Anda di halaman 1dari 12

*SOALAN SPOT BMM3112..IPG KAMPUS BATU LINTANG,SARAWAK BMM3112 STRUKTUR: 1. 3 ciri BM kuno & 2 bukti batu bersurat 2.

3 tujuan DBP & maksdu bhsa pgantar & bhasa ppaduan 3.aliran ttbhsa & penulis tatabhsa dwan 4. jelas kan prinsip :perancangan, aspek linguistik & pemasaran

ESEI : 1. ciri BM Klasik bdasarkan teks 2.tahap pkmbngan jawi 3. ada translate teks (BI kepada BM) JSU Semantik. (Dari IP Gaya)

JAWAPAN : STRUKTUR 1. a) 3 CIRI BAHASA MELAYU KUNO: i. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit ii. Susunan ayat bersifat Melayu iii. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno. Contoh: bulan wulan iv. Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan dngan @ dangan v. Bentuk imbuhan hampir serupa vi. Bunyi n berubah menjadi bunyi ny. Contoh: namuk - nyamuk vii. Bunyi h lenyap dalam bahasa Melayu moden viii. Terdapat konsonan yang dieja seperti bahasa Sanskrit.

ix. Perubahan fonem tidak konsisten. x. Terdapat perkataan tidak lagi digunakan.

1 b) 2 BUKTI BATU BERSURAT DALAM BAHASA MELAYU KUNO. i. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang. ii. Batu bersurat di Talang Tuwo dekat Palembang. iii. Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka iv. Batu bersurat di Karang Brahi, Jambi

2. a) 3 TUJUAN PENERBITAN DEWAN BAHASA MENGIKUT TAN SRI SYED NASIR. i. Memartabatkan BM ii. Sebagai pusat rujukan iii. Menerbitkan karya-karya iv. Menyebarkan ideology melalui penulisan

b) Maksud i. Bahasa pengantar: bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran. ii. Bahasa perpaduan: bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik.

3. a) Aliran Tatabahasa Tokoh Tatabahasa Tradisional Zaba Marsden

Winstedt Transformasi Generatif Farid M. Onn Arbak Othman Tatabahasa Dewan Nik Safiah Karim Farid M. Onn Hashim Haji Musa Abdul Hamid Mahmood

b) Nama penulis yang terlibat dalam menjayakan Tatabahasa Dewan i. Nik Safiah Karim ii. Farid M. Onn iii. Hashim Haji Musa iv. Abdul Hamid Mahmood

4.a) PRINSIP PENYUSUNAN KAMUS Jelaskan prinsip i. Perancangan: pentadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu dan penentuan prasarana ii. Aspek linguistik: aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan, dialek, maklumat, ensiklopedia dan sebagainya. iii. Pemasaran: aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk.

4 b) Nyatakan 4 jenis kamus. i. Kamus ekabahasa ii. Kamus dwibahasa iii. Kamus aneka bahasa

iv. Kamus ensiklopedia v. Kamus etimologi vi. Kamus diakronik vii. Kamus sinkronik viii. Kamus umum ix. Kamus istilah x. Kamus sinonim xi. Kamus thesaurus xii. Kamus peribahasa

ESEI 1. 5 ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam teks (petikan Hikayat Bakhtiar) i. Ayat panjang berjela-jela gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. ii. Kata pangkal ayat. Contoh: "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun iii. Hiperbola. Terlalu baik parasnya iv. Beriksah tentang raja v. Banyak partikel pun dan lah vi. Menggunakan perkataan Arab. Contoh: allah taala vii. Menggunakan bahasa istana beta,titah viii. Ayat songsang. Contoh: -ayat pasif

2. PERKEMBANGAN TULISAN JAWI. BERIKAN 4 TAHAP DARIPADANYA. Perkembangan tulisan Jawi peringkat 1:

i. Menggunakan tulisan Arab dengan tanda baris. Contoh: = maka ii. Menghilangkan baris Contoh: - iii. Menggunakan huruf saksi. ( ) Contoh: ini iv. Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua Contoh: lagu Perkembangan tulisan Jawi peringkat 2: Menjelang abad ke-20, perkembangan Sisitem Ejaan Jawi boleh dibahagikan kepada beberapa pedoman dan panduan yang pernah disusun atau digunakan orang perseorangan atau pertubuhan. a) b) c) d) ejaan P.Bm.P.B. Diraja Ejaan Jawi Za'ba Sistem Ejaan Dian Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD)

a)ejaan P.Bm.P.B. Diraja : ada 4 1.digunakan secara rasmi oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ( P.Bm.P.B. Diraja Johor ). 2.diterbitkan oleh Pakatan pada tahun 1937. 3.Menerangkan kaedah mengeja perkataan bahasa Melayu dengan huruf Jawi. 4.Menyentuh penggunaan ta simpul ( ) dan ta panjang ( ). b)Ejaan Jawi Za'ba 1.Menerbitkan buku Daftar Ejaan Melayu : Jawi Rumi pada tahun 1949 2.panduan ejaan yang lengkap dan terperinci 3.mengetengahkan sekurang-kurangnya 20 peraturan atau hukum ejaan Jawi bagi kata dasar dan 20 peraturan bagi kata berimbuhan 4.sistem ejaan yang tersusun dengan baik,bersistem dan meliputi hampir kesemua sistem ejaan

c)Sistem Ejaan Dian 1.Sistem Ejaan Jawi berdasarkan system fonetik 2.Mengeja perkataan sebagaimana perkataan itu dilafazkan d)Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) 1.DBP telah mengadakan satu bengkel ejaan Jawi 2.SEJ Za'ba sebagai panduan asas 3.Buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ( PEJYD ) diterbitkan,1986 4.Buku Daftar Ejaan Rumi Jawi diterbitkan,1988 5.Pembaikan dan penambahan daripada SEJ(sistem ejaan jawi) Za'ba 6.Merupakan SEJ yang lebih baik daripada sistem-sistem ejaan Jawi yang terdahulu 3. Menterjemah BI kepada BM.(ADA PETIKAN TEKS DALAM BAHASA INGGERIS)

*HOK NI DARI MANA AKU XTAU,, STRUKTUR 1. Bahasa Melayu kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya kira-kira dari abad ke 7 hingga ke 13. a) Senaraikan 5 ciri BM kuno. i. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit ii. Susunan ayat bersifat Melayu iii. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno. Contoh: bulan wulan iv. Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan dngan @ dangan v. Bentuk imbuhan hampir serupa vi. Bunyi n berubah menjadi bunyi ny. Contoh: namuk - nyamuk

b) Ahli-ahli bahasa membahagikan perkembangan BM kepada beberapa tahap. Bina tahap-tahap tersebut dan pengaruh yang mempengaruhi tahap-tahap tersebut. Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden.

2. Asas 50 telah ditubuhkan pada 1950 oleh beberapa orang penulis dan pengarang dari Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura. a) Senaraikan 5 tokoh Asas 50. (Nama penuh Angkatan Sasterawan 50 ) -Abdul Ghani Bin Abdul Hamid (sejak 1948); -Abdul Jalil Kadir (lewat 1950-an); -Ismail Hj Omar (lewat 1940-an); -Jaafar Bin Haji Muhammad (lewat 1940-an); -Masuri Bin Salikun (lewat 1930-an);

-Harun Aminurrashid (sejak 1920-an);

b) Tafsirkan 5 perkara yang termaktub dalam perlembagaan 152 di Malaysia. (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. (2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain. (3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih (a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan (b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. (4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris: Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris. (5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

3. Banyak nama pengarang dalam sejarah perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia. a) Senaraikan 5 tokoh Melayu dalam menghasilkan penulisan tatabahasa BM. -ZABA "Pelita Bahasa Melayu" -Lufti Abas (1971) "Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu" -Abdullah Hassan (1980) dalam buku "Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia" -Profesor Dr Nik Safiah Karim, -Profesor Dato' Dr Asmah Hj Omar, -Dato' Dr Hassan Ahmad bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia b) Susun buku selok-belok BM karya Zaba yang diberi mengikut tahun terbitannya. -Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926) -Rahsia Ejaan Jawi (1929) -Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), -Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), - tiga jilid dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949).

4. Tugas menyusun kamus dengan kerja membaca sejumlah karya dalam bidang dan zaman yang akan diliputi oleh kamus itu sewaktu para penyusun kamus melakukan tugas membaca, mereka akan melakukan beberapa perkara. a) Senaraikan 5 perkara yang perlu dicatatkan oleh para penyusun kamus. -kata dasar -bentuk kata

-contoh penggunaan kata -maklumat sumber bahan -tarikh diterbitkan -singkatan nama pengumpul bahan

b) Senaraikan 5 contoh kependekan yang ada dalam Kamus Dewan. 1. Ant antropologi 2. Ar Arab 3. Bio biologi 4. Sos Sosiologi 5. Kd Kedah

BAHAGIAN C ESEI 1. Perkembangan sastera Melayu di Malaysia berkembang pesat secara berperingkat dari zaman Melayu klasik hinggalah ke zaman moden. a) Huraikan 4 kepentingan sulalatussalatin dalam membicarakan perkembangan bahasa Melayu zaman kesultanan Melayu Melaka. (10 markah) -digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta -menjadi lingua franca para pedagang. -Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. - Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. -Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan ideaidea yang dibawa oleh peradaban Islam. -Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. -campuran kod,bahasa lain ; arab(ghaib,alkisah),cina(tanglong),,,Sanskrit(anugerah,ciri),,,jawa(manira,penjurit),,parsi(gorah bumi),, - kesilapan mentranskripsikan ejaan jawi yang menyebabkan pengertian dan maknanya berubah. Hal ini mungkin juga disebabkan para pengedit yang terdiri dari sarjana-sarjana Barat ini kurang mendalam

pengetahuan mereka dalam bahasa Melayu di samping kemungkinan didorong oleh sebab-sebab politik penjajah sebagaimana kita sekarang sebagai satu bangsa yang merdeka dan berdaulat ingin membuat tafsiran sejarah dari kepentingan dan kaca mata kita Sendiri. b) Huraikan 5 sumbangan Abdullah Munsyi dalam perkembangan bahasa Melayu. (10 markah) - Faktor kuasa barat mulai bertapak di Tanah Melayu. Huraian/Contoh: Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kuasa golongan feudal mulai merosot, pada ketika proses transisi inilah Abdullah Munsyi tampil sebagai penulis yang membawa perubahan. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau semasa mengikuti rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri pantai Timur. - Faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah barat. Huraian/Contoh: Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah memungkinkan karya-karya yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu pertama yang karyanya dicetak. Antara karyanya yang terawal dicetak ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838).

-Faktor bakat dan kebolehan semulajadi dalam bidang tulis menulis. Huraian/Contoh: beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang diberikan kreatif. Olahan cerita yang disampaikannya juga menarik serta terperinci. Idea dan pemikiran dalam karya-karyanya yang berbentuk autobiografi seperti Syair Singapura terbakar (1830) Kisah Pelayaran Abdullah (1838) membuktikan beliau memang berbakat dalam bidang penulisan yang melayakkannya berada dalam zamannya sendiri. -Faktor zaman Abdullah Munsyi adalah zaman pergolakkan Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi berada dalam dua situasi iaitu menjelang keruntuhan kuasa politik kaum bangsawan Melayu dan bermulanya kegemilangan pengaruh asing. Senario itu telah memungkinkan Abdullah membawa pembaharuan dalam karya-karyanya yang tidak terikat lagi pada tradisi istana. Ini jelas dalam kebanyakkan karyanya tidak lagi memberi penekanan pada golongan feudal seperti dalam Hikayat Abdullah. - Faktor penyebaran agama kristian. Huraian/Contoh: Penyebaran agama kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari barat turut membawa masuk ilmu-ilmu barat yang mula berkembang dan mula melemahkan kuasa golongan feudal orang Melayu. Abdullah Munsyi yang turut belajar dengan beberapa orang paderi seperti Thomson dan juga Milne telah menerima tempias keilmuan barat sehingga memungkinkannya mencipta pembaharuan dalam karya-karya beliau ini terbukti melalui penggunaan istilah-istilah Inggeris dalam karya beliau seperti Hikayat Abdullah Munsyi. Antaranya police dan college.

2. Pengaruh tulisan Jawi sudah mula pada zaman bahasa Melayu praklasik sehinggalah zaman bahasa Melayu klasik. Huraikan 4 bahan bukti yang menunjukkan tulisan Jawi telah wujud pada zaman itu. (20 markah) Contoh jawapan: Bukti perkembagan pnulisan jawi -penghasilan kitab-kitab agama Furu Al-Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani dan Sabil AlMuhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari . Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti hadis, feqah, tafsir al-Quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah serta pengembaraan. - kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. -Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara. - Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai. - telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. 1. Penemuan batu bersurat di Minyu Tujuh, Aceh ( 1390) Ynag pertama guna perkataan arb contoh Allah, Khalifah. 2. Penemuan batu bersurat dikula berang yang memperlihatkan penggunaan tulisn jawi. 4. Pada abd ke 13, zaman kegemilangan islam ke alam melayu, perkmbgn agama islam meletakkan bahasa arb sebagai bahasa rasmi 5. Huruf2 jawi telah dgunapakai dlm bhasa melayu Kuno, yg pada asalnya menggunkan bahasa Sanskrit. 7. Tulisn jawi digunakan dlm pentdbirn, adat istiadt dan prdagangan. Contoh dlm perjnjian antara raja mlyu dgn pihk belnda. 3. Masalah terjemahan sering berlaku kerana tidak ada dua bahasa di dunia ini yang sama bentuknya dan mustahil wujudnya persamaan mutlak antara kedua-duanya. Huraikan 4 masalah yang menyulitkan peterjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. (20 markah) Contoh jawapan: i- Kosa kata ii- Tatabahasa (struktur ayat)

Anda mungkin juga menyukai