Anda di halaman 1dari 29

Disediakan oleh PISMP RBT B Sem 5 Ambilan Jan 2013 Ahmad Safuan B Zakaria Nur Azzati Bt Manap Nurul

Husna Bt Sahidan Siti Hajar Bt Md Seliman @ Mohd Su

Apakah definisi kaedah ?

Definisi kaedah
Satu siri tindakan yang sistematik dengan

tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.

Defini kaedah mengajar


Cara mendekati sesuatu objektif pelajaran

dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992)

Kaedah yang sesuai bagi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.


Kaedah terus 2. Kaedah fonetik/ linguistik 3. Kaedah eklektik 4. Kaedah audio-lingual 5. Kaedah komunikatif
1.

Bagaimanakah cara penggunanaan kaedah terus?


Digunakan untuk kuasai bahasa pertama secara semulajadi. Belajar secara terus (guna bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda). Diajar dengan cara menggunakan perkataan yang diguna seharian.

Contoh pengajaran

Perkataan konkrit - sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu. Perkataan abstrak - sayang pula diterangkan menggunakan perkataan yang diketahui oleh muridmurid (ibu bapa dan keluarga). Pengajaran topik baru berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan antara dua topik. Contoh:
Ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata

nama berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.

Contoh ayat :
Saya minum (ayat sebelumnya) Saya minum susu (ayat baru)

Apakan kebaikan menggunakan kaedah terus?


Murid-murid lebih memahami maksud sesuatu

perkara yang disampaikan dengan adanya benda maujud (sebenar) Murid-murid dapat menguasai kemahiran berbahasa lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul Murid-murid dapat dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar kerana kaedah ini tidak menggunakan terjemahan

Apakah kelemahan yang terdapat dalam kaedah terus?


Murid-murid tidak dapat menulis dengan betul

kerana kaedah ini lebih mengutamakan lisan Hasil tulisan murid lebih kepada struktur-struktur natif (ibunda)yang disalut dengan perbendaharaan kata asing kerana muridmurid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.

Bagaimanakah cara penggunaan kaedah fonetik/fonologi Pengajaran bermula dengan latihan pendengaran
dan diikuti dengan latihan penyebutan.
i. ii. iii. iv. v.

Latihan penyebutan : Penyebutan bunyi Perkataan Frasa Ayat-ayat.

Ayat-ayat yang dibina digabungkan menjadi dialog dan cerita. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif ( umum kepada khusus)
Contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan

kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan.

Apakah tujuan penggunaan kaedah linguistik dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
Murid dapat menggunakan bahasa yang diketahuinya. Murid dapat menerangkan tentang nahu yang terdapat dalam tatabahasa. Menghasilkan murid yang memahami serta bertutur dalam bahasa sasaran dengan sebutan yang baik

Apakah susunan kemahiran bahasa dalam menggunanakan kaedah elektik/aktif

Susunan kemahiran dalam perlaksanaan kaedah elektik/aktif:


1. 2. 3.

Bertutur Menulis Memahami dan membaca.

Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi secara deduktif ataupun induktif. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.

Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah audio-lingual?


Gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Mementingkan penggunaan bahan bantu belajar alat-alat audio seperti

Radio Pita rakaman

Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi:


Haiwan Senikata lagu Nyanyian Sajak

Murid akan mendengar, dan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Ingatan dapat diperkukuhkan dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan

Apakah kelebihan menggunakan kaedah audio-lingual?


Murid akan mendengar dengan teliti apa yang

disampaikan Murid boleh bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul Murid memberi perhatian sepenuhnya kerana khusuk mendengar cerita dan soalan yang dikemukakan

Kelemahan yang terdapat dalam kaedah audio-lingual :


Makna sukar difahami bagi murid yang tridak

memberikan perhatian Kelas pembelajaran tidak dapat dikawal jika sesuatu cerita atau topik yang disampaikan tidak menarik Murid yang tidak memahami topik pelajaran akan menjadi bosan

Apakah proses yang terlibat dalam kaedah komunikatif ?


proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan

kognitif dan interaksi bahasa.

Titik berat pengajaran kecekapan bahasa- tatabahasa dan kecekapan komunikatif (kemahiran mendengar dan bertutur.) Apakah yang perlu murid kuasai ?
Murid perlu kuasai makna terlebih dahulu sebelum dapat

menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.

Senaraikan aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif :


Penyelesaian masalah Perbincangan Dialog Sumbang saran Wawancara

Tugasan berkumpulan

Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur yang sesuai bagi setiap kaedah.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik pengajaran?


Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan pengajaran. Teknik ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang.

Apakah teknik yang sesuai untuk pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur?
Teknik soal jawab 2. Teknik main peranan 3. Teknik lakonan/drama 4. Teknik permainan bahasa 5. Teknik hafazan 6. Teknik latih tubi 7. Teknik perbincangan 8. Teknik penyelesaian masalah
1.

Apakah kepentingan teknik pengajaran secara soal jawab?


Mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya. Tujuan utama teknik soal jawab :
untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif,

logik dan kritis untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Apakah yang dimaksudkan dengan main peranan?


Melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang

dianggap penting. Seperti satu bentuk drama yang tidak perlu penghafalan skrip.

Bagaimanakah teknik main peranan dilaksanakan?


1. 2. 3.

4.

5.

6.

Murid cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, muridmurid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.

Apakah tujuan teknik lakonan atau drama?


Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-

murid menggunakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Apakah perbezaan antara teknik lakonan/drama dengan main peranan ?

Murid berlakon berdasarkan skrip

Permainan bahasa

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik permainan bahasa?


mempelajari bahasa melalui permainan.

Apakah yang bakal murid peroleh daripada penglibatan dalam permainan bahasa ?
Beri peluang kepada murid-murid bagi memperoleh latihan intensif,

pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik).

Apakah kelebihan teknik permainan bahasa?


Dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan

keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.

Contoh jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu :
Permainan menyampaikan pesanan Permainan tekalah saya Permainan memerhati dan mengingat

Hafazan

Bagaimanakah teknik hafazan dapat diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur?
Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan

latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. latih tubi - guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala muridmurid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal.

Apakah tindakan lanjutan dalam melaksanakan teknik hafazan ?


Tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat

contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan.

Latih tubi

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik latih tubi ?


Aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari.

Mengapakan teknik latih tubi dijalankan ?


Mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin

ketekalannya. mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Murid mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu.

Apakah aspek yang ditekankan dalam teknik latih tubi ?


Tatabahasa (grammar) Perbendaharaan kata (vocabulary) Kefasihan (fluency) Kefahaman (comprehension)

Perbincangan

Jelaskan definisi perbincangan ?


Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas

pendapat tentang sesuatu tajuk. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru.

Apakah tujuan teknik perbincangan ?


Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan

pendapat dengan bernas.

Bagaimanakah cara menjalankan teknik ini :


1. 2. 3.

4.

Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua. Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah. Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

Menyelesai masalah

Apakah yang perlu murid lakukan ?


Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori

yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

Apakah aktiviti yang terlibat dalam teknik menyelesai masalah ??


Aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri

masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian.

Apakah prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik menyelesai masalah?
1. 2. 3. 4. 5.

Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan. Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka. Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu. Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu.

Tugasan berkumpulan

Rancang aktiviti yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur yang sesuai dengan mengaplikasikan teknik-teknik diatas.

Kesimpulan

Kaedah adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan sistematik sebelum melaksanakannya dalam sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran. Perancangan guru bagi mengajar kemahiran Teknik pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan situasisituasi yang tertentu. Satu prosedur yang melibatkan guru dan murid dalam proses p&p kemahiran mendengar dan bertutur.

Anda mungkin juga menyukai