Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAWAN DESA

MINIT DIALOG PRESTASI


BILANGAN 2/2018

Tarikh : 4 April 2018


Masa : 1.00 tengahari
Tempat : Pusat sumber SK Seri Sekawan Desa
Pengerusi : En. Kassimi bin Hj Ya ( Guru Besar )
Kehadiran : 18/18 orang guru ( Sila rujuk lampiran )
Turut Hadir : Tiada

1. 0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan kesyukuran dan terima kasih atas kehadiran guru yang terlibat.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Dialog Prestasi Bil. 2/2018 kali ini akan memberi fokus
kepada perkara-perkara berikut:
1.3.1 Keberhasilan Program Kokurikulum
1.3.2 Keberhasilan PBD tahun 4,5 dan 6
1.3.3 Keberadaan murid

2.0 PEMBENTANGAN / LAPORAN PRESTASI PROGRAM.


2.1 Keberhasilan Program Kokurikulum
2.1.1 Isu : Pasukan Olahraga sekolah tidak mencapai KPI yang ditetapkan iaitu
sekurang-kurangnya mendapat 4 pingat dalam kejohanan olahraga
MPZ Semerah.

2.1.2 Masalah : Pasukan olahraga sekolah tidak memperolehi sebarang pingat dalam
Kejohanan olaraga MPZ Semerah.

2.1.3 Punca Masalah :

1. Latihan yang dijalankan kurang berkesan untuk menyerlahkan prestasi .


2. Berlatih hanya apabila menjelang sesuatu pertandingan - tidak konsisten
3. Kurang pendedahan sebelum menyertai pertandingan , murid kurang keyakinan
diri.
4. Sukar membuat pemilihan peserta kerana bilangan murid yang sedikit dan terhad
bilangan jantina.

1
2.1.4 Intervensi :

1. Program pencarian bakat perlu dilakukan semasa cuti akhir tahun bagi
mengenalpasti murid yang berpotensi untuk menyertai pasukan olahraga sekolah
2.Mengadakan latihan berperingkat mengikut fasa
2.1 Pendedahan teknik mengikut acara
2.1 Pertandingan peringkat sekolah antara rumah sukan dan kelas.
3. Mengadakan klinik sukan untuk meningkatkan kemahiran dan stamina semasa
Program 1M1S.
4. Latihan pra-kejohanan
Jurulatih /GPKKK

2.1.5 Rumusan

1. Sukan Tahunan diadakan lebih awal untuk melakukan pemilihan murid.


2. Kesemua Program latihan akan dimulakan lebih awal di waktu Pendidikan
Jasmani dan cuti sekolah bulan Disember 2018.

2.2 Keberhasilan Kurikulum


2.2.1 Isu : Peratus menguasai murid dari tahun 1 hingga tahun 6 dalam PBD
(Penilaian Bilik Darjah) Mac 2018 hanya 55.75% iaitu 63 murid
113 murid. Tidak mencapai KPI yang disasarkan iaitu 75%.
(rujuk lampiran)

2.2.2 Masalah : Murid yang gagal dan lulus mata pelajaran tidak sama.

2.2.3 Punca Masalah :

1. Murid banyak terlibat dengan aktiviti ko kurikulum dan sukan.


2. Tidak fokus di dalam kelas setelah penat menjalani latihan ko kurikulum.
3. Pdp guru yang kurang menarik.

2.2.4 Intervensi :
1. Menghadkan tempoh latihan iaitu hanya 1 jam sehari dari pukul 7.30 hingga
8.30 sahaja.
2. Pentadbir melakukan pemantauan dan pencerapan guru secara langsung atau
tidak langsung.
3. Program PLC sesama guru sealiran.

2.2.5 Rumusan
Segala program intervensi yang dirancang perlu dilaksanakan.

2
3.0 Hal-hal lain
1.Tuan Guru Besar meletakkan KPI Pasukan Olahraga pada tahun 2019 dikekalkan iaitu
sekurang-kurangnya 4 pingat.

4.0 Penutup
4.1 Tuan Pengerusi berterima kasih kepada yang hadir dan berharap kesemua program yang
dirancang dapat dilaksanakan.
4.2 Dialog Prestasi ditangguhkan pada 3.00 petang.

Disediakan oleh , Disemak, Disahkan ,

…………………………… ………………………… …………………


( NOORZAHIDAH BINTI ABDUL RAHMAN )
Setiausaha DP 2018,
Sek. Keb. Seri Sekawan Desa

3
Lampiran

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAWAN DESA


ANALISIS PENCAPAIAN KESELURUHAN PELAJAR MENGIKUT KELAS
PBD MAC 2018

Bilangan Calon Mengikut Kategori

Bil. Sekurangnya Bil.Calon Peratus


BIL KELAS GPS Kelas
Calon Semua Menguasai
Daftar A Tidak
Semua
1B 1C 1D 1E 1T hadir ABCD E
E
semua
1 TAHUN 1 13 0 7 6 0 0 0 0 0 13 0 100% 1.65

2 TAHUN 2 21 0 7 2 1 11 0 2 0 10 11 47.62% 2.61

3 TAHUN 3 25 0 1 4 8 12 0 0 0 13 12 52.00% 2.47

4 TAHUN 4 18 0 0 7 1 9 1 2 0 8 9 44.44% 3.31

5 TAHUN 5 17 0 0 6 5 6 0 0 0 11 6 64.71% 3.25

6 TAHUN 6 19 0 0 1 7 11 0 0 0 8 11 42.11% 3.46

JUMLAH 113 0 15 26 22 49 1 4 0 63 49 55.75%

Anda mungkin juga menyukai