Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YDP PIBG, ENCIK MOHD YUSERI BIN ISA

Bismillahirrahmanirrahim,
Terima Kasih Pengacara Majlis.
Assalamulaikum w.b.t
Yang Berhormat Senator Datuk Razali Bin Idris, Ahli Dewan Negara,
Yang Berusaha Cikgu Yusof bin Ismail, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Tun Telanai,
Yang Berusaha Cikgu Mohd Iruan b Jusoh,Pegawai Perhubungan Sekolah,
Yang Berusaha Cikgu Mat Nasir bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran,
Cikgu Abdul Hadi bin Ariffin , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Cikgu Mohd Arif bin Mahmood, Penolong Kanan Kokurikulum,
Cikgu Zulkarnain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan 6,
Cikgu Mohd Azmir bin Khurish, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Cikgu Aminoordin bin Jusoh, Guru Kokurikulum Tingkatan 6,
Yang Dihormati Barisan AJK PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Telanai,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru, Tuan-Tuan dan Puan- Puan Serta
Para Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai Yang Dikasihi
Sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana


dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat
Agung PIBG SMK Tun Telanai kali ke-34 dan penyampaian bantuan awal
persekolahan bagi tahun ini. Saya mengalu-alukan kedatangan semua tetamu
jemputan, para guru serta ibu bapa sekalian. Saya merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Razali Bin Idris kerana sudi
hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SMKTT kali ke-34 walaupun
dalam kesibukan tugas.

1
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada semua AJK PIBG yang telah bersama-sama bekerja dan berusaha
membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK
PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah
bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan
seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi
aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.

YB Senator dan tuan puan sekalian,

Kami AJK PIBG telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara
yang terbaik. Dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan
kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini. Sumbangan tuan/puan
telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program
sekolah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-
anak kita di sekolah ini.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh SMKTT dalam bidang


kurikulum dan kokurikulum telah membuktikan para guru tidak pernah berputus
asa dalam mendidik anak-anak kita. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan
doa serta kerjasama yang terjalin antara ibu bapa dan guru diberkati Allah S.W.T.
Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang
dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi
sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan
kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan


pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak
kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi

2
yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk
melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai.

Tuan puan sekalian,

Ibu bapa juga diseru agar tidak melepaskan peluang sekiranya dihubungi
oleh pihak sekolah untuk hadir ke sekolah bagi menyelesaikan permasalahan
anak-anak kita. Tutur kata dan tingkah laku anak-anak mungkin berbeza semasa
di sekolah dan juga di rumah. Oleh yang demikian, kita perlu selalu bertanya
khabar dengan guru tentang anak-anak kita dan jangan bertindak melulu
berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata-mata.

YB Senator, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tidak dinafikan bahawa kemudahan-kemudahan yang lengkap dalam


sesebuah sekolah juga memainkan peranan utama dalam menentukan
kecemerlangan dan kegemilangan. Cuba kita lihat dewan kita yang kita gunakan
ini. Apakah dewan ini kita rasakan masih relevan dengan perkembangan arus
pendidikan dan pertambahan jumlah pelajar pada hari ini? Saya rasa masih
kurang dan masih perlu diperkasakan dari segi saiz dan fasilitinya. Oleh itu,
marilah bersama-sama kita fikirkan bagaimana caranya agar dewan ini dapat
dinaiktarafkan.

Akhir kata, kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung


kepada hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus
sekolah, malahan perlu seiringan dengan kecemerlangan pelajar dari aspek
akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan
komuniti setempat. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan
dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan
kecemerlangan SMK Tun Telanai.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai