Anda di halaman 1dari 5

2.

1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah: 1. mencirikan 2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan 3. menghubungkaitkan 4. membandingkan dan membezakan 5. menyusun mengikut keutamaan 6. menentukan urutan 7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu 8. membezakan fakta (Menurut dalam bukunya, ) dan pendapat (I think, I believe, I feel, In my opinion) 9. menganalisis 10. mengesan kecondongan pendapat 11. mengenalpasti sebab dan akibat 12. meramalkan 13. mensintesiskan 14. mengitlak 15. menganalogikan 16. membuat inferens 17. membuat kesimpulan 18. menginterpretasikan, mentafsirkan 19. menilai 20. menjana idea

21. mereka cipta 22. merumuskan, meringkaskan 23. menyelesaikan masalah 24. membuat keputusan

Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

2.2 Kemahiran Belajar cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah: 1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif 2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan 3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas) 4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas 5. Kemahiran menghasilkan laporan 6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki 7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri, rancangan pembelajaran , pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak. 8. Persediaan menghadapi peperiksaan 9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei 10.Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang 11.Strategi belajar dalam kumpulan

2.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ialtu: 1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CDROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid. 2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri. 3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya. 4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya.

2.4 Kajian Masa Depan. (KMD) Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan), masa kini (menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

2.5 Kecerdasan Pelbagai

Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza merangkumi kecerdasan verballinguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah: 1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa.

2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik. 3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. 4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan. 5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo. 6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. 7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan. 8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya.

Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka.

2.6 Pembelajaran Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran konstruktivisme berasaskan format 5E yang berikut: 1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat. 2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen. 3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta bukti dan alasan dan penjelasan. 4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan meneliti

hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar. 5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka. Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih tajam, yakin dan seronok untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.

2.7 Pembelajaran Kontekstual

Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah: 1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai. 2. berpusatkan murid 3. menekankan pembelajaran secara konkrit 4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir 5. menekankan interaksi 6. pembelajaran koperatif 7. akses kepada maklumat Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dengan kehidupan mereka.

Anda mungkin juga menyukai