Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS TAHUN 2017

Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam sejahtera,salam 1 Malaysia,
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau
Salam Melaka 755 tahun
Salam Melaka maju Fasa kedua

Yang berusaha Encik Nezam b Md Derus , Guru Besar SK Sungai Siput,


yang dihormati Encik Azwan Nizam b Abd Aziz , guru penolong kanan
pentadbiran, Encik Sahhidan b Abu Hasan guru penolong kanan Hal Ehwal
Murid dan Encik Zolkornain b.Hj Napiah guru penolong kanan kokurikulum.

Yang dihormati guru-guru, barisan pengawas sekolah, pengawas pusat


sumber sekolah, ketua kelas yang dikasihi sekalian.

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah,


Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama
berhimpun dalam Majlis penyerahan watikah Pelantikan pengawas Sekolah ,
pengawas pusat sumber , ketua kelas dan kempen sayangi buku teks bagi
tahun 2017. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar
dan pihak pentadbir sekolah yang sudi menjemput saya untuk merasmikan
majlis ini.

Hadirin sekalian
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi tinggi
tahniah dan syabas kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber dan ketua kelas di atas pelantikan kalian pada hari ini. Saya yakin
pengawas sekolah , pengawas pusat sumber dan ketua kelas yang dilantik
pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang
terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan -rakan mereka
disekolah . Sesungguhnya pengawas , pengawas pusat sumber dan ketua
kelas yang dilantik harus berasa bertuah dengan pelantikan ini . Sehubungan
itu, pada hari yang bersejarah ini mereka patut diraikan.

Pengawas , pengawas pusat sumber dan ketua kelas adalah pemimpin kecil
yang dipilih untuk menjalankan tugas dan bertanggungjawab dalam
membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu
persekitaran sekolah yang kemas dan teratur. Kalian seharusnya menjadi
contoh yang baik kepada semua murid.Sebagai seorang khalifah kecil
disekolah anda harus memaparkan sifat-sifat yang terpuji dan mempunyai
keterampilan yang kemas serta pandai didalam mengurus masa diri sendiri
dan tanggungjawab anda terhadap sekolah.

Warga sekolah sekalian ,


Penjagaan buku teks juga adalah satu aspek penjagaan kerohanian yang
menuntut setiap murid supaya lebih berdisiplin dan mempunyai rasa sayang
terhadap bahan yang diberikan sebagai bahan rujukan yang akan digunakan
sepanjang tahun. Kewujudan kempen sayangi buku teks ini bertujuan untuk
menyemai sifat menghargai buku teks dalam kalangan murid dan seterusnya
dapat meningkatkan sifat menghargai buku teks dalam kalangan murid di
Negeri Melaka secara khusunya.

Akhir kata , marilah kita bersama-sama berdoa agar SK Sungai Siput sentiasa
cemerlang dan terbilang dalam setiap aktiviti yang disertai serta menjadi
salah satu sekolah yang terbaik di negeri Melaka ini.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan majlis pelantikan


pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua kelas SK Sungai Siput
bagi tahun 2017.

Sekian , terima kasih .


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai