Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA BAGI MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

SMK KAMPUNG JAMBU 2023

Terima kasih pengacara majlis.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Yang berusaha Insp Krishna A/L Munipen, selaku Pegawai Perhubung sekolah, Pn. Mariani Bt
Mazelan, Penolong Pegawai PPD dan En. Megat Asrul Hazaman B. Md Arshad, YDP PIBG
SMK Kg Jambu
Yang berbahagia, Puan Sofiah Binti Hasshim, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, Puan Hasnida Binti Mat Isa, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Fatimah
Binti Saaidin.
Yang dihormati guru-guru, barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah,
Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua
Tingkatan serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah s.w.t., terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu
kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita semua dapat
berkumpul meraikan majlis berbahagia pada pagi ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Insp Krishna A/L Munipen, Pn. Mariani Bt Mazelan dan En. Megat Asrul
Hazaman B. Md Arshad kerana sudi hadir pada majlis watikah perlantikan ini.

Hadirin yang dihormati,


Saya mengucapkan syabas kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber
Sekolah, Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Tingkatan dan Penolong
Ketua Tingkatan yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin
mereka yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka
yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di sekolah
serta dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam
memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan
warganegara yang efisien dan menjadi modal insan negara yang produktif.

Sesungguhnya barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas


Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan yang
dilantik harus berasa bertuah dengan perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar
berasa syukur kepada Allah s.w.t dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas dan
tanggungjawab itu nanti. Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini, mereka patut diraikan.
Untuk pengetahuan tuan puan yang dihormati, jumlah Pengawas Sekolah adalah seramai 48
orang, manakala barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah pula terdiri daripada 50 orang.
Selain itu, jumlah Pengawas Koperasi seramai 18 orang, jumlah Pembimbing Rakan Sebaya
pula seramai 10 orang. Akhir sekali, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan pula
adalah seramai iaitu 54 orang. Secara keseluruhannya jumlah pemimpin sekolah SMK Kg
Jambu adalah seramai 203 orang.

Apakah peranan pemimpin sekolah? Pemimpin sekolah yang dipilih untuk menjalankan tugas
dan tanggungjawab dalam membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu
persekitaran sekolah yang kemas dan teratur. Persekitaran yang dimaksudkan adalah
menentukan suasana yang damai, situasi yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi
utama sebuah sekolah, iaitu melahirkan murid-murid yang berpotensi menjadi pemimpin negara
masa hadapan dan tunggak pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka minati.

Saya berharap barisan barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah,
Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua
Tingkatan yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka
dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, saya
berharap mereka tidak mengabaikan pelajaran akademik mereka sendiri di dalam bilik darjah.
Mungkin kita tertanya-tanya apakah harapan guru-guru dan murid-murid terhadap seorang
pengawas atau pemimpin sekolah ini?

Mereka sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua murid yang lain.
Keperibadian juga harus memiliki sifat-sifat terpuji seorang khalifah kecil bersifat mulia,
berketrampilan yang kemas dan bijak mengurus masa untuk diri sendiri dan tanggungjawab
sekolah. Saya juga mahukan barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah,
Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua
Tingkatan sentiasa bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas seorang
pemimpin. Jadilah seorang pemimpin sekolah yang disegani.

Saya ingin menasihati murid-murid agar mematuhi dan menghayati peraturan sekolah supaya
guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menumpukan kepada usaha dalam membangunkan
infrastruktur dan fasiliti sekolah serta pembangunan akademik bagi menentukan kecemerlangan
dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan. Jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan
merosakkan fasiliti sekolah, perbuatan membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guru-
guru dan kawan-kawan sekolah.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SMK Kg Jambu sentiasa cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum dan menjadi sekolah contoh di
daerah Larut Matang dan Selama ini. Saya juga berdoa agar murid-murid sekalian mendapat
kejayaan dalam menghadapi urusan persekolahan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai