Anda di halaman 1dari 3

Friday, October 12, 2012

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK

Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah


menendang, menyerkap, menanduk, melakukan hantaran, mengelecek dan
menjaga gol.

a) Menendang

Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik


yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya
mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang
bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan
tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan gol,
menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.

Pada asasnya terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret,


tendangan lambung dan tendangan voli.

i) Tendangan Leret
Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan
gol.

Teknik melakukan tendang leret


Kedudukan bersedia. letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus.
Mata memandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibengkokkan sedikit.
Tendang di bahagian tengah bola.
Ikut lajak selepas melakuan tendangan.

ii) Tendangan Lambung

Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas,


tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa
menjaringkan gol.

Teknik melakukan tendangan lambung


Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir
lurus. Mata memandang bola.
Ayun kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkok sedikit.
Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

iii) Tendangan Voli

Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk
menjaring gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kaki semasa
bola di udara.

Teknik melakukan tendangan voli

Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.


Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan
sedikit. Mata memandang bola.
Tendangan di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong
ke belakang.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Anda mungkin juga menyukai