Anda di halaman 1dari 42

PENDEKATAN

PEMBELAJARAN
BAHASA

HANI SAKINAH
ROHALIZA
AIDI FAIZI
MUHAMMAD
SENARIO/
SITUASIONAL

PERMAINA
AKTIVITI
N

PEMBELAJARAN
BERASASKAN
PEMBELAJARAN
BERASASKAN
AKTIVITI
 Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan.

 Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan


segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan
murid untuk mencapai objektif pelajaran.

 Dengan kata lain, aktiviti mengandungi segala


tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 Aktiviti juga suatu pendekatan utama dalam


pendidikan moden.
M.J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah
berasaskan aktiviti murid.

.Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat


dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang.

Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan


melalui cara praktik.

Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat


pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh
digunakan di sekolah.
CONTOH AKTIVITI

Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-


murid akan dilengkapi dengan satu senarai
kata yang perlu dikuasai.
Bagi memahami perbendaharaan kata
tersebut, murid-murid diberi terjemahan
dalam bahasa ibunda.
Disamping itu, murid-murid juga dilatih
untuk membentuk ayat berdasarkan
peraturan-peraturan nahu yang telah diajar.
Aktiviti membaca merupakan asas untuk
mecerakinkan nahu serta menterjemahkan
bahasa daripada bahasa sasaran kepada
bahasa ibunda ataupun sebaliknya.
Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang
telah diajar serta latihan menulis tentang
bahan-bahan yang telah dibaca dan
diterjemahkan oleh murid-murid.
PEMBELAJARAN
BERASASKAN
SITUASIONAL/
SENARIO
 Mackey(1965), salah seorang penganjur
pendekatan situasi, berpendapat bahawa
pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi
semua unsur kefahaman mendengar serta
penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang
betul dalam pola-pola nada dan intonasi
yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan
kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta
penyusunan unsur-unsur tersebut dengan
betul supaya tergambar makna yang betul.
 Pendekatan situasi yang berlandaskan
teori bahasa struktural dan teori
pembelajaran behaviouris beranggapan
bahawa penguasaan kemahiran lisan
memerlukan seseorang penutur menguasai
beberapa kemahiran kecil bagi
menangkap, mengingat serta menyebut
sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa yang betul.
 Pendekatan in berpendapat bahawa
pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan
prinsip pengajaran berikut:
a) Pengajaran kemahiran lisan
memerlukan usaha guru yang banyak.Tiap2
gerak balas yang betul perlu diteguhkan
supaya gerak balas itu diulangi lagi.
b) Murid-murid tidak boleh bertutur dengan
lancar kalau mereka hanya mendengar
pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri
mereka peluang mereka untuk bertutur.
AKTIVITI PENGAJARAN

Latih tubi

Latihan Dialog/
pandang
dan sebut nyanyian
LATIH TUBI

Latih tubi dijalankan bagi melatih murid


menguasai bahasa, sebutan dan pola yang
digunakan oleh guru.
Mulakan dengan penyebutan guru,
kemudian murid meniru dan mengulangi
sebutan tersebut.
Sekiranya murid masih bermasalah dengan
sebutan tersebut, murid harus ulanginya
lagi.
Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa,
perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi
fonem yang diambil dibahagian dialog
kemudian dibaca oleh murid.
Pasangan perkataan yang mempunyai
perbezaan yang paling kecil tetapi dapat
menghasilkan makna digunakan.
Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari,
malu dengan balu
DIALOG DAN NYANYIAN
Dialog atau perbualan merupakan bahan
yang sering digunakan dalam latihan lisan.
Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi
oleh guru sebelum guru dapat menyuruh
murid meniru dan menghafal dialog.
Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-
murid menguasai kemahiran lisan kerana
menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-
bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada
yang betul.
LATIHAN PANDANG DAN SEBUT
Gambar-gambar boleh digunakan bagi
menghasilkan pertuturan.
Latihan pandang dan sebut merupakan latih
tubi bertutur dengan menggunakan gambar-
gambar yang dimasukkan dalam teks
latihan.
Carta bergambar, bahagian filem dan slaid
juga digunakan.
Semua alat digunakan supaya murid-murid
dapat menghasilkan pertuturan yang baik.
PEMBELAJARAN
BERASASKAN
PERMAINAN
Permainan adalah satu jenis aktiviti yang menarik
dan memikat.
Guru-guru boleh menggunakan permainan sebagai
satu pendekatan mengajar yang positif. Bermain
biasanya bersifat komunikatif dan menghiburkan.
Murid-murid belajar lebih banyak melalui aktiviti
kerana permainan memberi lebih banyak peluang
untuk melibatkan diri dalam proses komunikasi.
Bagi guru-guru disekolah, permainan merupakan
alat yang amat penting kerana ia boleh digunakan
apabila kanak-kanak berhadapan dengan konsep-
konsep dan kemahiran yang memerlukan
konsolidasi dan peneguhan.
 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam
mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
 Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan
intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai
alat dianogstik.
 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
 Permainan dapat menimbulkan situasi
pembelajaran yang menggembirakan murid.
Guru dapat memupuk semangat bersaing
di antara murid-murid.
Dapat menanamkan semangat kerjasama
antara ahli kumpulan.
Guru dapat melatih murid-murid untuk
mengaktifkan kecekapan bahasa mereka
serta mengembangkan penguasaan
keempat-empat kemahiran bahasa.
 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang
bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini
diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu :

1. Merangsang interaksi verbal pelajar


2. Menambah kefasihan dan keyakinan
3. Menyediakan konteks pembelajaran
4. Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan
5. Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan
dan penggayaan
TUJUAN TEKNIK PERMAINAN
 Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa
yang selesa dan menggembirakan
 Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa
sebagai alat perantaraan semasa bermain
 Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa
tertentu tanpa disedari oleh murid-murid
 Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi
membolehkan murid berinteraksi dengan rakan
sebaya mereka.
 Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi
menjayakan sesuatu tugas yang diberi.
Memberi motivasi.
Murid-murid biasanya mahu melibatkan
diri secara aktif dan tidak hanya bertindak
sebagai penonton. Motivasi mereka akan
dapat dipertingkatkan sekiranya mereka
melihat hubungan, bagaimana aktiviti-
aktiviti kelas mereka boleh digunakan
diluar, terutama yang melibatkan
kehidupan mereka seharian.
 Menggalakkan interaksi.
Peluang-peluang menggunakan tenaga dan
kebolehan berkomunikasi adalah bahagian-
bahagian yang berhubung rapat dalam
pengalaman berbahasa. Perkara yang lebih
penting ialah kesan dari pada hubungan rakan-
rakan sebaya. Kerjasama
 Kerjasama
Adalah elemen penting dalam permainan. Ahli-ahli
sesebuah kumpulan bekerjasama sesama sendiri
untuk memastikan kumpulan mereka berjaya. Oleh
itu, permainan boleh mewujudkan naluri semulajadi
manusia untuk bekerjasama.
Pertandingan.
Permainan memberi peluang kepada
murid-murid bertanding sesama
sendiri. Permainan boleh melibatkan
peserta, masa, kebolehan tertentu,
kecemerlangan dan matlamat-
matlamat tertentu. Permainan
mewujudkan kecenderungan untuk
bertanding dan menyalurkannya untuk
tujuan-tujuan pembelajaran.
Pembelajaran secara semulajadi
Permainan-permainan yang berbentuk
komunikatif membenarkan pembelajaran
secara komunikatif. Banyak aspek
pembelajaran bahasa berlaku hanya
melalui proses yang semulajad iapabila
seseorang itu terlibat dengan
penggunaan bahasa untuk
berkomunikasi.
TUJUAN PERMAINAN KOMUNIKATIF

Untuk memerangsangkan interaksi verbal


murid-murid.Dalam permainan, murid-murid
digalakkan bercakap untuk membolehkan
mereka menyuarakan pendapat dan
menyatakan pandangan mereka. Guru
sebagai fasilitator akan mewujudkan
pembelajaran yang “berpusatkan murid”.
Peranan guru ialah menggalakkan interaksi
dan mengawal keadaan kelas dari segi
ketenteraman dan displin.
Untuk menambahkan kelancaran dan
keyakinan.
Permainan boleh digunakan sebagai satu
cara untuk menambah dan
mempertingkatkan kelancaran dan
keyakinan murid-murid. Fungsi bahasa
boleh dilaksanakan melalui aras linguistik
yang berbeza-beza. Ini membolehkan
permainan yang mengandungi arahan-
arahan dapat dilaksanakan pada semua
peringkat mengikut kadar kefasihan dan
kelancaran serta pengetahuan murid
terhadap bahasa tersebut.
Untuk mewujudkan konteks pembelajaran.
Permainan menyediakan peluang-peluang
perhubungan yang positif untuk
berkembang, bukan sahaja diantara murid-
murid bahkan juga diantara guru dan murid.
Perhubungan yang mesra membantu
mengharmonikan kelas, membentuk
perhubungan mesra sesama mereka.
Untuk bertindak sebagai alat bagi mengatasi
kebosanan pada saat-saat kritikal.
Pada saat-saat kritikal seperti waktu hampir-
hampir tiba masa makan tengah hari, murid-
murid merasa letih dan biasanya mereka
akan bosan, mengantuk dan lapar.
Permainan dapat menciptakan satu bentuk
komunikasi secara semulajadi untuk
menemui keperluan murid-murid. Contoh:
permainan berdasarkan justifikasi
perbalahan.
PRINSIP-PRINSIP BERMAIN

Permainan yang dipilih untuk sesuatu sesi


pengajaran dan pembelajaran hendaklah dapat
memenuhi keperluan psikologi murid-murid
iaitu sesuai dengan umur, minat, kebolehan
mental dan pengalaman murid-murid.
Guru harus peka dengan objektif permainan
yang hendak dijalankan Sebaik-baiknya
permainan yang telah dipilih itu dapat
memenuhi tujuan dan matlamat pengajaran
hari itu.
Setiap permainan yang dipilih harus dapat
memberi sumbangan yang besar terhadap
peningkatan tahap berbahasa dan
pengetahuan atau kemahiran yang hendak
dikuasai.
Sebelum permainan itu dijalankan, guru perlu
merancangkannya terlebih dahulu, iaitu
bagaimana hendak melaksanakannya, alat-
alat yang diperlukan, ganjaran-ganjaran yang
perlu disediakan, ruang untuk menjalankan
gerak kerja tersebut, penglibatan murid dan
sebagainya.
Penerangan tentang peraturan-peraturan
dan syarat-syarat permainan mestilah
dijelaskan terlebih dahulu sebelum
pelajaran dapat dijalankan.
Semasa aktiviti permainan dijalankan,
guru hendaklah membimbing murid-murid.
Di bahagian akhir aktiviti, guru bolehlah
bincangkan kesalahan-kesalahan yang
berlaku. Guru juga boleh menyemak
jawapan murid atau membincangkan
perjalanan permainan tersebut.
Guru hendaklah memastikan permainan
tersebut mempunyai penutup.
Permainan harus difokuskan kepada
sesuatu kemahiran atau pengetahuan.
LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI
Guru harus menerangkan terlebih dahulu
permainan yang akan dimainkan. Murid-
murid harus tahu apakah yang akan
dikaitkan oleh permainan itu.
Sekiranya permainan itu memerlukan
penerangan dan penjelasan, guru harus
menyediakan kad-kad atau salinan foto.
Edarkan salinan foto ini kepada murid-murid
dan beri mereka sedikit masa untuk
mempelajarinya.
Guru kemudian menunjukkan cara
bagaimana permainan itu dapat
dilaksanakan. Gunakan seorang murid
atau sekumpulan murid dan lakukan
demonstrasi dihadapan kelas. Dengan
cara ini, idea bagi permainan tersebut
adalah lebih mudah dikuasai melalui
salinan foto yang dibekalkan, dan
penerangan secara verbal tidak dapat
membantu pemahaman murid secara
berkesan.
Permainan hendaklah digunakan
mengikut peringkat dalam pelajaran.
Ia harus berfaedah dan menyumbang
sesuatu bagi mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran yang
hendak dipelajari dan dikuasai.
Kelas boleh dikendalikan secara
berpasangan atau berkumpulan.
Permainan secara individu boleh juga
dijalankan untuk mempertingkatkan
kemahiran murid-murid
CONTOH PERMAINAN
Permainan yang berasaskan
pemerhatian atau ingatan.
Permainan yang berasaskan huraian
atau meneka.
Permainan yang berasaskan interaksi
kumpulan atau antara individu
Permainan kad
Permainan dam
Contoh-contoh permainan bahasa
Nama permainan: Mendengar dan
membuat.
Tujuan: supaya murid-murid boleh
mendengar dengan betul dan mengikut
arahan.
Bahan: struktur ayat: Pegang hidung kamu,
sentuh tangan kamu dan lain-lain.
 Cara bermain : kelas
 Langkah-langkah: Guru memberi arahan seperti:
 1- Bongkokkan badan kamu
 2- Angkat tangan kamu
 3- Pusingkan badan kamu.
 Murid-murid membuat arahan itu sambil berkata
“ Saya bongkokkan badan saya” “ saya angkat
tangan saya” dan lain-lain. Jika terdapat
perbuatan yang salah, maka murid itu tidak
dapat markah, kalau betul dapat markah.
RUJUKAN

 http://www.scribd.com/doc/21963760/Nota-
Kaedah-Dan-Teknik-Pengajaran-Bahasa
TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai