Anda di halaman 1dari 16

0

MINIMUM SKOR 5 (MS5)


STANDARD 4:
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN








1

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.1: Penglibatan Murid
Kriteria Kritikal: Penglibatan Aktif Murid Membolehkan Berlakunya Pembelajaran Berkesan.


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN
1 Hampir keseluruhan (80-89%) murid saya terlibat secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah
pencapaian objektif seperti perbincangan/memberi respons
terhadap soalan saya/membuat catatan/kerja amali/memberi
gerakan fizikal/arahan guru



2 Hampir keseluruhan murid saya berinteraksi secara aktif
dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/murid dengan
guru/murid dengan bahan



3 Hampir keseluruhan murid saya memberi tumpuan terhadap
pelajaran sepanjang waktu pembelajaran




Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan
terbaik yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pembelajaran murid. Contohnya: Keseluruhan murid (90-100%)
murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/murid dengan guru/murid dengan bahan.
2

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.2: Penguasaan Pembelajaran Murid
Kriteria Kritikal: Penguasaan Pembelajaran Murid Selaras Dengan Objektif Yang Ditetapkan.


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN
1 Hampir keseluruhan (80-89%) murid saya dapat memberi
respons dengan tepat terhadap arahan/soalan saya



2 Murid saya memberi pandangan/idea yang sesuai atau
mengemukakan soalan untuk mendapatkan maklumat
tambahan berkaitan tajuk pelajaran



3 Hampir keseluruhan murid saya dapat mencapai objektif
pembelajaran




Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pembelajaran murid. Contohnya: Keseluruhan murid (90-100%) murid
saya dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan saya
3


STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.3: Hasil Kerja Murid
Kriteria Kritikal: Hasil Kerja Murid Yang Berkualiti Dapat Mengukuhkan Pembelajaran


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN
1 Hampir keseluruhan murid saya menghasilkan tugasan atau
latihan (evidens) dengan kemas, mematuhi format dan
prosedur

2 Hampir keseluruhan murid saya menyiapkan tugasan atau
latihan (evidens) yang diberikan


3 Hampir keseluruhan murid saya berjaya melaksanakan
tugasan atau latihan (evidens) dengan betul


4 Hampir keseluruhan murid saya melakukan pembetulan bagi
tugasan atau latihan (evidens) secara konsisten



Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pembelajaran murid. Contohnya: Keseluruhan murid (90-100%) murid
saya dapat menghasilkan tugasan atau latihan (evidens) dengan kemas, mematuhi format dan prosedur/menyiapkan semua
tugasan atau latihan yang diberikan/melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan (evidens) secara konsisten.
4

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.4: Perancangan Dan Persediaan Guru
Kriteria Kritikal: Perancangan Dan Persediaan Yang Rapi Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran.


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN

1
Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) saya
meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan
dan huraian sukatan pelajaran (HSP)/Dokumen Standard
Kurikulum (DSK) terkini dan sesuai dengan takwim
persekolahan


2
Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) saya
berdasarkan RPT




3
Objektif pelajaran saya dinyatakan dalam bentuk perlakuan,
boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid




4
Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif
pelajaran



5 Peraturan Penskoran PBS disediakan dengan tepat (jika
berkenaan)



5

6 Saya menyediakan sumber pendidikan yang sesuai sebelum
PdP bermula



7

Saya mencatatkan refleksi bagi setiap pelajaran dengan
merujuk objektif pelajaran.




Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pembelajaran murid. Contohnya: Rancangan Pelajaran Harian (RPH) saya
disediakan memenuhi keperluan SPI yang berkuat kuasa dan mempunyai kelebihan seperti langkah-langkah pengajaran yang
terperinci, sumber pendidikan yang sesuai, unsur Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang jelas, dan bahan penilaian mengikut
kebolehan murid.









6

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.5: Kaedah Penyampaian
Kriteria Kritikal: Kaedah Penyampaian Yang Sesuai Meningkatkan Pencapaian Objektif Pelajaran.


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN

1
Saya mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid


2
Kaedah pengajaran saya sesuai dengan keperluan murid


3
Kaedah pengajaran saya sesuai dengan keupayaan murid

4 Saya mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas
(berasaskan pengetahuan dan pengalaman murid, mudah
kepada kompleks)

5 Saya mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas
(berasaskan pengetahuan dan pengalaman murid, konkrit
kepada abstrak)


6
Aktiviti PdP yang dilaksanakan oleh saya menarik dan menjurus
kepada pencapaian objektif



7

7 Aktiviti pemulihan/pengayaan/pengukuhan saya dilaksanakan
dengan berkesan



8 Aktiviti PdP saya memupuk nilai dalam kalangan murid



9 Saya menyampaikan pelajaran dengan luwes mengikut situasi



10 Masa pelajaran saya digunakan secara optimum




Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya: Aktiviti PdP saya memberi peluang murid
berfikir aras tinggi dengan menggunakan soalan aras tinggi/peta pemikiran/peta minda.






8

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.6: Kemahiran Komunikasi
Kriteria Kritikal: Komunikasi Berkesan Memudahkan Pemahaman Dan Menggalakkan Pembelajaran Murid.


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN

1
Saya berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul


2
Saya berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang mudah
difahami


3
Saya berkomunikasi dengan menggunakan sebutan yang jelas dan
tepat

4 Saya berkomunikasi dengan menggunakan nada suara yang sesuai



5
Saya berkemahiran mendengar dan memberi respons kepada
soalan murid secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan

6 Saya memotivasikan murid saya dengan memberi pujian atau
galakan.

Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:
Komunikasi saya (lisan dan bukan lisan) yang berkesan dapat menarik minat murid untuk menumpukan perhatian sepenuhnya
dalam PdP.
9

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.7: Penggunaan Sumber Pendidikan
Kriteria Kritikal: Penggunaan Sumber Pendidikan Yang Berkesan Membantu Mengukuhkan Pembelajaran Murid.


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN

1
Saya menggunakan sumber pendidikan yang sesuai dengan
tajuk/objektif pelajaran dan tahap keupayaan murid saya




2
Saya menggunakan sumber pendidikan untuk mewujudkan
suasana yang menarik bagi meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran


3
Saya memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul
terhadap sumber pendidikan yang digunakan (jika berkaitan)



4 Saya memberi penekanan kepada aspek keselamatan terhadap
sumber pendidikan yang digunakan (jika berkaitan)




Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya: Saya
memilih/menyediakan sumber pendidikan sumber pendidikan dan memanfaatkan sumber yang ada di persekitaran bagi
mengukuhkan pembelajaran murid.
10

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.8: Pentaksiran
Kriteria Kritikal: Pentaksiran Yang Berterusan Meningkatkan Keberkesanan PdP.


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN

1
Saya menggunakan lebih daripada satu kaedah/instrumen untuk
membuat pentaksiran formatif semasa PdP untuk mengukur dan
mengesan kemajuan murid

2 Saya menggunakan Peraturan Penskoran PBS untuk
memastikan ketepatan pentaksiran murid (jika berkenaan)

3 Saya memberi pelbagai tugasan atau latihan yang mencukupi
berdasarkan ketetapan kurikulum/deskriptor PBS


4
Saya menggunakan maklum balas pentaksiran formatif untuk
tindakan pembetulan dan penambahbaikan segera dalam PdP

5 Hasil kerja murid saya disemak secara konstruktif


6 Hasil kerja murid saya disemak secara konsisten.


Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya: Saya
berjaya memilih kaedah/instrumen pentaksiran yang sesuai dan menggunakannya secara berkesan untuk meningkatkan
pembelajaran murid.
11

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.9: Teknik Penyoalan
Kriteria Kritikal: Teknik Penyoalan Yang Berkesan Meningkatkan Pemahaman Murid


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN
1 Saya menggunakan soalan yang bertepatan dengan dokumen
yang berkaitan dengan PBS, tahap penguasaan murid dan
meliputi pelbagai aras kognitif

2

Saya mengemukakan soalan yang mudah difahami dan
disebarkan ke seluruh kelas.

3

Saya mengemukakan soalan yang bertumpu dan disebarkan ke
seluruh kelas.

4

Saya mengemukakan soalan yang bercapah dan disebarkan ke
seluruh kelas.

5 Saya memberi masa yang mencukupi kepada murid untuk
memikirkan jawapan/respons

6

Saya memberi respons yang sesuai dan positif terhadap jawapan
murid

7

Saya berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid
untuk terlibat dalam PdP

12

Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya: Saya
berjaya memilih teknik penyoalan yang sesuai dan menggunakannya secara terancang untuk meningkatkan pemahaman murid.

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.10: Penguasaan Isi Kandungan
Kriteria Kritikal: Penguasaan Isi Kandungan Yang Mendalam Membolehkan Pelajaran Disampaikan Dengan Yakin, Jelas Dan Tepat.


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN
1 Saya berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif
pelajaran.
PENYEDIAAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN SELARAS DENGAN
TAHAP PENGUASAAN MURID. INI AKAN MENJADIKAN PROSES
PENGAJARAN LEBIH BERSIFAT FOKUS.
2 Saya berjaya menjelaskan konsep/fakta atau memberi jawapan
dengan yakin, jelas dan tepat.
MURID BOLEH MEMBERI MAKLUM BALAS SECARA LISAN
ATAU BERTULIS.
3 Saya menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkan situasi
semasa atau pengalaman murid.
MENGAITKAN ISI PENGAJARAN DENGAN PENGETAHUAN
SEDIA ADA MURID DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya: Saya
mempunyai pengetahuan yang terkini, merentasi kurikulum dan melangkaui keperluan dalam HSP/DS serta berkemahiran
memeringkatkan isi pelajaran mengikut potensi murid.


13

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.11: Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/Makmal/Bengkel/Padang)
Kriteria Kritikal: Pengurusan Kelas Yang Cekap Mewujudkan Suasana Yang Kondusif Untuk Meningkatkan Keberkesanan PdP.


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN
1 Saya memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk
proses PdP
MENYEDIAKAN KEPERLUAN ASAS MURID DALAM KELAS.
CONTOHNYA, MEJA KERUSI YANG MENCUKUPI. MEMASTIKAN
KELAS BERADA DALAM KEADAAN BERSIH DAN CERIA.
2 Saya berjaya mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan
pematuhan peraturan kelas
MEMASTIKAN MURID MENDENGAR ARAHAN GURU. MENEGUR
MURID APABILA MURID MELAKUKAN KESALAHAN.
3 Saya dapat mengawal tingkah laku murid dengan memastikan
murid memberi tumpuan terhadap pelajaran
MENYAMPAIKAN ISI PENGAJARAN DENGAN CARA YANG
MENARIK.
4 Saya menegur salah laku murid (jika berlaku) dengan serta-
merta tanpa menjejaskan maruah mereka
MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK MENYINGGUNG
PERASAAN MURID. MENGGUNAKAN TEGURAN SECARA
POSITIF.
5 Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang
dilaksanakan untuk tujuan pembelajaran
MENGGABUNGKAN MURID YANG MEMPUNYAI PELBAGAI
KECERDASAN DALAM MENJALANKAN AKTIVITI MENGIKUT
KESESUAIAN DAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN.
6 Ruang kelas saya digunakan secara optimum untuk tujuan
pembelajaran
MEMPAMERKAN HASIL KERJA MURID SECARA BERTERUSAN.
Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya: Hasil
kerja murid saya yang berkualiti atau sumber pendidikan yang sesuai dipamerkan di sudut mata pelajaran, dikemas kini, relevan
dengan konsep yang dipelajari dan dimanfaatkan.

14

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Aspek 4.12: Amalan Profesionalisme Keguruan
Kriteria Kritikal: Pematuhan Etika Kerja Dan Amalan Nilai Yang Positif Mewujudkan Keyakinan Dan Kepercayaan Murid Terhadap
Guru


BIL. ITEM

PERNYATAAN ITEM

AMALAN
1

Saya bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam
menyampaikan pelajaran
SENTIASA BERSEDIA MENJALANKAN PDP SERTA MENEPATI
MASA.
2 Saya prihatin terhadap pendidikan murid saya
MEMBUAT PENILAIAN INDIVID SECARA BERTERUSAN.
MELIBATKAN SEMUA MURID DALAM SEMUA AKTIVITI.
3 Saya bersikap adil dan bertimbang rasa terhadap pelbagai
kumpulan kebolehan murid dalam kelas saya
MELIBATKAN MURID DALAM SEMUA AKTIVITI TANPA
MENGIRA KEKURANGAN DAN KELEBIHAN MEREKA.
4 Saya menepati masa
MEMASUKI DAN KELUAR KELAS PADA WAKTU YANG
DITETAPKAN.
5 Saya mesra
SENTIASA MENUNJUKKAN SENYUMAN DALAM KELAS.
6 Saya penyabar
TIDAK MENUNJUKKAN PERASAAN MARAH SEPERTI
MENENGKING MURID DAN SEBAGAINYA. TIDAK MUDAH
MELENTING.
7 Saya mudah didekati
SENTIASA BERSIKAP TERBUKA TERHADAP MURID.
8 Saya berperwatakan positif dan mengamalkan nilai murni yang
boleh dicontohi murid
MEMBERI TAULADAN YANG BAIK DARI SEGALA ASPEK
TERMASUK AKHLAK, ETIKA DAN SEBAGAINYA.
Nota: Untuk mendapat skor 6, semua kekuatan dalam deskripsi ini dipenuhi dan terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:
15

Kesungguhan saya untuk memastikan murid saya menguasai pelajaran sangat menyerlah dan memperlihatkan perlakuan yang
mencerminkan etika keguruan yang tinggi untuk dicontohi oleh guru-guru lain.

Anda mungkin juga menyukai