Anda di halaman 1dari 13

Kursus Pend Pemulihan

UJIAN SARINGAN

Definisi Ujian Saringan


Ujian Saringan adalah satu alat yang memberi satu pengukuran keseluruhan kelemahan dan kekuatan murid-murid di dalam mata pelajaran

Tujuan Ujian Sarigan


Ujian Saringan adalah satu instrumen yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan mengikuti program pemulihan khas. Ia nya dapat mengenalpasti murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan.

Ciri-Ciri Ujian Saringan


Bahan / Topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberi. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dalam Jadual Penentu Ujian

Ciri-Ciri Ujian Saringan


Bidang yang diuji dicatatkan dalam JPU mengikut aras kemahiran Umum dan pendek Ianya mestilah menunjukkan satu gambaran taraf pencapaian umum kumpulan-kumpulan murid-murid untuk tujuan pemulihan khas. Itemnya dari yang senang kepada susah.

Mentadbir Ujian Saringan


Ujian Saringan perlu dilaksanakan untuk mengesan murid yang perlu mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dijalankan selepas pencalonan diterima daripada guru asas, guru besar, ibu bapa dll. Ujian dijalankan secara individu atau kumpulan kecil dan tidak melebihi 15 orang.

Mentadbir Ujian Saringan


Keputusan Ujian direkodkan ke dalam borang rekod ujian untuk difailkan. Ujian Saringan bergantung kepada kesesuaian markah yang diberi bagi setiap item (100%)

Skor Ujian Saringan


Tahap pencapaian murid bagi ketentuan untuk mengikuti Program Pemulihan Khas bergantung kepada: a. Skor yang lemah b. Jumlah murid yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan c. Ruang yang ada untuk kelas pemulihan / kemudahan fizikal bilik / ruang khas.

Ujian Pelepasan KIA 2M


Program Pemulihan Khas Tahap Satu wajib diteruskan pada TAHUN 2007 khusus untuk pelajar Th2 & Th3. Program ini boleh dilanjutkan kepada murid Tahap II sekiranya masih ada murid yang memerlukannya. Murid yang akan dipilih untuk mengikuti program ini perlu disaringkan terlebih dahulu dengan Ujian Saringan.

Ujian Pelepasan KIA 2M


Sehubungan dengan itu, Yang Berbahagia Dato KPPM melalui Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil 4/2006 pada 13 Oktober 2006 telah memutuskan Ujian Pelepasan II KIA 2M perlu dijalankan kepada semua murid Pemulihan Khas di Tahun 3 hingga Tahun 6 sebagai Ujian Saringan.

Kaedah Pelaksanaan Ujian Pelepasan KIA 2M


Murid Tahun 1 yang gagal mencapai wajaran Ujian Tapisan Pertama KIA 2M pada bulan April akan mengikuti pembelajaran khas KIA 2M sebagaimana yang dirancangkan PPK. Murid ini tidak perlu masuk ke kelas Pemulihan Khas.

Kaedah Pelaksanaan Ujian Pelepasan KIA 2M


Murid Tahun 1 yang gagal mencapai wajaran skor dalam Ujian Tapisan II KIA 2M pada bulan Januari 2007 sebagaimana arahan KPPM. Murid Tahun 3 hingga Tahun 6 akan diberi Ujian Tapisan II KIA 2M pada bulan Januari (8 hingga 24 Januari). Pengujian ini dijalankan oleh Guru Pemulihan Khas dengan dibantu oleh guru kelas. Murid yang gagal mencapai wajaran skor akan masuk ke Kelas Pemulihan Khas.

Kaedah Pelaksanaan Ujian Pelepasan KIA 2M


Murid ini akan diberi Ujian Diagnostik sebelum Program Pemulihan dijalankan. Wajaran skor seperti berikut: - Skor 0 hingga 9 layak dicalonkan untuk program Pendidikan Khas dengan tujukan doktor - Skor 10 hingga 45 layak masuk ke Kelas Pemulihan Khas - Skor 46 ke atas layak belajar di kelas perdana

Anda mungkin juga menyukai