Anda di halaman 1dari 5

Commonwealth Association for Public Administration and Management

MAKLUMAN MEDIA
PERSATUAN KOMANWEL UNTUK PENTADBIRAN & PENGURUSAN AWAM
(CAPAM) 2014
CAPAM 2014 / FORUM MEDIA CAPAM
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC),
PUTRAJAYA MALAYSIA
19 21 OKTOBER 2014

1. PENGENALAN
Malaysia akan menganjurkan Persidangan Persatuan Komanwel untuk Pentadbiran dan Pengurusan
Awam (CAPAM) pada 19 dan 20 Oktober 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Malaysia selaku Naib Presiden
CAPAM.
Tema untuk Persidangan CAPAM 2014 adalah 'Transformasi Perkhidmatan Awam; Membentuk Masa
Depan Bersama Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Baik & Membina Ketahanan Global '.
CAPAM adalah persatuan yang tidak berasaskan keuntungan dengan rangkaian jumlah rangkaian
antarabangsa seramai 1100 penjawat kanan awam, Ketua-ketua Kerajaan, ahli akademik dan
penyelidik terkemuka yang terdapat di lebih 50 buah negara yang berbeza di seluruh Komanwel.

1
CAPAM 2014 Media Forum

16/09/2015 00:51

Selain daripada Persidangan Dwi-tahunan CAPAM, BERNAMA juga menguruskan Forum Media
CAPAM pada 21 Oktober 2014. Forum media ini bertemakan: 'Penglibatan Komanwel.
CAPAM 2014 dan Forum Media CAPAM bakal menyaksikan kehadiran peserta tempatan dan
antarabangsa dari negara-negara anggota Komanwel berhimpun di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC).
Menurut konteks Komanwel, organisasi antara kerajaan dari 53 buah negara termasuk media
tradisional dan baru telah memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan pembangunan
ekonomi, urusan pentadbiran dan masyarakat yang bertamadun.
Adalah menjadi harapan kami agar Forum Media CAPAM 2014 dapat memperkayakan pengetahuan
para peserta mengenai pentingnya negara-negara Komanwel di dalam abad ke-21 serta peranan pihak
media dalam mengetengahkan pelan hala tuju untuk meningkatkan kerjasama di kalangan anggota
Komanwel.
Perbincangan mengenai bagaimana media bermanfaat untuk lebih daripada 2.3 billion penduduk
Komanwel di Forum Media CAPAM 2014 diadakan tepat pada waktunya.
Forum yang dijadualkan pada 21 Oktober 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
juga berfungsi sebagai platform untuk pengamal media Komanwel, pihak berkuasa kerajaan berkaitan
dan masyarakat bertamadun untuk berinteraksi dan berhubung melalui rangkaian dengan rakan
mereka daripada negara-negara anggota.
Pengetahuan dan kemahiran penggunaan media secara berkesan, termasuk perkongsian amalan dan
pengalaman yang diketengahkan semasa Forum Media CAPAM 2014 adalah relevan bagi
menyedarkan para pemegang amanah tentang kemudahan media yang merentasi seluruh negara
Komanwel dan bukan Komanwel untuk manfaat setiap manusia.
2. AKREDITASI
Akreditasi diperlukan bagi wartawan/ jurugambar/ penyiar yang membuat liputan. Sila dapatkan
borang permohonan bagi tujuan akreditasi daripada unit Perhubungan Media dan Pengurusan Acara
(MREM) BERNAMA seperti yang dinyatakan di bawah.
Setiap pertubuhan media diminta melantik seorang wakil bagi menyelaraskan urusan permohonan
akreditasi dan penginapan. Sila buat salinan tambahan borang jika perlu.
Akreditasi disediakan kepada wakil-wakil pertubuhan media yang diiktiraf untuk membuat tugasan
liputan Forum Media CAPAM 2014. Wakil media perlu melampirkan surat tugasan yang disahkan
oleh agensi masing-masing beserta permohonan mereka.
Media asing diminta mengembalikan borang akreditasi secara langsung kepada Sekretariat Media
CAPAM 2014 pada alamat tertera di bawah.
Semua anggota media yang mengiringi Ketua Negara atau Kerajaan atau Ketua Delegasi perlu
melengkapkan borang permohonan untuk akreditasi. Surat rasmi daripada Kerajaan berkenaan, perlu
dilampirkan. Senarai nama wakil-wakil media beserta jawatan dan keanggotaan.
Borang permohonan dan surat rasmi boleh dialamatkan kepada Sekretariat Media CAPAM 2014
seperti berikut:

2
CAPAM 2014 Media Forum

16/09/2015 00:51

SEKRETARIAT MEDIA
Persatuan Komanwel untuk Pentadbiran dan Pengurusan Awam (CAPAM) 2014
Perhubungan Media dan Pengurusan Acara (MREM)
Tingkat 5, Wisma BERNAMA,
28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak,
50700 Kuala Lumpur
Tel
: 03 2694 1024 / 2696 2123 / 2696 21153
Faks : 03 2694 1021 / 2694 1022
E-mel : mediasec@bernama.com
Media Malaysia dan asing yang berpusat di Kuala Lumpur boleh menghantar borang permohonan
yang telah lengkap kepada Sekretariat Media sebelum 10 Oktober 2014.
Pas Akreditasi dan kit maklumat akan disediakan di Pusat Media Antarabangsa (IMC). Pas Akreditasi
harus dipakai sepanjang masa.
3. KEMUDAHAN MEDIA
Pusat Media Antarabangsa (IMC) bagi Forum Media CAPAM 2014 akan ditempatkan di Dewan 7,
Aras Concourse, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
IMC akan menyediakan ruang bekerja yang mencukupi, kemudahan komunikasi dan perkhidmatan
media lain yang berkaitan bagi memenuhi keperluan semua wartawan, penyiar dan jurugambar.
IMC akan mula beroperasi pada 18 Oktober, 2014. Waktu operasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
4. PROGRAM MEDIA
Satu program media yang terperinci akan dikeluarkan menjelang bermulanya Forum Media CAPAM.
Ia akan juga disediakan di Pusat Media Antarabangsa (IMC).
Untuk maklumat lanjut sila layari events.capam.org / http://www.thecommonwealth.org

5. PENGINAPAN
Semua wakil media akan bertanggungjawab ke atas urusan perjalanan dan tempahan penginapan
hotel. Anggota-anggota media diminta berurusan secara terus dengan hotel-hotel yang menjadi pilihan
berhubung bilangan bilik, nama tetamu, tarikh tiba dan pulang, kadar bilik dan prosedur pembayaran.
6. FORMALITI KEMASUKAN
Para pelawat perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa yang diiktiraf sertas
disahkan untuk perjalanan ke Malaysia dan mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam (6)
bulan daripada tempoh yang dibenarkan. Harap maklum bahawa rakyat dari negara tertentu mungkin
memerlukan visa untuk memasuki Malaysia. Sila dapatkan pengesahan mengenai keperluan visa
daripada Kedutaan Malaysia yang berhampiran atau layari http://www.kln.gov.my.
Semua pelawat yang bukan penduduk tetap perlu melengkapkan Borang Deklarasi Pelancong untuk
mengisytiharkan jumlah mata wang asing dan cek kembara yang di bawa sewaktu ketibaan dan
berlepas pulang.
3
CAPAM 2014 Media Forum

16/09/2015 00:51

7. KEPERLUAN PELEPASAN KASTAM


Wakil-wakil media yang ingin membawa peralatan ke Malaysia perlu melengkapkan Borang
Pengimportan Kastam dengan menyediakan inventori lengkap termasuk model dan nombor siri
peralatan.
Mereka dikehendaki untuk mendapatkan / bentuk surat yang dipanggil "Carnet" daripada pihak
berkuasa masing-masing. Borang ini akan menunjukkan peralatan yang dibawa oleh mereka untuk
memudahkan liputan di Forum Media CAPAM 2014 dan mereka juga akan kembali ke negara
masing-masing dengan peralatan yang sama.
Semasa tiba di Kastam Malaysia mereka hanya perlu menunjukkan borang ini yang disahkan oleh
Kastam di negara asal. Ini adalah untuk memastikan bahawa semua peralatan yang dibawa mereka
akan dibawa kembali ke negara mereka ketika meninggalkan Malaysia.
Borang ini akan mengesahkan senarai penuh kelengkapan yang dibawa masuk ke Malaysia.
8. PERUBATAN
Pemantauan vector akan dijalankan di semua pelabuhan dan lapangan terbang bagi memastikan
Malaysia bebas daripada nyamuk Aedes Aegypti. Oleh itu, para pelawat yang tidak memiliki Sijil sah
Suntikan Vaksin Demam Kuning yang diluluskan oleh WHO dan dikendalikan oleh sebuah Pusat
Pemvaksinan Demam Kuning yang diluluskan, akan dikuarantin setibanya di Malaysia. Wakil-wakil
media di mana titik perlepasan mereka ke Malaysia adalah daripada negara-negara Amerika Latin atau
Afrika wajib mempunyai Sijil sah Suntikan Vaksin Demam Kuning.
9. KEMUDAHAN PERUBATAN
Hospital-hospital berkenaan di Putrajaya telah dimaklumkan untuk memberikan perkhidmatan pesakit
luar dan rawatan inap. Ambulan akan disediakan apabila perlu untuk membawa pesakit ke hospital.
Doktor-doktor dan paramedik akan disediakan untuk memberikan perkhidmatan kecemasan serta
merta kepada anggota delegasi, para peserta dan wakil-wakil media yang menghadiri Forum Media
CAPAM. Bagaimanapun, mereka perlu bertanggungjawab dari segi kewangan untuk semua
perkhidmatan di luar skop klinik termasuk
-

Rujukan kepada pakar-pakar perubatan


Ujian diagnostik
Bekalan perubatan
Perkhidmatan gigi

10. MAKLUMAT
Permohonan bagi borang akreditasi dan maklumat tambahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan
media boleh dihantar kepada:

Sekretariat Media CAPAM 2014:


Maklumat Am:
Cik Zaria Mohd Nasri
4
CAPAM 2014 Media Forum

16/09/2015 00:51

Tel
Faks
Emel

: 603 2694 1024 / 2696 2123


: 603 2694 1021 / 22
: mediasec@bernama.com

Akreditasi/Pendaftaran:
Cik Fateha Yusoff /Cik Nur Iryani Syaqira
Tel
Faks
Emel

: 603 2696 2120 / 2696 2153


: 603 2694 1021 / 22
: mediasec@bernama.com

11. LAMAN WEB


Laman web BERNAMA: http://www.bernama.com
Laman web utama CAPAM : http://www.thecommonwealth.org
Laman web CAPAM 2014 : events.capam.org
Laman web utama Pejabat Perdana Menteri: http://pmo.gov.my

5
CAPAM 2014 Media Forum

16/09/2015 00:51

Anda mungkin juga menyukai