Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Konsep Falsafah Islam falsafah Islam berkembang di negara Islam dan di bawah naungan Negara Islam..hasil penikiran ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekeuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam premis pemikiran logic dan sistematik. (Sheikh Mustafa Abd. Al- Razak)

Pengertian Falsafah Islam 1. Al-Kindi (805-873 A.D) Falsafah Islam mempunyai tiga aspek a) Ilmu fizik-berasaskan benda b) Ilmu Matematik-ilmu hitung dan astronomi c) Ilmu Ketuhanan-tidak berkaitan dengan benda sama sekali
2. Al-Farabi (874-950 A.D)

Falsafah boleh dilihat dari dua sudut a) Falsafah teori-mengetahui benda yang ada(matematik, fizik) b) Falsafah amalan-mengetahui sesuatu yang seharusnya diwujudkan dalam perbuatan (akhlak)
3. Ibn Sina(Avicenna-980-1037 A.D)

Falsafah dikategorikan kepada: a) Ilmu wahyu dan cara bagaimana wahyu disampaikan

b) Ilmu akhirat-melibatkan hubunagn roh selepas kematian Konsep Pendidikan menurut Islam satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmanisecara bersepadu dan seimbang kea rah pembentukan insane soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Konsep Pendidikan Islam menurut Tokoh Islam 1. Abdul Halim El-Muhammady, 1993: Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu al-Quran dan as-Sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih sertailmuan muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insane yang soleh dan mampu untuk memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawab oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya mengimarahkan ala mini untuk kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat. 2. Abd Halim Hj. Mat Diah, 1989: Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.

Tujuan Pendidikan Islam 1. Mendidik murid supaya berakhlak mulia 2. Mendidik roh supaya halus dan sempurna 3. Mengasuh murid melakukan yang baik, terhormat dan mulia 4. Membiasakan diri murid dengan adab-adab yang mulia

5. Membiasakan murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalanamalan yang mulia Matlamat Pendidikan Islam
1. Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang

berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia kea rah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifahAllah S.W.T yang bertakwa (berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah) 2. Melahirkan insane yang taat kepada Allah S.W.T , hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.

Bidang Pendidikan Islam 1. Al-imaniyah (pendidikan iman) 2. Al-Khuluqiyah (pendidikan akhlak) 3. Al-jismiyah (pendidikan mental) 4. Al-mafsiyah (pendidikan jiwa) 5. Al-ijlimaiyah (pendidikan social) 6. Al-jinisiyah (pendidikan seks)

KUMPULAN 1 MUHAMMAD ADIB BIN MAT AHMAD AFANDI AWANG MUSA SITI NOR ZAHRAH OTHMAN NOR FARAHIYAH MAN NURUL NADIA MAZUKI FARAHWAHEDA MD RODZI

Anda mungkin juga menyukai