 2006). Hal ini
bertepatan dengan objektif kajian yang ingin mewujudkan perubahan sosial kepada OKUP
di Malaysia dengan mencadangkan dan membina model sokongan pekerjaan atas prinsip
perkhidmatan bantu-tolong. Tambahan, pendekatan PIS atau PIE ini mula diperkenalkan
di atas kesedaran terhadap aspek politik, sosial dan ekonomi yang sering menjadi
pendebatan dalam kalangan pekerja sosial (Cornell 2006). Oleh yang demikian, bagi
membantu OKUP di Malaysia keluar dari dilema pekerjaan mereka aspek-aspek ini akan
ditekankan dalam kajian ini. Sebagai contoh, kajian ini dijangkakan mampu untuk
menyumbang terhadap pembentukan polisi baharu atau penambah baikan ke atasnya
(politik), menggalakkan penglibatan aktif OKUP dalam masyarakat melalui pekerjaan
(sosial) dan penjanaan pendapatan buat OKUP di Malaysia (ekonomi).

2.1.2 Model Sosial Ketidakupayaan / The Social Model of Disability

Kajian ini turut menggunakan model sosial ketidakupayaan (social model of disability)
sebagai salah satu kerangka teoritikal utama kajian. The Union of the Physically Impaired
against Segregation (UPIAS) yang berpusat di UK pada tahun 1976 dianggap sebagai
perintis terhadap transformasi pemahaman mengenai konsep ketidakupayaan dalam
karyanya yang dikenali sebagai The Fundamental Principles of Disability (Campbell &
Oliver 1996).

Model ini melihat ketidakupayaan sebagai suatu keadaan yang terhasil daripada
persekitaran sosial bukannya dari faktor tubuh badan dan mereka mengalami
ketidakupayaan akibat daripada kegagalan persekitaran sosial menyediakan keperluan
khusus dari sudut fizikal dan mental (Oliver 1990). Di samping itu, UN dalam perenggan
pertama CRPD menerangkan bahawa ketidakupayaan merupakan interaksi antara OKU
dan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penglibatan golongan secara penuh
dan efektif dalam masyarakat (United Nations 2006). Antara contoh-contoh halangan yang
berlaku dari persekitaran sosial dan sikap adalah seperti di Rajah 2.1.

Anda mungkin juga menyukai