Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 Yang berusaha Pn. Hajah


Rozilah binti Abu Bakar Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En. Sharim bin Mohd. Dahlan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Saharudin bin Jaafar Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Yang
diraikan En. Abu Kasim bin Abd. Rahman Tuan Guru Besar SK Jerantut, guru-guru yang dihormati serta
rakan-rakan yang disayangi sekalian. 

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana
memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid
sekolah ini. Untuk itu, izinkan saya melafazkan beberapa rangkap pantun.

Terbang serindit ke pohon meranti,


Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Guru Besar yang tersayang.

Tiada kata seindah bicara,


Dapat dilafazkan seiring jasa, 
Tiba ketika Guru Besar bersara
Bakti dicurah dalam ingatan sentiasa.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang Guru Besar yang
amat kami sayangi dan cintai kerana bersara wajib. Pada kami, beliau bukan sahaja seorang
Guru Besar, tetapi ibarat bapa kami di sekolah ini. Lembut, tenang namun tetap tegas
dalam melaksanakan tanggung jawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan
tentang beliau.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SK Jerantut merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En. Abu Kasim bin Abd. Rahman Tuan Guru
Besar SK Jerantut yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu
demi kami, anak muridmu. Beliau juga sentiasa mendidik kami ke arah pembentukan sahsiah yang
baik serta kecemerlangan akademik yang berterusan. Saya juga mewakili rakan-rakan saya yang lain
ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang
menyinggung hati dan perasaan cikgu. Segala jasa baik dan tunjuk ajar cikgu tidak dapat
kami balas hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan
melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada beliau serta keluarga, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama,
bangsa dan negara. 

Benar kata pepatah Melayu, patahkan tumbuh, hilangkan berganti, namun yang hilang akan
tetap kekal dalam ingatan. Bagi mengakhiri ucapan saya ini, izinkan saya melafazkan serangkap
pantun lagi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami untuk Guru Besar tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah


matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai